Menurut Paula, ia juga adalah perkara paling utama dalam kehidupan seorang wanita.
“Bagi saya, wanita perlu berdikari. Itu sangat penting,” kata Paula.
“Dalam agama kita juga diajar untuk tidak bergantung kepada manusia. Tetapi pada dasarnya kita harus tahu untuk berdikari,” kongsi Paula di saluran Youtube Ana Sofa Yuking, baru-baru ini.
Kelibat seorang gadis berhijab, Nur Syahindah Mohd Kamal yang merupakan pemain bola sepak pasukan wanita Kelantan, ketika beraksi di padang bola memang menjadi viral.
Gadis kacukan Cina Thailand itu mewakili pasukan Sri Sador Glow Glowing FC dalam misi merebut kejuaraan Liga Bola Sepak Rakyat Wanita (LBRW).
Ketika admin melayari instagram beliau ronaldinho_kelate, admin sedikit terpaku dengan keayuan gadis ini dan hampir tidak percaya yang beliau adalah pemain bola sepak wanita.
Gemar memakai tudung bawal ketika beraksi, pemain bola sepak pasukan wanita Kelantan yang berusia 20 ini, pernah diperlekehkan dan dipandang serong oleh sesetengah pihak.
Namun kerenah ramai itu tidak pernah melemahkan semangatnya walaupun pelbagai kata-kata dilemparkan seperti “perempuan lebih baik pergi masak di dapur”. Sebaliknya, Nur SyahIndah melihat cemuhan yang dilemparkan dengan pandangan positif.
Gadis manis ini yang diletakkan dalam posisi pertahanan kiri, setelah dipilih menyertai pasukan bertudung hujung tahun lalu. Beliau memang aktif dalam sukan seperti bola jaring, bola tampar dan futsal sejak di bangku sekolah lagi.
Peminat setia pasukan Barcelona dan pemainnya Ivan Rakitic, yang juga pemain Croatia. Selain itu, Nor Farhan Muhammad, penyerang bola sepak Kelantan adalah salah satu idolanya dalam arena sukan bola sepak.
Berasal dari Kampung Pintu Geng di Kota Baru, Nur Syahindah beruntung kerana ibunya, seorang suri rumah, dan bapanya, seorang pensyarah, tidak menghalang minatnya itu.
Meskipun beraksi di padang bola tetapi Nur Syahindah ternyata mewarisi kecantikan dan keayuan gadis Kelantan. Menerusi laman social instagramnya yang benama ronaldinho_kelate pasti ramai yang tidak percaya di sebalik aksi tangkasnya di padang tersembunyi seribu keaayuan setiap kali muat turun gambarnya.
Perut ini asyik berbunyi sahaja, rasanya makan dah cukup kenyang tetapi kenapa bunyi lagi? Pasti anda pernah alami situasi sebegini bukan, apakah punca perut yang sering berbunyi ini? Adakah ia menunjukkan faktor kondisi kesihatan yang mudarat?
Sebenarnya kita telah terlalu biasa dengar perut berbunyi tanda kita lapar. Hakikatnya, perut juga berbunyi sebagai satu petanda masalah kesihatan.
Ramai yang anggap bahawa perut berbunyi secara kebiasaannya kerana ia tanda lapar dan perut kosong. Jadi ia tidak menjadi satu masalah kerana jalan penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan makan.
Namun, makan sudah cukup kenyang–tetapi perut masih lagi berbunyi seolah-olah tidak menjamu apa-apa makanan sebelumnya, kePeunapa ya? Ia mungkin menjadi tanda tanya buat anda.
Menurut HelloDoktor, perut berbunyi mungkin bukan sahaja sebagai penggera badan untuk memberitahu kita bahawa sudah tiba waktu makan. Malah, perut berbunyi oleh di sebabkan beberapa faktor pengambilan makanan atau jangkitan penyakit pada usus badan!
Jadi ada beberapa sebab kenapa perut kita berbunyi, ini adalah antaranya:
Ya, perut berbunyi menandakan kita lapar. Apabila badan kita mula berasa lapar, terdapat berlaku satu peningkatan sejenis hormon di dalam otak. Hormon ini berfungsi untuk menghantar isyarat kepada usus dan juga perut.
Oleh dengan itu, usus dan perut menerima isyarat dan mula memberikan tindak balas seperti mengeluarkan bunyi dari dalam perut. Kejadian kontraksi ini adalah normal dari perut dan usus kerana ia memberikan reaksi normal ketika kita lapar.
Perut juga boleh berbunyi selepas makan oleh kerana ia merupakan tindak balas dalam tubuh yang normal. Kenapa ia terjadi? Dinding sistem pencernaan akan mula beri kontraksi supaya makanan yang di makan itu dapat melepasi perut ke bahagian usus dengan mudah.
Hal itu membuatkan perut anda akan berbunyi selepas makan dan tanpa sedar ia merupakan bunyi ‘kilang pencernaan’ sedang mula beroperasi. Jadi anda tidak perlu khuatir jika perut berbunyi selepas makan.
Jika kadar jumlah gas yang besar melalui sistem pencernaan, ia akan membuatkan perut kita berbunyi. Oleh dengan itulah kita sering mendapati perut yang berbunyi ini akan membuatkan kita rasa sebu dan banyak angin yang membuatkan kita sendawa!
Perut yang berbunyi juga boleh menunjukkan satu kondisi masalah kesihatan. Salah satu masalah kesihatan adalah keradangan atau jangkitan gastrousus erti kata lain perut.
Perkara ini sering berlaku bagi mereka yang menghidapi penyakit Crohn’s–penyakit keradangan yang kronik pada usus besar dan ileum di mana ia berkait rapat dengan ulser dan fistula. Selain dari perut berbunyi, sensasi loya dan mual-mual serta cirit-birit adalam simptom yang boleh terjadi.
Apabila banyak kadar cecair atau gas yang ada dalam perut, ia akan menyukarkan saluran gastrousus dan menyebabkan bunyi dalam perut. Hal ini kerana, usus akan meningkatkan kadar pergerakan peristaltik bagi membantu aliran cecair dan gas supaya lebih lancar.
Seterusnya, bunyi dalam perut terhasil oleh proses itu. Halangan lain dari cecair atau gas adalah di sebabkan oleh jangkitan cacing, penyakit keradangan atau hernia (angin pasang).
Kebanyakan orang akan mula sangsi dengan masalah kesihatan mereka dengan apa yang mereka ketahui. Jadi apa yang di sarankan untuk anda lakukan bagi mengurangkan masalah perut yang berbunyi ini adalah dengan ikuti cara ini:
Jika ada terdapat dari kalangan anda yang menghadapi masalah perut berbunyi yang agak membimbangkan, segera dapatkan rawatan dari doktor supaya dapat mencegah sebelum menjadi lebih teruk. Pastikan anda jangan memaksa diri untuk mencuba apa-apa tip yang boleh memudaratkan kesihatan.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut , menyarankan seluruh umat Islam di negara ini dan waris pesakit koronavirus (Covid-19) digalakkan menunaikan solat jenazah ghaib bagi pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik itu.
“Tiap-tiap yang hidup pasti menemui kematian, maka berlaku ujian kita iaitu kematian akibat Covid-19. Jadi, saya mencadangkan selepas kita semua mengetahui ada kematian (akibat Covid-19) dan telah pasti dikebumikan mayat itu, maka semua umat Islam digalakkan menunaikan sembahyang jenazah ghaib di rumah masing-masing untuk si mati disebabkan Covid-19 ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noh berkata, walaupun ahli keluarga berdukacita atas kematian itu, namun ia mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat di mana ramai umat Islam akan mengadakan solat jenazah ghaib untuk si mati.
“Bayangkan kalau kematian biasa, biasanya yang hadir (melakukan solat jenzah) hanya paling tinggi 200 orang dan jarang sekali sembahyang ghaib, tetapi apabila berlaku kematian disebabkan Covid-19, apa kata umat Islam di Malaysia bersembahyang jenazah untuk si mati ini… pahalanya berganda-ganda,” katanya.
Beliau turut menasihati waris mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 supaya bersabar dan tidak berpanjangan dalam bersedih kerana kehidupan mesti diteruskan sepanjang temubual bersama Bernama.
Solat jenazah secara ghaib adalah solat yang dilakukan apabila jenazah tidak berada di sesuatu tempat sama ada kerana jenazah tersebut berada jauh atau kerana sebab lain seperti mayat tidak dijumpai kerana lemas atau musnah dalam kecelakaan.
Pensyariatan solat jenazah ghaib ini dilakukan bersandarkan kepada riwayat oleh Abu Hurairah RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke tempat solat, membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali.” (Riwayat Al-Bukhari, no.1245 dan Muslim, no.951)
Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari.
Mengikut pandangan ulama Mazhab Syafie, jika mayat sudah dikebumikan dan seseorang masih belum melakukan solat jenazah ke atas mayat tersebut, maka sunat baginya untuk melakukan solat jenazah secara ghaib ke atas mayat tersebut.
Cara solat jenazah secara ghaib sama sahaja dengan solat jenazah biasa.
“Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala”
Sekalipun kita tidak berkesempatan untuk hadir untuk bersolat jenazah kerana faktor jarak yang jauh atau pun keadaan tidak mengizinkan (bimbang jangkitan virus menular), tetapi kelonggaran dan kemudahan yang dibenarkan untuk menunaikan solat jenazah secara ghaib boleh dimanfaatkan.
Solat dan doa lah yang menjadi penghormatan terakhir yang boleh dilakukan kepada orang yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita.
Rujukan: Panduan Mengerjakan Solat Khas Yang Disediakan oleh UNISZA