Bakal menyanyikan lagu tamil, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menafikan rasa perasaan gemuruh menjadi salah seorang penyanyi jemputan di Konsert AR Rahman – Secret of Success yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Mesra di sapa sebagai TokTi, meluahkan rasa teruja kerana ini merupakan pengalaman kali pertamanya berganding bersama idola.

Artikel berkaitan: Lincah Menyanyi Dan Menari Di ‘Konsert’ Tadika, Aksi Comel Aafiyah Persis Tok Ti.

IKLAN

Sahut Cabaran Demi Peluang Keemasan!

Di temubual bersama Harian Metro, TokTi juga pernah berjumpa bersama AR Rahman di kediamannya beberapa tahun lalu. Pertemuan itu mengeratkan lagi hubungan persahabatan mereka sekali gus membuka peluang kepadanya untuk menyanyi pada pentas yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 “Sebenarnya beberapa tahun lalu saya pernah menjemput AR Rahman untuk datang ke rumah selepas dimaklumkan beliau berada di Malaysia. Jadi saya ada menghubungi pihak penganjur dan tak sangka dia menyambut baik pelawaan itu,

IKLAN

“Bermula dari situ, kami saling berbalas emel untuk berkongsi segala perkembangan dan terbaru saya dapat tahu dia akan buat konsert di sini. Beliau juga ada maklumkan dan bertanya mengenai jadual seni saya,

“Bagaimanapun saya beritahu yang saya bercuti panjang di luar negara, kemudian beliau mempelawa saya untuk berkolaborasi dengannya pada tarikh yang diberikan. Saya pun apa lagi, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, saya terus bersetuju.” katanya.

Berguru Untuk Fahami Sebutan Bahasa Tamil…

IKLAN
Katanya lagi, beliau agak gementar dan teruja kerana bakal membawa lagu berbahasa Tamil hasil ciptaan AR Rahman. TokTi juga membuat persiapan dengan merujuk kepada rakan baik suaminya yang berbangsa India untuk mengajar dari segi sebutan.
“Saya agak gementar untuk menjayakan persembahan ini kerana pertamanya saya bekerjasama dengan idola saya selain perlu memastikan sebutan lagu ini disampaikan dengan betul,
“Mujur ada kawan baik Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) yang berbangsa India sudi mengajar dan membantu saya. Hari pertama dengannya, saya hanya belajar sebutan, kemudian saya ambil masa dua hingga tiga hari untuk menghafal lirik,
“Lagu yang bakal disampaikan ini adalah sebuah lagu lama yang cukup terkenal ciptaan AR Rahman. Jadi setiap hari saya berlatih dan pastikan sebutannya jelas dan betul.” ujarnya.
Dalam keterujaan TokTi sudah tentu ramai juga peminat di luar sana yang tidak sabar menantikan hasil dendangan beliau dalam bahasa Tamil.
Sumber: Harian Metro

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI