Tanggal 13 April 2023 merupakan antara hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam, apabila seluruh dunia bakal mengimarahkan ‘World Quran Hour’ pada tahun ini.

Tujuan World Quran Hour ini diadakan adalah salah satu usaha untuk memupuk masyarakat beragama Islam untuk berinteraksi dengan Qalamullah dan menjadikanya sebagai sebahagian dari rutin dalam kehidupan dengan membaca, memahami dan mengamalkanya.

Sekaligus membentuk generasi masa hadapan yang cintakan Al-Quran. Jadi kita perlu menghargai kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita sebagai umatnya.

Al-Quran Tulisan Tangan Berusia 500 Tahun Ibarat ‘Mutiara’ Tak Ternilai

Khazanah Dunia Tak Ternilai, Pemulihan Naskah Al-Quran Usia 500 Tahun Hampir Selesai!

Terbaharu, media tempatan melaporkan tentang penemuan dan pemulihan sebuah Al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun yang hampir rosak dimamah masa. Kini sedang diselamatkan agar menjadi satu khazanah umat Islam dunia.

IKLAN

Hijabista difahamkan, bahawa proses pemulihan aset tak ternilai ini berkemungkinan akan selesai pada akhir April ini, menurut Perpustakaan Negara Taiwan.

Artikel berkaitan: Tindakan Undang ‘Murka’ Allah, Beberapa Naskah Al-Quran Ditemui Basah Dalam Longkang!

Khazanah Dunia Tak Ternilai, Pemulihan Naskah Al-Quran Usia 500 Tahun Hampir Selesai!

IKLAN

Pakar pemulihan teks kuno dan kaligrafi, Hsu Mei-wen berkata, setakat ini proses yang masih belum selesai adalah pada bahagian kulit depan Al-Quran dan penjilidan kitab suci itu sahaja yang masih perlu dibaik pulih.

Sekadar info, teks Al-Quran tertua di dunia ini, ditulis tangan oleh empat orang yang berbeza, menggunakan dakwat yang berbeza, dan disiapkan sekitar abad ke-15 atau ke-16.

IKLAN

Sumber: Taiwan News

Artikel berkaitan: Hati Lebih Dekat Jiwa Tambah Tenang, Fahami Makna Sebenar Tadarus Al-Quran

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI