Sekitar tahun 90-an, pelakon ini cukup popular dengan bakat lakonan yang semula jadi dan mantap. Namun setelah mendirikan rumah tangga Sharifah Norazleenda seakan menyepi dari dunia seni.
Ternyata banyak perubahan berlaku padanya dan salah satu adalah penampilan beliau yang semakin sopan apabila memutuskan untuk berhijab dan berniqab. Beliau yang selesa disapa dengan panggilan Lyn AlKhaired juga sering menyebarkan dakwah kecilnya melalui medium sosial media.
Sebelum itu dalam satu tembual, Lyn yang terkenal dengan jolokan nama ‘Julia Robert Malaysia’ hanya kerana wajah seiras pelakon antarabangsa itu mengakui penghijrahannya bermula dari dalam jiwa.
Sanggup Tinggalkan Anak-Anak Demi Cari Ilmu Akhirat
“Ia bermula dari dalam jiwa. Saya mula kurang bersosial serta mula memikirka tentang kehidupan. Selain itu saya juga banyak menghadiri majlis-majlis agama. Kebetulan anak pula cenderung kea rah agama. Mungkin itu satu petunjuk buat diri saya untuk berubah menjadi wanita yang lebih baik.
Ads
“Selain menghadiri majlis agama, saya turut membuat inisiatif sendiri pergi ke Indonesia untuk menggali ilmu agama dengan lebih mendalam. Saya tinggalkan seketika anak-anak yang masih kecil ketika itu demi mengejar ilmu akhirat.
“Sejujurnya ilmu agama saya masih cetek. Maka sebab itulah saya mengambil tindakan sedemikian. Jiwa sentiasa tidak tenteram selagi tidak ‘mencarinya’. Di sana saya banyak bertemu dan bergaul dengan mereka yang pandai ilmu agama.
“Alhamdulillah hasil usaha tersebut saya menjadi siapa diri saya sekarang. Pun begitu saya masih Lyn Alkhaired yang dahulu, masih rapat dengan rakan-rakan lama dan baru. Cuma mungkin ada batas-batasnya mana yang boleh dan tidak. Saya rasa bersyukur dan bertuah kerana Allah SWT telah membuka pintu hati saya lebih awal untuk berubah ke arah kebaikan.
Ads
Bertahun-Tahun ‘Lost’, Jiwa Tak Tenang
“Bertahun-tahun saya rasa lost dan tercari-cari. Jiwa saya bergolak dan akhirnya apabila bertudung jiwa saya merasa sangat tenang.
“Dan itulah sebenarnya apa yang saya tercari-cari selama ini. Biarpun perubahan ini tidak terlalu drastik dan semoga saya terus istiqomah,” ujarnya yang menambah setiap kesilapan dilakukan itu adalah ‘guru’nya.
“Ketenangan jiwa adalah nikmat paling mahal buat saya. Kini saya lebih banyak fikirkan tentang kehidupan, diri sendiri serta keluarga. Anak-anak juga sering mendoakan saya agar terus menjadi ibu yang terbaik buat mereka. Semua ini petunjuk daripada Allah SWT untuk saya berhijrah.
Ads
Ibu kepada lima orang anak ini juga turut menjadikan Ustazah Sharifah Khasif sebagai sumber inspirasi.
Perubahan yang dilakukan oleh Lyn juga turut mendapat sokongan daripada followernya. masing-masing mengharapkan beliau terus kekal istiqamah.
Ibu bapa adalah antara figura yang paling risau sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada anak-anak mereka. Malah, bukti cinta dan kasihnya kedua orang tua, ada diantara ibu bapa sanggup mahu menggantikan kesakitan yang dihidapi sang anak sekiranya diizinkan Allah.
Begitu juga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah ini, Adi Saifullizam Abdul Sani yang sanggup ‘berkhemah’ di dalam kenderaan hanya kerana mahu sentiasa ‘dekat’ dengan si anak yang kini terlantar di hospital kerana diuji menghidapi tumor otak.
Bapa Pacak Khemah Belakang Kereta Tunggu Perkembangan Anak
Baru-baru ini sebuah portal infortainment, memaklunkan tentang kisah pengorbanan Adi, 40 tahun yang sanggup bermalam dan tidur di dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak, bagi memudahkan urusan isterinya yang memantau keadaan anak bongsunya mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.
Tular di media sosial beberapa keping foto menunjukkan kereta Proton Satria yang dipasang khemah pada bahagian belakang kenderaan itu yang setia menanti di tempat parkir Hospital.
“Anak bongsu saya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sedang mendapat rawatan di hospital, setelah doktor mengesahkan dia menghidap tumor otak.
Bagaimanapun, Adi berkata setelah anaknya itu menjalani pembedahan untuk tujuan pengambilan sampel sel pada Sabtu lalu, keadannya semakin stabil. Tetapi masih perlu dirawat dan dipantau di HRPB ditemani isterinya.
“Alhamdulillah, setakat petang tadi anak saya dalam keadaan stabil. Kami sedang menunggu sama ada anak akan menjalanikemoterapi, radioterapi atau pembedahan susulan,” katanya.
Kewangan Kritikal, Tak Mampu Sewa Homestay Terpaksa Berjimat Untuk Kos Rawatan Anak
Mengulas lanjut berhubung tindakkanya itu, ini respon yang diberikan oleh Adi.
“Saya ambil keputusan untuk bermalam dalam kereta di ruang parkir hospital kerana mahu sentiasa dekat dengan anak dan isteri serta standby pada bila-bila masa.
“Nak tinggal di homestay, pun perlu banyak kos. Masa hari pertama saya datang ke hospital cuma ada RM250 di tangan.
“Jadi, saya perlu berjimat. Lebih mengutamakan makan dan minum. Apa yang lebih penting, saya sentiasa dekat dengan anak,” ujar bapa kepada tiga anak itu.
Ini demikian kerana, menurut Adi, buat masa ini dia masih belum dimaklumkan oleh Doktor apakah langkah susulan yang bakal diambil terhadap kondisi kesihatan anaknya. Justeru, jumlah kos sebenar rawatan juga masih belum dapat diputuskan lagi.
Sekadar info, adi yang membanting tulang empat kerat sebagai operator kilang dan isterinya yang tidak bekerja mengakui perlu berjimat dengan mencatu kewangan sedia ada.
Jelasnya lagi, buat masa ini dia mengambil cuti tanpa gaji khusus untuk memantau perkembangan kesihatan anaknya, serta memudahkan urusan isterinya kerana jarak rumahnya yang berada di Trolak agak jauh jika ingin berulang ke hospital.
Sehubungan itu, Adi menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas keprihatinan rakyat Malaysia yang banyak membantu dia dan keluarga untuk keluar dari kemelut kewangan itu.
“Syukur Alhamdulillah juga hari ini ada seorang hamba Allah yang sudi membantu saya membiayai tempat menginap di bilik di sebuah rumah inap berdekatan dengan hospital.
“Sangat dekat, saya berjalan kaki antara 300 dan 500 meter ke hospital bertemu anak dan isteri,” katanya sambil menambah dua lagi anaknya dijaga oleh keluarga terdekat buat sementara waktu.
Hijabista mendoakan agar adik Muhammad Afeef Mikhail diberikan kesembuhan segera, serta tiada kesakitan selepasnya dan semoga segala urusan ayahnya, Adi Saifullizam Abdul Sani sekeluarga dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sebut sahaja nama Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra disapa sebagai Faz, pasti ramai dikalangan hijabi yang mengenali bintang wanita yang cemerlang dalam bidang perniagaan mahupun lakonan ini. Meski, namanya berdiri sama tinggi dengan pelakon ternama yang lain, Fazura sentiasa menunduk ke bumi sejak di awal kemunculannya di layar skrin sehingga kini.
Usai dua dekad menabur nama dalam industri seni tanah air, wajah aktres jelita ini kini dilihat sudah jarang kali menghiasi di kaca televisyen. Adakah dia terasa hati mahupun kecewa dengan industri?
Bukan Tak Rindu Berlakon, Tapi Faz Terkilan..
Menurut tuan empunya badan sendiri, bukan enggan membuat kemunculan semula menerusi naskhah tempatan, namun dek kerana streotaip jalan cerita yang sama membuatkan pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini lebih selektif dalam memilih karakter untuk dilakonkan.
“Tidak dinafikan banyak juga, sedihlah setiap kali dapat tawaran saya gembira sangat, nak berlakon. Tetapi bila dapat skrip, alamak sama sahaja berebut lelaki. Agak terkilan sedikitlah. Itulah sebabnya saya sudah tidak lama berlakon. Jadi saya buatlah produksi sendiri sekarang, bolehlah buat apa-apa yang saya nak.
“Pastinya Fazura Pictures Sdn Bhd ini kita memang rancang untuk berkembang lagi. Faz pun sudah lama tidak berlakon kerana mungkin watak-watak yang diberikan adalah sama sahaja. Kebanyakan naskhah sekarang pun dua wanita berebut lelaki, jadi saya tidak mahu lakukan itu.
“Selain ramai peminat yang merindukan lakonan saya, itulah bukan tidak mahu berlakon tetapi karakter yang saya dapat sememangnya apa yang saya cakap tadi iaitu saya tidak mahu buat. Takkanlah dua perempuan asik nak berebut lelaki sahaja. Jadi dengan produksi ini, saya nak buat apa yang saya nak,” katanya ketika ditemu bual.
Mahu Angkat Martabat Wanita Menerusi Produksi Fazura Pictures!
Di samping itu, dengan memiliki produksi sendiri iaitu Fazura Pictures Sdn. Bhd, isteri kepada aktor terkenal, Fattah Amin ini bebas untuk berkarya selain ingin mengangkat berkaitan women empowerment menerusi karya seterusnya yang bakal diterbitkan bagi ‘memecahkan’ stigma sedia ada dalam naskhah yang sama disajikan pada masa ini.
“We like that in Malaysia. Seperti yang saya cakap, sedih sebenarnya melihat industri kita terlalu banyak mengeluarkan filem-filem atau naskhah yang berulang kali jalan ceritanya sama sahaja. Setiap hari kita tonton drama itu terlalu banyak di kaca televisyen. Tidak tahulah bila mahu berubah.
“Jika kita lakukan benda yang sama, bagaimana kita mahu kembangkan minda penonton-penonton kita. Jika lakukan yang sama, sebab itulah tercetusnya perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada masa ini. Saya harap ramai lagi penerbit di luar sana yang berani keluar dari zon selesa itu bikin cerita yang berbeza untuk kita boleh mendidik penonton selain alihkan stigma yang sama kepada stigma yang baharu.
“Bagi saya bila kita mengangkat martabat wanita? Jadi ya, Insya-Allah itu adalah matlamat saya untuk memartabatkan lagu kaum wanita, women empowerment ini memang tujuan saya. Jadi untuk produksi saya ini, saya mahu hasilkan lebih banya lagi cerita-cerita yang memang saya nak lakukan sendiri dengan menghasilkan cerita berbeza sebelum ini. Ya Insya-Allah dapat hasilkan lebih banyak lagi,” ujarnya.
Sebagai pemilik sebuah produksi, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menetapkan syarat untuk mengutamakan khidmat pelakon berbakat selain pendatang-pendatang baharu yang benar-benar komited untuk menggilap kebolehan.
Katanya, bukan mahu bersikap selektif, tetapi dia percaya ramai pelakon berbakat wajar diberi peluang untuk menyinar asalkan mereka sedia berusaha ke arah itu.
“Sudah pastinya saya memang bercadang akan libatkan dengan pelakon lain. Projek seterusnya nanti saya nak melibatkan semua rakan wanita saya dalam industri ini. Saya buka juga kepada sesiapa saya, tentunya yang berbakatlah Insya-Allah.
“Tetapi pelakon-pelakon baharu pun saya terbuka dan beri peluang kepada mereka. Pada masa sama mungkin dapat bantu mereka untuk dari segi lakonan. Selain itu, mereka ada usaha untuk belajar, bukannya datang ke set.
“Tetapi nak jaga rupa tetapi lakonan whatever whatever sahaja. Itu yang paling penting, asalkan ada usaha kesungguhan dan niat yang baik,” katanya.
Memandangkan dua bilion pengguna aktif perkhidmatan aplikasi ini, mungkin tidak hairanlah bahawa spam WhatsApp adalah isu biasa. Sama ada penipuan, percubaan pancingan data atau hanya dorongan pemasaran lama daripada syarikat.
Apa yang perlu anda lakukan sedangkan semua hantaran adalah dari kenalan. Namun perlu tahu cara mengesan bahaya WhatsApp supaya anda boleh menyekat pengirim dan pastikan tidak meletakkan keselamatan anda pada risiko yang tidak diingini.
Jadi bagaimana mengenali spam WhatsApp? Apa yang boleh anda lakukan mengenainya? Dan bagaimana anda menyekat kenalan di WhatsApp?
Cara Mengenali Spam WhatsApp
Berikut ialah cara terbaik untuk mengesan spam WhatsApp, bersama beberapa nasihat tentang langkah yang perlu anda ambil jika anda menerima mesej sedemikian.
Mesej Kerap Dimajukan
Kebanyakan pengguna WhatsApp akan sedar bahawa apl ini membolehkan anda memajukan mesej yang diterima daripada seorang terus kepada penerima yang lain (bagi mereka yang tidak tahu, tekan lama mesej dan ketik ikon ke hadapan di penjuru kanan sebelah atas skrin).
Walau bagaimanapun, pengguna mungkin kurang sedar bahawa WhatsApp mempunyai penunjuk berasingan untuk mesej yang sering dimajukan. Apabila mesej telah dimajukan lima kali, anda akan melihat ikon anak panah berganda dan bukannya anak panah tunggal yang menandakan mesej yang dimajukan biasa.
Anda juga akan melihat amaran kecil pada kotak mesej itu sendiri, memberitahu anda bahawa mesej itu telah “dimajukan berkali-kali”. Perbezaannya adalah penting: jika mesej telah dimajukan lebih daripada lima kali, ia hampir selalu akan menjadi satu bentuk spam, sama ada meme membosankan yang membuat pusingan, berita palsu atau sesuatu yang lebih teruk.
Nombor Tidak Dikenali
WhatsApp membolehkan anda menghantar mesej kepada sesiapa sahaja yang mempunyai nombor telefonnya. Ini bermakna bahawa penghantar spam boleh mengikis web untuk mendapatkan butiran hubungan, membeli senarai nombor aktif daripada web gelap dan juga menggodam perkhidmatan lain yang mempunyai nombor telefon anda dalam fail, kemudian menghantar mesej yang tidak diminta kepada anda.
Tidak mungkin anda akan mempunyai pengirim sedemikian dalam senarai kontak anda, yang bermaksud bahawa apabila ia tiba di peti masuk WhatsApp anda, ia akan sentiasa ditunjukkan sebagai nombor yang tidak dikenali.
Pasti, anda sekali-sekala akan mendapat mesej daripada nombor yang tidak dikenali yang ternyata sebagai rakan yang menukar nombor, tetapi selalunya, ia akan menjadi spam. Walaupun ia bukan pendekatan yang mudah, satu cara untuk menghalang sesetengah orang daripada menghantar mesej yang tidak diminta kepada anda adalah dengan menyembunyikan status WhatsApp. Pengirim tidak akan dapat menentukan sama ada akaun anda masih aktif.
Sebahagian besar spam WhatsApp mempunyai satu tujuan, untuk mencuba dan membuat anda membuka pautan dalam mesej. Klik pada pautan dengan risiko, ia akan mencuba dan melarang butiran peribadi anda, butiran perbankan, bukti kelayakan log masuk atau sebarang bentuk data lain yang mempunyai nilai di web gelap.
Banyak penipuan WhatsApp yang terkenal sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menggunakan bentuk spam ini, terutamanya:
WhatsApp Gold: Versi WhatsApp yang dikatakan premium telah dihantar spam kepada berjuta-juta pengguna sepanjang 2016. Mengklik pada pautan dan menghantar pembayaran nampaknya akan memberi anda akses kepada versi WhatsApp yang lebih menarik yang digunakan oleh selebriti. Ramai yang dah tertipu!
Tamat Tempoh WhatsApp: Satu lagi penipuan WhatsApp klasik. Anda akan melihat mesej yang mendakwa bahawa akaun WhatsApp anda telah tamat tempoh dan anda perlu membayar untuk mengaktifkannya semula. Ingat, WhatsApp tidak pernah mengenakan bayaran untuk memuat turun apl dan tidak akan mengenakan sebarang caj baharu pada akaun anda sebaik sahaja anda beroperasi.
Baucar Beli-belah: Salah satu penipuan WhatsApp yang paling biasa, anda akan mendapat mesej yang menawarkan baucar beli-belah jika anda melengkapkan tinjauan. Dalam amalan, satu-satunya perkara yang anda akan terima sebagai pertukaran untuk usaha anda ialah identiti yang dicuri.
Permintaan Log Masuk/Pengesahan
Anda tidak boleh menggunakan WhatsApp untuk Pengesahan Dua Faktor (2FA) pada mana-mana apl atau perkhidmatan yang diketahui. Sudah tentu, anda mesti menyediakan 2FA pada semua akaun anda, ia adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan ia selamat walaupun seseorang telah berjaya mendapatkan bukti kelayakan log masuk anda, tetapi mesej 2FA tersebut tidak akan sampai ke WhatsApp.
Sebaik-baiknya, anda harus menggunakan apl/perkakasan 2FA khusus seperti Google Authenticator atau YubiKey, tetapi sekurang-kurangnya ia akan tiba melalui SMS terus. Jika anda menerima mesej sedemikian di WhatsApp dan anda tidak cuba log masuk ke mana-mana. Ini tidak bermakna seseorang cuba menggodam akaun anda. Mesej itu adalah spam dan anda boleh mengabaikan dan menyekatnya dengan selamat.
Perkataan Khusus
Spam sering menggunakan taktik generik yang sama untuk mencuba dan menipu anda. Menurut literatur WhatsApp sendiri, terdapat lima jenis perkataan biasa dalam mesej yang perlu anda ketahui:
Salah ejaan atau kesalahan tatabahasa.
Meminta anda mengetik pautan atau mengaktifkan ciri baharu melalui pautan.
Meminta anda berkongsi maklumat peribadi anda, seperti nombor kad kredit atau akaun bank, tarikh lahir, kata laluan.
Meminta anda memajukan mesej.
Mendakwa bahawa anda perlu membayar untuk menggunakan WhatsApp.
Jika anda menerima mesej yang sepadan dengan salah satu kriteria, anda harus memadamkannya dengan segera.
Cara Mengurus dan Mengurangkan Spam WhatsApp
Sebaik sahaja anda telah mengenal pasti mesej WhatsApp sebagai spam, apakah langkah seterusnya yang perlu anda ikuti?
1. Cara Melaporkan Nombor di WhatsApp
WhatsApp Business membolehkan syarikat berinteraksi dengan pelanggan mereka melalui antara muka WhatsApp. Penggunaan alat WhatsApp Business untuk pemesejan pukal dan hubungan yang tidak diminta adalah melanggar syarat WhatsApp.
Jika anda menerima mesej yang tidak diminta daripada akaun perniagaan, anda harus memfailkan laporan WhatsApp dengan segera. Anda melaporkan nombor spam dengan membuka sembang, mengetik nama pengirim dan menatal ke bawah ke Laporkan Kenalan.
Tetapi apa yang berlaku apabila anda melaporkan seseorang di WhatsApp? Malangnya, kita tidak tahu sebenarnya. Penyulitan bermakna WhatsApp tidak dapat melihat kandungan mesej, tetapi mereka akan dapat melihat log interaksi anda dan data lain yang berkaitan.
WhatsApp hanya mengatakan ia akan “melancarkan siasatan.” Jika pengirim didapati melanggar Syarat Perkhidmatan, akaun mereka boleh digantung atau diharamkan. Ingat, menyekat nombor hanyalah satu cara anda boleh menjadikan akaun WhatsApp anda lebih selamat.
2. Cara menghalang seseorang di WhatsApp
Salah satu pepatah lama untuk mencipta pengalaman Twitter yang menyeronokkan ialah menyekat awal dan sering menyekat. Falsafah yang sama digunakan untuk spam WhatsApp. Jangan berdiam dan berasa kecewa kerana aliran fakta yang tidak berkesudahan tiba di peti masuk anda, hanya sekat akaun pada tanda pertama masalah.
Anda boleh menyekat akaun WhatsApp dengan membuka mesej, mengklik pada tiga titik menegak di penjuru kanan sebelah atas dan pergi ke More > Block.
3. Hadkan siapa yang boleh menambah anda ke kumpulan
Spam kumpulan adalah isu sebenar. Sama ada rakan yang terlalu bersemangat yang mempunyai nombor anda atau penipu di seluruh dunia, anda sering mendapati diri anda telah ditambahkan ke kumpulan yang anda tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.
Pada 2019, WhatsApp menambah ciri privasi baharu yang membolehkan anda memilih siapa yang boleh menambahkan anda ke kumpulan baharu. Tiga pilihan tersedia: Semua orang, Kenalan Saya dan Kenalan Saya Kecuali. Untuk menyediakannya, pergi ke Everyone, My Contacts, dan My Contacts Except. Untuk menyediakannya, pergi ke Settings > Account > Privacy > Groups.
Dengan penyulitan hujung ke hujung, beberapa tetapan pengurusan kenalan dan set pilihan privasi yang mantap, WhatsApp masih merupakan cara yang selamat untuk bersembang. Tetapi akhirnya, akaun anda hanya selamat seperti pengguna. Dengan mengikuti beberapa petua keselamatan asas, anda boleh memastikan akaun anda kekal selamat sepanjang masa.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa...