Ramai yang menjadikan penggunaan ‘toner’ sebagai salah satu rejim kecantikan mereka. Pelbagai jenis jenama ‘toner’ dijadikan pilihan untuk menjadikan kulit wajah menjadi lebih berseri dan sihat. 5 teknik menggunakan ‘toner’ dengan betul, barulah wajah bersih dan berseri!

Namun, ramai juga sebenarnya yang teknik yang salah ketika menggunakan ‘toner’. Apabila menggunakan teknik yang salah, ia boleh menyebabkan keradangan pada kulit wajah dan menghilangkan fungsi ‘toner’ itu sendiri seperti menyuci kotoran di kulit wajah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehebatan Toner! Kalau ‘Skip’ Ini Yang Terjadi Pada Wajah, Terutama Anda Yang Berkulit Gelap

Kali ini, team Hijabista kongsikan kepada anda teknik menggunakan ‘toner’ yang betul untuk memberi kebaikan kepada kulit wajah anda!

Antara fungsi dan kebaikan utama toner :

  • Menyingkirkan lebihan kotoran yang tidak mampu dibersihkan oleh pencuci muka (daki,sel kulit mati & sebagainya)
  • Membersihkan sisa pencuci muka yang tidak dapat dibersihkan oleh air sepenuhnya
  • Menyeimbangkan pH kulit wajah
  • Menutup liang roma yang terbuka semasa proses mencuci muka
  • Menaikkan seri wajah
  • Melembutkan dan melembapkan kulit
  • Mengecutkan jerawat

Teknik yang betul menggunakan produk ‘toner’:

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Jenis Kulit Anda Sebelum Memilih Toner Yang Sesuai. Jangan Sampai Tersalah Pilih!

1. KULIT BERMINYAK DAN KOMBINASI: GUNAKAN KAPAS

IKLAN

Selalunya kita akan pakai kapas untuk menggunakan toner, dan cara ini sebenarnya sesuai untuk semua jenis kulit, tetapi akan memberi kebaikan untuk anda yang ada masalah kulit berminyak dan kombinasi kerana pemakaian ‘toner’ dengan kapas ini akan membersihkan kulit dengan lebih mendalam, dan membuang minyak yang berlebihan serta berfungsi untuk “exfoliate” kan sel mati.

2. KULIT NORMAL, KERING & SENSITIF: GUNAKAN TANGAN

Perasan atau tidak apabila anda ‘dap dap’ muka dengan tangan, anda dapat rasakan yang kulit muka anda menyerap tekstur ‘toner’ itu. Ini disebabkan pergerakan tangan yang lembut pada kulit muka, dan haba pada tangan akan menyebabkan ‘toner’ diserap lebih baik oleh kulit. Sebab itu lah ia sesuai untuk orang yang kulit kering

Kalau anda risau membazir pakai ‘toner’ dengan kapas, ada trik nya. Basahkan dulu kapas anda dengan air bersih dan perah sampai kering. Kemudian baru lah anda letak toner, supaya kapas anda akan menyerap semua toner tu dan membazir.

3. GERAKAN ‘TAP”  IAITU TEPUK BUKANNYA ‘RUB’ IAITU GOSOK

IKLAN

Ada yang percaya bahawa apabila kita menyapu ‘toner’ dengan gerakan ‘menggosok’ ia akan membuat pori semakin terbuka. Hal ini adalah benar, tapi perlu diingat juga bahawa fungsi utama ‘toner’ ialah untuk menutup liang pori dan menyingkirkan sisa kotoran.

Jadi, pemakaian secara ‘rub’ sebenarnya masih relevan. Jika kita tidak gosok, tidak akan ada atau kurang dari 30% kotoran yang mampu ditarik keluar. Toner juga umumnya dicipta untuk menutup pori terbuka,jadi tidak usah risau jika cara ‘menggosok’ boleh menyebabkan pori semakin terbuka. Cuma perlu berhati-hati, jangan gosok terlalu kuat kerana nanti akan merengsakan kulit.

Namun ia bergantung juga dengan jenama toner yang dipakai,mungkin ada sesetengah toner yang mengandungi bahan yang tidak mampu menutup pori jika disapu secara ‘rub’.

Sumber gambar: Cosmo

4. CAMPUR DENGAN PRODUK LAIN SEPERTI SERUM, KRIM PELEMBAP DAN ‘FOUNDATION’

IKLAN

Cara ini jarang dilakukan tapi sebenarnya sering diamalkan oleh orang Korea. Ini bertujuan untuk menjimatkan masa bagi mereka yang selalu sibuk dan perlu cepat bersiap. Juga memang bagus diamalkan untuk penjimatan masa tetapi kita akan ketinggalan bahagian membersih kotoran dengan ‘toner’.

Namun kuasa penyerapannya masih sangat tinggi seperti kita menyapu ‘toner’ dengan jari dan menggunakan teknik ‘tap’. Cara ni bolehlah diamalkan sekali sekala tetapi jangan ketinggalan bahagian menggosok ‘toner’ pada kulit menggunakan kapas untuk menyingkirkan lebihan kotoran tau!

5. CUKUP GUNAKAN DUA KALI SEHARI 

Memakai ‘toner’ secara berlebihan justeru dapat membuat wajah lebih berminyak dan berisiko timbul jerawat. ‘Toner’ cukup digunakan dua kali sehari, yakni pagi dan malam hari.

Bagi kamu yang memiliki kondisi kulit kering, gunakan ‘toner’ hanya pada malam hari saja untuk mengurangi pori-pori wajah tersumbat. ‘Toner’ digunakan setelah membersihkan wajah dan sebelum langkah ‘skincare’ selanjutnya, iaitu serum atau perawatan wajah lainnya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI