Tular baru-baru ini apabila sebuah majlis perkahwinan di kejutkan dengan kehadiran ‘maskot beruang’ secara tiba-tiba. Kemunculan maskot itu bukan sahaja membuatkan para tetamu yang hadir ternganga, malah, pengantin juga menitis air mata melihat orang di sebalik ‘penyamaran’ itu.

Kejutan yang di buat itu pula bukanlah satu rancangan oleh tuan rumah sendiri. Pengantin juga tidak tahu kehadiran maskot itu boleh menjadi situasi ‘meleleh air mata’ yang bakal menjadi viral.

Menangis melihat susuk di sebalik ‘maskot’

@bellayusoff19 #surpriseshahalam #sewamascotklang #foryourpage #fypシ #sewamascotmurah #surpriseklang #sewamaskot ♬ Seluruh Cinta – Siti Nurhaliza

Apabila di lihat melalui video perkongsian di Tiktok itu, tiada jangkaan maskot atau apa-apa kejutan sebegitu yang di rancang oleh pihak penganjur majlis oleh kerana ramai yang pelik melihat keadaan tersebut. Meski pun begitu, ia menjadi perhatian orang di sekeliling.

Maskot tersebut menuju ke arah pengantin perempuan dan akhirnya menonjolkan dirinya sejurus membuka sarung kepala maskot beruang itu. Terus menitis air mata pengantin perempuan melihat individu di sebalik itu merupakan rakan baiknya.

Orang ramai turut tersentuh melihat video hasil perkongsian oleh Bella Yusof melalui TikTok akaun miliknya. Video yang berdurasi 1 minit 2 saat itu telah meraih sebanyak 2.6 juta penonton ketika ini.

Di temubual oleh mStar, gerangan wanita yang bernama Bella Yusoff merupakan dalang di sebalik setiap kejutan maskot. Dia merupakan seorang usahawan yang menyediakan khidmat sewaan maskot dan surprise delivery yang pada awalnya telah di hubungi oleh seorang pelanggan wanita.

Sumber gambar dari Bella Yusoff

Artikel berkaitan: Dalam Rumah Tangga Niat Kena Betul, Pengasas Produk Kecantikan Ini Nafi Kahwin Suami Kerana Duit Semata-Mata

IKLAN

“Wanita tersebut kata dia dari Nilai dan mahu sewa maskot untuk buat kejutan sempena majlis perkahwinan sahabat baiknya di Shah Alam, Selangor pada 8 Oktober.

“Saya ada 10 kostum maskot dan pelanggan wanita itu pilih maskot beruang. Video kejutan di majlis tersebut dirakam oleh seorang lagi rakannya. Dia kemudian kongsi video tersebut kepada saya,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Bella turut berkata ini merupakan pengalamannya untuk kali kedua melihat pelanggannya menyewa maskot untuk membuat kejutan sempena majlis perkahwinan sahabat baik masing-masing.

“Tapi video kedua ini paling tak sangka sampai lebih 1.5 juta jumlah tontonan.

“Mungkin reaksi pengantin perempuan yang mengalirkan air mata kerana terlalu tersentuh dengan effort sahabat baiknya, membuatkan netizen turut sama mengalirkan air mata.

IKLAN

“Mereka dapat rasakan betapa akrabnya persahabatan antara pengantin perempuan dan sahabatnya itu. Bukan senang bila ada kawan sanggup datang siap pakai maskot demi nak buat kejutan.

“Nampak macam simple tapi kenangan tersebut akan kekal sampai bila-bila,” sambungnya lagi.

Sewa maskot demi kejutan yang bakal menyentuh hati

Sumber gambar dari Bella Surprise Delivery

Tidak juga untuk melepaskan peluang, usahawan berumur 29 tahun itu juga berceritakan sedikit sebanyak mengenai perniagaannya. Dia telah berkecimpung dalam dunia bisnes sejak empat tahun lalu hanya berbekalkan dengan bantuan seorang staf.

“Selain sewaan maskot, saya juga buat surprise delivery sekitar Selangor dan Lembah Klang. Lazimnya pelanggan akan sewa kostum maskot untuk majlis hari jadi, event sekolah, serta buat kejutan untuk pasangan.

“Sepanjang empat tahun berkecimpung dalam bisnes ni, saya juga lazimnya terlibat ikut pelanggan hantar hadiah dan buat kejutan kepada orang kesayangan mereka.

IKLAN

“Ada seorang lelaki ni buat kejutan untuk isterinya sempena ulang tahun perkahwinan ke-10, di rumah mereka. Reaksi isterinya buat saya turut sebak. Seronok jadi sebahagian daripada momen manis mereka.

“Kesimpulannya, hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada. Mahal murah sesuatu hadiah atau kejutan bukan soalnya, yang penting kenangan yang dicipta akan diingati sampai bila-bila,” ujarnya lagi.

Setiap momen yang terukir, Bella telah menyaksikannya. Ikuti perkongsian ini, hargai setiap kisah anda bersama dengan orang yang tersayang.

Sumber info dan gambar: mStar dan Bella Yusoff

Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI