‘Di syurga kita kan bertemu kembali….alfatihah…ucapan terakhir buat isteri tercinta yang telah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Walaupun kisah cinta mereka terhenti di alam realiti, namun keduanya pasti akan bertemu di syurga nanti. Itulah harapan mualaf, Taufik Abdullah yang akhirnya kehilangan isteri tersayang, Nurliyana Abdul Raziff malam tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Kisah cinta pasangan ini cukup viral baru-baru ini apabila Taufik sanggup menjaga isterinya yang disahkan penghidap Para Tiroid dua tahun lalu. Biarpun fizikal Liyana sudah berubah disebabkan penyakit dideritai, namun Taufik tetap setiap berada di sisi hingga akhir hayat mereka.

Pada 13 April lalu Liyana telah menjalani pembedahan bagi membuang kalenjer Para Tiroid di bahagian lehernya. Selepas pembedahan itu, LIyana terpaksa dibedah sekali lagi bagi membuat saluran pernafasan selepas dilaporkan mengalami masalah pernafasan disebabkan kandungan karbon dioksida dalam badannya tinggi.

Pasangan ini telah hampir sembilan tahun berumahtangga sebelum diuji dengan penyakit yang boleh membahayakan nyawa ini. Ternyata kisah cinta mereka bukan berlandaskan kesempurnaan semata-mata, bahkan apabila fizikal Liyana sudah tidak seperti sebelumnya suami tercinta tetap ada untuk menemani.

IKLAN

Mereka bertemu ketika sama-sama bekerja di tempat sama pada tahun 2011. Biarpun tahu isterinya itu mempunyai masalah buah pinggang sebelum berkahwin, tetapi dia tetap mahu melamarnya sebagai isteri.

Liyana disahkan penghidap Para Tiroid sejak 2016 lagi dan penderitaan yang dihidapi semakin teruk apabila tulang rahangnya semakin membesar hingga menyebabkan mulut terkeluar dan juga mempunyai masalah pendengaran.

IKLAN

Hijabista doakan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman dan semoga Taufik akan tabah menghadapi segala dugaan dari Tuhan.

IKLAN

Netizen yang turut mengikuti kisah mereka turut mengucapkan takziah masing-masing mendoakan agar arwah tergolong dalam golongan orang-orang soleh.

KREDIT FOTO: FACEBOOK TAUFIK ABDULLAH

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI