Apalah makna disebalik sebuah hijab? Pastinya ramai diantara kita memiliki definisi serta pengertian peribadi tentang mengilham makna hijab itu sendiri. Ada yang menjadikannya sebagai sebuah simbolik perubahan diri untuk ke arah kebaikan, ada juga yang menjadikan ia sebagai imej untuk ke arah kesempurnaan.

Berbicara mengenai definisi hijab ini, Team Hijabista menemu bual secara eksklusif penyanyi rap yang semakin dikenali ramai dan popular dengan lagu Intan Payung, Bunga untuk merungkai perspektif penyanyi ini mengenai makna di sebalik hijab.

PERSPEKTIF HIJAB MENURUT BUNGA

Penyanyi yang baru sahaja berentap hebat di Anugerah Juara Lagu ke-36 baru-baru ini menyifatkan bahawa hijab itu melambangkan sebuah kesempurnaan bagi dirinya sebagai seorang manusia biarpun ada kalanya, dirinya melakukan kekhilafan. Namun, hijab itu sendiri sudah sebati dengan dirinya sejak dari dulu lagi di saat awal kemunculannya dalam dunia seni bersama-sama dengan sepasang baju kurung.

MUZIK RAP DAN IMEJ BUNGA

Menyentuh soal imejnya yang berhijab serta berbaju kurung, pasti dirinya tidak bisa lari dari pandangan sini serta komen pedas dari sesetengah individu tentang imejnya itu dengan pembawakan genre muzik rap yang menaikkan namanya di persada muzik tempatan. 

Menurut Bunga, jika dahulu, dirinya seringkali stres memikirkan tentang komen-komen yang diterima dari orang lain. Namun, usia semakin matang dan bijak dalam membuat penilaian. Hari ini, dirinya sudah mula tahu untuk menghargai diri sendiri dan tidak menghiraukan komen-komen yang bisa menganggu tahap konsentrasi pada kerjaya sebagai seorang anak seni.

IKLAN

“Jujurnya, identiti bunga memakai baju kurung dan bertudung serta menyanyi secara rap amat mencabar, terutamanya untuk orang ramai mengenali Bunga dalam dunia muzik tempatan. Mungkin ada yang boleh terima, namun ada juga yang tidak putus memberikan tohmahan serta kecaman. Apabila semakin meningkat usia dan matang dalam berfikir, Bunga mahu jadi seperti apa yang Bunga impikan.

“Mahu kenal diri sendiri dan tidak mahu berfikir tentang orang lain. Merungsingkan kepala sahaja. Jadi, daripada Bunga membazirkan waktu dan tenaga memikirkan tentang apa yang orang lain mahukan, lebih baik Bunga fokuskan tentang apa yang diri Bunga inginkan. Itu lebih baik,” ujarnya.

Bunga mahu jadi seperti apa yang Bunga impikan. Mahu kenal diri sendiri dan tidak mahu berfikir tentang orang lain.

Tambahnya lagi, dirinya juga menerima dan bersifat terbuka dengan komen dan pandangan yang membina untuk kualiti kerjayanya. Tetapi, jika ada komen yang hanya untuk menganggu serta bersifat negatif, dia lebih selesa untuk tidak menghiraukannya.

IKLAN

“Sepanjang dua tahun saya bergelar anak seni, saya ada menerima teguran serta tohmahan yang mana mereka mempersoalkan tentang imej saya yang berhijab dan berbaju kurung tetapi membawakan muzik rap dan terlompat sana-sini. Bagi saya, jika ada baiknya teguran itu, saya ambil sebagai nasihat.

“Sekurang-kurangnya saya tahu, ada perkara yang saya harus jaga dan memperbaiki kelemahan diri sendiri. Tetapi bagi pandangan saya pula, memakai tudung bukanlah tiket untuk orang ramai membuat tanggapan bahawa kami yang berhijab ini sempurna. Salah belaka! Seperti saya sendiri, saya bukanlah sempurna walaupun memakai hijab.

“Saya masih lagi keluar malam untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan saya, berjumpa kaum lelaki atas urusan kerja dan lain-lain lagi. Sama seperti orang lain kerana kita ini hanyalah manusia biasa. Apa yang penting, kita perbaiki diri untuk menjadi yang lebih terbaik dari versi diri kita semalam,” tambah Bunga.

Hidup ini penuh dengan pilihan. Pilihannya ada di tangan kita semua. Usah buat pilihan kerana orang lain, tetapi buatkan pilihan dari hati sendiri.

NASIHAT BUNGA

IKLAN

Sebelum mengakhiri kalam bicara No Turning Back ini, Bunga sempat berkongsi nasihat bahawa hidup ini umpama kitalah nakhodanya. Lakukan perkara yang anda rasa betul dan membahagiakan kerana esok lusa, kita tidak tahu dugaan dan cabaran yang bakal kita lalui. Jadi, buatlah keputusan dengan sebijaknya dan lakukan perkara yang bisa membuatkan hidup anda aman dan tersenyum! 

“Hidup ini penuh dengan pilihan. Pilihannya ada di tangan kita semua. Usah buat pilihan kerana orang lain, tetapi buatkan pilihan dari hati sendiri.”

Sumber gambar: Instagram Bunga

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI