Warga TikTok pasti sudah familiar dengan trend solekan yang semakin menjadi fenomena dan kegilaan di kalangan wanita Asia khususnya wanita jepun dan juga K-Poppers.
Trend solekan ini menjadi tular di laman TikTok dan dikenali sebagai solekan Igari atau solekan ‘ala Mabuk’. Namun, ada juga yang memanggil solekan jenis ini sebagai
‘Drunk Blush Makeup’ atau ‘Hangover Makeup’, ini kerana solekan ini menfokuskan agar wajah tampak sedikit kemerah-merahan seseolah seseorang itu sedang mabuk.
Terdahulu, pada awalnya trend solekan ini menjadi kegilaan dan popular dikalangan wanita di Jepun, sebelumnya tular dan menjadi ikutan para pencinta kecantikan dari golongan K-Pop idol! Pasti hijabi tak sabar nak tahu, bagaimanakah caranya untuk mengaplikasikan solekan Igari ini kan? Di sini Hijabista kongsikan cara melalukanya!
Menariknya, solekan jenis Igari ini adalah solekan yang universal dan amat sesuai dengan semua jenis kukit dan bentuk muka.
Malah, efek ‘ala mabuk’ yang dipaparkan sebenarnya memberi kesan penampilan yang lebih comel, seksi sekaligus membuatkan usia pemakai solekan Igari tampak lebih muda.
Ads
Cara-caranya:
• Pertama sekali, anda boleh memulakan rutin penjagaan kulit yang sering dilakukan sebelum memulakan solekan seperti biasa. Sebaiknya anda mengenakan foundation yang tipis dan ringan atau mempunyai minimal coverage.
• Kemudian, lukiskan bahagian alis kening dan oleskan mascara dalam kuantiti yang paling minima agar kesan solekan tampak natural dan menghasilaka make-up look semula jadi.
• Kontur? Tidak diperlukan ya bagi solekan Igari
Ads
Artikel berkaitan:
• Untuk pemerah pipi atau blusher, terpulang pada anda untuk blusher jenis powder ataupun krim. Tapi menurut Hijabista, kami mencadangkan agar hijabi menggunakan pemerah jenis krim kerana ianya lebih tahan lama dan kelihatan lebih natural.
• Kemudian tarik cream blush berkenaan perlahan-lahan turun mengikut alur batang hidung dan bergerak ke bahagian bawah mata secara memanjang hingga ke hujung mata.
• Bagi bahagian bibir pula, digalakkan agar hijabi mengenakan warna lipstik yang seakan-akan atau sama dengan warna asal bibir kerana solekan igari ini seolah-olah menampilkan kesan cantik secara semulajadi. Siap, selamat mencuba!
Artikel berkaitan:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Wahai Nabi, Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah al-Ahzab: Ayat 59)
Berikut perkongsian Yatt Hamzah di laman Instagramnya.
Dua golongan yang menjadi ahli neraka:
Sabda Nabi SAW, “Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang mana aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka ini akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama kata Nabi ialah golongan yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (melakukan kezaliman).”
“Dan golongan kedua kata Nabi SAW adalah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga, bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu dari jauh.” – [HR Muslim 5098].
Mutakhir ini, pegangan sebahagian umat Islam dilihat semakin longgar apabila terdapat dalam kalangan suami dan ibu bapa sengaja membiarkan isteri dan anak-anak mereka mendedahkan aurat.
Memakai tudung namun masih menampakkan telinga kerana hiasan anting-anting adalah cara pemakaian yang salah sebaliknya seseorang wanita itu perlu menutup penuh bahagian kepala sehingga menampakkan wajah sahaja.
Perkara ini amat dikhuatiri dan menakutkan kita. Ada dalam kalangan mereka terlalu obses mengikuti trend pakaian semasa sehingga melanggar syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Mereka tanpa segan silu memakai seluar senteng dan sengaja mengeluarkan cuping telinga yang jelas-jelas sebahagian daripada aurat untuk memakai anting-anting.
Terdapat juga wanita Islam yang mendakwa mereka menutup aurat namun mereka sebenarnya menipu diri sendiri. Ini boleh dilihat apabila ramai wanita memakai pakaian yang menutup aurat tetapi dlm masa yang sama pakaian berkenaan terlalu ketat hingga menampakkan bentuk dan susuk tubuh.
Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu-waktu dan tempat-tempat tertentu sahaja sebagai tanda penghormatan dan memenuhi keperluan adat. Misalnya pada hari Jumaat, ketika berada di tanah suci, ketika menghadiri majlis keagamaan dan menziarahi jenazah.
Namun, pada waktu lain mereka kembali memakai pakaian yang mendedahkan aurat tanpa segan silu seolah-olah kewajipan menutup aurat ada tempoh masa, tempat tertentu sahaja.
Pertama: menutup aurat dengan sempurna.
Kedua: menutup aurat tetapi tidak sempurna
Ketiga: langsung tidak menutup aurat
Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat. Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Zaman sekarang, ramai wanita yang terjebak dalam kategori ini. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertontonkan kepada orang.
Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung, lebih baik tutup…” Kata-kata ini tampak baik, semacam positif, tetapi pada hakikatnya ia adalah suatu yang dangkal! Kenapa perlu dibandingkan dengan wanita yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah dianggap baik. Kenapa tidak mencontohi muslimah yang lebih sempurna dalam menutup aurat? Itulah golongan manusia yang hidupnya dihiasi dengan ribuan alasan. Dalam urusan dunia, dibandingkan dirinya dengan yang lebih baik, manakala dalam urusan agama, mereka cuma membandingkan dirinya dengan yang paling teruk. Hasilnya tiadalah istilah penambahbaikan dalam diri mereka.
Allah S.W.T yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita supaya menutup aurat. Suruhan ini bukanlah daripada ustaz, ustazah atau mana-mana ulama’, tetapi arahan ini datangnya dari Allah S.W.T yang menjadikan makhluk-Nya. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Maha Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitung nikmat dari-Nya, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia. Ditekankan lagi ayat-ayat mengenai suruhan menutup aurat :
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)”. (Surah al-Ahzab : Ayat 33)
Di akhir zaman ini, orang pakai tudung sempurna pun belum tentu selamat dari ancaman nafsu serakah manusia, inikan pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham. Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Silap jika golongan hawa ini merasakan kaum adam hanya tertawan dan tergoda dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.
Kecantikan dalaman itu adalah kualiti sebenar yang diidamkan oleh muslim yang soleh. Sangat jarang si pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Pastinya dia akan memilih kuih atau makanan yang tertutup dan dibungkus dengan sempurna. Kecantikan dan rupa paras yang Allah S.W.T kurniakan adalah untuk dipelihara dan tontonan suami sahaja bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.
Berikut adalah kesilapan dan salah faham segelintir wanita zaman sekarang mengenai arahan Allah S.W.T supaya menutup aurat. Moga ia menjadi renungan dan iktibar buat kita semua.
*Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
*Bertudung tetapi mengenakan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
*Bertudung tetapi baju kebarung/kebayanya terbelah di bahagian tengah.
*Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk tubuh.
*Bertudung tetapi amat longgar tudungnya sehingga sengaja menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
*Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tanggalkan tudung bila di pasar raya.
*Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah belahan dadanya dari ditutupi oleh kain tudung.
*Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
HIJABISTA: Semoga kita menutup aurat dengan sempurna.
Bukan mudah untuk kembali ke pejabat seperti sediakala, hidup dalam keadaan endemik masih rasa ketakutan untuk berjumpa dengan ramai orang. Menghabiskan banyak masa di dalam rumah pada tahun 2021, agak sukar untuk berasa terinspirasi atau produktif semasa perlu bergelut dengan senarai tugasan yang panjang.
Jika anda memerlukan udara segar, kopi yang enak dan perubahan persekitaran untuk menyelesaikan beberapa kerja, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian. Lihat senarai kafe mesra kerja di sekitar KL yang boleh anda kunjungi apabila anda berasa ‘huh’ di rumah!
Kopenhagen Coffee adalah sekeping impian Copenhagen di tengah-tengah bandaraya KL yang sibuk. Dengan suasana minimalis, Scandanavia dan suasana yang menenangkan, anda akan lebih mudah untuk menumpukan perhatian pada perkara penting yang sedang anda berkerja di ruang yang cerah dan ceria ini. Pemilik Kopenhagen Coffee ialah warga Denmark sendiri dan dia mereka bentuk ruang itu dengan inspirasi daripada kafe di Denmark.
Jika anda gemar bekerja dengan bunyi mesin espreso yang rendah dan bau biji kopi, pertimbangkan untuk pergi ke Bean Brothers. Kafe yang selesa ini menyerupai gudang dengan reka bentuk gaya industrinya, menampilkan siling tinggi, lampu loket yang cantik, meja kayu panjang dan banyak pencahayaan semula jadi.
Ruang yang sangat luas, dengan banyak sudut untuk anda bekerja tanpa perlu risau tentang bergesel bahu dengan pelanggan lain. Kedua-dua cawangan di PJ (Sunway Damansara) dan KL (The LINC KL) adalah ruang yang mesra kerja dengan suasana yang hebat, wifi yang baik dan kopi yang menakjubkan. Jika anda gemar suasana desa, cawangan PJ adalah adalah pilihan tepat, manakala cawangan KL cerah dan lapang . Kedua-dua suasana yang berbeza sukar untuk memilih kegemaran anda, jadi boleh bergilir-gilir suasana!
ALAMAT:
VCR sentiasa berada di bahagian atas senarai untuk nomad digital dalam mencari tempat yang kondusif untuk menyelesaikan sesuatu. Terletak di lot kedai lama yang telah dipulihkan, kafe ini mungkin mempunyai bahagian luar yang sederhana tetapi selesa dan penuh dengan tempat yang bagus untuk bekerja dari dalam.
Pasti menjadi tempat kegemaran anda berkhemah dengan komputer riba dan fon telinga ialah meja di tepi tingkap kaca besar di tingkat satu kafe! Tempat duduk ini dibasahi cahaya matahari yang cukup dan menawarkan pemandangan kejiranan yang bagus sekiranya mata anda berasa agak letih kerana merenung skrin.
Selain kopi dan makanan yang lazat, kafe ini juga mempunyai wifi yang menakjubkan dan stabil dan banyak mata kuasa untuk anda mengecas peranti anda. Jika anda mahukan meja yang lebih besar, anda boleh mencari tempat di ruang tempat duduk utama di tingkat satu. Pergi lebih awal untuk mendapatkan tempat duduk dan tempat letak kenderaan pilihan anda jika anda merancang untuk memandu!
Kemas dan luas pasti menjadi cinta pandang pertama kafe kegemaran untuk bekerja di Mont Kiara. Anda boleh memilih sudut untuk berkhemah di tempat duduk bar menghadap tingkap, sofa dipasangkan dengan meja kayu yang besar, atau bilik peribadi yang tersedia untuk perhimpunan kecil.
Kunjungi awal untuk sarapan pagi yang lazat atau makan tengah hari, pastikan anda mencuba sandwic mereka. Sedap sangat! sebelum memulakan hari anda. Seperti biasa, tempat duduk di tepi tingkap kerana pencahayaan semula jadi dan privasi yang hebat menjadi kegemaran ramai. Jika anda mudah terganggu dengan perkara yang mungkin berlaku di luar, pilihlah meja lain yang lebih besar di dalam.
Feeka ialah OG di senario kafe KL dan satu lagi kegemaran ramai ketika bekerja di kafe. Terletak di tengah-tengah Bukit Bintang, ia mempunyai teres yang unik yang diapit dengan kehijauan dan meja yang lebih besar di dalamnya.
Jika anda tidak suka cahaya di bawah sinar matahari, kami mengesyorkan agar anda meletakkan salah satu tempat duduk di dinding dengan bangku panjang empuk yang lebih selesa untuk diduduki jika anda merancang untuk menghabiskan beberapa jam di sini. Tempat duduk berdekatan dengan dinding juga mempunyai mata kuasa untuk mengecas peranti anda dan meja berada dalam jarak sosial yang betul untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua pelanggan.
Terletak di APW Bangsar, Pulp ialah ruang minimalis yang memakai siling tinggi, panel kayu gelap, tingkap kaca besar dan perabot yang memberikannya daya tarikan desa. Kafe ini telah mengumpulkan pangkalan pelanggan setia sama ada untuk secawan kopi santai atau untuk menyelesaikan sesuatu. Ia bersih, bergaya dan menarik.
Pesan minuman sejuk yang lazat dan salah satu kek atau pastri mereka dan anda akan bersedia untuk memulakan kerja. Anda akan sering melihat kumpulan kecil orang di sini untuk mesyuarat kasual sambil menikmati secawan kopi. Sila ambil perhatian bahawa ruang di Pulp adalah lebih kecil daripada kebanyakan kafe dalam senarai ini dan mungkin sesak semasa waktu makan tengah hari.
Sebuah kafe penuh dengan watak dan daya tarikan. Terletak di tingkat satu lot kedai, anda perlu menaiki tangga untuk sampai ke sini, malah tiada papan tanda yang sesuai di hadapan, jadi anda mungkin terlepas pandang jika kali pertama anda berada di kawasan ini. Kafe ini memancarkan suasana nostalgia dan santai terutamanya pada waktu pagi dan petang (elakkan melawat pada hujung minggu atau semasa waktu makan sibuk jika anda menjangkakan untuk menyelesaikan kerja).
Berbeza daripada hiasan minimalis yang cuba dilawati oleh kebanyakan kafe hari ini, Merchant’s Lane ialah ruang yang unik dengan tanaman pasu, pernik-pernik vintaj, perabot rotan dan siling terdedah. Walaupun terdapat beberapa ruang tempat duduk di kafe (termasuk teres luaran), tempat yang paling selesa untuk bekerja ialah ruang tempat duduk utama berhampiran dengan kaunter. Mejanya cukup besar untuk memuatkan komputer riba anda dan keperluan kerja lain dengan selesa.
Terletak berhampiran dengan Chinatown, ialah tempat yang bagus untuk menyelesaikan kerja jika anda mencari tempat yang selesa dan santai untuk berkhemah. Ia biasanya tidak terlalu sesak pada hari bekerja (kecuali semasa waktu makan tengah hari sebelum PKPB), jadi anda mungkin akan mendapat tempat duduk yang selesa di salah satu meja mereka yang selesa.
Sila ambil perhatian bahawa suasana dan pencahayaan mungkin agak suram mengikut kesukaan anda jika anda bekerja lebih baik di ruang yang terang dan ceria. Jika tidak, estetika dan suasana kafe sesuai dengan pernak-pernik antik, perabot hangat, lampu neon dan sayur-sayuran pasu. Selamat bekerja dengan produktif sambil menikmati suasana satai!
Alamat: 34, Jalan Sultan, Pusat Bandar, 50000 Kuala Lumpur
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum bahawa pelakon jelita Nora Danish yang namanya melonjak naik menerusi sitcom berjudul ‘Puteri’ sekitar tahun 2005 kini memutuskan untuk memperbaiki diri dengan lebih mendekati dan mendalami agami Islam.
Malah, pemilik nama penuh Nora Mohd Danish Hanif itu menjelaskan bahawa hatinya amat tenang dan tidak pernah sekalipun gusar mahupun risau berhubung soal rezekinya sebagai pelakon di dalam industri seni tanah air meskipun kini sudah kembbali bergelar ibu tunggal.
Menurut Nora, industri seni ketika ini sudah semakin terbuka dan dia amat percaya dengan rezeki yang diaturkan Allah SWT untuk dia dan anak-anak.
“Saya tak pernah terfikir pun soal itu. Pada saya, industri kita ketika ini sangat terbuka dengan mereka yang berhijab. Peluang juga sudah semakin meluas.
“Ketika fasa-fasa terdetik nak berhijab, saya juga tidak lagi melakonkan adegan-adegan bersentuhan ketika penggambaran.
“Saya tak percaya bila ada yang kata peluang dan rezeki kita akan berkurang selepas berhijab. Rezeki ada di mana-mana,” katanya.
Pada masa sama, Nora turut memaklumkan dirinya kini tidak lagi mengejar kemewahan dunia sebaliknya mahu mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT.
“Memang benar. Saya tidak lagi mengejar populariti. Pada usia sekarang, Allah sudah kurniakan rezeki yang tidak putus-putus buat saya.
“Apa yang saya nak, Allah sudah tunaikan. Walaupun saya bercerai, Allah buatkan saya mudah lupa pada kesedihan. Mungin itu kurniaan Allah buat saya. Saya jadi cepat move on.
“Apa sahaja dugaan menimpa, saya tetap boleh menempuhinya. Jadi, apa lagi yang saya nak? Allah sudah bagi macam-macam.
“Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi di dunia ini. Fokus saya kini hanya pada Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengakui cabaran untuk istiqomah iti bukan mudah namun dia berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa yang baik buat dirinya.
“Saya kini memang banyakkan berdoa. Itu sahaja yang penting ketika ini. Ramai juga rakan-rakan artis yang berkongsi doa untuk terus istiqomah.
“Sejak sebelum berhijab lagi, bila melihat rakan-rakan yang tewas (buka hijab), saya juga faham situasi mereka.
“Bila kita nak buat kebaikkan, memang banyak dugaan. Rakan-rakan saya juga kata begitu. Saya harap anda semua boleh mendoakan saya supaya terus beristiqomah,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.