Menjelang Ramadan, semangat menyambut Syawal semakin menghampiri. Hari Raya akan terasa tidak lengkap tanpa wanita cantik memakai pakaian tradisional Melayu, sama ada baju kurung, kebaya, kebarung atau jubah.

Kita tahu betapa sukarnya memilih warna, sama ada kebaya atau kurung, diikuti dengan corak dan juga material pakaian! Terdapat banyak platform untuk anda mencari baju raya, tetapi adakah anda telah menemui yang sesuai?

Jadi HIJABISTA kumpulkan baju raya yang boleh membuatkan anda kelihatan memukau sepanjang Syawal. Bermula dari pelbagai warna, gaya dan saiz, semuanya boleh didapati dalam talian dan akan dihantar ke depan pintu anda. Cuma… pilih satu atau dua.

Risau Beli Baju Kalau Tak Cuba! Ini Langkah Mudah Untuk Membeli Pakaian Secara Online.

Membeli-belah secara atas talian ni dah jadi satu benda yang normal. Senang, jimat tenaga dan kadang-kadang harga barangan lebih murah tau! Tetapi ada kesukaran dan lebih tricky sikit, jika anda baru berjinak-jinak membeli atas talian. Maklumlah, takut saiz tak betul, tak kena dengan citarasa dan macam-macam lagilah! Sebenarnya, senang je nak beli pakaian secara online kalau anda ikut tip ini:

Perhatikan Jenis Kain

A large number of colourful materials on display.

Kenalpasti jenis kain sesuatu pakaian tu. Bagi memudahkan boleh bertanya pada seller. Yang penting, anda kena tahu ciri-ciri sesuatu fabrik. Contohnya lembut, menyerap peluh, strechtable dan see through. Barulah rasa berbaloi beli!

Ukuran Dan Saiz

Ini faktor yang paling penting! Ukur baju pada Badan sendiri, pastikan saiz badan anda betul-betul sebelum membeli. Rujuk carta saiz yang disediakan. Walaupun dah dinyatakan saiz standard, kena semak jugak ukurannya sebab lain jenama, lain ukuran. Standby measuring tape ya!

Tentukan potongan Pakaian

Baca penerangan mengenai pakaian yang disediakan oleh seller. Potongan pakaian seperti slim fit, straight cut dan flare pun perlu diambil kira kerana tak semua sesuai dengan sesetengah potongan dan rekaan.

IKLAN

Baca Review Pembeli

Ini paling penting! Bila dah berkenan, pastikan anda baca review pembeli. Baca dan buat penelitian! Mudah bukan nak shopping online. Apabila anda mengenali perkara diatas tidak perlu bimbang dengan pilihan sendiri. Jika tidak berpuashati, penting untuk melihat syarat-syarat pemulangan semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Ilusi Tinggi Untuk Anda Bertubuh Rendah, Guru Imej Ini Kongsi Cara Pilih Baju Raya

Serlahkan Kemeriahan Hari Raya dengan Rangkaian Busana Sopan

Tatkala umat Islam Malaysia bersiap sedia untuk menyambut hari raya, kempen raya ini bakal membuat anda teruja, ‘Bersiap untuk berhari raya bersama rakan dan keluarga’, platform atas talian ini membawakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pembeli.

Setiap orang harus mempunyai akses kepada pakaian bergaya untuk meraikan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang. Lazimnya, ia menjadi satu kemestian untuk berpakaian baharu pada hari raya pertama. Justeru itu, Hijabista akan kongsi pilihan yang sesuai untuk hijabi jadikan inspirasi membeli malah bergaya dengan harga yang berpatutan.

Warga Malaysia boleh mencari gaya unik mereka dalam koleksi raya SHEIN yang menampilkan busana sopan dengan pelbagai rekaan yang menarik, bergaya dan berkualiti yang sesuai untuk hampir semua personaliti.

IKLAN

Suai padankan secara ‘mix and match’ pakaian raya untuk menyerlahkan penampilan anda, untuk sama ada untuk berhari raya bersama keluarga dan rakan-rakan atau sekadar menyertai kemeriahan perayaan ini. Tambahan pula, trend ini akan bertahan lebih lama dan boleh digayakan selepas hari raya.

Matlamat utama jenama antarabangsa untuk memperkasakan individu bagi mencari identiti fesyen, keperibadian dan kreativiti mereka tersendiri melalui fesyen. Koleksi hari raya tahun ini mencerminkan etos tersebut dengan membawakan rangkaian pakaian sopan yang berwarna terang serta berkepelbagaian yang merangkumi budaya Malaysia yang kaya.

IKLAN

Daripada rekaan busana yang ranggi kepada siluet feminin yang lembut, segalanya untuk melengkapkan busana dalam gerobok pakaian anda.

ARTIKEL BERKAITAN: 13 Busana Muslimah Kemas, Sopan Lagi Bergaya Pilihan Iman Troye. Bajet & Beli Atas…

Fesyen bukanlah sekadar pakaian, ia merupakan satu saluran yang sempurna untuk menyerlahkan keperibadian unik setiap individu dan juga satu cara yang hebat untuk berhubung dengan individu lain. Raikan kepelbagaian dan keterangkuman di dalam sesebuah komuniti, bawakan trend dan gaya fesyen terkini yang menggarap intipati perayaan di mana fesyen bertemu dengan budaya dan komuniti.

 

Oleh yang demikian, pada hari raya ini, jadikan platform ini sebagai kedai sehenti anda untuk mendapatkan semua keperluan perayaan, daripada fesyen, hiasan rumah, keperluan dapur, produk kecantikan dan penjagaan kulit dan banyak lagi. Tawaran rangkaian produk yang luas yang boleh diperolehi oleh warga Malaysia dari keselesaan rumah anda sendiri bagi menjadikan persiapan hari raya lebih mudah.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI