Ads

Trend Pakai Selendang Atas Kepala Ke Majlis Kahwin, Wanita Tegur Jangan Overshadow Pengantin

gambar hiasan AI

Dalam keterujaan memilih outfit tercantik untuk hadir ke majlis, ada satu perkara yang kadang-kadang terlupa iaitu adab sebagai tetamu. Biarpun mahu tampil kemas dan bergaya, jangan sampai penampilan kita pula menenggelamkan seri pengantin yang sepatutnya menjadi highlight utama pada hari bahagia mereka.

Isu ini mula hangat diperkatakan selepas tular satu hantaran di Threads oleh seorang wanita dikenali sebagai Farah yang menegur trend pemakaian selendang atas kepala ketika menghadiri majlis kahwin atau pertunangan. Menurutnya, gaya tersebut kurang sesuai kerana boleh membuatkan tetamu kelihatan seperti memakai veil pengantin.

Trend Pakai Selendang Atas Kepala Ke Majlis Kahwin, Wanita Tegur Jangan Overshadow Pengantin
gambar hiasan AI

Selendang atas kepala dikatakan boleh ‘overshadow’ pengantin

Menurut Farah, selendang yang dimaksudkan bukanlah shawl biasa yang disarung di bahu, tetapi yang digayakan di atas kepala hingga memberi efek seperti veil. Baginya, gaya seperti itu tidak manis dipakai ke majlis kahwin atau tunang kerana boleh mengelirukan orang ramai dan menenggelamkan aura pengantin.

Lebih menarik, dia turut menasihati tetamu supaya mengelakkan memakai baju putih ke majlis perkahwinan, kecuali jika ia memang tema yang ditetapkan oleh pengantin. Ini kerana warna putih cukup sinonim dengan pengantin, terutama untuk majlis akad nikah dan persandingan.

Ads

Trend Pakai Selendang Atas Kepala Ke Majlis Kahwin, Wanita Tegur Jangan Overshadow Pengantin

Netizen beri pelbagai pandangan

Menjengah ke ruangan balas, ramai yang bersetuju bahawa tetamu perlu tahu batas ketika berfesyen di majlis orang lain. Ada yang menyifatkan ia sebagai common sense agar tidak “overshadow” pengantin pada hari istimewa mereka.

Namun, ada juga yang berpendapat pengantin sendiri perlu berusaha lebih untuk menonjol pada hari bahagia mereka. Walau apa pun pandangan yang diberikan, isu ini jelas membuka perbincangan tentang pentingnya keseimbangan antara fesyen dan adab.

Ads

Trend Pakai Selendang Atas Kepala Ke Majlis Kahwin, Wanita Tegur Jangan Overshadow Pengantin

Tampil cantik, tetapi berpada-pada

Hakikatnya, tiada salah untuk bergaya ke majlis perkahwinan atau pertunangan. Namun, sebagai tetamu, penampilan yang sopan, manis dan bersesuaian dengan suasana adalah pilihan yang lebih tepat.

Ads

Kadang-kadang, gaya yang paling elegan bukanlah yang paling menonjol, tetapi yang paling tahu menghormati suasana. Dalam apa juga majlis, terutama yang meraikan orang lain, memberi ruang untuk pengantin bersinar adalah antara adab paling indah yang boleh kita tunjukkan.

BACA LAGI : Bermula Dengan Berselendang, Farah Nabilah Kini Berhijab Sepenuhnya

Sumber : Threads

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Yang lain

Puasa Nabi Daud! Kelebihan Lebih Stabil Berbanding Intermittent Fasting

Puasa Nabi Daud menjadi pilihan ramai yang mahu rutin lebih stabil, seimbang dan kurang menekan berbanding intermittent fasting untuk kesihatan tubuh dan emosi.