Bulan Muharram adalah permulaan bagi kalendar umat Islam mengikut kalendar hijrah. Awal Muharram atau Maal Hijrah menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah. Tahun terjadinya peristiwa Hijrah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah (tahun 622 Masihi).

Sedar atau tidak sedar kita akan melalui fasa tahun baharu Hijrah (Awal Muharram) dan pastinya memori atau kenangan tahun Hijrah sebelumnya sama ada indah ataupun tidak, merupakan pengalaman mematangkan kita semua yang boleh dijadikan iktibar bagi menghadapi dugaan bakal mendatang pada tahun baru Islam 1444 Hijrah.

Awal Muharram – Maal Hijrah Peristiwa Sejarah Terpenting Dalam Islam

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan peristiwa yang amat penting bagi umat Islam kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam Islam. Oleh itu, sambutan tahun baharu hijrah perlu mencapai matlamat sebenar, tepat dan selari dengan kehendak Islam kerana sambutan tahun baharu Hijrah bukan seperti sambutan tahun baru Masihi yang dimeriahkan dengan percikan bunga api berwarna warni tetapi sambutan tahun baru Hijrah merupakan azam baharu kita bagi meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Photo by david-mceachan from Pexels.

Menghayati Maal Hijrah

Dalam pada itu, Umat Islam perlu menghayati Maal Hijrah dengan kembali mematuhi tuntutan agama. Yakni bahawa, Islam menghendaki kita berhijrah mencari kebaikan dan kejayaan. Sambutan Maal Hijrah juga peluang untuk kita muhasabah diri mencari kekuatan dan kelemahan diri. Sekali Hijrah, Tetap Istiqomah.

Harapan di tahun baharu Islam semoga tahun Hijrah yang datang hari ini membawa sinar kejayaan lebih baik kepada seluruh umat Islam berbanding sebelum ini.

Bacaan Doa Akhir Tahun 1443 Dan Bacaan Doa Awal Tahun 1444 Hijrah

Sudah menjadi kelaziman setiap kali berganti tahun Hijrah, masyarakat Islam akan memasang atau memperbaharui azam selain membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah, malah ada yang menjadikan hari awal tahun Hijrah sebagai kewajipan untuk menetapkan satu matlamat baharu dalam kehidupan.

IKLAN
Photo by rodnae-productions from Pexels.

Panduan Baca Doa Akhir Dan Awal Tahun

Hijrah sebagai makluman, doa akhir tahun dibaca ketika matahari hampir tenggelam pada hari terakhir bulan Zulhijah. Manakala doa awal tahun pula hendaklah dibaca selepas solat Maghrib iaitu setelah muncul anak bulan Muharam.

Berikut adalah lampiran doa akhir dan awal tahun hijrah yang dikongsikan oleh mereka yang arif berhubung dengan perkara ini.

Doa Akhir Tahun Islam 1443 Hijrah

IKLAN

Doa akhir tahun 1443 Hijrah hendaklah dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1443 Hijrah bersamaan 29 Julai 2022 Masihi (Jumaat).

Doa Awal Tahun Islam 1444 Hijrah

Doa awal tahun (1 Muharam 1444H) hendaklah dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1443 bersamaan 29 Julai 2022 (malam 1 Muharram 1444H).

IKLAN

Sebagai info, mengikut kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.

Sumber kredit: Pencetus Ummah Syed Top image: Photo by konevi from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI