Kecantikan memang penting untuk seorang wanita. Antara salah satu bahagian tubuh yang sering menjadi perhatian adalah mata. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati.
Kata orang, mata yang cantik adalah mata yang berbentuk bulat serta memiliki bulu mata yang panjang dan lentik. Namun, tidak semua bernasib baik untuk memiliki bulu mata yang lentik.
Memang ada pelbagai cara untuk mendapatkan bulu mata yang lentik seperti menggunakan maskara, bulu mata palsu dan banyak lagi. Tetapi, ia hanya memberi kesan sementara dan tidak tahan lama.
Apa kata cuba alami ini agar bulu mata anda lentik secara semula jadi tanpa perlu dipaksa-paksa.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi seribu manfaat kepada kita semua. Tak sangka minyak zaitun juga mampu melentikkan bulu mata. Caranya mudah sahaja, sapu dan ratakan minyak zaitun pada bulu mata anda. Pejamkan mata ketika anda letakkan minyak zaitun pada mata supaya minyak tersebut tidak terkena mata anda. Setelah kering, bilas dengan air sejuk.
Ads
Madu
Bahan yang satu ini memang mengandungi manfaat yang baik untuk kesihatan mahupun kecantikan. Sekiranya anda mahukan bulu mata lentik secara alami, pilih madu yang berkualiti kerana ia mengandungi lebih banyak khasiat. Letakkan pada bulu mata dan biarkan sekitar 30 minit sehingga benar-benar meresap.
Talkum Bayi
Siapa sangka bedak bayi mampu melentikkan bulu mata kita. Bedak bayi mempunyai tekstur yang lembut sehingga mampu melekat pada bulu mata dan akhirnya menjadikan bulu mata lebih bervolume.Caranya, gunakan maskara terlebih dahulu dan barulah anda usapkan bedak bayi menggunakan jari pada bulu mata. Akhir sekali, layangkan maskara sekali lagi pada bulu mata.
Rendam air lemon dengan minyak zaitun selama 4 hari. Kemudian, gunakan ramuan ini sebagai masker dan gunakan minimal 2 hari sekali untuk hasil yang lebih mantap.
Masker Lidah Buaya
Ads
Lidah buaya memang terkenal dengan pelbagai kegunaan. Jemur lidah buaya terlebih dahulu sehingga layu dan ambil lendirnya sahaja. Gunakan lendir tersebut pada bulu mata dengan membentuknya dengan jari agar nampak lebih lentik.
Zaman penuh kemajuan, semuanya perlu pantas dan segera apatah lagi hijabi yang mahu bersiap dengan cepat. Pakai hijab pun kalau boleh yang boleh sambar dan terus terletak di kepala. Apatah lagi kalau sudah terlambat untuk ke tempat kerja atau perlu hadir ke perjumpaan penting.
Bagi hijabi yang ingin mengenakan hijab dalam tempoh yang singkat, jangan risau kerana jenama tudung popular, Loveta melancarkan koleksi tudung terbaharu, Assyfa Manes yang hanya memakan masa 7 saat untuk digayakan untuk hijabi. Hebat bukan!
Tanpa menggunakan pin (pinless) dan hanya perlu sarung ke kepala, penampilan anda lengkap dalam masa beberapa saat sahaja. Assyfa Manes ini turut tampil dengan 8 pilihan warna. Malah pilihan kain jenis premium soft pleated chiffon ini menambahkan keselesaan dengan setiap pengayaan, selain menjimatkan masa untuk dipakai. Menurut pengasas Loveta Siti Fatimah Suberi, Assyfa Manes adalah rekaan tudung terbaharu susulan kejayaan dan permintaan tinggi tudung Assyfa yang menjadi signator jenama ini.
“Sebelum ini koleksi Assyfa pernah tampil dengan koleksi rekaan iaitu Assyfa cinta yang telah mendapat permintaan tinggi oleh kaum wanita. Koleksi ini pernah pernah mencatat jualan sebanyak 50,000 helai dalam tempoh sebulan.
“Justeru kami tampilkan koleksi Assyfa Manes sebagai pengubat kepada peminat koleksi Assyfa yang sentiasa menantikan pembaharuan dan rekaan baharu. Lebih menarik, Assyfa Manes akan menjimatkan masa setiap wanita yang memakai dengan hanya 7 saat.
Semakin maju teknologi semakin mudah yang ingin digayakan, gaya hijab berbelit dengan pin merata di atas kepala, sudah menjadi tidak relevan untuk hijabi yang sentiasa menjaga penampilan. Tudung sarung semudah 7 saat ini memudahkan hijabi menyarungnya usai solat. Tak perlu kusut sekiranya pin tudung hilang, antara sebab permintaan koleksi tudung Loveta melonjak tinggi.
“Saya faham peranan dan tanggungjawab wanita di masa sekarang tidak mudah, banyak kerja yang perlu dilakukan sekaligus memberikan inspirasi kepada saya untuk tampil dengan rekaan yang mudah dipakai dan sesuai untuk semua generasi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Assyfa Manes di Rumah Anak Yatim Al Kausar, Bangi, Sabtu lalu.
Siti Fatimah berkata dia menyasarkan Assyfa Manes sebanyak 70,000 helai dijual dalam tempoh sebulan.
“Kami sangat komited dan percaya dengan kualiti produk kami. Alhamdulillah sepanjang 3 tahun beroperasi kami menerima permintaan tinggi daripada kaum wanita yang jatuh cinta dengan rekaan yang diperkenalkan.” katanya.
Dengan koleksi terbaharu ini, ia bukan sahaja sesuai digayakan oleh hijabi bekerjaya malahan sepadan untuk hijabi yang sentiasa aktif dengan aktiviti harian, tetapi dalam masa sama masih mahu kelihatan segar dan trendy.
Selain dari melancarkan koleksi terbaharu ini, satu program ringkas bersama-sama anak-anak yatim telah dijalankan. Menyatuni anak-anak ini, pihak Loveta adakan satu sessi ‘makeover’ di mana mereka disolek dan digayakan dengan koleksi hijab terbaharu Loveta. Terpancar keseronokkan di wajah mereka usai disolek, dengan peluang yang jarang mereka miliki ini sedikit sebanyak dapat berkongsi rasa gembira bersama.
Memilih Rumah Anak Yatim Al Kausar, sebagai lokasi perlancaran, Siti Fatimah berkata dia ingin menyambung usaha murni yang pernah dilakukan Allahyarham Siti Sarah ketika hayatnya.
“Arwah pernah berkata kepada saya permulaan yang baik pasti ada kemanisan yang Allah akan berikan. Jadi saya pun ambil peluang ini dan meraikan bersama anak-anak yatim. Dalam majlis ini juga saya adakan bacaan yaasin untuk arwah.
“Antara sebab lain saya adakan disini juga adalah kerana saya belum dikurniakan zuriat,sekurang-kurangnya anak-anak ini boleh mendoakan saya semoga perniagaan terus maju dan memiliki cahaya mata.” Katanya.
Tudung Assyfa Manes sudah mula dijual secara online di laman sesawang Loveta dan media sosial Facebook, Instagram,Tiktok dan shopee juga stokis dan ejen sejak selasa lalu susulan mendapat permintaan yang tinggi. Tudung Assyfa Manes dijual pada harga RM59.00.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sekitar tahun 90-an, pelakon ini cukup popular dengan bakat lakonan yang semula jadi dan mantap. Namun setelah mendirikan rumah tangga Sharifah Norazleenda seakan menyepi dari dunia seni.
Ternyata banyak perubahan berlaku padanya dan salah satu adalah penampilan beliau yang semakin sopan apabila memutuskan untuk berhijab dan berniqab. Beliau yang selesa disapa dengan panggilan Lyn AlKhaired juga sering menyebarkan dakwah kecilnya melalui medium sosial media.
Sebelum itu dalam satu tembual, Lyn yang terkenal dengan jolokan nama ‘Julia Robert Malaysia’ hanya kerana wajah seiras pelakon antarabangsa itu mengakui penghijrahannya bermula dari dalam jiwa.
“Ia bermula dari dalam jiwa. Saya mula kurang bersosial serta mula memikirka tentang kehidupan. Selain itu saya juga banyak menghadiri majlis-majlis agama. Kebetulan anak pula cenderung kea rah agama. Mungkin itu satu petunjuk buat diri saya untuk berubah menjadi wanita yang lebih baik.
“Selain menghadiri majlis agama, saya turut membuat inisiatif sendiri pergi ke Indonesia untuk menggali ilmu agama dengan lebih mendalam. Saya tinggalkan seketika anak-anak yang masih kecil ketika itu demi mengejar ilmu akhirat.
“Sejujurnya ilmu agama saya masih cetek. Maka sebab itulah saya mengambil tindakan sedemikian. Jiwa sentiasa tidak tenteram selagi tidak ‘mencarinya’. Di sana saya banyak bertemu dan bergaul dengan mereka yang pandai ilmu agama.
“Alhamdulillah hasil usaha tersebut saya menjadi siapa diri saya sekarang. Pun begitu saya masih Lyn Alkhaired yang dahulu, masih rapat dengan rakan-rakan lama dan baru. Cuma mungkin ada batas-batasnya mana yang boleh dan tidak. Saya rasa bersyukur dan bertuah kerana Allah SWT telah membuka pintu hati saya lebih awal untuk berubah ke arah kebaikan.
“Bertahun-tahun saya rasa lost dan tercari-cari. Jiwa saya bergolak dan akhirnya apabila bertudung jiwa saya merasa sangat tenang.
“Dan itulah sebenarnya apa yang saya tercari-cari selama ini. Biarpun perubahan ini tidak terlalu drastik dan semoga saya terus istiqomah,” ujarnya yang menambah setiap kesilapan dilakukan itu adalah ‘guru’nya.
“Ketenangan jiwa adalah nikmat paling mahal buat saya. Kini saya lebih banyak fikirkan tentang kehidupan, diri sendiri serta keluarga. Anak-anak juga sering mendoakan saya agar terus menjadi ibu yang terbaik buat mereka. Semua ini petunjuk daripada Allah SWT untuk saya berhijrah.
Ibu kepada lima orang anak ini juga turut menjadikan Ustazah Sharifah Khasif sebagai sumber inspirasi.
Perubahan yang dilakukan oleh Lyn juga turut mendapat sokongan daripada followernya. masing-masing mengharapkan beliau terus kekal istiqamah.
Dengan cuaca yang memasuki suhu panas terik dan sejuk, kulit anda pasti akan merasakan kesannya. Mungkin bibir yang mula disedut lembapan, dalam hal ini anda mungkin ingin mencuba sedikit helah yang dipanggil ‘lip slugging’ atau mungkin tangan anda yang menjadi tidak selesa kering.
Bawah mata kering juga merupakan masalah penjagaan kulit yang sangat biasa, terutamanya apabila berlaku perubahan cuaca. “Bawah mata saya lebih kering daripada gurun sahara”! kata juru solek ini dan pencipta kandungan kecantikan Mikayla Nogueira dalam video TikTok yang tular baru-baru ini. Mikayla terus menunjukkan kepada pengikutnya cara dia mengatasi masalah bawah matanya yang kering menggunakan gabungan produk kecantikan. Video TikTok ini pasti menarik perhatian anda!
Pakar Dermatologi Dr Shereene Idriss (juga dikenali sebagai #pillowtalkderm di TikTok) membuktikan bahawa anda tidak perlu menggunakan serum, topeng dan balm mata untuk mengatasi masalah bawah mata yang menggelupas. Jika pelembap anda diformulasikan untuk digunakan di sekitar kawasan mata, pakar ini mencadangkan untuk menyapunya seperti topeng. Potong sekeping filem berpaut dan meletakkannya di atas kawasan mata, kemudian biarkan krim bekerja selama 15 minit. Hasilnya sungguh ajaib!
“Kerana HA (asid hyaluronic) tidak begitu menghidratkan untuk anda, mengapa tidak melabur lebih banyak wang daripada krim muka anda?” Biarkan seketika, dan mata anda akan menjadi lembut seperti kulit bayi”.
Kulit di sekeliling mata jauh lebih nipis daripada bahagian lain di muka atau badan anda jadi wajarlah ia adalah salah satu kawasan pertama yang mengalami kerengsaan dan kulit kering.
Pilihan yang lebih berpatutan dalam hack kecantikan ini, salah satu balsem pilihan La Roche-Posay Cicaplast Baume B5+ Repairing Balm yang boleh dipercayai dan segelintir pakar dermatologi memberitahu ini adalah krim penyelamat kulit kering, terutamanya jika penghalang kulit anda rosak (merah, gatal, mengelupas). Krim ini juga telah diuji oleh pakar oftalmologi, jadi anda tahu ia bagus untuk digunakan di sekeliling mata.
Biarkan produk meresap selama 15 minit. Jangan bazirkan pelembap! Sebaik sahaja anda menanggalkan penampal, leret lebihan ke belakang tangan anda dan kemudian urut perlahan-lahan dalam baki krim di bawah mata anda.
Hampir serta-merta, kulit mengelupas di sekeliling mata dan ianya kelihatan bertambah baik. Walaupun penggodaman ini tidak melakukan apa-apa untuk meminimumkan garis halus, yang pasti ianya benar-benar menghilangkan rasa ketat dan gatal yang sangat tidak selesa. Konsistensi adalah kunci!
Seorang doktor pakar dalam bidang dermatologi, berpendapat bahawa hack ini mengingatkan saya kepada ubat kulit yang sering digunakan di klinik kulit, dipanggil ‘rawatan di bawah oklusi’. Rawatan di bawah oklusi telah digunakan selama bertahun-tahun di bawah dermatologi untuk penembusan produk yang lebih baik dalam keadaan seperti ekzema. Kulit yang terjejas dibalut dengan plastik untuk meningkatkan penyerapan dan meminimumkan kehilangan lembapan. Mereka yang mempunyai psoriasis mungkin juga biasa dengan teknik ini.
Penggodaman ini menggalakkan penghidratan dan penembusan produk yang lebih baik ke dalam kulit. Pakar mencadangkan untuk mencari krim dengan bahan pelembap dan penghidratan yang terbukti termasuk asid hyaluronik, ceramide (pada asasnya gam yang menyatukan kulit yang sihat, menjadikannya lembut dan anjal) dan gliserin, bahan dengan sifat melembab.
Penggodam TikTok ini sebenarnya sangat bagus untuk menenangkan bawah mata yang kering. Pelembap yang mengandungi seramida, peptida (pada asasnya protein penguat kulit) dan gliserin, yang dia panggil sebagai “magnet air”. Dengan penggodaman TikTok ini, apa yang anda lakukan pada dasarnya adalah terperangkap dalam air. Apabila anda mempunyai kulit yang terhidrat, kulit secara automatik menjadi gebu dan kelihatan lebih cerah. Ini pada asasnya topeng mata dengan selofan, tetapi lebih banyak lagi. versi kos efektif di mana anda tidak perlu membelanjakan banyak wang untuk mendapatkan bahagian bawah mata yang terhidrat.
Jadi apa yang anda ingin elakkan? Walaupun krim yang mengandungi bahan mujarab seperti retinol memang wujud untuk kawasan mata, jika anda terdedah kepada kulit kering dan teriritasi, ia berkemungkinan memburukkan lagi keadaan. Asid pengelupasan seperti glikolik, salisilik dan asid laktik juga boleh menyebabkan kerengsaan dan harus dielakkan pada kulit halus seperti bawah mata.
Kebimbangan lain yang saya temui ialah sama ada ini boleh memburukkan iaitu, benjolan kecil, putih, keras yang kadangkala muncul di sekeliling mata. Untuk mengelakkan ini, jangan dapatkan salap atau krim yang sangat tebal, berminyak, oklusif yang boleh menyumbat kulit anda, ini termasuk jeli petroleum, selalunya digunakan untuk ‘slugging’ bawah mata. Pakar mengesyorkan guna pelembap semasa jika anda berpuas hati dengannya.
Amalkan pengedap kulit setiap malam sebelum tidur, sekiranya anda mengalami kulit sekitar mata kering ketika bangun tidur. Pada waktu siang, adalah penting untuk menggunakan pelindung matahari berspektrum luas, faktor tinggi di bawah mata, sama seperti di tempat lain di badan atau muka.
Jika terdapat sedikit sensitiviti atau kerengsaan di bawah mata, sapukan pelindung matahari fizikal, contohnya mengandungi zink, bukannya pelindung matahari kimia, yang boleh menyebabkan kerengsaan. Jika anda tidak menghadapi sebarang masalah menggunakan pelindung matahari kimia, bersyukurlah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.