Siapa sangka pertemuan antara dua agama yang berbeza dapat di satukan apabila kedua individu sudah pun nekad untuk mendirikan rumahtangga bersama. Manis jua apabila mereka saling mengingati momen bersama di kala hari ‘keramat’ menjelang.

Anak kepada pengasas Microsoft, Bill Gates, berkongsi detik-detik gembira saat menyambut ulang tahun perkahwinannya yang pertama pada 16 Oktober 2022. Perkongsian itu di tuju khas buat suaminya yang beragama Islam.

Sumber dari Jennifer Gates

Kongsi momen manis bersama suami di ulang tahun pertama

Jeniffer Gates, anak sulung kepada Bill Gates, telah memuatnaik satu posting sempena ulang tahunnya bersama suami, Nayel Nassar pada 16 Oktober 2022. Dia membuat sedemikian ingin menunjukkan rasa syukurnya apabila mengahwini bersama suaminya.

Itu jua merupakan hari yang menggembirakan buat kedua pasangan ini. Mereka juga baru sahaja mendirikan rumah tangga kini telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jennifer Gates (@jenniferkgates)

IKLAN

Sudah genap setahun berlalu, kini mereka menjalani kehidupan sebagai pasangan kekasih yang sempurna. Posting yang di buat adalah kompilasi momen mereka di satukan bersama.

Artikel berkaitan: Perancangan Tidak Di Duga, Kini Guru Maahad Tahfiz Selamat Mengahwini Pasangan Dari Hawaii

Nayel Nassar juga menitipkan rasa syukur dan tidak sangka sudah selama setahun berlalu mereka bersama sebagai pasangan suami dan isteri. Itulah detik serta perkara yang membuatkan kehidupannya lebih indah.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nayel Nassar (@nayelnassar)

Anak kepada pengasas Microsoft itu selamat diijabkabulkan bersama Nayel Nasar melalui majlis perkahwinan yang tertutup pada hari jumaat bersamaan 16 Oktober 2021 tahun lalu. Difahamkan lagi, Jennifer Gates dan Nayel berkahwin dengan cara Islam oleh kerana atlet lompat dari Mesir itu memeluk agama Islam. Namun, masih tidak pasti tentang status Jennifer sama ada sudah memegang agam Islam atau tidak.

IKLAN

Sumber: Murai.my

Artikel berkaitan: Islam Akhirnya Membuka Jalan Dirinya Bertemu Ketenangan Hidup, Marcell Akui Sudah 12 Tahun Mualaf

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI