Bagi hijabi penggemar kecantikan ataupun beauty enthusiast, anda mesti biasa dengan teknik gua sha ataupun ‘jade roller‘ untuk urutan muka. Namun sebenarnya, gua sha juga membantu untuk mencegah rambut gugur tau. Buat hijabi yang ada masalah rambut gugur, anda bolehlah cuba langkah ini!
Sejak akhir-akhir ini, ramai wanita yang menggunakan gua sha untuk mendapatkan bentuk muka yang runcing tanpa dagu berlapis. Sedang anda mental sosial media terutamanya TikTok, pasti anda pernah terjumpa video mengenai gua sha ini. Tambahan itu, terdapat juga lambakan video ‘tutorial’ mengenai cara urutan alatan ini. Gua sha sangat dikenali sebagai alatan urutan muka yang menjanjikan rangkaian kebaikan untuk kecantikan dan kesihatan kulit wajah.
Segalanya mengenai gua sha
Gua sha merupakan perubatan tradisional Cina (Traditional Chinese Medicine). Menurut prinsip TCM, qi(disebut “chi”), atau tenaga, mesti mengalir ke seluruh badan anda supaya anda boleh berasa sihat dan baik. Gua sha juga dipercayai membantu melegakan beberapa masalah kesihatan. Meninjau perkongsian daripada Cleverland Clinic, ianya dipercayai bahawa masalah kesihatan boleh berlaku apabila qi menjadi bertakung di kawasan tertentu. Seorang pengamal (ahli akupunktur yang popular) telah menggunakan alat bermata licin untuk mengikis perlahan bahagian badan anda yang mempunyai keradangan atau qi bertakung untuk membantu meningkatkan peredaran dan menggalakkan penyembuhan.
Artikel berkaitan: Teknik Urutan Untuk Cantik Tapi Boleh Beri Kesan, Pakar Dermatologi Beri Amaran Penggunaan Gua Sha
Kaitan gua sha dengan kesihatan rambut dan kulit kepala
Menerusi perkongsian dari HaloDoc, kesihatan rambut dipercayai berkait secara langsung dengan kesihatan darah kita. Jika kesihatan darah di kulit kepala terganggu, ia boleh menyebabkan keguguran rambut dan pertumbuhan rambut yang perlahan. Oleh itu, jika masalah peredaran kulit kepala dapat diatasi dengan rawatan gua sha, masalah rambut gugur juga dapat dikurangkan.
Hijabi perlu tahu bahawa kesihatan darah juga banyak ditentukan oleh tahap oksigen dan pH darah. Dengan penggunaan gua sha, ia dapat memberikan peningkatan peredaran yang ketara kepada tisu lembut dan penghubung di bawah kulit kepala. Satu kajian telah menunjukkan peningkatan dalam ekspresi gen heme oxygenase-1 (HO-1) sebagai tindak balas kepada rawatan gua sha. HO-1 diketahui mempunyai keupayaan anti-radang, melegakan kesakitan, dan tekanan oksidatif.
Cara menggunakan gua sha untuk kulit kepala
Pertama sekali, para hijabi perlu berhati-hati sebelum menggunakan gua sha pada kulit kepala. Jika dilakukan secara paksa atau kasar, ia boleh memberi tekanan yang berlebihan pada kulit kepala. Terlalu banyak tekanan sebenarnya boleh menyekat aliran darah dan berisiko merosakkan folikel rambut.
Untuk membuat rawatan kulit kepala menggunakan gua sha di rumah, anda boleh menggunakan gua sha jenis concave yang sering digunakan untuk leher. Namun jika anda mempunyai rambut tebal atau panjang, anda boleh menggunakan gua sha jenis sikat ataupun teeth edge(seperti di dalam gambar) untuk menjangkau kulit kepada dengan lebih baik.
Langkah-langkah untuk merawat gua sha pada kulit kepala:
- Gunakan gua sha yang mempunyai hujung yang halus (teeth edge) dan sapukan minyak rambut.
- Bermula di tengah kepala, gunakan gerakan sehala untuk mula mengurut baris seterusnya di sisi kepala.
- Jangan lupa untuk ‘sisir’kan dan urut rambut anda menggunakan gua sha secara perlahan.
- Kemudian beralih ke sisi garis tengah, ke arah telinga, sehingga anda menyelesaikan satu sisi kepala.
- Akhir sekali, ulangi cara yang sama ke bahagian kepala yang bertentangan.
Artikel berkaitan: Lebih 14k Shares, Wanita Dedah Cara Atasi Masalah Rambut Yang Dulu Gugur Segenggam
Anda boleh melakukan rawatan gua sha pada kulit kepala anda sekali seminggu atau setiap hari. Amalkan penggunaan gua sha ini seperti anda menggunakan sikat biasa. Walau bagaimanapun, keberkesanan gua sha untuk mencegah rambut gugur juga bergantung kepada produk penjagaan rambut yang anda gunakan dan kekerapan anda mencuci rambut. Kerana penggunaan produk penjagaan rambut yang salah kadangkala boleh membebankan kawasan akar rambut, menyebabkan rambut menjadi berminyak sebelum waktunya. Sia-sia sahaja nanti!
Sumber info dan gambar: HaloDoc, Cleverland Clinic, Google dan Pexels
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=d8rccokhz8I
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI