Kalau disebut nama Modvier, pasti para hijabi urban dan moden kenal benar dengan one stop center yang suatu ketika dahulu gah menghiasi dunia fesyen tempatan. Dengan kedudukan yang berada di kawasan elit, faktor ini menjadikan Modvier senang dikunjungi oleh para pencinta modest fashion untuk merasai pengalaman mencuba jenama-jenama terkenal tempatan di bawah satu bumbung.

Namun kini Modvier hanya tinggal kenangan. Pandemik Covid-19 benar-benar memberikan impak yang besar kepada ramai peniaga dan jenama ini tidak ketinggalan menerima tempiasnya. Walaupun begitu pemilik jenama ini, Sarah Shahnor tidak pernah berserah kepada takdir. Dia berkongsi cerita bagaimana usaha yang dilakukan semata-mata mahu terus kekal ‘hidup’ dalam suasana yang tidak menentu.


.

“Apabila Covid-19 melanda Malaysia, perniagaan sememangnya terjejas hebat. Bila sebut nama Modvier para pelanggan sudah sebati dengan konsep mereka hadir ke butik untuk merasai pengalaman fesyen yang disediakan. Disebabkan pandemik, kami cuba mengalihkan haluan bisnes ke sistem dalam talian, namun tidak berjaya. Disebabkan itu bisnes secara atas talian tidak berjaya kerana kami tidak bermula dengannya. Kalau nak tahu, kami juga cuba menghasilkan koleksi fesyen sendiri dan tidak sekadar bergantung kepada vendor sahaja. Sambutan menggalakkan, namun keuntungan yang diperolehi tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan,” ujar wanita anggun ini.

IKLAN

Tambahnya lagi ketika pandemik bermula, para pelanggan sudah tidak begitu membeli belah terutamanya busana. Namun dia tidak patah semangat. Selain Modvier, ketika itu dia turut mengusahakan bisnes kecantikan menerusi jenama Cuura. Walaupun bermula secara kecil-kecilan, nampaknya kini bisnes ini semakin berkembang pesat sehingga memiliki sebuah spa yang menyediakan rawatan kecantikan khusus untuk mereka yang mahu tampil segar dan menarik.

Namun bukan semuanya indah. Menambahkan lagi dugaan, suaminya yang berkerja dalam bidang minyak dan gas turut menerima tempias kesan pandemik apabila diberhentikan kerja. Tidak mengalah dengan takdir, mereka bersikap positif dan sama-sama berganding bahu dalam membangunkan jenama Cuura. Siapa yang kenal dengan pasangan ini, pasti faham benar dengan kelibat sang suami yang menjadi tulang belakang dan penyokong kuat bisnes yang dipandu Sarah Shahnor.

Suami Sarah, Ashrul, banyak memberikan semangat dan bersama-sama membangunkan jenama Cuura.

Berkongsi kisah tentang fasa ini dalam kehidupannya, Sarah berkata, “Kerana Cuura ketika itu mendapat sambutan hangat. Saya dan suami mengambil keputusan untuk menukar bisnes dari fesyen kepada bisnes kecantikan. Bayangkan ketika itu saya hanya memiliki satu staf sahaja untuk Cuura, dan selebihnya staf saya yang ramai merupakan staf Modvier. Saya sendiri tertanya-tanya adakah kami mampu untuk menggaji mereka? Terfikir pula kalau mereka dibuang kerja, bagaimana mereka mahu mendapatkan pekerjaan di zaman ekonomi yang tidak stabil ini. Saya tahu saya perlu cuba walau apa pun halangan yang datang. Saya dan suami mengambil keputusan untuk mengekalkan mereka semua dan mengasah skil mereka untuk bersedia bagi mengendalikan sebuah jenama kecantikan pula.”

IKLAN

Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berterusan memberi kesan terhadap banyak perniagaan, untung dan rugi bagaikan menjadi satu resam yang terpaksa ditelan oleh kebanyakan peniaga. Seperti yang terjadi kepada jenama Cuura, Sarah berkongsi cerita.

IKLAN

“Sewaktu permulaan PKP dahulu bisnes Cuura sangat bagus kerana ketika itu mungkin kerana semua orang gembira berada di rumah dan tidak perlu ulang alik ke pejabat. Jadi mereka memanjakan diri. Namun sejak tahun ini apabila kes semakin meningkat, jualan yang agak terjejas. Saya tidak boleh mengalah kerana bukan hanya saya dan pekerja yang bergantung kepada perniagaan ini bahkan para pelanggan yang menggunakan Cuura juga. Jadi cabaran untuk saya adalah untuk menjadi lebih kreatif dan bekerja lebih keras untuk menjual produk. Keadaan tidak sama dengan sebelum ini,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber gambar: Instagram Sarah Shahnor

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI