Pasangan merpati dua sejoli, Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Melvin dikhabarkan telah terbang ke tanah suci Mekah bagi tujuan melaksanakan ibadah umrah semalam.
Hijabista difahamkan ini bukanlah umrah pertama yang dikerjakan pasangan ini, kali terakhir adalah pada tahun lalu. Bagaimanapun, kali ini Sam dan Syatilla hanya mengerjakan umrah berdua dan terpaksa meninggalkan ketiga-tiga cahaya mata mereka.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Syatilla menerusi satu muatnaik hantaran berbentuk foto di laman Instagram miliknya memaparkan mereka bersama anak-anaknya di lapangan terbang serta meminta para pengikut dan juga wargamaya agar mendoakan kelancaran perjalanan dan urusan mereka.
“Doakan perjalanan kami,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Ads
Untuk rekod, hasil perkongsian hidup bersama selama tujuh tahun Sam dan Syatilla telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 6, Sarima Samhiezy, 3, Salama Samhiezy, 2 sebagai penyeri perkahwinan mereka.
Menerusi hantaran sama, Syatilla turut berkata dia bertawakal dan menyerahkan ketiga-tiga anak mereka di bawah perlindungan Allah SWT, sepanjang ketiadaan mereka.
“Bubu and bapak go first ok. Allah jaga semua, pasti,” pintanya.
Ads
Selaim Sam dan Syatilla, sebahagian keluarga Syatilla dilihat turut berangkat bersama-sama bagi menunaikan ibadah berkenaan termasuk Syafiqa Melvin.
Hijabista mendapati bahawa, berikutan muat naik hantaran berkenaan, ruangan komen Syatilla telah dibanjiri dengan doa yang dititip para pengikutnya agar urusan mereka dipermudahkan.
Pelbagai pilihan doa yang dapat kita baca dan amalkan dalam kehidupan harian kita. Sebagai umat Islam, membaca doa merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Tidak kira sama ada doa pendek atau panjang, ringkas ataupun mudah, ia tidak menjadi sebarang masalah selagi mana adab ketika berdoa kita itu itu betul serta memenuhi syarat semasa berdoa supaya doa yang dipanjatkan itu diterima serta diberkati oleh Allah SWT.
Dalam banyak doa-doa, terdapat satu doa pendek yang amat baik untuk diamalkan iaitu doa Al-Afiyah sepertimana yang telah disarankan oleh Nabi Muhammad SAW yang mana ia dinukilkan oleh Al-Imam Al-Nawawi dalam kitab Al-Azkar.
أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً
“Allahumma inni as aluka al-‘afiyah”.
Al-Abbas (r.a.) bapa saudara Nabi (ﷺ) dtang mnemui Nabi (ﷺ) dan berkata: “Ya Rasulullah, ajarkanlah aku doa”.
Nabi (ﷺ) berkata : “Wahai bapa saudara ku, bacalah:
أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة
“Allahumma inni as aluka al-‘afiyah*.
(Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ‘afiyah).
Apakah maksud Afiyah?
1. Untuk mnyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa”.
2. Untuk memberi kesihatan yang sebaiknya pada tubuh badan.
3. Untuk mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi, kita harus sentiasa berada dalam ‘afiyah.
4. Untuk terus hidup sejahtera, kita harus berada dalam ‘afiyah.
5. Untuk mahu anak-anak kita di lindungi, kita perlu berada dalam ‘afiyah.
6. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, bererti kita berada dalam ‘afiyah.
Jadi, pada asasnya ‘Afiyah itu bermaksud :
“Ya Allah, lindungilah aku daripada apa jua kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan, baik di dunia mahu pun di akhirat.”
Al-Abbas (r.a) berfikir seketika, dan kemudian dia datang kembali kpd Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata :
“Ya Rasulullah, doa ini pendek sangat. Aku mahu sesuatu yang lebih besar.”
Nabi (ﷺ) lalu berkata : “Wahai bapa saudaraku yang dikasihi. Mohonlah kepada Allah untuk ‘Afiyah. Maka kamu tidak boleh diberi apa-apa lagi yg lebih baik daripada ‘afiyah. Ia satu doa yang mudah namun terbaik.”
Ssungguhnya ‘Yang Benar’ ialah setiap yg bermakna drpd apa yang kita sebut (pohon) ketika berdoa.
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar aku selamat daripada sebarang kepayahan, kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah Engkau menguji aku dgn sesuatu yg berat.”
Semua ini termasuk dalam “Allahumma inni as aluka al-‘afiyah”
~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)
Nabi Muhammad (ﷺ) bersabda: “Sampaikan lah daripada aku, walaupun ia hanya satu ayat.”
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila bercakap tentang pemerah pipi, anda mempunyai pelbagai pilihan dari formula cecair, krim dan gel. Serbuk pemerah pipi boleh meresap ke dalam liang, garis halus dan kulit kering, menjadikannya jelas bahawa anda memakai pemerah pipi. Pemerah pipi cecair atau gel berterusan seperti kulit kedua, memberikan warna yang cantik yang sangat sesuai untuk kulit yang lebih kering atau lebih matang.
Pemerah pipi cair dan krim juga lebih mudah diadun, memberikan kemasan yang lancar pada warna pipi anda. Apa sahaja warna pemerah pipi yang anda pilih, hasilnya akan kelihatan lebih semula jadi jika ia sebati dengan cantik ke dalam kulit anda.
Serlahkan kulit anda dengan warna yang muda dan segar pada pipi. Berikut ialah panduan cara menggunakan pemerah pipi untuk bentuk muka anda. Pernahkah anda mencuba mana-mana helah pemerah pipi ini sebelum ini? Mulakan dengan mengenal pasti bentuk muka anda terlebih dahulu.
Langkah pertama adalah untuk membentuk bentuk muka anda mengikut imej di bawah:
Terdapat banyak cara untuk aplikasi pemerah pipi dalam penampilan solekan harian anda, empat aliran berbeza ini pasti merubah gaya solekan anda serta penampilan seluruh wajah. Kenapa tidak, ekperimentasi dengan gaya baru? Jom cuba cara yang anda tidak pernah terfikir untuk gaya pemerah pipi anda.
Blush draping, juga dikenali sebagai blush contouring, ialah rupa berani dan dramatik yang mengimbau kembali kecantikan solekan wajah tahun 80-an persis ikonik Debbie Harry. Ia pada asasnya kelihatan seperti menggunakan sapuan pemerah pipi di tempat yang biasa anda letakkan kontur atau sapuan bronzer untuk membantu menambah cahaya dan menaikkan seri pada wajah.
Sebagai bonus tambahan, ia cukup tinggi untuk memberikan definisi dan boleh dilihat di atas pelitup muka anda. Cara paling mudah menyapukan pemerah pipi secara lembut pada bahagian atas tulang pipi anda dan kemudian menyapunya ke pelipis dalam gerakan “C”. Mulakan dengan jumlah yang kecil dan gunakan span di atas tepi supaya ia tidak kelihatan terlalu kasar. Jika anda mahukan penampilan gaya 80-an yang lebih berani, cubalah!
Bentuk ini juga boleh dipadankan dengan sangat baik dengan pandangan mata yang berani, terutamanya dalam warna kontras dengan warna pemerah pipi anda. Pemerah pipi seperti Rare Beauty Stay Vulnerable Melting Blush (Nearly Apricot), yang merupakan warna yang cantik dan memudahkan teknik ini jika anda tidak mahu komited dengan warna ‘blush’ sepenuhnya.
Trend pemerah pipi merah jambu ala bayi yang cerah kembali yang menyeronokkan untuk mencuba. Pemerah pipi ini adalah mengenai menyuntik pop merah jambu untuk wajah tampak segar. Walaupun anda benar-benar boleh memilih peletakan berdasarkan keutamaan anda, bermainlah sedikit dengan sedikit warna yang menyerlah tepat pada epal pipi anda.
Sama ada menggunakan bedak atau krim pemerah pipi, mulakan dengan senyuman dan sapukan pemerah pipi pada bahagian pipi yang paling terangkat, di mana anda secara semula jadi akan berasa merah pipi apabila anda malu. Sapu warna dalam bentuk bulat dan kemudian angkat sedikit ke arah tulang pipi, campurkan bahagian tepi untuk rupa yang lebih lembut dan meresap.
Pemerah pipi Charlotte Tilbury Cheek ( Love Is The Drug) untuk warna merah jambu terang dengan sedikit kilauan tambahan padanya. Pemerah pipi jenis ini kelihatan cantik berpasangan dengan bulu mata yang lebat dan kening yang kelihatan semula jadi.
Walaupun seharian di bawah sinar matahari boleh memberi anda cahaya, tiada apa-apa yang sihat mengenainya, jadi lain kali anda mencari warna yang dicium matahari, gunakan pemerah pipi anda sahaja!
Ideanya adalah untuk menyapu pemerah pipi anda di seluruh kawasan yang anda mungkin melecur secara semula jadi, hidung dan bahagian atas pipi anda untuk mencerahkan kulit keseluruhan dan bukannya memfokuskan pada pipi sahaja. Menggunakan rona matte adalah lebih baik, jadi anda tidak akan mendapat serlahan pada seluruh wajah anda dan bukannya titik fokus.
Gunakan pemerah pipi krim untuk mencipta bentuk ‘W’ merentasi titik lebih tinggi di bahagian tengah muka, lebih ringan merentasi batang hidung dan lebih sengit ke arah pelipis. Menggabungkannya membantu melembutkan rupa, seperti matahari secara semula jadi menyentuh titik tinggi.
Menggunakan nada yang lebih hangat dan bersahaja boleh jadi penampilan anda sangat wow selepas menggunakan bronzer, atau anda juga boleh memilih warna merah jambu yang terang. Anastasia Beverly Hills Stick Blush (Peachy Keen), untuk melukis dengan mudah pada bentuk yang anda inginkan untuk dalam rona pic yang lembut. Jika anda ingin pergi lebih jauh, gaya pemerah pipi ini akan dipadankan dengan sangat baik dengan beberapa jeragat tiruan untuk paparan sinar matahari penuh.
Anda pasti mengemari produk pelbagai guna, terutamanya apabila dalam keadaan tergesa-gesa. Warna pemerah pipi yang betul boleh menjadi pelbagai guna dan sesuai dengan trend solekan monokromatik. Menggunakan rona yang sama pada mata, pipi dan bibir ialah cara mudah untuk menyatukan rupa yang bersahaja. Caranya ialah mengubah kedalaman warna supaya anda tidak menyekat muka anda dengan warna yang sama.
Menggunakan Nudestix Matte All Over Face Blush Color (Cherie), bina lebih banyak rona di bibir dan mata, untuk menumpukan perhatian. Tetapi masih dengan warna pipi yang mencukupi supaya wajah anda tidak tenggelam dan kusam. Pilih warna neutral, tetapi anda boleh mengecasnya sepenuhnya untuk penampilan yang lebih bersemangat.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Allah akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi. Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
Apabila seseorang mendapat nikmat sedekah, dia tidak kisah lagi berapa wang yang dikeluarkan. Justeru, setiap Mukmin perlu yakin amalan bersedekah memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa sekiranya ia sentiasa diamalkan dalam hidup mereka.
Setiap Mukmin juga perlu sentiasa ingat, sedekah paling besar pahalanya adalah apabila dia berada dalam keadaan sihat dan berasa sayang terhadap hartanya, maka pada waktu itu jangan bertangguh lagi untuk bersedekah.
Pengalaman hari pertama aku di sekolah menyedihkan
Ada anak yatim piatu 3 beradik masuk ke asrama sekolah aku. Kesian dorang. Disaat anak-anak membesar dengan kasih sayang mak ayah, dorang 3 beradik diuji dengan kehilangan mak dan ayah pada usia muda. Besar betul dugaan dorang.
Aku saje edarkan sampul surat kat budak-budak asrama untuk membantu seikhlas hati meringankan beban 3 beradik ni. Sape nak derma, derma. Tak nak takpe. Biasanya awal-awal ni mak ayah ada bagi duit lebih sikit buat belanja, tapi itulah aku tahu kebanyakan mak bapak dorang bukannya orang senang. Ada yang kerja kilang, ada yang kerja cleaner. Ada yang jualan kat pasar malam.
Masa aku nak balik ke rumah, ada sorang pelajar panggil aku. ‘ustaz nak derma..’. Aku kenal dia ni sebab aku pernah hantar dia ke rumah. Keluarganya nampak macam orang agak susah. Rumah pun rumah papan biasa-biasa.
‘Ustaz, saya nak derma..’ Dia pun keluar duit syiling masuk dalam sampul surat putih yang aku bawak. Aku tak tahu berapa jumlah dia yang aku tahu duit syiling sebab bunyi keceng, keceng..
Aku tanya awak ada duit tak ni nanti nak gi kantin makan macamana? Aku saje tanya sebab aku tahu latar belakang keluarga dia.
‘Takpe ustaz, bapak saya pesan kalau ada derma untuk anak yatim, orang susah, kena bagi derma. Saya syukur ada mak ayah lagi ustaz. Kesian dorang takde mak ayah dah.’
Sebak aku bila dengar jawapan budak ni. Benar, kita jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila rasa senang baru nak sedekah.
Allah, Allah, kadang-kadang kita yang dewasa, yang berduit ni pun kadang-kadang tak mampu nak jadi macam budak ni kan?
Aku belajar sesuatu dengan budak ni, kita kalau nak sedekah, sedekah je. Sedekah ni bukan kira banyak ke sikit. Yang penting kita ikhlas. Selagi kita boleh sedekah, sedekahlah. Selagi kita boleh tolong orang, tolonglah.
Sampai masanya nanti, Tuhan akan mudahkan orang lain untuk bantu kita, masa kita susah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di