Akhirnya, ikatan pertunangan pasangan sejoli Zulin Aziz bersama pasangan, Farhan Norzaini diakhiri dengan sebuah ikatan istimewa apabila mereka selama diijabkabulkan pada Ahad, 20 Februari, jam 9.20 pagi.

Pasangan yang dinikahkan oleh Iman Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur itu menamatkan status pertunangan mereka dengan sekali lafaz dengan berwakil walikan abang kepada pelakon Zulin Aziz iaitu Shah Rezza Abdul Aziz.

Menerusi laman Instagram Zulin Aziz atau nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, dia memuat naik gambar momen-momen indah sewaktu diijabkabulkan. Mengenakan busana serba putih rekaan pereka popular Ezuwan Ismail, pasangan ini tampak manis dan segar saat meraikan hari bahagia mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

20/2/2022, akhirnya aku disatukan dengan jodohku..Atas izinNya, takdirnya, allahuakhbar!

Kongsinya lagi di laman Instagram, kisah percintaan mereka bermula dari arwah ibu suaminya yang ingin menjadikan Zulin sebagai menantu. Dari situlah cinta mula berputik indah, mendapat restu dari keluarga dan akhirnya menjalinkan ikatan sah sebagai suami isteri. Menurut Zulin juga, Farhan melamarnya ditanah suci dan dia dengan hati yang terbuka menerima lamaran itu.

IKLAN

pengenalan ini bermula dari arwah ibu Farhan Norzaini. Terdetik hatinya nak jadikan menantu. Farhan pernah menangis dipusara Abah, izinkan dia menjadi imam dan menjaga ku. Dari situ aku nampak keikhlasannya. Sampailah dia melamarku ditanah suci dan aku menerima lamaran itu.

Dalam majlis akad nikah itu, Zulin Aziz menerima mas kahwin RM 80, sebentuk cincin dan wang hantaran Rm 30,000. Pengantin perempuan menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

IKLAN

Team Hijabista mengucapkan tahniah kepada pasangan sejoli ini dan mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat serta dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. InsyaAllah Amin YRB!

Sumber gambar: Instagram Zulin Aziz

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI