Solat juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab akhirat kelak. Jika amalan solat kita di jaga, maka baik lah seluruh amalan kita. Sudah tentu solat fardu adalah wajib bagi umat Islam.
Namun, bonus bagi kita sekiranya melakukan solat sunat. Entri kali ini ingin mengupas dan berkongsi sedikit sebanyak tentang solat sunat dan apa kelebihan dan fadhilatnya. Solat sunat itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri, termasuklah ganjaran dan hikmah bagi siapa yang mengerjakannya. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Solat sunat ini mempunyai pelbagai penawar segala masalah dan kedukaan, cuma cara kita mengamalkannya berbeza. Yang inginkan rezeki melimpah, yang inginkan keamanan hubungan, ada juga yang menginginkan cepat mendapat jodoh dan sebagainya. Amalkan 4 solat sunat ini permulaan ibadah kita, insyallah segala yang dihajati dimakbulkan.
1 Solat Sunat Dhuha
Bangun pagi adalah perkara yang paling sukar bagi sesetengah hamba Allah di dunia ini. Namun ketahuilah bahawa barang siapa yang tidak tidur selepas menunaikan solat fardu Subuh, Allah akan bukakan pintu rezeki buat mereka. Allahuakbar! Di tambah pula dengan menunaikan solat sunat Dhuha, insyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas buat anda dan banyak fadilatnya. Solat sunat Dhuha boleh dilakukan selepas matahari sudah naik tinggi dan berakhir ketika tergelincir matahari iaitu setelah masuk waktu Zuhur.
Rasullullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud,
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan” dan “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
2 Solat Sunat Sebelum Subuh
Ramai yang terlepas pandang tentang kelebihan menunaikan solat sunat sebelum Subuh. Sama seperti solat sunat rawatib, solat sunat sebelum Subuh boleh ditunaikan dengan 2 rakaat. Solat sunat 2 rakaat sebelum solat Subuh itu boleh dilakukan secara ringkas, dengan membaca surau-surah yang pendek tetapi dijaga ketertiban dan tamakninah dalam setiap rukun. Berdasarkan Hadis Muslim (Kitab solat) meriwayatkan Rasulullah S.A.W menunaikan solat sunat sebelum Subuh dengan membaca Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, dan membaca surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidatina Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, baginda bersabda yang bermaksud:
“Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya”.
3 Solat Sunat Isyraq
Selain solat sunat Dhuha, solat sunat Isyraq juga boleh ditunaikan pada waktu pagi, iaitu selepas waktu Syuruk, anggaran 12 minit setelah terbit matahari. Tempoh masa setelah terbit matahari diberikan agar ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari. Tempoh masa solat sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Solat sunat Isyraq juga ditunaikan sebagai tanda syukur kepada Allah kerana menganugerahkan pada hambanya satu hari lagi untuk mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari berlalu kita banyak melakukan dosa.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)
4 Solat Sunat Istikharah
Solat sunat Istikharah ditunaikan untuk meminta petunjuk dan pilihan terbaik daripada Allah. Jadikan Allah sebagai tempat berbincang dan tempat mengadu. Solat sunat Istikharah menggambarkan kebergantungan hati seorang hamba dengan Tuhannya. Namun begitu, ada yang memahami, bahawa dengan menunaikan solat sunat Istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi. Tidak semestinya, Istikharah adalah penyerahan hati seorang hamba terhadap segala ketentuan Tuhan. Solat sunat Istikharah dilakukan setelah usaha secara optimum terhadap perkara yang ingin kita lakukan. Besar fadilat solat sunat istikharah ini. Hidup pastinya diberkati Allah dan insyaAllah dipermudahkan segala urusan.
Daripada Imam Bukhari, mafhum Hadis: Dari Jabir R.A:
“Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat…’’
Saat berbuka puasa merupakan saat yang sangat-sangat dinantikan oleh kita semua. Sampaikan ada yang terlupa akan beberapa adab-adab yang perlu kita tahu mengenai berbuka puasa.
Walaupun ia bukanlah perkara yang wajib dilakukan tetapi dengan mengamalkan adab-adab ini, kita akan dapat pahala dan juga mampu mentarbiah diri dan orang sekeliling kita.
Mari kita lihat adab-adab berbuka puasa.
MENYEGERAKAN BERBUKA APABILA SUDAH MASUK WAKTUNYA
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
BERBUKA PUASA DENGAN SEDERHANA
Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-Araf, ayat 31)
BERDOA KETIKA BERBUKA
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang yang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
BERBUKA DENGAN RUTAB, TAMAR ATAU AIR
Anas bin Malik R.A berkata:
“Rasulullah S.A.W berbuka puasa sebelum solat (Marghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” (hadis riwayat Imam Al-Tirmizi)
BERDOA KEPADA MEREKA YANG MENJAMU MAKANAN UNTUK BERBUKA
Berkata Anas R.A:
“Baginda S.A.W pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: ‘Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat’.” (Riwayat Abu Daud)
BERSEGERA MENGERJAKAN SOLAT MAGHRIB
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Jadikanlah adab-adab ini sebagai kebiasaan kita sehari-hari agar ia mengajar kita untuk menjadi Muslim dan manusia yang lebih baik, di samping menuai pahala yang melimpah-limpah.
Pelbagai cara dilakukan oleh golongan selebriti atau personaliti dakwah masa kini untuk menyampaikan ilmu mereka kepada orang ramai. Dalam zaman digital ini, semuanya boleh disebarkan hanya melalui alam maya. Begitu juga cara PU Azman menyampaikan dakwahnya di media sosial. Beliau menggunakan pendekatan video bagi menjelaskan sebarang hukum atau kekeliruan yang timbul. Baru-baru ini PU Azman juga turut muat turun video berhubung hukum ‘tag’ kawan-kawan di media sosial. Adakah hukumnya jadi haram atau sebaliknya.
Dalam persoalan ini, PU Azman menjelaskan, ia bergantung pada niat seseorang itu. Menurutnya boleh mention atau tag untuk tujuan yang berfaedah atau tidak mengaibkan atau untuk memaklumkan sesuatu info tentang perkongsian page ilmu.
Haram juga hukumnya jika kita tag atau mention nama seseorang itu untuk memalukannya. Misalnya jika kita tag memberitahu perbuatannya yang memalukan dalam ruangan komen. Dan ini secara tidak langsung akan mengaibkan dirinya di media sosial.
Justeru belia menasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan setiap perbuatan itu kerana boleh jadi haram dan ia bergantung pada niat. Beliau juga menambah lebih baik untuk terus sahaja Direct Message sekiranya tagging kita itu boleh memalukan dirinya kelak.
Ingin kelihatan cantik dan bergaya di pagi hari Raya Aidilfitri sudah tentunya menjadi impian buat semua para gadis dan wanita di luar sana. Siapa sahaja tidak mahu dipuji setelah bingung dan bersusah payah mencari gaya yang sesuai khas untuk perayaan yang di nantikan itu.
Pakaian baju kurung lengkap bukan sahaja menjadi keutamaan malah aksesori bag juga penting untuk menambah kemanisan dalam gaya seseorang. Kini, adanya koleksi terbaru dari GUESS boleh menjadi statement untuk anda tampak lebih menarik dan bergaya!
Beg Tangan Sebagai Penyeri Hari Lebaran!
GUESS Malaysia telah mengeluarkan beg tangan yang menarik bagi koleksi Spring 2023 #GUESSHandbags bermula 22 Ferbruari 2023 yang lalu. Menjadi kepastian koleksi ini sangat sesuai dijadikan pilihan para hijabi diluar sana gayakan ketika hari lebaran!
The GIULLY, salah satu dari 8 koleksi Spring #GUESSHandbags 2023
Koleksi ini banyak diinspirasikan oleh warna-warna tropika dan earthy. Tona warna yang lembut menyerlahkan lagi sisi elegan serta feminin kepada setiap wanita yang memiliki koleksi beg tangan ini!
Model menggayakan beg tangan yang cantik menghiasi diri sesuai digayakan di hari Raya!
Bukan sahaja itu,GUESS Malaysia juga memperkenalkan koleksi aksesori jam yang terbaru! Ia dikeluarkan dengan 3 jenis rekaan seperti BEJEWELED, MONOGRAM, dan juga NEW ROYALTY. Sudah tentunya anda akan kelihatan lebih bersinar dan memukau apabila mengenakan aksesori ini lagi sewaktu musim lebaran.
Sempena Hari Raya Aidilfitri buat tahun 2023 ini, Hijabista Magazine ingin memberikan anda peluang untuk memiliki salah satu beg tangan dari koleksi Spring #GUESSHandbag 2023 untuk digayakan ketika hari lebaran!
Mudah dan ringkas sahaja, anda hanya perlu isikan borang di bawah dengan lengkap! Jangan lupa untuk ceritakan kenapa anda layak untuk mendapatkan beg tangan GUESS Malaysia ini untuk lebaran kali ini.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...