Mogul fesyen, Neelofa menerima sentuhan emas daripada jurusolek terkemuka, Patrick Ta sempena acara fesyen Musim Luruh/Sejuk Louis Vuitton 2020 yang diadakan di Paris, Perancis baru-baru ini.
Pengusaha jenama Naelofar itu berkata, dia berasa sangat teruja disolek oleh Patrick sempena acara tersebut memandangkan individu itu merupakan jurusolek ternama yang menjadi kegilaan ramai selebriti dan model terkenal.
Ads
“Sebelum ini, saya kerap melihat ‘glamazon look’ hasil solekan Patrick pada model dan selebriti di media sosial. Kini saya pula berpeluang disolek oleh Patrick sempena acara fesyen Louis Vuitton kali ini.
Ads
“Gaya solekan Patrick sungguh glamor, tetapi masih ada elemen minimalis padanya. Saya rasa, ia sangat selari dengan trend mekap di pentas peragaan tahun 2020,” ujar Neelofa.
Mempunyai pengikut sebanyak 1.7 juta di Instagram, Patrick cukup dikenali dalam industri kecantikan. Antara model dan selebriti yang kerap menggunakan khidmat Patrick Ta termasuklah Gigi Hadid, Chrissy Teigen dan Camila Cabello.
Untungnya siapa yang mempunyai tubuh tinggi lampai dan langsing. Sarunglah apa sahaja baju, pasti akan membuatkan penampilan cukup menarik dan mampu mencuri tumpuan. Lebih-lebih lagi jika pakej begini dimiliki oleh selebriti yang memang perlu bergaya cantik jika menghadiri majlis rasmi atau karpet merah. Memang terserlah ketinggian mereka jika menyarung dress labuh ataupun jean yang dipadankan dengan blaus. Ada antara mereka ini sudah mempunyai anak, tetapi tetap mampu mengekalkan tubuh langsing ini sepadan dengan ketinggian mereka.
Jika kita intai gaya beberapa selebriti tinggi lampai di laman instagram, ternyata penampilan figura ini cukup menarik perhatian. Memang seronok sekali melihat aksi mereka sama ada ketika bercuti atau hadir ke majlis tertentu. Bukan itu sahaja, malah dengan foto yang awesome juga turut menyerlahkan personaliti mereka. Ada antaranya pernah bergelar Model, Ratu Cantik, Dewi Remaja dan juga Pramugari. Jadi tak hairanlah setiap kali posing mereka di laman sosial ibarat super model.
Admin turut kongsi bagi hijabi bertubuh rendah dan mahu kelihatan tinggi, boleh cuba beberapa tip ini:
2. Untuk bahagian atas, yang memiliki tubuh yang cenderung pendek, sangat tidak disarankan untuk memakai baju dancelana yang berukuran longgar. Jika menggayakan seluar atau baju besar hanya akan membuat kamu “tenggelam” dan terlihat semakin pendek.
3. Pelengkap gaya untuk tampil tinggi adalah dengan pemilihan aksesori bersesuaian. Jangan pilih beg tangan besar dan tali besar kerana anda akan kelihatan lebih pendek. Solusinya pilih beg tangan bertali panjang yang ukurannya tidak terlalu besar.
4. Pilih juga baju yang warnanya sama dengan seluar anda. Begitu juga dengan wanita yang berpostur mungil, sebaiknya Menggunakan baju dengan warna yang sama akan menciptakan garis solid yang membuat anda terlihat lebih tinggi.
5. Tip lain ialah menyarung pakaian dengan ukuran yang tepat. Jika anda ingin terlihat lebih tinggi, hindari untuk memakai baju yang besar kebesaran. Pakaian yang terlalu besar atau terlalu longgar akan membuat tubuh tenggelam, yakni semakin terlihat pendek dan lebar.
6. Tip berpakaian agar terlihat lebih ialah menggunakan kasut tinggi. Pemakaian heels ini akan memberi lebih keyakinan pada penampilan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Akhir-akhir ini ramai yang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Maka sudah masanya untuk kita mengubah cara hidup kita ke arah yang lebih sihat. Marilah kita mula bersenam. Salah satu bentuk senaman yang boleh kita lakukan ialah senaman brisk walking.
Jangan pandang ‘sebelah mata’ aktiviti senaman berjalan laju (brisk walking) kerana ia juga boleh memberikan manfaat kesihatan yang optimum kepada tubuh. Tidak seperti senaman lain, berjalan laju lebih selamat kerana risiko kecederaan rendah selain dianggap aktiviti berkos rendah.
Brisk walking atau berjalan laju adalah contoh aktiviti aerobik intensiti sederhana. Aktiviti berjalan laju ini ialah salah satu daripada senaman kardio yang paling mudah dan berkesan.
Berikut perkongsian Dr Zubaidi tentang faedah brisk walking. Jom kita amalkan demi untuk kesihatan yang lebih baik.
BRISK WALKING AMALAN TERBAIK INDIVIDU BERUSIA 50 TAHUN KE ATAS
Ramai yang beranggapan bahawa berjalan kaki adalah suatu aktiviti yang biasa, tidak boleh dikategorikan sebagai senaman.
Tetapi banyak kajian menunjukkan berjalan kaki dapat memberikan banyak manfaat jika dilakukan dengan betul.
Berjalan laju (brisk walking) 2.5 jam setiap minggu dapat merendahkan risiko untuk mati lebih awal akibat serangan sakit jantung dan stroke. Risiko mendapat kanser tertentu juga menjadi rendah.
Brisk walking membantu kesihatan otak dan minda. Pemeriksaan MRI selepas melakukan aktiviti anaerobic akan meningkatkan pengaliran darah ke otak dan mengembangkan saluran darah di leher.
Lakukan secara bersederhana dan jangan gopoh. Yang penting sabar dan istiqamah. Lakukan di awal pagi. Bagi yang ada penyakit kronik dapat pemeriksaan dari doktor sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal.
Semoga bermanfaat. Jom kita jadikan amalan ke arah kesihatan yang lebih baik.
Rujukan: Tully M.A.Cupples M.E.Chan W.S.Mcglade K. Young I.S. Brisk walking, fitness, and cardiovascular risk: A randomized controlled trial in primary care.Preventive Medicine. 2005; 41: 622-628
Boone-Heinonen J.Evenson K.R.Taber D.R. Gordon-Larsen P. Walking for prevention of cardiovascular disease in men and women: A systematic review of observational studies.
Obesity Reviews. 2009; 10: 204-217
Sumber kredit: Dr Zubaidi Top image: Photo by vicky-tran from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jerawat bukan sahaja tumbuh di wajah ada juga boleh menyebar hingga leher. Mungkin tak begitu terlihat jelas seperti yang ada di wajah. Akan tetapi, jerawat yang muncul di leher tentu sama mengganggunya. Meskipun leher ditutupi dengan tudung tetapi apabila tudung dibuka akan memburukkan padadangan mata.
Apalagi menyakitkan apabila jerawat di leher bergesel dengan tudung, lantas bagaimana cara mengubati dan mencegah jerawat di leher?
Jerawat terdedah boleh berkembang di area leher, terutama di sekitar tengkuk. Jerawat di leher muncul ketika pori-pori kulit tersumbat oleh sel kulit mati, sebum, dan kotoran yang akhirnya terinfeksi bakteria penyebab jerawat, P. acnes.
Faktor pori tersumbat pada leher di sebabkan faktor-faktor ini::
Pada dasarnya mengatasi jerawat di leher sama saja dengan jerawat di area lainnya, berikut cara-cara ini:
Jerawat ringan dan sedang boleh diubati dengan ubat bebas tanpa nasihat doktor. Ketika memilih ubat jerawat yang dijual bebas, pilihlah produk dengan bahan aktif seperti:
Bahan aktif ini membantu membunuh bakteria penyebab jerawat. Pembengkakan akan berkurang dan jerawat pun lama-lama akan mereda. Selain itu, benzoil peroksida juga mengurangkan produksi minyak di kulit agar sumbatan baru penyebab jerawat tidak terbentuk.
Asam salisilat membantu membersihkan pori dari tersumbat dan mengeringkan jerawat. Ketika jerawat mengering, biarkan mengelupas dengan sendirinya.
Belerang atau sulfur membantu membuka pori-pori dan menyerang bakteria penyebab jerawat. Produk dibuat dari bahan belerang biasanya digunakan sebagai ubat berbintik-bintik yang hanya disapukan pada jerawat yang meradang saja di area leher.
Anda juga boleh menambahkan asid alfa hidroksi (AHA), retinoid, dan niacinamide untuk bantu jerawat cepat mereda. Untuk jerawat yang parah, anda perlu dos ubat yang lebih kuat. Namun, ubat ini tidak boleh dibeli sembarangan di farmasi. Perlu ada konsultasi doktor terlebih dahulu untuk mendapat nasihat dos yang tepat.
Beberapa ubat yang biasa ditetapkan untuk jerawat parah:
Selain itu, doktor juga kemungkinan mencadangkan pelbagai perawatan lain seperti:
Ais membantu mengurangi radangan dengan mengecilkan kebesaran jerawat. Selain itu, ais juga boleh membantu mengurangkan kemerahan sehingga jerawat tidak kelihatan. Ais juga membuat rasa sakit yang muncul akibat peradangan jerawat boleh berkurang.
Memicit jerawat boleh menyebarkan bakteria dan membuat keadaan semakin parah. Bahkan, memicet jerawat boleh meninggalkan kesan luka parut sehingga menimbulkan lubang di kulit leher. Jika pelbagai cara ini telah dilakukan tetapi jerawat tetap muncul dan keadaannya memburukkan, jangan tunda untuk berjumpa doktor. Doktor akan menasihatkan perawatan yang sesuai dengan keparahan jerawat anda.
Mencegah jerawat di leher boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Untuk jerawat yang berkaitan dengan hormon mungkin hal ini tidak selalu berhasil. Namun, melakukan beberapa perkara berikut cukup membantu mencegah kemunculan jerawat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.