Tular di media sosial berkenaan sebuah replika Al-Quran bersaiz ‘Gergasi’ yang mempunyai tulisan ayat dari Surah Al-Israq, di bina oleh penduduk Kampung Pak Pungoh, Yala Thailand baru-baru ini.

Hijabista difahamkan, idea pembinaan replika gah setinggi 3.6 meter dan selebar 5.2 meter itu adalah cetusan dari imam masjid Pak Pungoh sendiri yang dikenali sebagai Marokhi Ahreeyu.

Tak Sangka Replika Berkenaan Akan Terkenal Seantero Dunia!

Menurut Marokhi, dia tidak pernah menyangka bahawa replika Al-Quran yang dibina itu bakal mendapat perhatian, hingga menjadi sorotan umat Islam di seluruh dunia.

“Alhamdulillah, idea ini diterima penduduk dan tidak disangka ia tular di seluruh dunia.

“Setiap hari dianggarkan 10,000 pengunjung dari dalam dan luar negara datang ke sini, ia masih berterusan hingga kini,” ujarnya lapor portal berita tempatan.

Sejak replika itu dibina pada Ramadhan lalu, Marokhi berkata lebih 100,000 pengunjung telah hadir ke kampung itu untuk menyaksikan sendiri keindahan replika Al-Quran berkenaan sambil menzahirkan rasa kagum dan bergambar bersama replika tersebut.

Jelasnya lagi, pengunjung yang hadir terdiri dari mereka yang datang dari Arab Saudi, Singapura, Brunei, Indonesia dan juga Malaysia.

IKLAN

Artikel Berkaitan: Khazanah Dunia Tak Ternilai, Pemulihan Naskah Al-Quran Usia 500 Tahun Hampir Selesai!

Ketika ditanya bagaimana tercetusnya idea untuk membina replika berkenaan, ini respon yang diberikan oleh Marokhi.

“Kami mahu mencipta sesuatu yang unik, sesuatu yang luar biasa, jadi kami mengundi untuk membuat model Al-Quran.

“Kami mahu ia menjadi buku terbesar yang pernah dilihat orang. Kami mempunyai artis, tukang kayu dan tukang kaligrafi yang mahir,” katanya.

IKLAN

Tambahnya lagi, kos untuk merealisasikan replika berkenaan juga tidaklah begitu mahal. Hanya 6,000 bath bersamaan dengan RM 789 sahaja.

30 Pemuda Kampung, Ambil Masa 22 Hari Siapkan Replika Sepanjang Ramadhan Lalu

Replika berkenaan mengambil masa selama 22 hari untuk dibina, dimana 8 hari daripadanya lagi adalah khusus untuk menulis ayat-ayat suci Al-Quran yang ditulis oleh Muneerulhuk Maso yang mewarisi penulisan kaligrafi Islam daripada bapanya sejak kecil lagi.

“Saya minat menulis skrip al-Quran sejak kecil lagi. Saya juga pernah memenangi anugerah untuk seni khat saya,” ujarnya.

IKLAN

Jelas Muneerulhuk, dia berharap paparan itu dapat memberi inspirasi kepada anak muda lain untuk belajar membaca dan menulis skrip al-Quran.

Sekadar info, kerja-kerja pembinaan replika berkenaan hanya dilakukan oleh 30 pemuda kampung itu, secara bergotong-royong iaitu pada sebelah malam selepas solat terawih pada Ramadhan yang lalu.

Justeru, bagi melengkapkan kehadiran replika al-Quran itu, penduduk turut merancang membina replika Gua Hira dan Bukit Uhud bertujuan mengenang pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam mengembangkan Islam.

Sumber: Bangkok Post & BERNAMA

Artikel Berkaitan: Tindakan Undang ‘Murka’ Allah, Beberapa Naskah Al-Quran Ditemui Basah Dalam Longkang!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI