Selain berusaha untuk mendapat berat badan ideal, kaum wanita juga obses dengan wajah yang putih. Kalau boleh apa sahaja produk dijual di pasaran yang boleh memutihkan wajah akan dibeli tanpa mengetahui kesan baik buruknya. Ada juga yang sanggup guna kaedah suntikan untuk tujuan berkenaan. Tetapi sebenarnya kita boleh gunakan petua alami kalau mahu memutihkan muka dan tangan tanpa sebarang suntikan.
Perkongsian wanita ini Nursharn Diana di laman sosial facebook yang memberitahu petua untuk putihkan muka dan tangan tanpa gunakan sebarang suntikan menyakitkan.
Tetapi hanya menggunakan bahan alami seperti lemon, madu dan susu dan jadikan seperti masker disapu pada bahagian tertentu.
Ads
Bahan digunakan.
Ayuh, kita cuba petua yang dikongsi ini dan hasilnya akan menyebabkan anda tidak rasa menyesal membuat cara tradisional ini.
Ads
Tips Memutihkan Muka dan Tangan tanpa Perlu Suntikkan yang Menyakitkan!!
Ads
Ambil sedikit Madu , Lemon dan Susu Tepung tak kisah apa apa brand, gaulkan sehingga sebati, jadikan mask dan sapukan di bahagian muka dan tangan uols. Biarkan selama 10 minit atau lebih dan amalkan pemakaian 2 atau 3 kali seminggu.
Memakai hijab merupakan kewajipan bagi setiap wanita. Yang menjadi masalah adalah untuk memilih warna hijab. Memang sukar untuk memilih warna hijab terutama bagi gadis yang memiliki kulit sawo matang. Tersilap pilih warna, muka pun akan nampak kusam.
Memakai hijab merupakan kewajipan bagi setiap wanita. Yang menjadi masalah adalah untuk memilih warna hijab. Memang sukar untuk memilih warna hijab terutama bagi gadis yang memiliki kulit sawo matang. Tersilap pilih warna, muka pun akan nampak kusam.
Bagi anda yang berkulit sawo matang ala Halima Aden, Hijabista kongsikan 10 inspirasi warna hijab yang sesuai dengan tona kulit anda.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kasihnya ibu membawa ke syurga. Itulah ungkapan yang basa kita dengar bagi menggambarkan betapa kasih dan sayangnya seorang ibu pada anaknya. Begitu juga bagi bonda kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menegur perbuatan anaknya itu ekoran tindakannya muat turun video tarian yang dianggap keterlaluan dan menjijikkan. Dalam satu postingnya, Bonda Rozita memberitahu dia juga sakit bila orang kata tidak baik mengenai anaknya itu hingga undan sebak di hati netizen.
Namun sebagai ibu pastinya mengetahui sifat anaknya itu bagaimana. Dalam posting 1 hari yang lalu, bonda Rozita ada menulis menjelaskan sikap sebenar anaknya itu.
Anak ni perasan retis hollywood dn byk paparazi ciptaannya sendiri juga..Lawak betol dunia ” KEPERASANAN” dia..hakikatnya dia sgt advance bab media utk strategy bisnessnya..(produk dn bisnes kami xsama…dia dgn dia..dn sy dgn cara sy..)
Sy x blh follow cara dia bila jumpa sy dh tua2 ni pun masih kena sebat ..merajuk ..kena marah dia selamba dn xheran pun ..Malah sy carutkan lebih2 lagu sibobo tu..Dia kata sekadar kerja.. x cukup sajat ni lucintot pulakkkk..hazabbb Mak kri
Jawabnya “Mak ingat sy rapat ke ..Xda makna lah..Mak kenal sy cukuplah..menjawab je lah dia je betul..!! Kami tau game dia ni bijak niaga dn hakikatnya dia jenis xdemgar nasihat x peduli org ..( dlm family semua sayang dia sbb dia sgt baik..Kri ni just selamba telinga badak hati kebal ..kami pun xleh nak cakap apa dah..tahankan je )
Bab baik dia ni dgn org2 miskin dn family dia pemurah hobi mmg suka cakap dn melatah lucah ..Kami tau cacat dan sewelnya sgt faham dia ..No point kondem dia ..dia xrasa apa ..!!
Anak ni kasi sy benda mahal ..mcm2 dikasi.. sy yg xsuka sbb sy xpakai..bazir bagi sy…haa kalau hadiah murah2 sy suka sgt lah
Kalau org kata dia xbaik..Sy sakit juga..anak kan..!! Hepi sgt hari ni dia dtg kasi tudung smabil gurau katanya “ Mak dahlah tua beruban atas bawah tuudng sarong je ada..tu pun cuma 5 helai..ha ha balik2 warna sama je hari2..ada hati nak ootd kesian Mak xda ganti2 ke..??
Pakai tudung biar nampak muda selera gak dady tengok..kalau x dah rupa macam mak lampir ” diguraukan sy ni..Sy redho dn maklum sy tua dah..xmarah pun..
Dia komen rumah seni sy yg susah nk jaga akn dtg.. bebel lagi … “Mak buat lawa2 ni sape nk ambik alih kalau Mak dh xda..Ajim lah yg jaga kot ..Mak xda habis semua ni nanti Mak…”
Sy bebel kat dia..dia pulak bebel kat sy..Menantu sy senyum je dengar kami gaduh..
Netizen juga turut terkesan dengan luahan Bonda Rozita ini yang disifatkan begitu menyentuh hati. Maklumlah ibu mana tidak sedih bila anaknya dikecam dan dikritik secara terbuka di media sosial.
ahmadrxl Semoga kata2 nasihat dan doa bonda dapat menggerakkan hati anak bonda untuk berubah ke arah yang lebih baik suatu hati nanti. InsyaAllah. Ameeen
getsheraindah Betul kata bonda :”dah anak kita,x bnyk sikit ..hati ibu ttp sedih bila org kutuk anak kita”. Sabarlah Bonda.. Org tk kenal anak bonda sprti bonda.@aliefsyukriiwalau pon mulutnya mcm x der insurant bila brckp tp sy yakin dia baik. Sbb tgk dia syg bonda dn family nya.
Sebelum itu Rozita juga ada menasihati Aliff Syukri supaya tidak bersekongkol dengan golongan fasik.
“Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri… Kri insan baik.
“Jangan dekati… kawan dan bantu golongan fasik murka ALLAH. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima… ada hadisnya.
Rozita yang juga pengasas Sendayu Tinggi turut memohon maaf kepada anaknya itu di atas komen yang diberikan menerusi media sosial itu.
“Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita.
“Jauhi mereka… wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku.
Komen tersebut mendapat sebanyak lebih 14, 000 tanda suka oleh pengikutnya di Instagram.
Terdahulu, Aliff Syukri dikecam netizen gara-gara memuatnaik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, Rabu ini.
Lagu Semalam Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.
Sebelum itu selebriti Wardina Safiyyah juga ada menegur perbuatan Aliff Syukri ini dengan menulis di ruangan instagram. Namun jutawan kosmetik ini menerima baik teguran berkenaan dengan membalasnya dalam posting terdahulu.
Terima kasih kak Dina …terima kasih atas teguran dan kasih sayang kak dina kepada saya dan isteri…..Ya saya akui kesilapan saya dan apa yg kak dina cakap itu sy terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yg telah termaktub dlm kontrak…….. .
Tak perlu lakukan senaman berat dan menyeksakan diri, temui satu set senaman yang akan mengubah sepenuhnya badan anda dalam masa 4 minggu sahaja. Anda tidak perlu membelanjakan wang untuk gimnasium dan peralatan khas anda hanya perlukan luangkan masa selama 10 minit sehari.
Cara melakukannya: Plank ialah senaman isometrik (statik) di mana peraturannya adalah untuk memegang badan anda dengan betul. Ikut contoh di atas: pastikan belakang dan kaki anda lurus tidak bengkok atau melengkung.
Hasilnya: Jika dilakukan dengan betul, senaman ini berfungsi pada perut, belakang, punggung, kaki dan lengan. Ia juga meningkatkan postur dan bentuk otot umum.
Cara melakukannya: Kedudukan awal ialah badan dengan lengan lurus. Dari situ, rendahkan diri anda sejauh yang anda boleh. Pastikan punggung, pelvis dan kaki anda membentuk garis lurus. Kemudian perlahan-lahan kembali ke kedudukan awal.
Hasilnya: Menjejaskan dada, lengan dan otot perut.
Cara melakukannya: Berdiri merangkak dan regangkan kaki kiri dan lengan kanan anda dalam garis lurus. Kemudian perlahan-lahan bengkokkannya dan sentuh siku kanan anda ke lutut kiri. Luruskan semula, kemudian tukar lengan dan kaki.
Hasilnya: Baik untuk otot badan dan lentur pinggul. Ia juga menguatkan sebahagian besar otot belakang, punggung dan pinggang.
Cara melakukannya: Letakkan kaki anda selebar bahu, berdiri di atas seluruh kaki anda. Buat seolah-olah duduk di atas kerusi khayalan, dengan lutut dan kaki di atas garisan yang sama dan belakang anda diluruskan. Anda boleh mengekalkan keseimbangan dengan mengangkat tangan di hadapan. Kemudian bangkit semula perlahan-lahan.
Hasilnya: Menguatkan otot punggung, peha dan buku lali.
Cara melakukannya: Berbaring telentang dengan tangan direntangkan di atas kepala dan lutut dibengkokkan. Perlahan-lahan angkat bahagian atas badan anda dengan lengan lurus dan sentuh jari kaki anda. Kemudian perlahan-lahan kembali ke kedudukan awal.
Hasilnya: Menguatkan otot teras dan membakar lemak kerana dinamik.
Cara melakukannya: Baring menghadap lantai dengan tangan dibengkokkan pada siku dan diletakkan di bawah kepala anda. Angkat bahagian atas badan anda sejauh yang anda boleh. Kekal dalam kedudukan ini seketika, dan perlahan-lahan kembali ke kedudukan awal.
Hasilnya: Mengencangkan dan menguatkan otot tulang belakang.
SUMBER BRIGHTSIDE
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui amalan Hari Asyura yang dikongsikan Ustaz Wadi Annuar termasuk berpuasa, berzikir, beristighfar, meluaskan nafkah dan menghidupkan malam dengan ibadah.