Maskara merupakan antara bahan solekan yang utama untuk menjadikan solekan di wajah tampak sempurna. Biarpun pelbagai jenis maskara dijual di pasaran yang memiliki fungsi yang berbeza seperti melebatkan bulu mata dan juga kali air, namun jika salah cara untuk pakainya, pastinya tidak membawa sebarang perubahan pada wajah kamu!

Kali ini, team Hijabista kongsikan kepada kamu semua tentang tip untuk memakai maskara dengan cara yang betul! Selamat mencuba!

Sumber gambar: Entrepreneur

1. Pilihlah maskara yang betul dan bagus. Produk yang berkualiti dan bagus akan mendatangkan hasil yang bagus juga.

2. Maskara ada berbagai jenis , ada yang memanjangkan bulu mata , menampakkan kelebatan bulu mata atau ada juga anti -clogging ( menghindarkan bulu mata melekat-lekat atau berkumpul seketul seketul antara satu sama lain ) , pilihlah yang bersesuaian dengan wajah anda.

IKLAN

3. Untuk mendapatkan cara pemakaian yang betul , mulakan dari akar ke hadapan. Cara ini akan membuatkan maskara mengikut aluran bulu mata. Alurkan berus dari kiri ke kanan , pergerakan ini untuk membuatkan semua bulu mata kita dicover oleh mascara.

4. Jika tak nak mascara bergumpal atau melekat tebal di bulu mata kita pilih mascara macam yang saya cakap diatas tadi (anti-gumpalan) atau gunakan sikat bulu mata untuk memisahkan mascara yang membuatkan bulu mata bergumpal banyak antara satu sama lain, cara ini boleh menampakkan bulu mata lebih natural.

IKLAN

5. Anda juga boleh lapkan tisu basah pada bulu mata agar bila di sapu maskara, cara ini bulu mata tidak bergumpal antara satu sama lain dengan banyak. Buat sapuan mascara yang ke 2 dan ke 3 ketika maskara masih basah, gumpalan boleh terjadi jika maskara yang pertama kering.

IKLAN

6. Jika anda ingin menampakkan bulu mata anda kelihatan tebal , anda boleh campurkan berlainan produk. Gunakan ‘layer’ yang pertama dengan maskara yang nipis dan kemudian ‘layer’ ke 2 tambahkan mascara yang mempunyai ketebalan yang lebih.

7. Untuk menampakkan mata anda galak/besar , lukis garis halus warna hitam di akar bulu mata anda.

8. Disebabkan mascara ini cecair , untuk menggekalkan mascara agar tahan lama , sapukan ‘eye-shadow powder’ diatas bulu mata anda sedikit mengikut warna mascara yang anda letakkan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI