Penyanyi Datin Alyah yang kini tampil dengan figura ideal dan lebih segar tidak menafikan sebelum ini dia mengalami masalah gastrik sehingga ada ketika menjadi kekangan buatnya untuk membuat persembahan.
Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini menambah, berat badannya juga pernah mencecah hingga 68 kilogram.
Berat Alyah Pernah Cecah 68 Kilogram Hingga Hadapi Masalah Kesihatan!
“Saya tak nafikan ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kurus. Sebenarnya siapa yang mengikuti perkembangan saya pasti ada yang tahu berat badan saya pernah cecah hampir 70 kilogram.
“Ditambah pula saya ada alami masalah gastrik yang teruk hingga muntah-muntah. Malah pernah juga masuk hospital kerana masalah tersebut,” katanya.
“Jadi saya ambil keputusan untuk berjumpa pakar bedah gasteroenterologist Dr Mustafa Mohammed Taher. Saya terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan cadangan apa yang terbaik untuk kesihatan.
Ads
“Lalu saya jalani bariatric operation tahun lalu dan tiada rahsia untuk disembunyikan. Perkara itu saya ada kongsi di media sosial juga,” ujarnya.
Datin Alyah mengakui dirinya berasa bahagia dengan keputusan melakukan pembedahan bariatrik atas faktor kesihatan meskipun ada suara-suara sumbang mengecam dirinya sekarang kelihatan sangat kurus.
Malah, tegasnya tiada apa yang perlu dimalukan jika seseorang mengambil keputusan melakukan prosedur tersebut kerana hanya diri sendiri yang tahu betapa seksanya menanggung kesakitan.
Ads
“Bila orang nampak kita dah kurus, mereka hanya fikir, yelah nak menunjuk-nunjuk. Siapa yang nak fikir, kita pernah sakit sebelum ini? Tiada siapa peduli ya.
“Bila dah kurus pula, ada pula suara-suara berbunyi, kenapa kurus sangat, cengkung muka tu, saya nak awak yang dulu, sekarang kurus sangat,” tulis Alyah dalam sebuah perkongsian video menerusi Instagram.
Syukur Allah Kembalikan Semula Nikmat Kesihatan & Mudah Beribadah
“Mengenang kembali macam mana saya pernah ulang alik pergi klinik dan hospital, Allah SWT bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja dan beriadah.
Ads
“Sebesar-besar syukur saya panjatkan pada ilahi. Alhamdulillah dan sampai sekarang saya usaha untuk jalani gaya hidup sihat. Kawal pemakanan, bersenam dan sebagainya,” katanya lagi.
Sebagai seorang Muslim, tahukah kita kenapa berselawat itu amat ditekankan dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang tak perasan, kita sebenarnya berselawat dalam setiap kali solat (ketika bacaan tahiyat) serta setiap kali memulakan dan mengakhiri doa. Selain itu, kita digalakkan untuk berselawat pada bila-bila waktu di luar solat dan apabila nama Baginda disebutkan.
Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”
Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa hormat dan kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai hamba yang serba kekurangan ini.
Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara kita menurut perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan Islam serta peribadinya yang unggul.
Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali bagi mukmin yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan Rasulullah di dalam hati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]
Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, Allah pula membalas selawat kita dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.
Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:
Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:
“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;
Aku berkata:
“(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”
Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]
Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oleh itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan dosa-dosa.
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang mukmin sejati perlu menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama seperti Nabi yang sentiasa kasih akan kita iaitu umat selepas zamannya.
Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad menyampaikan kata salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat yang dialunkan akan dikirimkan ke Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]
Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani pekertinya yang mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut terutamanya pada hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]
Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima, dan salah satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
“Sekiranya mana-mana wanita minta ditalakkan (cerai) daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Ustaz Emran turut berkongsi beberapa hadis lagi yang menyebut: “Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa mempunyai sebab yang diterima Islam, maka diharamkan baginya untuk mencium bau syurga.” (Riwayat al-Hakim, 2/200, hadis sahih).
Justeru, katanya, para wanita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dengan menjadikan Al-quran dan As-sunnah sebagai panduan hidup mereka, dan tidak membuat keputusan mengikut hawa nafsu dan perasaan semata-mata, kerana hawa nafsu inilah yang akan menjerumuskan manusia kelembah paling hina.
Mengulas isu sama, dalam perkongsian ceramah dilaman Youtube miliknya. Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus mendedahkan beberapa sebab yang memboleh wanita meminta cerai atau memfailkan fasakh kepada suami dan diterimapakai dalam Kanun-Kanun Syariah di Malaysia.
Baru-baru ramai yang mengkagumi kelunakkan suara Zizi Kirana apabila mengaji di satu rakaman program TV yang tersebar luas di media sosial. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa ramai selebriti Malaysia yang mempunyai bakat seperti Zizi.
Kemerduan suara mereka apabila menyanyi pasti kelunakkan terbawa apabila mengaji. Ameng Spring semasa mengaji dalam satu program yang tidak asing lagi Quran Hour, cukup perisa tajwid dan alunannya.
Penglaman yang dilalui oleh Ameng boleh diambil iktibar Dan kita boleh belajar benda besar dari beliau ini. Sebab kalau kita tak belajar poin-poin ini, kita terlepas satu benda yang mungkin kita anggap kecil Tapi sebenarnya sangat besar yang boleh beri impak pada kita dan keluarga kita serta orang sekelilling kita.
Dalam penjara bukan sahaja ada orang yang bersalah. Ada juga orang yang alim yang masuk penjara. Pelbagai golongan, kebetulan imam masjid ada juga masuk. Ustaz Qori pun ada juga masuk. Dan setiap kali ada banduan masuk, saya akan perhati ada tak yang boleh baca Al-Quran.
Dan mungkin masa itu saya ditakdirkan Allah lah, ini mungkin kerana saya selalu berdoa dengan Allah.
“Ya Allah, aku ni tak pandai baca al-Quran. Kebetulan aku ada di sini, berilah peluang sebelum aku keluar bagi aku pandai betul-betul belajar Al-Quran. Aku nak pandai tajwid, aku nak pandai baca, aku nak sedap baca. Aku takut besok Engkau Tanya…
“Ameng engkau pandai nyanyi, kau pandai tak baca Al-Quran? Saya takut itu. Jadi berilah kepandaian saya baca Al-Quran.”
“Mungkin sebab doa saya, banyak orang-orang yang mahir Al-Quran masuk penjara dengan saya masa tu. Sehingga sampai satu tahap seorang imam masjid ni, hafaz 30 juzuk, masuk penjara.”
“Imam, maafkanlah saya kalau, saya rasa awak masuk penjara ni sebab saya.”
“Kenapa cakap macam tu.”
“Kerana hari-hari saya doa pada Allah. Ya Allah berilah aku pandai baca Al-Quran. Ya Allah berilah aku pandai baca Al-Quran. DIA masukkannya Imam ke dalam penjara.”
Dia kata imam itu memang ada buat kesalahan lalu dimasukkan penjara duduk sebilik dengan dia. Dalam banyak-banyak bilik, dia duduk sebilik dengan Ameng.
“Kemudian bila dah habis saya belajar dengan Imam itu, dia dikeluarkan dari penjara. Macam datang selesaikan tugas sahaja. Sehingga sekarang kalau whatapss dia saya akan mintak maaf. Kalau-kalau doa saya sebabkan dia masuk penjara.”
Kemudian bila saya doa, YA Allah ajarkan aku TARANNUM, masuk qori pulak ustaz.
Pun sama juga perjalanannya, masuk dalam bilik saya. Boleh ajar saya pagi-pagi. Sehingga saya dapat tarannum. Dari bayyati, soba, hijaz nahawand, siqah, jiharkah.
Pelajaran penting yang kita boleh ambi iktibar dari kisah Ameng Spring.
Sumber: Firdaus Rawi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fazura kongsi quote wanita solo bertulis “Bujang itu bukan sumpahan, sebenarnya itulah pakej mewah” yang membawa mesej mendalam tentang self-worth, kematangan dan kebahagiaan tanpa tekanan status.