Bergelar selebriti membuatkan mereka sentiasa perlu menjaga penampilan agar lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai Ada pebagai cara dilakukan untuk menjaga kecantikan sama ada cara moden atau tradisional.
Bagi personaliti dan pengacara Nadia Shahrul Anuar juga punya cara tersendiri untuk tampil menawan. Walaupun dikurniakan kulit putih kemerahan, berhidung mancung dan tubuh langisng, tetapi dia tetap menggunakan cara tradisional dalam menjaga kecantikannya. Anak kepada usahawan kosmetik, Kak Ton ini ada cara tersendiri yang diamalkan sejak dulu.
Menurut Nadia apa yang penting dalam menjaga kecantikan adalah minum air putih yang banyak. Kalau boleh minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari agar badan tidak dalam keadaan hidrasi.
Selain itu, dia juga turut menekan soal pentingnya untuk tidur yang mencukupi dan jangan berlebihan. Jika terlebih tidur akan menyebabkan kita rasa malas melakukan sebarang kerja sebaik bangun.
Nadia juga turut mengamalkan pengambilan suplemen produknya sendiri Be The Glamorous Drink yang diperakui HALAL dari Jakim bagi dapat membantu mengekalkan kesihatan dan bagi mendapatkan tubuh lansging.
Pemilik Nadia Secret ini juga turut berpesan betapa seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri dengan rajin-rajin untuk mandi. Mandi ini akan memberi kesegaran pada tubuh badan lebih-lebih lagi jika kita baru pulang dari bekerja atau ketika berada di luar.
Ini adalah amalan petua kecantikan yang paling dititikberatkan oleh ibu kepada dua cahayamata ini. Malah tidak hairanlah Nadia turut mewarisi kecantikan ibunya yang cukup sinonim dengan tagline ‘comey tak Kak Ton’ suatu ketika dulu.
Biarpun sibuk menguruskan keluarga, tetapi dia tetap komited menjalankan perniagaan berasasaskan kecantikan kerana minat mendalam kearah itu. Malah Nadia juga masih mempunyai masa untuk melakukan senaman kerana menurutnya amalam aktiviti itu akan membuat otak kita jadi lebih cergas, badan yang cantik serta sihat.
Selain itu juga, Nadia juga turut mengingatkan wanita di luar sana agar sentiasa berfikiran positif untuk mengelakkan stress yang merupakan punca utama penuaan sebelum waktunya.
Dia juga turut menyarankan followernya agar selalu berbuat kebaikan dan jangan sesekali menyusahkan orang lain. Begitu juga jangan terlalu sibuk menjaga tepi kain orang dan lebih elok buat hal sendiri. dan paling penting cuba untuk membuat orang sekeliling rasa ceria dan ketawa.
Wanita tinggi lampai ini turut memberitahu kurangkan pengambilan gula kerana jika diambil berlebihan boleh menyebabkan masalah kegemukan serta penyakit lain.
Dan sebagai wanita yang mementingkan kecantikan, Nadia akan turut mencuci wajahnya seelok-eloknya tiga kali sehari kerana ia boleh menghilangkan segala kekotoran yang melekat hingga bioleh menimbulkan jerawat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tidak susah sebenarnya untuk menurunkan berat badan dan mendapat berat ideal. Salah satu caranya hanya dengan mengamalkan diet eat clean. Diet cara ini boleh dilakukan sama ada masak sendiri atau memilih makanan yang memang dikenal pasti menyihatkan. Melalui perkongsian di laman sosial facebook, wanita ini Aimi Nawi berkongsi pilihan bahan makanan sihat yang boleh didapati dari pasaraya besar.
Menurutnya apa yang difahami tentang diet sihat bukanlah kita anggap makan istimewa atau sejenis yang pelik-pelik atau lain dari orang lain, tetapi kena pilih bahan makanan yang lebih baik saja.
Bahan yang dipilih ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga secara tidak langsung akan membuatkan badan kekal langsing.
Jika sudah mendapat berat idaman, teruskan dengan amalan pemakanan bahan produk sihat yang dicadangkan ini. Paling penting stok makanan bahan dapur ini perlu disimpan dan wajib ada di rumah untuk amalan gaya hidup lebih sihat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
BARANG DIET PILIHAN DAPURSIHAT
Hari tu jalan-jalan dekat Tesco sempat lah snap gambar-gambar beberapa barang diet yang saya guna dari dulu sampai sekarang. Nak share dengan geng #eatandslim tapi takpe kita share sini je bagi ramai lagi dapat manfaat.
Bila diet sihat ni bukannya kita makan special sangat or makan pelik-pelik dari orang lain pun. Kita cuma kena pilih bahan makanan yang lebih baik je.
Selalunya kita nak yang low GI supaya kita kenyang lama. Kita nak yang takde added sugar sebab kalau perlu kita tambah sendiri je gula baru boleh control kuantiti.
Tu je. Takde pelik sangat. Dan bahan-bahan ni pun bagus untuk kesihatan. So dah kurus pun teruskan lah cara yang sama baru boleh maintain berat.
8 dari 10 orang yang turun berat akan naik balik berat dia dalam tempoh setahun. Haa awak nak ke jadi macam tu? Penat je diet kan.
Kalau tak nak pesanan penaja Dont do diet but change your way of eating☺️
Ni saya suka buat snacking bila kadang teringin nak makan something sweet. Masalahnya sedap sangat 2 keping rasa tak cukup. Haha so be careful lah naa
Siapa suka minum Coffee tu nah boleh try instant coffee Essenso ni. 1 sachet baru 7kcal. Coffee juga bantu boost metabolisme tapi dengan syarat gula jangan lah bersudu-sudu.
Nak letak gula max 1 tsp. Nak ala-ala white coffee tu tambah fresh milk. Susu pekat manis a big NO okay. Nak kurus kan?
Kebanyakan orang boleh ambil maximum 6 tsp (sudu kecil) gula tambahan je sehari. Tapi majoriti ambil kita gula 4-5 ganda dari tu
Siapa kata diet tak boleh guna minyak. Boleh tapi hadkan maximum 1 tbsp per serving. Maknanya sekali masak tu guna 1 tbsp je lah.
Minyak dekat pasaran ada 2 jenis. Satu macam botol kiri tulis Minyak Sawit Olein Bertapis. Dan satu lagi belah kanan tu campuran minyak sawit dan minyak lain dinamakan minyak sebatian.
SEBAIKNYA guna yang belah kiri which is minyak sawit olein tu.
Tapi jenis minyak ni tak significant sebab yang penting control KUANTITI penggunaan.
Kebanyakan orang boleh ambil maximum 2 tbsp (sudu besar) minyak je sehari. Sebab tu nak kurus kena kurangkan sangat makanan bergoreng.
My choice is coconut oil tapi kalau nak deep fry guna minyak sawit je sebab murah sikit
Mayo brand Kewpie. Warna pink mayo Low Fat. Warna merah yang biasa.
Pink rendah kalori, rendah lemak, tinggi karbohidrat
Merah tinggi kalori, tinggi lemak, rendah karbon.
Nak pilih mana satu? Kalau saya mana-mana pun boleh sebab yang penting KUANTITI. Mayo hadkan 1 tsp per serving.
Tapi kalau dah contoh sandwich tu letak cheese atau protein tu dah goreng ke, tak perlulah letak mayo. Nak diet meal kena balance. Jangan semua benda nak letak.
Ni antara sos yang selalu guna dalam meal#dapursihat
Kalau orang diet Eat Clean tak boleh la kot kan ambil sos macam ni.
Tapi sebab saya bukan buat Eat Clean. Saya cuma healthy & balance diet.
So sos boleh guna yang penting kawal KUANTITI.
Sos limit maximum 3 jenis sos. Dan hadkan penggunaan 1 tbsp sos je per serving. Kalau nak guna sampai 3 sos pun total combine max 1 tbsp juga. Lagi kurang lagi bagus
Kebulur la ahkak kalau diet tak makan nasi kan. Bagi yang nak belajar kurangkan portion nasi tu ahkak advice makan Beras Parboiled ni.
Ada macam-macam brand tapi yang brand Jati tu paling murah (5kg dalam RM20). Jasmine dan Faiz mahal sikit.
Beras parboiled ni bagusnya GI rendah. Jadi makan sikit pun kenyang. Sesuai la untuk orang diet kena kurangkan portion nasi.
Beras parboiled ni ada khasiat macam beras perang tapi rasa macam beras putih. Kebanyakan orang kata beras perang tak sedap. So makanlah beras parboiled. Khasiat beras perang tapi rasa beras putih.
Untuk yang ada masalah kencing manis pun digalakkan guna beras parboiled.
Jam biasa dekat kedai tu semua tinggi gula. Yang guna High Fructose Corn Syrup atau Dextrose pun banyak. Tak nak tau.
Nak jam beli yang brand St.Dalfour ni. NO sugar added. Natural sweeteness dari buah je.
Mahal sikit. Tapi sihat dan kalori pun rendah.
Ni satu lagi jam brand Steffi. Walaupun tulis no sugar added tapi tengok ingredient ada guna maltitol syrup which is sejenis gula alkohol.
Walaupun alkohol tapi dia bukan alkohol yang memabukkan tu.
Gula alcohol ni bersifat low GI cuma dalam steffi ni guna maltitol yang GI dia tinggi sikit dari gula alkohol lain tapi still low GI.
Cuma as warned dekat botol tu kalau consume banyak sangat boleh ada laxative effect (cirit). Ada orang akan bloating, badan berangin etc.
Ni garam bukit warna pink tu. Benefit nya, ada sedikit mineral lain. Tapi bab garam ni pun sama. Jenis tak lah main peranan sangat sebab yang penting KUANTITI. Jadi guna sesikit yang boleh.
Ahkak dinner suka makan wrap. Cepat. Sebab malas nak masak?
Wrap digalakkan guna yang Wholegrain atau 6 Grains. GI lagi rendah, so kenyang lama
Haaa ni roti special sikit. Harga pun mahal sikit. Ada pek merah dengan pek hijau.
Kalau agak-agak nak makan yang special tu make sure pilih pek HIJAU ya. Yang Multigrain and Seeds tu. Sebab GI dia lagi rendah, kenyang lama.
Saya guna roti Wholemeal ni je dekat rumah. GI rendah, lagi mengenyangkan.
Beza sangat kalau makan roti putih. Tapi nak diet makan roti putih pun tak salah cuma roti Wholemeal ni lagi menyenyangkan untuk orang diet.
My choice always Fresh Milk je. Jenama Farm fresh or Tesco. Dua-dua sedap.
Susu marigold HL tu pulak saje nak tunjuk. Walaupun duduk dekat tempat sejuk tapi bukanlah 100% fresh milk tau.
Tengok yang farm fresh tu ingredient tulis 100% fresh cows milk. Yang susu HL tu banyak bahan dia.
So kalau betul nak minum fresh milk cari yang ingredient 100% cows milk je. Macam HL tu susu yang diproses lah. Still boleh minum je
Sebaiknya guna oat jenis ROLLED OAT. Kenyang lagi lama. Tapi kalau nak guna instant oat pastikan plain bukan yang 3 in 1 tu sebab banyak gula dalam tu.
Nak bihun the best cari yang bihun dari beras perang yang rendah GI macam ni.
Bihun biasa yang putih tu GI tinggi. So kita makan sikit tapi kurang kenyang. Cuma kalau nak jugak boleh tapi mesti follow rule PingganSihat. Mesti ada protein dan a lot of veggies. Baru boleh rendahkan GI hidangan tu. Baru kenyang lama.
Diet nak makan mee? Boleh. Nah guna Vit’s Ramen Mi Kuning ni. Lagi menyenyangkan dari mee kuning biasa. Dan low fat.
Nandos ni sebab sos dia agak sihat dan rendah kalori. Tapi personallly saya tak minat pun. Kalau makan sandwich or wrap sama ada guna #chilijamby #dapursihat or guna je sos cili life tu tapi hadkan 1/2 tbsp. Sebab sos cili manis, tinggi gula.
Jemu makan sandwich. Jemu makan wrap. Boleh try buat menu pita pulak. My choice pita wholemeal. Kenyang lama.
Beans & lentils bagus tau untuk orang diet. Buat baked beans makan dengan 2 keping roti dan 1 bj telur separuh masak so yummmy?
My choice Heinz No Added Salt.
Guna yang tuna in water tak kisah brand apa pun. Tak nak yang in oil or mayo ke apa.
My favorite plain Fresh Yogurt brand Sunglo. Atau boleh juga plain Greek Yogurt. Letak fresh fruit, letak#homemadepeanutbutter by #dapursihat pun dah sedap.
Beza fresh yogurt dengan greek yogurt ni fresh yogurt lagi rendah protein dari greek yogurt. Tapi kurang masam.
My choice Bega Super Slim sebab lagi rendah kalori
Guna brand Kewpie tapi had 1 tsp je tau. Tapi lama-lama buat sendiri je salad dressing guna Fresh yogurt mix dengan Apple cider, sedikit salt dan sedikit P3 sweetener or gula.
Perempuan dan coklat mana boleh dipisahkan ?tapi tengah diet tu nak makan coklat cari Dark chocolate dan at least 70% Cocoa. Dalam gambar tu 72% cocoa. 1-2 bar kecik tu je ya limit nak makan. Bukan 1 peket
Kena belajar makan ayam dada sebab kurang lemak, tinggi lean protein. Paling elakkan chicken wing.
Cari yang no added sugar dan kalau boleh cari yang no hydrogenated oil.
Nak makan cereal untuk breakfast better cari yang Weetbix ni. Makan ni sangat lah mengenyangkan.
Bebola biasa tu selalunya isi ayam or daging dia dalam 30% je. Selebihnya lemak dan bahan-bahan lain macam filler, preservative.
So ni antara option sihat sebab guna 100% isi ayam
Macam-macam brand guna tapi antara yang selalu guna Tesco organic wholewheat ni. Lagi tinggi fiber dan kenyang lagi lama.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon terkenal tanah air, Fauziah Nawi, 69, menceritakan nasibnya yang sanggup menyertai cabutan bertuah di Karnibal Ekspresi @Finas yang telah berlangsung di Kompleks Finas, Hulu Kelang pada Oktober lalu.
Katanya ingin mencuba nasib untuk mendapatkan ganjaran yang lumayan–sama ada kereta mahupun motosikal. Namun, nasib tidak menyebelahinya ketika itu, dia tidak dapat apa-apa ketika sesi cabutan bertuah itu.
Menurut temu bual bersama Harian Metro, Fauziah Nawi atau sering dipanggil Ibu Fauziah menceritakan cara untuk sertai cabutan bertuah itu. Walaupun tidak menang, dia akur dengan keadaan itu.
“Kalau nak dapat cabutan bertuah, kena beli barang berjumlah RM30. Saya beli dua barang tapi mereka bagi empat baucer cabutan. Saya cuba nasib kalau tak dapat kereta, dapat motosikal pun jadilah dan boleh jual,
“Malangnya saya tak dapat apa-apa. Selepas itu saya cerita kepada adik dan dia pujuk saya. Katanya Allah nak bagi yang lebih besar.” katanya.
Namun, kata-kata adiknya itu seolah-olah menjadi kenyataan apabila Ibu Fauziah dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa 2022 sewaktu malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA) 2022 pada 30 Oktober lalu. Itu terjadi selepas beberapa hari dia sertai sesi cabutan bertuah di Finas itu.
Pengiktirafan itu menawarkan dia sejumlah hadiah yang yang lumayan. Hadiah yang diterima olehnya adalah berbentuk sebuah kereta Mitsubishi Xpander bernilai RM100,000, dan juga wang tunai RM10,000 serta trofi.
“Macam tak percaya pun ada. Saya tak pernah beli kereta besar macam ini. Paling besar pun kereta jenis Proton Waja pada 2007. Itu kereta terbaik yang saya ada,
“Semua kawan-kawan artis saya gembira dengan pemberian ini. Maknanya harapan untuk mereka pun ada (untuk dapat pengiktirafan serupa),
“Allah cakap kalau dah rezeki, kita tak perlu risau. Saya rasa dengan ini ada harapan untuk semua orang. Saya percaya kalau kita buat kerja betul lama-lama orang nampak.” ujarnya lagi.
Menurut Ibu Fauziah lagi, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah kenderaan sendiri sejurus kereta Proton Waja miliknya itu musnah akibat terbakar pada fius empat tahun lalu.
Jiwa rasa terbeban dan resah, seorang mak atau isteri bukan mudah mendukung tanggungjawab. Tanggungjawabnya yang cukup besar demi menjaga kesempurnaan rumahtangga suami di layan dengan sebaiknya.
Adakalanya ketika ujian dan masalah datang melanda, rasa tak mampu untuk melakukan semua perkara. Ia membuatkan hati rasa sedih, jiwa merintih dan penuh keluh kesah. Apatah lagi jika diri dihimpit dengan kesempitan hidup, dibebani dengan masalah hutang keliling pinggang.
Namun, janganlah berterusan begini. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berdoalah bersunguh-sungguh. Minta kepada Allah dengan sepenuh hati agar segala kesusahan, kerisauan, kesedihan dan bebanan hutang yang ada mudah untuk diselesaikan.
Pujuk hati atasi segala kekacauan jiwa tersebut dengan amalan doa yang diajar oleh Rasullah SAW ini untuk Abu Umammah ini. Hijabi boleh amalkan doa ini setiap kali selepas mengerjakan solat. Mahupun dibaca ketika dalam solat iaitu selepas Tahiyyat Akhir sebelum Salam.
Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya:
“Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana.
Beliau bertanya:
“Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?”
Abu Umamah menjawab:“Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!”
Rasulullah menjawab:
“Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab:“Sudah tentu, wahai Rasulullah.”
Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
MAKSUDNYA: “YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI KEDUKAAN DAN KESEDIHAN. AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI SIFAT LEMAH DAN MALAS. AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI SIFAT PENGECUT DAN BAKHIL. DAN AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI BEBANAN HUTANG DAN PENINDASAN MANUSIA.”
Abu Umamah RA berkata:
“Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.