Awas! hijabi yang ‘workaholic’ dan sering hadap skrin terlalu lama, jangan abaikan simptom mata letih jika anda tak nak mata terasa seperti berpasir sekaligus membuatkan anda rasa tak selesa! Semakin digonyoh semakin pedih dan bercucuran air mata keluar dari kelopak mata anda.

Mesti ada di antara Hijabi yang pernah ada pengalaman melalui situasi seperti ini kan? Sebenarnya, bila mata kita keluarkan air mata yang berlebihan, itu adalah ‘signal’ atau bahasa tubuh dan cara badan berkomunikasi untuk beritahu kita, ada sesuatu yang tidak kena.

Kenapa Mata Bagi ‘Signal’ Kepada Tubuh?

Sebenarnya masalah simptom mata letih, berpunca daripada beberapa perbuatan harian yang sering kita lakukan yang tanpa sedar, ianya memberi kesan kronik kepada mata kita. Berikut merupakan beberapa sebab yang menjadi punca kepada masalah simptom mata letih ini.

  1. Mata akan memberi ‘signal’  atau simptom jika mata terlalu letih, kerana menghadap skrin dalam satu jangkamasa panjang.
  2. Mata adalah organ paling sensitif dan akan refleks dengan cepat, jika berlaku kerengsaan atau ketidakselesaan akibat terlalu lama menatap skrin telefon pintar.
  3. Ini sering terjadi kepada Hijabi diluar sana, dimana mata akan menjadi kering dan menghadapi simptom mata letih kesan dari pemakaian kanta lekap melebihi tempoh 8 jam, hanya kerana mahu kelihatan cantik.

Jangan Gonyoh Mata Kalau Tak Nak Kornea Mata Koyak! Rohto Kan Ada..

Bila mata mengalami simptom mata letih dan mula rasa tak selesa, ramai antara kita yang suka mengonyoh mata tanpa sedar, tindakan ini sebenarnya hanya akan merisikokan lapisan kornea mata untuk koyak! Terutamanya jika mata digonyoh ketika memakai kanta lekap.

Perbuatan menggonyoh mata adalah amat berbahaya! Tambahan, ketika mata kering. Perbuatan ini adalah SALAH! Malah, ia tidak bersifat melegakan mata, tetapi hanya memburukkan lagi keadaan dan merisikokan mata menjadi lebih teruk.

IKLAN

Jadi bagaimana nak selesaikan masalah simptom mata letih dan ketidakselesaan mata ni? Mudah je sis! Tak perlu bimbang, cubalah Penitis Mata Rohto ‘Extra Cool’

Penitis Mata Rohto ‘Extra Cool’ ni memang istimewa dan berbeza berbanding produk-produk titisan mata yang dijual di pasaran tau. Kerana, Penitis Mata Rohto ‘Extra Cool’ mempunyai sehingga 7 tahap sensasi penyejukan yang mampu merawat kerengsaan mata.

Paling best! Setiap botol Penitis Mata Rohto ‘Extra Cool’ ini dirumus secara inklusif, mengandungi Hypromellose dan asid Hyaluronik yang memberikan kelembapan serta kesegaran mata dengan pantas dan tuntas!

Penitis Mata Rohto ‘Extra Cool’ Dijamin Selamat Dan Berkesan!

IKLAN

Lagi satu, hijabi boleh menggunakan Penitis Mata Rohto ‘Extra Cool’ ini tanpa sebarang keraguan! Ia dijamin selamat, kerana diperbuat daripada air tulen yang mengikut piawaian standard dari Pharmacopoeia Jepun.

Artikel berkaitan: Mata Kering ‘Musuh’ Utama Wanita! Jangan Abaikan, Ketahui Cara Hindarinya

Malah, Penitis Mata Rohto ‘Extra Cool’ didatangkan dengan reka bentuk botol yang sangat compactible dan sesuai untuk dibawa kemana sahaja serta mudah digunakan pada bila-bila masa.

Penitis Mata Rohto ‘Extra Cool’ ini direka agar lebih ‘mesra pengguna’ dengan muncung unik yang membolehkan ianya dititiskan kedalam mata dengan tepat sekali.

IKLAN

Haa.. Best ke tak? Best sangat weh! Pelbagai manfaat yang hijabi peroleh dengan memiliki sebotol Penitis Mata Rohto ‘Extra Cool’ ni.

Menarik bukan? Jika Hijabi sayangkan mata anda, jangan bertangguh lagi, segera dapatkan Penitis Mata Rohto ‘Extra Cool’ ni!

Kemudian, kongsikan pengalaman dan perbezaanya bersama kami dengan #RohtoEyeDrops #RohtoExtraCoolEyeDrop #WorldNo1EyeCareBrand dan jangan lupa tag @rohtoeyedropsmy tau!

Artikel berkaitan: Ia Bukan Cuma Kurang Tidur, Ini Antara Punca Kemunculan Mata Panda!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI