Baru-baru ini ramai jejaka yang cair melihat kejelitaan anak perempuan pelakon Fauzi Nawawi, Hanna Faresha yang juga merupaka seorang instafamous. Sejak isterinya Lisdawati mendedahkan wajah anaknya sebelum itu dan baru-baru ini ketika sambutan konvokesyen di laman instagram, ramai yang pasang niat untuk menjadi menantu kepada pelakon ini. Pelakon serba boleh ini tidak menafikan menerima ‘pinangan’ tetapi meletakkan syarat tertentu dalam mencari menantu pilihan untuk membimbing anak gadisnya itu.
Bagi Fauzi Nawawi yang baru menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin yang lalu mahu mencari bakal menantu yang tahu perihal agama, tahu membaca Al-Quran serta mempunyai pendapat tetap.
Bercakap kepada RotiKaya, Fauzi mengakui kecantikan anaknya itu yang juga merupakan seorang instafamous popular dan mempunyai lebih 100 ribu follower di laman instaram.
Dan sebagai bapa dia tidak pernah menghalang jodoh anaknya itu cuma menurut beliau bukan dalam masa terdekat kerana Hanna masih lagi belajar.
Ads
Sebelum ini, Hanna yang merupakan anak gads dari perkahwinan pertamanya itu pernah viral berikutan kejayaannya mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan SPM lalu.
Pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal berjaya menyentuh hati dan sanubari penonton yang hadir ke Konsert ‘Agungnya Cinta: Menyusuri Sirah Baginda’ sewaktu menyampaikan tazkirah pada konsert sambutan tahun baharu 2023.
Pada sesi tazkirah yang mengambil tempat di Pusat Konvensyen Sime Darby itu, Ustaz Don sendiri gagal menahan air matanya ketika sedang menceritakan kisah Rasulullah SAW sewaktu baginda menghadapi sakaratul maut dan kemudian wafat.
Apa yang lebih memeranjatkan apabila, Ustaz Don tidak menangis keseorangan kerana ramai pengunjung dan penonton juga gagal mengawal emosi masing-masing.
Para Pengunjung turut menitiskan butir-butir air mata keinsafan, tatkala mendengar kisah perjuangan pemimpin terulung yang tiada tandingannya yang selayaknya menjadi inspirasi dalam kehidupan setiap umat Islam.
Menurut laporan akhbar tempatan, gaya dan penyampaian Ustaz Don pada konsert itu begitu juga memainkan peranan, terutama ketika berkongsi tentang keperibadian Nabi Muhammad SAW.
Gaya penyampaian yang menarik ini, sekaligus berjaya memikat hati penonton tanpa mengira usia, malah rata-rata penonton yang hadir seramai 500 orang begitu tekun mendengar tazkirah yang disampaikannya.
Selain itu, ‘Konsert Agungnya Cinta: Menyusuri Sirah Baginda’ ini adalah satu inisiatif yang digarap untuk tampil dengan alternatif berbeza bagi meraikan sambutan ambang tahun baharu yang penuh dengan pengisian kerohanian.
Konsert ini berbeza dengan konsert sambutan tahun baharu yang lain kerana menampilkan bukan sekadar hiburan semata-mata, dalam masa yang sama konsert ini bertujuan mendidik hati setiap penonton agar mencintai Nabi Muhammad SAW.
Malah, selain pengisian kerohanian penonton yang hadir juga turut dihidangkan dengan pelbagai persembahan memukau daripada penyanyi nasyid terkenal tanah air seperti Raihan, UNIC dan Mirwana.
Penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel juga turut kelihatan bagi memeriahkan konsert yang berlangsung selama tiga jam itu.
Persembahan dan pengisian konsert itu, turut diselang-seli dengan tazkirah oleh dua pendakwah selebriti iaitu Ustaz Don Daniyal dan Imam Muda Megat Mohd Zaid.
Lebih menggamatkan suasana adalah penampilah khas, Man Raja Lawak juga melakukan sketsa dengan mendendangkan syair tradisi oleh Galuh Cendra Kirana.
Untuk rekod, konsert amal ini merupakan anjuran Afocus Media Ventures (AMV) dengan kerjasama Yayasan Unit yang berhasrat mahu meneruskan tradisi ‘konsert secara islamik’ penuh dengan perkongsian ilmu-ilmu ukhrawi sambil mendekatkan diri dengan sejarah para pemimpin Islam.
Justeru itu, sebarang acara yang memupuk semangat ‘mengenali Rasulullah SAW’ menerusi lagu mahupun tazkirah perlu dikekalkan dan terus disemai, agar kesedaran dikalangan orang ramai, khususnya umat Islam dapat dipupuk dalam diri individu dan juga masyarakat.
Sekadar info, sebahagian hasil sumbangan konsert bakal disalkurkan bagi tujuan kebajikan dan pendidikan insan-insan yang memerlukan.
Sebaik dibebaskan dari hukuman penjara, mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mensyukuri rahmat dari Tuhan kerana dapat bersama-sama ahli keluarga untuk menyambut Ramadan bersama. Setelah hampir 20 tahun terpisah, akhirnya mereka sekeluarga dapat berkumpul semula lebih-lebih lagi di bulan penuh mulia ini.
Dapat dilihat foto-foto kemesraan keluarga yang dimuat turun di media sosial. Betapa ikatan kekeluargaan mereka begitu utuh dan kekal terjalin biarpun sebelum ini Datuk Seri Anwar terpisah lama oleh tembok besi.
Tiada rasa janggal tika bersama-sama berbuka puasa, bukan sahaja bersama anak-anak tetapi juga cucu-cucunya yang memahami perjuangan datuknya selama ini. Anwar yang mempunyai enam orang anak, lima darinya adalah perempuan dan seorang lelaki.
Ketika beliau ditahan buat pertama kali, anaknya yang paling bongsu masih sangat kecil lagi. Dan kini masing-masing sudah besar dan mempunyai kehidupan tersendiri. Namun hubungan mereka sekeluarga tetap teguh dan begitu erat sekali.
Dalam foto yang dimuat turun ahli keluarga ini bagaikan dapat menggambarkan betapa bahagianya mereka apabila dapat berkumpul bersama-sama. Lebih berganda kegembiraaannya apabila bersama-sama berbuka puasa ketika di bulan penuh keberkatannya ini.
Dalam satu status dimuat turun Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah, beliau mengucapkan alhamdulillah setelah sekian lama menunggu, rasa bertuah kerana dapat berbuka puasa dengan keluarga tersayang.
Malah kejutan paling bermakna juga apabila anak paling bongsu, Nurul Hana yang sebelum ini tidak bersama ketika Anwar dibebaskan, tiba-tiba muncul di depan mata. Betapa sebak Datin Seri Wan Azizah yang sama sekali tidak menyangka anak bongsunya balik lebih awal dari jangkaan.
Terharu melihat keakraban ahli keluarga ini. Biarpun menempuh pelbagai dugaan setelah sekian lama, namun Allah akhirnya menjanjikan kebahagiaan dalam suasana yang cukup harmoni di bulan penuh mulia.
Semoga keluarga ini tidak akan terpisah lagi Dan kita juga boleh mencontohi hubungan erat keluarga ini yang tetap teguh bersama-sama biarpun dilanda pelbagai dugaan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM KELUARGA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari ini genap seminggu seluruh umat Islam menyambut dan meraikan ketibaan Syawal, bermakna sudah seminggu juga bulan mulia Ramadan Al Mubarak melabuhkan tirainya dan pergi meninggalkan kita.
Ramadan yang telah pun berlalu diibaratkan sebagai madrasah terbaik dalam memupuk keimanan melalui tarbiah diri tidak kira samada secara fizikal dan spiritual.
Namun, apa yang menyedihkan setelah pemergianya, ada dikalangan kita yang kembali kepada tabiat lama iaitu culas dalam melaksanakan ibadah.
Solat berjemaah menjadi asing, bacaan al-Quran sudah semakin sepi dan fakir miskin serta anak yatim kembali terpinggin tanpa diendahkan oleh sesiapa pun.
Justeru, melihatkan perkara ini, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan sebuah doa dan beberapa amalan yang dapat dipraktikan meskipun kita berada di luar bulan Ramadan agar dapat kekal istiqamah dalam melaksanakan ibadah sebagai seorang hamba terhadap Allah yang maha esa.
Selama sebulan berhempas pulas dan pulun mencari secebis pahala di bulan Ramadan, mungkin ada diantara kita yang merasakan bahawa inilah masanya untuk berehat dan bersenang-senang semula. ‘Lupakan’ seketika soal ibadah dan nikmati serta raikan Syawal yang telah tiba.
Ini merupakan antara tabiat dan sifat semulajadi yang ada di dalam diri seorang manusia. Kerana kita sememangnya mudah alpa dan lupa.
Malah, setiap perkara yang dilakukan setiap hari secara berulang-ulang pasti membuatkan kita merasa letih dan hilang keghairahan untuk melaksanakanya. Namun, tak ramai yang cakna bahawa penat lelah melakukan ibadah antara penat yang disukai oleh Allah SWT.
Ada satu doa yang boleh diamalkan Hijabi sekiranya mulai merasa lesu, letih, lelah dan tidak lagi bersemangat untuk beribadah.
Doa ini dikongsikan oleh pendakwah dan pensyarah Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang mana merutnya jika diamalkan, doa ini mampu mengembalikan semangat serta menyegarkan jiwa yang lesu beribadah itu.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah ENGKAU pesongkan hati kami sesudah ENGKAU beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya ENGKAU jualah TUHAN Yang melimpah-limpah pemberianNYA.” (Surah Ali Imran, ayat 8)
Dalam sehari ada lima waktu yang diperuntukkan untuk kita sebagai umat Islam untuk ‘dating’ dan bertemu dengan yang maha pencipta.
Jadi, dalam setiap solat fardhu yang dilaksanakan, berdoalah minta agar kembali diberi semangat dan keazaman yang tinggi dalam mengerjakan ibadah serta diberi ketetapan iman agar hati tidak berbolak balik. Selamat beramal!
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.