Ajal maut jodoh pertemuan semua telah ditentukan olehNya sama ada kita kahwin dengan orang muda atau pun lebih berusia mahupun ada yang bujang hingga hujung nyawa.
Persoalannya sekiranya kita tidak berjodoh di dunia adakah kita bertemu jodoh di syurga? Melalui satu entri di laman facebook Ustaz Azhar Idrus:
SOALAN :
Berkenaan kenyataan ustaz di dalam syurga tidak ada hidup membujang saya mohon ustaz sebutkan dalilnya untuk menambahkan pengetahuan saya.
JAWAPAN :
Didalam syurga disediakan segala perkara yang disuka oleh hati manusia dan dicita-citakan di dalam hidup dunia seperti tempat tinggal yang mewah dan kenderaan yang bagus dan makanan yang lazat dan termasuk juga pasangan untuk bergembira.
Maka dari kerana itulah setiap ahli syurga akan mempunyai pasangan iaitu bersuami isteri.
Ada pun di dunia tidak semua orang yang ingin mempunyai pasangan mendapat ia akan pasangannya bahkan mati ia dalam keadaan bujang.
Ertinya: “Dan di dalam syurga itu segala yang diinginkan oleh nafsu dan perkara yang cantik dipandang segala mata dan kamu sekelian di dalam syurga itu nanti berkekalan.”(Az-Zukhruf : 71)
Di antara perkara yang sangat diinginkan oleh nafsu itu ialah mempunyai pasangan maka siapa yang mati dalam keadaan bujang akan mempunyai suami atau isteri di dalam syurga.
Ulamak telah sepakat atas sungguhnya di dalam syurga nanti tidak akan ada orang yang bujang tidak mempunyai pasangan sekalipun mungkin di dalam dunia ada orang yang tidak mahu berkahwin namun di dalam syurga tidak akan ada lagi perasaan tidak ingin berkahwin tersebut.
Ads
Maka jika di dunia lelaki itu mati dalam keadaan bujang nanti dia akan beristeri di dalam syurga dan jika perempuan mati dalam keadaan bujang nanti dia akan bersuami di dalam syurga.
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
Ertinya : “Sungguhnya orang yang awal masuk ia ke dalam syurga ialah atas rupa bulan purnama dan yang mengiringinya pula atas rupa seperti bintang yang sangat terang sinarnya di langit. Bagi setiap ahli syurga dari mereka itu dua isteri yang mana dapat dilihat dari belakang daging akan sumsum dua betisnya dan tiadalah di dalam syurga itu orang yang bujang.”
Hadith di atas telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan ada juga dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad dan Ibnu Hibban di dalam Sahih Ibnu Hibban dan At-Tabarani di dalam Mu’jam Al-Awsath.
wallahua’lam
Semoga yang masih belum bertemu jodoh tidak bimbang dan gusar kerana segala perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Jangan pula kita menghina sekiranya jodoh seseorang jauh berbeza umur.
Terasa penat melihat lemak yang ada di mana-mana sudut badan? Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan. Termasuk, memakan makanan atau minuman tertentu. Contohnya, minum beberapa jenis minuman ini sebelum tidur.
Apa saja minuman yang disarankan untuk diminum sebelum tidur yang mampu turunkan berat badan? Dan benarkah minuman itu efektif untuk menurunkan berat badan? Jom semak jawapannya di bawah ini.
Kita mungkin merasa asing dengan jus anggur. Satu gelas jus anggur boleh membantu meningkatkan kualiti tidur dan membakar lemak, dipetik dari laman Men’s Health. Ini berdasarkan kajian pada tahun 2015 dari International Journal of Obesity.
Dalam penelitian tersebut, ditemukan bahawa resveratrol, antioksidan yang ada di dalam anggur akan mengubah lemak penyimpan kalori menjadi lemak yang membakar kalori. Selain itu, kandungan yang ada di dalam jus anggur akan membantu tubuh mengatur ritma circadian. Apabila ritma circadian teratur, maka jam biologi tubuh kita akan lebih teratur.
Protein shake adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan. Bukan hanya whey protein, tetapi juga soy protein shake yang boleh dicuba. Berdasarkan penelitian dari Birmingham University, soy protein shake boleh meningkatkan kualiti tidur dan membantu melawan lemak yang ada di perut, dipetik dari laman Men’s Health.
Disarankan untuk minum soy protein shake sebanyak sehari 1-2 kali. Dicadangkan agar diminum pada pagi hari agar kita merasa kenyang lebih cepat serta pada malam hari ketika hendak tidur. Orang dewasa memerlukan sekitar 46-56 gram protein sehari, terang laman Mayo Clinic.
Kita disarankan untuk meminum teh sebelum tidur. Teh memiliki sifat yang menenangkan, menjernihkan pikiran dan membuat perut jadi hangat. Menariknya lagi, teh chamomile tidak hanya merangsang penurunan berat badan, tetapi juga mengurangi rasa kembung dan tidak selesa pada perut.
Keistimewaan lainnya adalah teh chamomile kaya dengan kalsium, flavonoid dan potasium. Fungsinya adalah membantu menghilangkan racun di tubuh dan membuat tidur menjadi lebih nyenyak. Teh chamomile panas akan melemaskan saraf dan bertindak sebagai ubat penenang ringan. Boleh cuba ni?
Mahu tidur yang nyenyak? Cuba minum susu sebelum tidur! Kandungan zat tryptophan dan kalsium yang ada di dalamnya akan membuat tidur menjadi lebih nyenyak, merujuk laman Men’s Health. Bukan hanya itu, meminum segelas susu sebelum tidur juga akan menekan nafsu makan kita di tengah malam.
Susu kaya akan protein yang dikenal dengan nama kasein. Selain itu, susu juga kaya asid amino dan meningkatkan penurunan berat badan dengan cara yang sihat. Namun, jangan minum dalam jumlah yang banyak, sebab minum susu sebelum tidur boleh menyebabkan kembung, muncul gas di perut, cirit-birit dan kejang perut.
Umumnya, kita mengenal kefir sebagai bahan utama dalam masker kecantikan. Tetapi, kefir juga boleh diminum, Kefir dibuat dari susu fermentasi yang kaya akan probiotik. Cara kerjanya ialah membantu sistem pencernaan, meningkatkan kadar bakteri baik serta menyerap vitamin dan mineral secara efektif, jelas laman NDTV.
Memakan kefir sebelum tidur akan membuat kita merasa kenyang lebih lama. Ini karena kefir kaya akan protein sehingga kita tidak merasa cepat lapar. On the other side, minum terlalu banyak kefir akan menghambat penurunan berat badan serta menambah berat badan. Ingat, segala sesuatu ada bahagiannya, ya!
Apa bezanya casein protein shake dengan whey protein dan soy protein? Menurut laman Healthline, casein dan whey adalah protein utama yang ada di dalam susu lembu. Perbandingannya adalah 80 peratus casein dan 20 peratus whey. Dan keduanya adalah produk sampingan dari keju.
Casein protein shake umumnya diminum setelah bersenam untuk merangsang pembentukan otot. Para peneliti menyarankan agar kita meminum casein protein shake sebelum tidur. Jenis protein ini dianggap lebih menguntungkan sebab tubuh akan mencerna lebih lambat dan membuat kenyang lebih lama.
Kamu tak perlu keluar banyak waktu, tenaga dan wang. Sebab, meminum air sebelum tidur boleh menurunkan berat badan! Seperti yang kita ketahui, air tidak mengandung kalori sehingga tidak akan membuat kita gemuk. Di sisi lain, meminum air sebelum tidur akan membuat kita sedikit merasa kenyang dan menahan keinginan untuk makan.
Itulah 7 minuman yang perlu diminum sebelum tidur kerana boleh menurunkan berat badan. Cuba praktikkan, kira-kira mana yang lebih efektif?
SUMBER: IDN Times
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bersenam merupakan perkara yang bagus untuk badan manusia. Tetapi, adakah anda tahu bahawa terlampau bersenam juga akan memberi kesan pada diri anda. Seeloknya, dinasihatkan supaya anda tidak melampau dalam melakukan senaman. Takut risiko yang buruk akan terjadi!
Setiap manusia yang melakukan senaman mempunyai matlamat kehidupan mereka sendiri. Ada yang ingin menurunkan berat badan, ada yang ingin kekal bertenaga, ada juga yang ingin meningkatkan metabolisma diri dan lain-lain. Walaupun bersenam mempunyai banyak kebaikan, akan tetapi jika anda terlebih bersenam juga akan menyebabkan bahaya pada diri.
Jadi, bagaimana cara untuk mengetahui diri anda jika terlebih bersenam? Ini adalah 5 tanda anda melakukan senaman berlebihan:
Anda akan merasakan prestasi bersenam berkurang. Walaupun, ada peningkatan intensiti latihan atau kelantangan tetapi anda akan sedar akan daya tahan dan kekuatan semasa reaksi lebih perlahan. Ini juga akan menyebabkan kelajuan anda melakukan senaman juga menurun dan cepat terasa letih.
Anda akan mula merasakan keletihan melampau dan rasa malas pada masa-masa tertentu. Keletihan yang anda alami untuk senaman sebelum ini tiada peluang untuk pulih sepenuhnya kerana anda terlalu lebih bersenam. Jadi tenaga akan berkurang. Ini akan menyebabkan anda akan rasa sangat penat lalu membuatkan sedikit bahan bakar terjadi.
Latihan berlebihan akan mempengaruhi hormon tekanan anda, termasuklah kortisol dan epinefrin. Jadi, ketidakseimbagan hormon akan menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan mood, kerengsaan yang luar biasa dan suka untuk menumpukan perhatian sepenuhnya.
Hormon yang tidak seimbang akan menjejaskan mekanisme kelaparan dan ketenangan seseorang itu. Jadi, latihan yang banyak perlu merangsang lebih banyak selera makan. Tetapi, jika keletihan fisiologi OTS berlaku akan menyebabkan penindasan selera makan seseorang itu.
Apabila bersenam terlalu banyak akan menyebabkan sakit yang berterusan di bahagian otot dan sendi anda. Jadi, sakit yang tidak reda dalam masa dua minggu atau lebih akan menyebabkan kecederaan yang ketara. Apabila ia mengatasi semua sistem tubuh badan, ia akan lebih sukar untuk menangkis jangkitan. Jadi, sakit yang kerap dan jangkitan saluran pernafasan merupakan tanda-tandanya juga.
Akhir kata, jika anda ingin bersenam pastikan untuk tidak melampaui batas. Pantau dan hadkan limit bersenam anda agar anda tidak jatuh sakit disebabkan bersenam sahaja. Sekiranya anda mempunyai kecederaan atau keadaan diri anda menjadi semakin serius, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nur Amiraa Ann Lee Abdullah sangat bersyukur dipilih Allah untuk mengenali Islam walaupun diduga apabila kehilangan insan tercinta iaitu suaminya di awal penghijrahan.
Perkongsiannya bergelar mualaf dalam laman sosial youtube begitu menyentuh hati. Menurut Amira, dia mengenali arwah suaminya pada tahun 2009 dan hubungan mereka jadi rapat hinggalah beberapa bulan menyuarakan hasrat untuk berkahwin.
Tak Boleh Tidur Malam
“Ketika itu saya bagi tahu dia, kalau U bukan Islam, memang saya akan terus kata yesss. Namun saya beritahu perlukan masa dan belajar untuk mendalami Islam supaya boleh ikut untuk jadi seorang Muslim yang bagus atau tidak.
“Jadi kemudian saya mula belajar kursus untuk mualaf. Setelah lima hari hati saya benar-benar terbuka setelah mendengar ceramah yang disampai oleh seorang ustazah. Malam itu saya tak boleh tidur sebab takut bila saya tertidur tadi tak bangun dan tidak sempat ucap syahadah.
“Saya memang sangat takut ketika itu walaupun tak pasti ketika itu arwah suami betul-betul ajak kahwin atau tidak,” ungkap Amira yang kemudiannya selepas tiga hari terus mengambil keputusan mengucap khalimah syahadah.
Keluarga Ambil Masa Untuk Terima
“Pada tahun 2009 jugalah saya bergelar seorang mualaf. Dan sejak dari itu saya terus belajar dan pergi kursus untuk mendalami agama Islam. Namun tidak dinafikan saya juga turut berdepan dengan cabaran dan dugaan ketika awal-awal bergelar mualaf.
“Ketika itu saya masih tinggal dengan keluarga dan kita lihat penerimaan keluarga jadi lain sedikit. Maklumlah ketika itu kita tidak boleh makan sama dengan mereka. Malah kakak saya juga rasa sedih bila lihat perubahan diri saya.
“Katanya kenapa kena pakai hijab sedangkan orang lain tak pakai pun hijab. Namun saya terangkan padanya walaupun saya berhijab, hubungan kita sekeluarga tetap tidak akan berubah,” ceritanya lagi yang turut melihat ibunya juga seperti tidak gembira dengan penghijrahannya itu.
“Mak memang nampak tak happy pada mulanya. Setiap kali dia masak dan ajak makan saya akan cakap kenyang. Tetapi sebenarnya kerana saya memang tak boleh makan menggunakan kuali yang keluarga saya gunakan.
“Tapi saya tidak sampai hati nak beritahu pada mak. Emak cakap kenapa tak makan sebab ayam bukan haram. Lepas tiga bulan barulah saya beritahu emak sebab kenapa sering elak makan bersama.
“Saya bagi tahu saya tidak boleh makan menggunakan kuali yang sama dan ayam perlu dibeli yang disembelih terlebih dahulu. Emak kemudiannya membeli kuali baru untuk saya dan keadaan ini membuatkan saya terharu,” tambah Amira yang berkata keluarganya mengambil masa untuk menerima penghijrahan yang dilakukan.
Kumpulkan Solat
Menurutnya dia juga turut berdepan pengalaman dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan juga pekerja ketika bekerja dengan MAS.
“Saya akui pada mulanya memang tak pandai nak jaga solat. Saya tahu solat lima waktu dan saya kumpulkan semua solat itu dan melakukannya apabila balik rumah. Bayangkan saya solat sampai tertidur dalam rakaat. Masa itu saya masih lagi dalam proses belajar mengenal Islam.
“Kemudian baru saya sedar cara itu adalah salah dan kita perlu solat ketika masuk waktunya. Tahun kedua masuk Islam barulah saya tahu kita boleh solat jamak. Saya masih ingat lagi satu peristiwa di mana ketika itu flight delay dan saya nak solat jamak untuk Zuhur dan Asar.
“Saya pergi ke tandas untuk buang mekap dan segera ambil wuduk untuk sempurnakannya. Tetapi bila saya nak angkat takbir dengar suara azan Maghrib. Waktu itu saya rasa cukup bersalah pada Tuhan. Saya menangis tersedu-sedan.
“Saya fikir Allah beri saya segalanya tapi kenapa saya tak boleh nak sempurnakan arahannya yang satu itu, iaitu solat. Memang saya tak boleh tahan diri untuk menangis hinggakan orang dalam surau pun berpandangan melihat kelakuan saya itu. Waktu itu saya berdoa agar Allah bukakan jalan untuk saya,” ceritanya yang kemudian bertemu jodoh dengan arwah suaminya.
Setahun Kahwin Suami Disahkan Leukimia
“Sebelum itu saya asyik bertanya pada diri saya. Kalau tak jadi kahwin pun saya still lagi jadi Muslim. Saya tanya diri masuk Islam sebab nak kahwin tapi tahu ke nanti berapa panjang jodoh kita.
“Saya tanya banyak kali persoalan itu kalau jodoh tak panjang, betul ke saya masih Islam, masih lagi berpegang pada Islam, betul ke tetap nak jadi Islam dan jawapannya memang Ya. Walaupun pelbagai cabaran saya tetap mahu jadi seorang Islam.
“Saya masih lagi bekerja walaupun ketika itu sudah berkahwin. Dan ditakdirkan pula mengandung dan saya melahirkan anak pertama kami pada hujung Disember 2012. Tapi siapa sangka tahun depannya itu arwah suami saya, Mohamad Norasyrul Nordin telah disahkan menghidap leukimia pada hari jadi saya.
“Setelah tahu dia sakit dan perlu jalani rawatan, saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai pramugari. Saya jaga dia di hospital dan kami sama-sama melawan penyakit yang dideritainya. Saya sentiasa yakin Allah berikan seseorang itu penyakit kerana Allah sayang padanya.
“Walaupun saya sedih tetapi ada kalanya turut rasa down. Bukan senang untuk berhadapan dengan ujian maha hebat ini. Malah kalau diberi peluang biarlah saya yang tanggung segala kesakitannya tapi ia mustahil.
“Dan akhirnya memangf Allah lebih menyayanginya. Suami saya meninggal dua minggu sebelum ulang tahun kelahiran pertama anak perempuan kami,” ujarnya yang mengakui tidak mudah berhadapan dengan situasi berkenaan.
“Bagi saya itulah cabaran paling besar sepanjang bergelar mualaf. Saya tahu Allah tak akan uji jika kita tak mampu. Memang saya sangat down ketika itu. Malah hubungan dengan anak juga tidak begitu rapat kerana saya terpaksa meletakkan dia dalam jagaan keluarga mentua sepanjang saya menjaga suami yang sakit di hospital.
Tetapi kemudianya saya tahu saya perlu bangkit dari kesedihan ini. Saya bertemu saudara baru yang lain dan ketika itu barulah saya tahu ada lagi mualaf lain yang lagi susah situasinya berbanding saya. Misalnya tidak diterima keluarga atau perkara lain.
“Saya reda setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya tahu Allah bukakan pintu hati saya untuk memeluk agamanya yan suci. Saya sedar Allah telah pilih saya dan saya juga memilih Islam sebagai pegangan hidup. Inilah yang memberikan saya semangat,” tambah Amira yang turut dipuji ibunya kerana telah menjadi insan lebih baik dari sebelumnya.
Akan Berhijab Sampai Bila-Bila
“Hubungan saya dengan keluarga cukup baik. Saya akan bersama-sama mereka meraikan semua perayaan ataupun jika ada majlis babitkan sanak saudara lain. Saya tiada masalah ke arah itu dan mereka juga faham situasi saya sebagai seorang Muslim.
“”Saya tidak boleh pilih untuk dilahirkan sebagai bukan Islam tapi saya memilih untuk mati dalam Islam. Bila ada orang tanya kenapa kena pakai tudung panjang-panjang (labuh)? Saya akan jawab, kalau saya mau pakai tudung saya akan pakai tudung betul-betul.
“Arwah suami pesan, kalau awak nak pakai tudung kerana saya, bila saya sudah tiada awak akan pakai tudung, buka tudung..pakai tudung buka tudung! Tapi kalau awak pakai tudung kerana Allah SWT, awak akan pakai tudung sampai bila-bila,” tambahnya yang tidak pernah lupa akan pesanan arwah suaminya itu sampai bila-bila.
Menurut Amira juga salah satu anugerah terbesar dalam hidunya adalah menjadi seorang Muslim dan dapat merasai kemanian iman itu. Justeru dia berharap sekiranya dia meninggal nanti berharap agar ada orang yang akan uruskan jenazahnya kerana seluruh ahli keluarganya bukanlah beragama Islam.
Oil gritting viral dikatakan mampu menghilangkan blackhead dengan mudah. Namun, pakar dermatologi menjelaskan risiko dan alternatif yang lebih selamat.