Menerap sikap suka membaca al-Quran adalah suatu perkara yang baik terutama sekali menjadi contoh yang bagus. Pada usia yang awal, anak-anak akan menjadi lebih terbuka dan dekat dengan sisi agama.
Berkongsi tentang kisah anak-anak yang suka untuk membaca al-Quran, Fatin Afeefa menjelaskan kedua anaknya sedang dalam proses mengkhatam. Ia menjadi satu berita baik yang patut di kongsi.
Pada sesi siaran langsung di TikTok, pelakon Fatin Afeefa mendedahkan bahawa kedua anaknya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia sedang cuba khatam al-Quran.
Hanya niat untuk menjawab soalan peminat apabila disoal mengenai keberadaan anaknya. Sebagai ibu, Fatin turut menceritakan bertapa sukanya anak-anaknya untuk mengaji.
Ads
“Anak-anak saya sekarang tak ada di rumah. Mereka pergi mengaji. Pukul 10 nanti baru balik dari waktu Isyak tadi.” katanya.
Tambahan lagi, Fatin Afeefa juga menjelaskan bahawa dia dilarang oleh anak sulungnya, Arrian, untuk mengambik mereka di tempat mengaji selagi belum 10 malam.
Ads
Kedua anaknya itu sudah menanam hasrat untuk cuba mengkhatam al-Quran sebelum berakhirnya tahun 2022. Jadi bukan sahaja Arrian malah Ivy juga tidak mahu Fatin mengambil mereka awal dari kelas mengaji.
“Mereka berdua sedang berlumba nak khatam al-Quran. Sebab itu mereka tak bagi saya ambil balik mengaji awal,
“Arrian pula sebab Ivy dah lebih beberapa surah daripada dia, jadi dia nak kejar balik.” ujarnya lagi.
Ads
Namun, Fatin juga turut memaklumkan kepada mereka yang mungkin tidak sempat untuk khatam kerana baru sahaja masuk juzuk kesebelas. InsyaAllah, berkat usaha mereka pasti sempat sebelum hujung bulan.
Musim sekolah ini menyaksikan ramai daripada kita yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Walaupun hanya mengerjakan umrah tetapi dugaan yang diterima tetap sama seperti jemaah yang mengerjakan ibadah haji. Semuanya bergantung kepada keupayaan mental dan fizikal seseorang untuk melakukan ibadah sepanjang berada di sana. Jemaah yang pergi ke sana tidak akan melepaskan peluang beribadah dan mengunjungi beberapa kawasan.
Salah salah adalah Raudhah atau Taman Syurga yang merupakan salah satu ruangan dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jutaan jemaah yang datang berdoa dan bersolat di taman-taman ini. Oleh sebab itu ramai jemaah yang berebut-rebut untuk berada di situ. Namun tidak semua yang diizinkan Tuhan berpeluang untuk menjejakkan kaki di taman ini.
Perkongsian dari pengguna laman sosial, Suhaili Mohd Zain ini memberi beberapa tip yang boleh dijadikan panduan bagi jemaah lain yang mahu mengerjakan ibadah di sana dan mahu melawat Raudhah.
Menurutnya yang membahasakan diri sebagai Sally ada waktu tertentu yang disarankan bagi kaum wanita untuk memasuki Raudhah dan mengerjakan solat di situ. Jom baca perkongsiannya.
BERSOLAT TANPA GANGGUAN
Malam ini Sally nak kongsi pengalaman masuk ke Raudhah di mana anda boleh solat semahu-mahunya. Cara paling selamat, paling aman, tidak bertolak, tidak perlu berlari dan paling penting boleh berdoa dan bersolat tanpa ada gangguan dari Jemaah lain dan pengawal Arab wanita.
Alhamdulillahh kali ini Sally berpeluang 4x memasuki Raudhah. Itu pun sebab sehari Sally demam. Kalau tidak pastinya setiap hari paling tidak 2x sehari pasti hendak mengunjungi makam Rasulullah saw. Itulah tempat yang menjadi idaman setiap muslim jika di Tanah Madinah Al Munawwarah.
Berlainan dengan pengalaman umrah pertama, kali ini Sally memilih untuk memasuki Raudhah mengikut keadaan Sally sekarang. Sally tidak boleh berlari dan bertolak-tolakan. Mengandung 3 bulan membataskan pergerakan agresif Sally. Lebih-lebih lagi membawa bonda bersama yang baru sahaja recover dari stroke. Kali pertama beliau masuk ke Raudhah mengikuti kumpulan kerusi roda. Tapi apabila Sally amati keadaan, seperti biasa, strategi Sally buat dan susun secantiknya. Yang paling penting adalah kesabaran. Masuk dan sabar menunggu. Tidak perlu tergopoh-gapah.
WAKTU SESUAI MASUK RAUDHAH
Waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas Subuh dan selepas Isyak. Pastinya melalui pintu masjid no 25. Tidak perlu terburu-buru atau tunggu di masjid selepas solat. Sally nasihatkan anda balik dulu selepas solat. Selepas Subuh misalnya, balik ke hotel untuk sarapan dulu. Berehat, buang air, berwuduk dan sebagainya dan sebagusnya kenakan jubah dan khimar berwarna hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana kita nampak serupa dengan orang Arab, Pakistan dan sebagainya.
Dan kalau boleh beg umrah yang diberikan oleh travel agen tu digantung di dalam telekung atau tidak dibawa langsung. Kerana beg itu adalah pengenalan kita dan dah dikenalpasti kita dari Malaysia. Selepas berwuduk dan mengenakan pakaian serba hitam, kembali ke masjid Nabawi mengikuti pintu 25 sekitar pukul 8.00 pagi dan terus ke bahagian depan. Penghadang kayu antara ruangan wanita dan lelaki telah dibuka. Laluan ini adalah laluan menuju ke Raudhah.
Waktu ini anda tidak perlu berebut dan tidak perlu bertolak dan berhimpit. Hanya perlu berjalan lemah lembut dan terus ke Raudhah. Maybe kali pertama pergi, anda boleh mengikuti kumpulan mutawif tetapi untuk sekian kalinya, better pergi sendiri. Lagi kecil group lagi senang pergerakan kita dan sukar dicam oleh pengawal wanita arab. Kita boleh menyelit di mana-mana kumpulan. Jika anda nak masuk selepas Isyak, balik dulu ke hotel untuk dinner dan sekitar pukul 10.00 malam kembali ke masjid Nabawi mengikut cara yang Sally jelaskan di atas tadi.
Selepas melalui penghadang kayu, anda akan masuk ke kawasan dataran Raudhah. Dari sini sudah kelihatan makam Rasulullah di bahagian hujung iaitu kawasan bilik Siti Fatimah. Anda boleh duduk dulu di dataran Raudhah, solat tahiyatul masjid, berzikir, baca al Quran dan apa-apa sahaja di sini. Biasanya Sally lebih suka masuk selepas Isyak. Sally tunggu sahaja di sini lebih kurang 1 jam setengah. Tidak terasa lama jika waktu yang ada diisi sebaiknya. Biarkan sahaja kumpulan lain masuk terlebih dahulu.
TENTUKAN TEMPAT SOLAT
Kita sabar sahaja menunggu. Bila orang sudah tidak ramai, sekitar 1-2 kumpulan sahaja, kita sudah boleh mula menyelit masuk. Sampai giliran kumpulan yang kita menyelit tadi, berjalanlah menuju ke Raudhah dan menghimpit ke kiri rapat ke makam Rasulullah saw. Tidak perlu terus ke karpet hijau. Biasanya Sally duduk dahulu di karpet merah. Sampai salam sahabat dan sebagainya. Bila keadaan agak reda, Sally akan masuk terus ke karpet hijau, rapat ke dinding dan mula bersolat di situ.
Oleh kerana keadaan kita di bahagian tepi dinding, jadi tiada siapa yang akan menolak. Jika ada 3-5 orang sekumpulan, beraturlah dan pastikan semua mendapat tempat di tepi dinding. Solat taubat dahulu dan kemudian solat hajat. Satu solat hajat untuk satu hajat dan disambung lagi solat dan solat dan solat. Doa dibaca ketika setiap sujud terakhir. Solat sambung menyambung tanpa henti. Tidak pernah ada kekuatan untuk solat sebanyak itu.
Jika di Malaysia, solat sunat hajat 2 rakaat sekali sahaja. Dhuha pun paling banyak 6 rakaat. huhuhu.. tetapi bila di Raudhah rasa seperti tidak mahu berhenti solat. Jangan sesekali berdoa mengangkat tangan dan duduk termenung menangis. Pengawal Arab wanita akan menghalau kita keluar secepatnya. Tapi jika kita kekal dalam keadaan solat, mereka tidak akan ganggu atau menyuruh kita berhenti dan keluar.
WAKTU BERSESUAIAN
Biasanya Sally akan menyertai kumpulan masuk ke Raudhah sekitar pukul 11.30 malam selepas sejam setengah menunggu. Dan kami habiskan masa lebih kurang 1 jam di dalam Raudhah. Selepas solat di dinding bahagian kiri, bergeraklah ke kanan seolah-olah ingin keluar. Tapi masa ini Sally akan rapat ke bahagian depan berdekatan dengan tiang Siti Aisyah dan ambik peluang bersolat di situ. Kawasan tengah Raudhah sekitar pukul 12.30mlm agak lengang.
Dan kita boleh bersolat di mana sahaja. Pengawal Arab wanita sudah mula untuk meminta jemaah keluar dari Raudhah kerana pukul 1 pagi mereka akan menutup Raudhah bagi wanita dan buka peluang untuk jemaah lelaki pula pada pukul 2 pagi. Dan waktu ini, kita akan rasa puas, aman dan rasa macam dah habis doa nak dibaca dan bersolatlah taubat sebanyaknya. Jika kita masuk berebut- rebut dan tergopoh gapah dan bersesak kemungkinan kita berpeluang solat sekali sahaja. Alhamdulillahh kali ini Allah berikan jalan yang terbaik buat Sally dan keluarga. Bonda, nenda dan kakanda amat berpuas hati dan semua kembali ke hotel dengan senyum puas dan syukur pada peluang yang Allah berikan.
Sally harap perkongsian Sally ini dapat dimanfaatkan dan anda juga berpeluang ke Raudhah dan rebutlah peluang beribadat di sana. Sally tidak mengikuti mana-mana mutawif kerana rasakan agak susah bergerak dalam kumpulan yang besar. Dan ada yang tergopoh untuk balik dan selesai awal. Sally lebih suka santai dan punyai lebih masa di sana. Cubalah, anda akan lebih rasa manisnya. Jangan pernah serik memasuki Raudhah dan sentiasalah semai rasa rindu untuk ke sana sepanjang di Madinah.
Di sini Sally kongsi video malam terakhir Sally di Raudhah pada 11hb Dec 2017. Video pertama di dataran Raudhah tempat Sally menunggu dengan sabar dan video ke dua sekitar pukul 12.35pagi saat Sally hendak meninggalkan Raudhah. Keadaan agak lengang.
Semoga anda juga dapat mengunjungi Taman Syurga. Amin.
Kisah mualaf cantik dari Indonesia, Arnita Rodelina Turnip boleh dijadikan inspirasi. Sering mendengar ceramah agama di saluran Youtube telah membuka hati Arnita yang menuntut di Institut Pertanian Bogor (IPB) ini untuk peluk Islam pada 20 September 2015.
Ketika itu Arnita merupakan pelajar baru di IPB. Pada tahun pertama di kolej, Arnita dikehendaki tinggal di asrama.
Mualaf cantik yang terbuka hati peluk Islam kerana sering mendengar ceramah agama di Yotube ini merupakan anak kelahiran Medan, Indonesia.
Arnita yang beragama Katolik (ketika itu) mengenali rakan sebiliknya yang merupakan seorang wanita Islam yang sangat baik.
Setiap jam tiga pagi, rakan sebilik Arnita selalu menunaikan solat tahajjud dan membaca al-Quran sehingga subuh. Ini membuatkan Arnita berasa terganggu.
Berlaku pertengkaran antara mereka. Namun, dari bilik asrama itu jugalah hidayah akhirnya datang kepada Arnita untuk memeluk Islam.
SERING TONTON VIDEO CERAMAH
Arnita sering menonton video ceramah agama oleh Dr Zakir Naik di saluran Youtube. Antara kenyataan Dr Zakir Naik yang pernah Arnita dengar ialah “Islam lebih Kristian daripada Kristian.” Pada mulanya, Arnita tidak dapat menerima kenyataan itu.
Bagaimanapun, Dr Zakir Naik turut menjelaskan secara terperinci tentang sesuatu perkara bersama rujukan kitab dan petikan ayat.
Melalui ceramah agama itulah Arnita mula terbuka hati untuk memeluk Islam lalu dia mula berazam untuk memeluk Islam.
Untuk lebih meyakinkan dirinya untuk memeluk Islam, Arnita mendengar lebih banyak ceramah agama di saluran YouTube. Itulah yang membuatkan dia benar-benar terbuka hati untuk memeluk Islam.
Akhirnya, Arnita memutuskan untuk melafaz syahadah pada 20 September 2015.
Hijabista mendoakan semoga Arnita terus istiqamah bergelar Muslimah sejati seterusnya sukses dalam kehidupannya.
Trik yang diluluskan oleh jurusolek ini untuk solekan mata yang akan menjimatkan masa dan wang anda. Sebilangan besar daripada anda telah menguasai asas-asas ketika bersolek.
Seperti cara membuang maskara kalis air, menggunakan pemerah pipi malah cara menutupi zit dengan concealer yang betul. Tetapi walaupun anda telah memakai eyeshadow dan foundation selama beberapa dekad, ada beberapa trik tahap seterusnya di luar sana yang akan membuat anda bertanya pada diri sendiri, “Bagaimana saya tidak tahu ini?”
Oleh itu, jika anda ingin mempelajari beberapa petua kecantikan pintar yang akan menjimatkan masa dan wang anda teruskan membaca artikel ini.
Kunci untuk bulu mata yang lebih lembut dan tebal? Tabur sedikit serbuk lut selepas lapisan maskara pertama, dengan lapisan serbuk lembut. Ini akan menambahkan kelembapan pada bulu mata anda dengan menjadikannya kelihatan lebih tebal. Tambahkan lapisan maskara kedua untuk menutupi debu dan anda akan melihat sendiri perbezaannya.
Daripada menyembunyikan concealer di bawah mata anda, gunakan segitiga terbalik untuk mencerahkan bulatan gelap.
Mata setiap individu berbeza, itu bermaksud eyeliner mata setiap individu juga harus dilukis sedikit berbeza. Pertama, ketahui bentuk mata anda (mata berlapis, mata tertutup, mata monolid atau mata bulat), kemudian pelajari penggunaan eyeliner terbaik untuk dan cara yang tepat untuk menggunakannya agar menjadikan mata anda menonjol.
Semasa menggunakan bulu mata palsu, jangan terburu-buru memakainya setelah menambahkan gam. Tunggu sehingga lem bulu mata kering kira-kira 30 hingga 40 saat sebelum menggunakan bulu mata palsu agar helaian tidak tergelincir dan masa kering lebih cepat.
Setelah anda membiarkan lem anda kering sebentar, pegang cermin di bawah garis pandangan anda semasa anda memakai bulu mata palsu. Perhatikan cermin ketika menerapkan bulu mata. Lebih mudah meletakkan jalur dekat dengan garis bulu mata.
Sekiranya tabung maskara kegemaran anda mulai sedikit gumpalan, tambahkan beberapa titis solution kanta pelengkap dan putar berus. Ia akan menambahkan kelembapan pada formula maskara dan memanjangkan jangka hayatnya.
Tiada eyeliner? Tidak ada masalah, palet pembayang mata anda boleh melakukan silap mata. Cukup basahi berus sudut dengan air atau tetapkan sapuan. Celupkan berus basah ke dalam pembayang mata anda, kemudian gariskan mata anda seperti yang anda lakukan dengan eyeliner tradisional. Untuk penampilan ‘smoky’, biarkan garis pembayang basah kering.
Selepas anda selesai menggunakan apa-apa jenis eyeliner pada garis mata atas anda, berhenti di situ, jika tidak mata anda akan kelihatan lebih kecil. Elakkan mengaburkan seluruh mata anda dengan warna gelap, kecuali jika anda menggunakan teknik ‘smoky eyes’.
Teknik untuk melebarkan mata anda, walaupun eye liner gelap di garis air anda akan menutup mata, eyeliner putih mempunyai kesan sebaliknya. Cari pelapik yang beberapa warna lebih ringan daripada warna kulit anda. Sapukan pelapik ke garis bawah air anda. Ini akan memberi ilusi mata yang lebih besar dan lebih cerah.”
Eyeliner putih juga boleh digunakan untuk alis anda. Lukis dan kemudian gabungkan garis nipis eyeliner putih atau nude tepat di bawah alis. Ini akan menyerlahkan lengkungan semula jadi alis anda secara dramatik.
Apabila alat solek cecair anda “kosong”, inilah rahsianya. Ia tidak kosong. Terdapat botol penyembur, asas, atau penyegar cair di dalam botol yang tidak boleh anda keluarkan sendiri. Sebelum membuang tabung, beli spatula solek yang murah, untuk mengikis titisan akhir.
Sekiranya anda mencari bulu mata yang panjang dan lebat, jangan membuat kesalahan biasa hanya menekan sekali dengan penyepit bulu mata anda. Semasa melengkung bulu mata, sepitkan beberapa kali ke seluruh bulu mata anda untuk ikal yang paling semula jadi.
Sekiranya anda kehabisan gel alis, cubalah kaedah DIY ini untuk memastikan kening yang paling tidak teratur tetap ada. Sapukan sebilangan kecil gel rambut atau spray rambut ke spoolie atau berus gigi yang bersih dan sikat kening ke tempatnya!
Teknik solek yang diandalkan oleh jurusolek selebriti, petua dan trik terbaik yang disyorkan untuk anda yang suka bersolek. Sama ada anda ingin menyelesaikan masalah solekan biasa atau anda hanya mahu mengubah penampilan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masker beras daun sirih cina kemiri kini tular sebagai petua kecantikan semula jadi. Ketahui cara buat masker homemade ini, cara pakai yang betul serta tip elak iritasi kulit.