Siapa yang pernah menonton filem islamik ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang popular selepas filem ayat-ayat cinta pasti kenal dengan heroin utama Anna Althafunnisa yang dilakonkan oleh Oki Setiana Dewi.
Baru-baru ini, hijabi manis bertudung litup itu telah berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah (Phd) dan mendapat gelaran Doktor dari Institut Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran Jakarta pada 1 November lalu.
Ini merupakan gelar doktor kedua bagi Oki setelah menghabiskan masa menjalani pengajian di Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta dalam jurusan Pengkajian Islam Konsentrasi Komunikasi dan Dakwah pada tahun 2020.
‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’ itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan rezeki yang dikecapi oleh Oki, apabila beliau terus ditawarkan jawatan pensyarah Universiti di kampus sama sebaik sahaja menamatkan pengajian.
Malah, Oki bersetuju untuk mempertimbangkan tawaran berkenaan, kerana menurutnya, lagi banyak kita memberi ilmu (mengajar) kepada orang lain, maka lebih banyak ilmu yang akan diperolehinya nanti.
“Mungkin, rasa-rasanya saya akan mulai memikirkan perkara ini. Kerana, kalau kita mengajar kita juga bakal memperoleh ilmu,” ucap Oki Setiana Dewi lapor kompas.com ketika ditemui di kawasan Lebak Bulus, Jakarta Selatan.
Selain itu, Oki berkata menjadi tenaga pengajar di Universiti memang menjadi impian yang sudah lama diidamkannya.
“Sebenarnya untuk jadi Pensyarah itu sudah difikirkan sejak beberapa tahun yang lalu. Karena, saya sangat suka belajar. Tapi kerana sibuk dengan jadual yang padat, akhirnya terpaksa menangguhkan niat itu,” kata Oki Setiana Dewi.
Kakak kepada pempengaruh Youtube, Ria Ricis itu mendedahkan bahawa dia sangat suka menimba ilmu. Oleh sebab itu, dia memilih untuk terus menuntut ilmu meskipun sudah berumah tangga.
IKLAN
“Saya fikir, kerana saya orang yang cintakan ilmu dan saya suka belajar, saya suka dengan kampus, saya suka bertemu dengan guru-guru dan masih ada banyak ilmu yang saya tak tahu, dan hanya mengetahuinya setelah menuntut ilmu,” jelas Oki Setiana Dewi.
Tentunya anda pernah diserang sakit kepala dan lebih teruk lagi apabila diserang migrain. Berbeza dengan sakit kepala, migrain biasanya lebih berat dan ia boleh menyerang berulang kali di tempat-tempat tertentu. Menyarung hijab daripada fabrik yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan migrain kerana faktor cuaca di Malaysia yang sering berubah.
“Aduh, berdenyut-denyut rasa kepala ni. Nak buat kerja pun tak dapat fokus, dah lah nak kena siapkan cepat ni. Malasnya nak keluar cari Panadol. Ada tak petua atau cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat atau pain killer?”
Memang susah nak buat apa-apa bila diserang migrain mahupun sakit kepala. Salah satu penyelesaian termudah adalah dengan mengambil ubat tahan sakit. Namun, tak semestinya ia berkesan bagi setiap orang. Ada juga yang tak selesa mengambil ubat kerana sedang mengandung dan sebagainya.
Hijabista ingin kongsikan petua yang cukup mudah. Mari ikuti perkongsian Puan Hanisah Noordin ini.
Petua Hilangkan Sakit Kepala & Migrain Tanpa Pain Killer
Assalamualaikum. Saya ingin kongsikan salah satu petua yang biasa kami suami isteri gunakan sebagai ‘ubat’ sakit kepala. Buat pengetahuan semua, suami saya memang kerap diserang migrain. Kadang-kadang sampai ambil Panadol pun tak ‘jalan’. – Puan Hanisah Noordin
Tapi, sejak menggunakan 3 bahan ini, suami dah lama tak ambil ubat untuk melegakan sakit kepala. Dengan izin Allah, ia memang berkesan. Sekarang, di rumah kami sekarang tak ada lagi stok Panadol atau ubat hospital.
Bahan-bahan:
Air suam
Cuka epal organik
Madu asli
Cara-cara:
Campurkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Pastikan sudu plastik ya supaya zat madu tak hilang. (Sudu besi tak sesuai untuk madu.)
Baca selawat 3 kali dan terus minum. Seeloknya bilas mulut dengan air masak untuk mengelakkan daripada gigi reput sebab kuantiti asid dalam cuka epal ni agak tinggi. Boleh hilangkan rasa masamnya sekali. Kalau malas nak bilas mulut, boleh minum dengan straw.
Lepas minum terus tidur. Insha Allah lepas bangun tidur nanti, rasa sakit kepala terus hilang.
INFO TAMBAHAN:
Cuka epal memang rasanya masam dan tinggi asid. Tapi ia tak membahayakan tubuh. Setahu saya, bila di dalam tubuh ia berubah jadi alkali, seperti fungsi lemon. Cuma pastikan minum masa perut kosong sebab ia mungkin boleh menjadi asid kalau dalam perut ada makanan yang boleh menyebabkan gastrik.
Kalau nak beri kepada kanak-kanak, boleh kurangkan sukatan cuka epal daripada 1 sudu besar kepada 1 sudu kecil. Sukatan madu tetap sama. Menurut LiveStrong dan MomJunction, cuka epal juga selamat untuk ibu mengandung. Tapi pastikan ianya telah dipasteur dan disimpan pada suhu yang sepatutnya.
Apapun, jika simptom masih berterusan, sila dapatkan rawatan susulan. Kalau ada yang was-was, boleh rujuk kepada doktor atau mereka yang lebih pakar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jiwa rasa terbeban dan resah, seorang mak atau isteri bukan mudah mendukung tanggungjawab. Tanggungjawabnya yang cukup besar demi menjaga kesempurnaan rumahtangga suami di layan dengan sebaiknya.
Adakalanya ketika ujian dan masalah datang melanda, rasa tak mampu untuk melakukan semua perkara. Ia membuatkan hati rasa sedih, jiwa merintih dan penuh keluh kesah. Apatah lagi jika diri dihimpit dengan kesempitan hidup, dibebani dengan masalah hutang keliling pinggang.
Namun, janganlah berterusan begini. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berdoalah bersunguh-sungguh. Minta kepada Allah dengan sepenuh hati agar segala kesusahan, kerisauan, kesedihan dan bebanan hutang yang ada mudah untuk diselesaikan.
Pujuk hati atasi segala kekacauan jiwa tersebut dengan amalan doa yang diajar oleh Rasullah SAW ini untuk Abu Umammah ini. Hijabi boleh amalkan doa ini setiap kali selepas mengerjakan solat. Mahupun dibaca ketika dalam solat iaitu selepas Tahiyyat Akhir sebelum Salam.
Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya:
“Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana.
Beliau bertanya:
“Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?”
Abu Umamah menjawab:“Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!”
Rasulullah menjawab:
“Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab:“Sudah tentu, wahai Rasulullah.”
Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
MAKSUDNYA: “YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI KEDUKAAN DAN KESEDIHAN. AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI SIFAT LEMAH DAN MALAS. AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI SIFAT PENGECUT DAN BAKHIL. DAN AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI BEBANAN HUTANG DAN PENINDASAN MANUSIA.”
Abu Umamah RA berkata:
“Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Pelbagai cara dilakukan oleh seseorang untuk meraikan sambutan hari lahir. Ada yang menyambut di luar negara atau sekadar majlis bersama keluarga. Bagi selebriti Mira Filzah dia juga mempunyai cara tersendiri untuk menyambut hari lahirnya yang ke 25. Pelakon cantik manis ini menggunakan tema ‘back to school’ untuk sambutan hari jadinya bersama keluarga dan peminat. Pada majlis itu Mira memilih persalinan uniform pengawas sekolah warna biru. Ternyata dia begitu comel dan begitu terserlah sifat sebagai seorang remaja sekolah.
Jika tahun sebelumnya Mira menyambutnya dengan bertemakan ‘garden’ dan ‘bollywood dan kali ini sambutannya memang lain dari yang lain dengan mengenang zaman persekolahannya.
Dia yang hanya mengenakan hijab segera dengan mekap polos memang menyerlah gaya budak sekolah. Malah Mira Filzah juga tetap kelihatan comel dan cantik.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.