Pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih yang juga pendakwah selebriti, Dr Oki Setiana Dewi berhasrat agar anak keempatnya, Sulaiman Ali Abdullah yang diuji dengan sindrom ‘Prader Willi’ agar menjadi penghafaz kitab suci Al-Quran.
Sebagai seorang ibu, besar harapan Oki agar cahaya matanya yang kini menginjak usia dua tahun itu dapat mengikut jejak langkahnya yang gemar mendalami ilmu agama.
Oki Mahu Sulaiman Mendalami Ilmu Agama
“Saya cuma berdoa semoga anak ini diberikan fasih berbicara kerana sindrom ini banyak yang sukar bercakap, diberikan kecerdasan untuk menghafal al-Quran, belajar agama supaya bermanfaat untuk orang ramai” ujarnya.
Mengulas berhubung tahap kesihatan Sulaiman, Oki menjelaskan bahawa anaknya itu berada pada fasa aktif, lincah dan sihat sama seperti kanak-kanak lain
Ads
Tambah Oki, dek kerana kelincahan anaknya itu, dia terpaksa memberi tumpuan dan perhatian yang lebih agar dia dapat melihat sendiri perkembangan dan pembesaran Sulaiman.
Memang seronok setiap kali bershopping atau sekadar cuci mata di pusat beli belah. Namun usah dilupa untuk menunaikan solat jika sudah masuk waktunya. Kebanyakan semua pusat beli belah menyediakan tempat bersolat yang selesa, bersih dan kemas. Walaupun begitu, sikap kita sebagai jemaah di surau berkenaan menyebabkan beberapa masalah kebersihan dan tingkah laku baik sering diabaikan. Luahan hati wanita ini yang menegur mentaliti sebilangan wanita yang bersikap sambil lewa ketika solat di surau wanita.
Lila Vee berkongsi luahannya di laman sosial facebook hingga mendapat lebih 5 ribu butang like dan share serta komen melebihi 600 komen netizen yang rata-rata betsetuju dengan pandangan disampaikan.
Hari pertama 2019, mak terasa dah sampai masa untuk meluahkan 9 perkara yang mak pendam sepanjang beberapa tahun ini. Tentang MENTALITI WANITA DI SURAU. Terutama surau di SHOPPING MALL. Puncanya sebab dah dua kali kejadian yang menyebabkan mak hangin berlaku dalam dua hari berturut-turut mak pergi mall ni. Nak tak nak mak kena tulis dan post juga. Siapa yang lepas baca 9 perkara ni setuju dengan mak, marilah kita sebarkan pada yang lain supaya ia tak berlaku lagi okay!
1)Sebelum masuk Surau. Rak kasut kukuh lagi canggih, tapi kita tetap nak letak dekat depan pintu kan? Ya lah, nak cepat tapi sesungguhnyaa tak sampai berapa saat pun untuk kau ambil kasut dan letak atas rak cantik tu. Takkan roboh rak kasut tu walaupun kasut wedges 5 inci kita tu seberat batu bata. Ini bukan main komen nak maju macam negara Jepun, tapi mentaliti kita dah sampai ke belum? Dan mak pernah terpijak kasut tumit tinggi yang runcing tu sebab diletak merata depan pintu. woi sakitnyaa hanya tuhan sahaja yang tahu!
2) Mengecop tempat dengan letak segala handbag, dan beg shopping atas sejadah, Kemudian ambil telekung awal-awal di rak dan cop tempat sambil shawl dihampar selebar lautan. Tapi dia baru nak pergi beratur ambil wudhu’, cabut pin tudung, bersihkan makeup yang dalam tempoh masa tu sempat orang lain yang dah selesai berwudhu tadi solat selesai 4 rakaat siap. Mak pernah alihkan tudung seorang wanita yang buat perkara di atas ni dan solat atas sejadah yang dia dah cop sebab ruang terhad, sejadah habis dan Saif dah meraung dalam surau tu. Waktu tu Daddy Saif tak ada sama untuk gilir solat. (Kena mention ni penting) Selesai mak beri salam dia baru terkedek-kedek dari tempat wudhu’. Dan dia boleh bercekak pinggang marah mak sebab alih tudung dia. Of course mak hangin, tapi mak biarkan jelah dan angkat Saif yang melalak itu lebih penting.
3) Bawalah wet tissue, makeup remover dan sebagainya dalam handbag mahal kita tu. Jangan kedekut, makeup remover beli sebungkus dekat tesco pun ada. Tak ada sangat guna jelah baby wipes adik atau anak kita tu. Tolonglah jangan lap makeup yang tak remove lepastu bila ambil wudhu’ makeup cair berbekas terus dekat telekung tu. Siap ada kesan bibir. Ewww! Geli weh! Walaupun telekung tu hitam, tolonglah. Biasakan jadi pembersih, ia akan jadi tabiat kita. Percayalah. Dalam hal ni mak puji usaha beberapa shopping mall dan stesen minyak yang tukar ganti telekung bersih setiap hari mengikut warna. Contohnya Aeon Midvalley dan beberapa stesen Petronas.
4) Telekung yang diletakkan dalam surau mall tu untuk kegunaan bersama. Walaupun kita dah datang dulu, solat dan nak berzikir sehingga masuk waktu seterusnya, fikirkan orang lain yang nak guna telekung tu juga. Kalau bawa telekung sendiri lain cerita. Ini real kejadian berlaku pada diri mak sendiri sampai terpaksa merayu nak mintak dilepaskan telekung tu untuk bagi kita solat sekejap. Siap dia buat muka kat mak ala-ala mak rampas barang. Aduhai, kau nak judge orang tu solat hujung waktu ke apa kau punya pasal. Tapi agak-agak kalau orang tu terlepas solat sebab kita tak kasi dia guna telekung siapa yang lagi berdosa?
5) Sejadah. Memang ada banyak, tapi kalau semua kita nak conquer sorang sehelai, kan dah tak cukup jadinya, dah la telekung nak punyakan, sejadah tak nak kongsi, bawa sendiri punya pun tidak. Jangan macam tu para wanita solehah sekalian. Sejadah tu kalau dah nampak orang ramai dalam surau, terus je bentang memanjang, kan elok lebih ramai dapat guna dan tak perlu semua orang nak ambil sejadah lain. Tak berdosa aih, dijamin! Dan ia menjimatkan masa, ruang, dan memudahkan lebih ramai orang.
6) Selesai beri kedua salam dan berdoa seringkasnya, (kalau surau kosong kau nak zikir, baca al-quran dan sebagainya silakan) tengok cepat-cepat ada tak yang menanti nak guna telekung dibelakang. Kalau ada bangun dan boleh offer terus pada orang tersebut. Kalau tak ada, kembalikan semula ke rak dalam keadaan elok, telekung gantung, sejadah lipat. Biarlah orang lain tak hantar pun, biarlah orang lain campak je pun, kau hantar lah. Bila kita mulakan sesuatu yang baik, mesti akan ada yang segan dan ikut. Kau try buat dan tengok. Kau akan rasa seronok.
7) Selesai Solat, kita nak berhijabista, lilit tudung tujuh lapan lilitan, bermakeup ala-ala nak makeup pengantin, tak ada masalah, silakan. Tapi please, ladies.. Bukan di atas sejadah yang orang lain bersusun beratur dekat belakang tengah tunggu giliran dan bukan juga di cermin belakang atau tepi tempat solat yang ruangan dia besar lagi sekangkang kera. Biasanya, kebanyakan surau mall letaknya sangat berhampiran dengan tandas, tak salah kalau kita sarung je tudung tu ala kadar asalkan tertutup rapi, dan pergilah bersiap di cermin tandas. Nak duduk 3 jam dalam tu pun tak ada siapa nak marah selain suami atau pakwe kita yang kematu menunggu.
8.) Nak membawang, gelak mengilai, bergosip, tempatnya ada banyak dekat mall yang kita pergi tu. Duduklah berapa jam pun yang kita mahu. Tapi bukan dalam surau. Ya, kau nak berehat, tapi dalam keadaan surau yang sesak terutama di kemuncak waktu solat, perbuatan kita itu sangat mengganggu.Ya, tahu kau ada banyak cerita bila jumpa kawan – kawan sekali sekala. Mak pun macam tu juga. Tapi, pernah tak belajar pendidikan sivik dan kewarganegaraan, bab beradab di tempat ibadah? Dalam buku teks sejarah tahun 6 pun ada bab ni. Jangan sampai mak bukak kelas tuisyen kat sini. Haaaa.
9) Untuk rakan-rakan kelab emak-emak pula, diharapkan sentiasalah kita ingatkan diri kita, walaubagaimana kita nak senangkan diri sendiri pun, jangan sampai tukar pampers anak di tempat wudhu’ apatah lagi biar anak kencing dan berak dan paling huduh sekali perangai bila kita tinggal begitu sahaja pampers tersebut dekat situ. Apa guna mall serba canggih sediakan baby room banyak – banyak tu kawan. Tong sampah dekat mall tu walaupun cantik dan canggih, tetap boleh digunakan untuk buang sampah. Jangan takut. Dan diharapkan, tahun 2019 ni buanglah mentaliti, cleaner dibayar untuk urus sisa dan sampah yang kita tinggalkan. Mudahkan kerja orang, InsyaAllah urusan kita akan dipermudahkan dalam cara yang kita tak sangka.
Akhir kata, bertimbangrasa dan bertanggungjawablah, segala kemudahan awam di shopping mall mahupun di mana-mana sahaja adalah hak kita bersama, elok kita guna, elok lah keadaannya untuk kegunaan bersama yang berpanjangan. Jagalah harta benda awam sebagaimana kita jaga harta benda kita sendiri. Guna dengan berhemah, kemudian baru kita boleh duduk dan sembang kencang tentang mentaliti kelas pertama. Sekian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selari dengan perkembangan pantas teknologi, dapat kita lihat bahawa trend solekan juga mengalami perubahan sama, malah di aplikasi sosial seperti Tik Tok dan Lemon8 ramai menjadikan tresb solekan sebagai content hingga tular dan menjadi sorotan wargamaya khususnya wanita.
Bagi sesetengah orang tujuan bersolek hanyalah untuk menutup cela pada wajah dan sekadar untuk kelihatan lebih cantik dan menambah seri pada wajah. Namun, sedarkah anda? Trend solekan juga sebenarnya merupakan penanda garis masa bagi satu-satu era.
Sehubungan itu, bagi tahun 2023 ini! Hijabista bawakan kepada anda lima gaya solekan yang bakal menjadi sorotan ramai, sekaligus popular pada tahun ini!
Skintellectual atau skinmalism akan terus popular dan menjadi pilihan bagi mereka yang lebih suka dilihat seperti ‘Bare face’ tapi sebenarnya menggunakan make-up dengan lebih ringan dan tidak gemar bersolek tebal.
Walaupun terdapat lambakan trend make-up yang sudah jauh terkehadapan, namun dijangkakan trend make up pada tahun 2000-an ini bakal kembali mengulang sejarahnya, namun lebih moden dan trendy! Solekan berkilat gemerlapan ala Y2K dijangka akan terus diminati sepanjang tahun ini.
Ini demikian kerana, Gen-Z nampaknya belum puas untuk bereksperimen dengan idea solekan ini yang dilihat sangat funky dan sweet persis gaya ‘Barbie Doll’. Nak buat macam mana kan? Wanita dan Barbie berpisah tiada!
Bukan setakat solekan yang hanya berkilat gemerlapan seperti Y2K dijangka akan menjadi trend, lebih advaced lagi adalah solekan yang menggunakan warna-warna ‘bold’ tetapi di tambah dengan ‘bedazzled & bejewelled’ yang bakal memukau dan menaikkan lagi seri di wajah, terutamanya untuk menghadiri majlis-majlis makan malam bertemakan ‘glamorous night’.
Bukan setakat batu kristal dan mutiara bermacam-macam warna akan menghiasi wajah khususnya pada bahagian mata, namun solekan ini juga akan disuai padan dengan aksesori berlian berkilauan yang sesuai tau!
Penggaris mata (Eyeliner) dan pembayang mata (eyeshadow) amat sukar untuk dipisahkan sejak ianya menjadi trend dan dijangka akan terus meneraju trend solekan mata. Ini demikian kerana, penggunaan eyeliner adalah cara yang paling mudah untuk menonjolkan bahagian mata seseorang!
Malah, penggunaan eyeliner ini mampu mengubah bentuk mata seseorang mengikut bentuk mata yang diidamkan seperti mata bundar, mata besar, mata sepet, mata daring, mata sexy dan sebagainya.
Bagi solekan bibir pula, Hijabista menjagkakan bahawa gincu bibir dalam kemasan satin serta olesan pengilat bibir akan menjadi satu fenomena.
Selepas bertahun-tahun ‘dihantui’ trend gincu kusam kering dan matte, bibir dengan kemasan glos yang memberikan kesan mungil pada bibir bakal menjadi pilihan wanita-wanita di seluruh dunia untuk melengkapkan solekan di wajah mereka! Pasti ramai Hijabi di luar sana yang mendambakan bibir penuh seperti Kylie Jenner, justeru glos adalah jalan penyelesaian pantas dan mudah untuk dimiliki!
Gadis ini pernah mengalami pertambahan berat badan yang agak keterlaluan. Namun dia tidak pernah berputus asa untuk cuba menguruskan badan. Hasilnya dia berjaya menurunkan berat badan daripada 98 kilogram kepada 57 kilogram dalam tempoh 6 hingga 7 bulan. Rahsianya adalah perlu jaga pemakanan. Perlu ada kekuatan mental dan fizikal dan kena kuat dalam menahan godaan nafsu makan. Lagi satu adalah kena disipinkan diri dan kena tahu berapa untuk capai target.
Nurul Sahira Hashim yang juga seorang model sambilan ini tidak lokek berkongsi tip untuk anda yang mahu kelihatan langsing sepertinya. Ada 17 tip untuk kembali langsing dan jika dilihat, dia tidak mengenepikan perkara yang WAJIB seperti tidak skip sarapan, tetapi perlu ada caranya.
1. Nak kurus, breakfast kena ambil, WAJIB!.
2. Tidur kena cukup.
3. Saya makan 5 ke 6 kali sehari. Tapi dalam kuantiti yang sedikit. Bukan banyak ya. So, perut kita tak adalah lapar.Tapi jangan sampai terlebih kalori ya.
4. Air manis, ais jangan ambil. Saya langsung tak sentuh.
6. Pagi selalu saya breakfast oat. Banyakkan makan buah, sayur atau sup sayur.
7. Nasi nak makan boleh je. Ambil suku, sebab nasi tu karbo. Sebaiknya ambil beras perang. Kalau kita makan banyak karbo, badan kita akan cepat besar. So, kena kawal gula dengan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan akan cepat naik.
8. Kalau nak makan roti boleh, tapi jangan makan roti putih. Makan roti wholemeal sahaja. Saya ni tak suka makan nasi, tapi saya makan roti wholemeal. Roti pun karbo, jadi saya tukar nasi kepada roti. Tapi kena ingat, jangan makan banyak roti tau.
10. Boleh makan bihun saja.
11. Makanan bergoreng, berminyak, berlemak, fast food memang saya tak ambil.
12. Kalau ikan atau ayam, saya makan yang grill atau steam. Kalau ayam dengan ikan bergoreng ni boleh makan tapi jangan selalu. Seelok-eloknya kurangkan. Sebaiknya ambil yang berkuah, grill atau steam.
14. Kena jogging atau exercise. Exercise tu tak kisah, tengok kat Youtube pun boleh. Seminggu dalam 2 k3 3 kali dah cukup.
15. Saya tak ambil apa-apa supplemen. Malam sebelum tidur saya ambil air green tea.
16. INGAT! Pastikan kita tahu berapa kalori makanan yang kita ambil setiap hari. Dan berapa kalori yang diperlukan oleh badan kita. Janganambil terlebih kalori ya. Penjagaan kalori tu penting.
17. Diet 80% execrise 20%, so jaga pemakanan tu penting.
Tak ada benda yang tak boleh kat dunia ni, semua boleh. Semua bergantung atas diri kita. Kalau kita usaha, kita akan dapat, kalau kita tak usaha, kita takkan dapat apa yang kita inginkan
Kalau saya boleh, anda pun mesti boleh. InsyaAllah. Hope, apa yang saya kongsi ni, membantu anda semua. Apa-apa boleh tanya saya.
Kalau dah berjaya kurus, bagitahu saya ya. Buatlah gambar saya ni, sebagai pembakar semangat anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.