Penghias muka hadapan edisi khas Majalah Hijabista Edisi Jawi kali ini menampilkan selebriti tanah air popular, Nur Fazura ataupun Fazura yang membincangkan perihal legasi perniagaannya, kerjaya sebagai ahli perniagaan, jenama tudung dan simbolik penghijrahannya.

Menyentuh mengenai penghijrahannya berhijab, ramai yang tertanya-tertanya mengenai beberapa gambarnya yang berhijab di laman Instagram pelakon popular ini. Menjadi bualan ramai tentang imej terbarunya yang berhijab, Fazura lebih selesa untuk mendiamkan diri dan memfokuskan kepada jualan tudungnya yang sentiasa laris dan menerima sambutan yang begitu baik.

Langkah Kecil Perubahan Untuk Kebaikan

Menurutnya, jenama Tudung Fazura ini merupakan salah satu langkah kecil bagi dirinya untuk berubah kearah kebaikan. Semuanya bermula dari seorang kenalan yang menawarkan diri untuk membantunya menjual tudung dan sehingga kini, jualan tudung yang dihasilkan seringkali habis dipasaran.

IKLAN

“Alhamdulillah. Semuanya adalah ketentuan dari Tuhan. Semuanya bermula apabila ada kenalan yang ingin membantu saya menjual tudung. Agak gementar pada awalnya namun semuanya berjalan dengan lancar. Masih segar dalam ingatan saya ketika kami menjual 2000 unit tudung. Risau sebenarnya takut tiada siapa yang ingin membeli. Namun, sangkaan saya salah belaka. Tidak sampai 24 jam, semuanya laris dijual. Jadi perkara ini yang membuatkan saya lebih bersemangat dan berkobar-kobar untuk menghasilkan lebih banyak rekaan hijab yang menarik,” -FAzura

Tambah Fazura, antara faktor yang ditekankan saat menghasilkan produk tudung ini adalah dengan harganya yang mampu milik. Bagi dirinya, apabila ramai yang membeli produk ini, maka secara tidak langsung, ia membuka pintu rezeki untuk pekerja-pekerjanya terumamanya ejen jualan dan stokis.

Tudung Fazura Asbab Hijrah Hijab

Bagi dirinya, jualan hijab ini dijadikan sebab asbab dirinya untuk berhijrah ke imej bertudung. Sudah sekian lama memendam rasa untuk berubah ke imej yang lebih baik, akhirnya pada Ramadhan tahun ini, Fazura mengambil langkah kecil untuk berubah dengan memakai hijab. Namun, dia tidak mahu mengolah lanjut tentang kisah penghijrahannya ini kerana ia lebih molek jika disimpan rapi dan biarlah Allah SWT yang mengetahui tentangnya.

IKLAN

“Alhamdulillah sehingga kini, Allah masih menjaga niat dan iman saya dan saya sentiasa berharap agat niat saya untuk menghasilkan serta menjual rekaan tudung ini menjadi sebab kukuh untuk saya kekal berhijab,”- fazura

“Penghijrahan merupakan sebuah kisah yang bersifat peribadi. Jadi saya lebih suka untuk simpannya sendiri. Namun, apa yang boleh saya bicarakan, saya rasa lebih tenang dan sempurna apabila mengenakan hijab ini. Jika dahulu, saya suka mengenakan hijab namun tidak lama. Tetapi, hingga hari ini, sudah terlintas dan terniat dalam hati untuk terus kekal berhijab. Bagi saya, apa sahaja amalan baik yang dilakukan, jika tidak berhijab, maka ia tidak ada faedahnya untuk diri sendiri. Alhamdulillah sehingga kini, Allah masih menjaga niat dan iman saya dan saya sentiasa berharap agat niat saya untuk menghasilkan serta menjual rekaan tudung ini menjadi sebab kukuh untuk saya kekal berhijab,” kongsi Fazura yang sememanya sibuk dengan jadual kerjanya namun masih lagi memberi ruang untuk bersama dengan keluarganya yang tersayang.

IKLAN

Sumber gambar: Instagram Fazura

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI