
Rambut yang hitam, berkilat dan kuat pastinya menjadi idaman tidak kira kaum wanita mahupun lelaki. Namun tidak semua orang bertuah kerana memiliki rambut yang sihat dan cantik tanpa sebarang masalah.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang tidak kira wanita mahupun lelaki ialah seperti masalah kelemumur, rambut bercabang, rambut kusam dan yang paling parah ialah masalah keguguran rambut yang kronik sehingga menyebabkan seseorang itu hampir botak.
Masalah ini tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja tanpa rawatan. Jika anda sedang mengalami masalah berkaitan rambut, perkongsikan gadis ini mungkin dapat membantu anda.
*
Sumber kredit: Twitter Idzwa
Cuaca Terlampau Panas, Buat Kulit Hijabi ‘Berbelang’ Hingga Tona Tak Sekata? Ini Penyelesaianya!

Keadaan cuaca panas terik melampau yang melanda negara ketika ini, hingga menyebabkan kita terdedah kepada strok haba dan muka menjadi ‘berbelang’ terutamanya ketika menjalani aktiviti di bawah terik mentari amatlah merungsingkan kaum hawa, khususnya para Hijabi.
Meski pun kulit berbelang atau tona kulit tidak sekata ini tidak mendatangkan kemudaratan yang serius, ketika hijabi berbasikal, jogging santai, atau sekedar piknik bersama teman-teman.
Tetapi, masalah kulit berbelang ini tetap menganggu penampilan sekaligus merosotkan keyakinan diri Hijabi untuk tampil di khalayak umum. Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan cara mengatasinya!
3 Cara HIijabista Rawat Kulit Berbelang Dan Dapat Tona Kulit Sekata!
1. Jangan Culas Gunakan ‘Sunscreen’
Menurut penelitian Hijabista, perkara yang paling utama untuk berdepan dengan terik mentari adalah penggunaan sunscreen yang tidak hanya melindungi kulit dari bahaya sinar matahari. Tetapi juga berfungsi meratakan tona kulit yang berbelang.
Oleh itu, ketika hijabi melakukan aktiviti di luar (Outdoor) jangan lupa untuk meggunakan sunscreen di kulit yang terpapar sinar matahari seperti wajah, leher, lengan, dan kaki. Pilih sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit Hijabi ya!
2. Buang Sel Kulit Mati Dengan Eksfoliasi Wajah!
Selain itu, untuk mengatasi masalah kulit berbelang, anda boleh lakukan adalah rutin melakukan eksfoliasi wajah. Ini kerana, etika eksfoliasi sel-sel kulit mati akan mengelupas dan ditanggalkan dari wajah sekaligus meratakan tona kulit agar lebih sekata. Untuk bahagian badan pula, anda boleh menggunakan scrub badan atau lulur
Artikel berkaitan: Kulit ‘Instant’ Lembab Jika Gunakan Produk Ini, Selamat Tinggal Kulit Kering!
Tetapi jika ingin melakukan eksfoliasi wajah, Hijabi disarankan memilih non-chemical exfoliator. Kerana, bahagian kulit pada wajah bersifat lembut. Jangan gunakan produk yang mengandungi kimia kerana ia akan memberi kesan kepada keseimbagan pH kulit. Untuk hasil yang memberangsangkan, lakukan eksfoliasi sebanyak dua hingga tiga kali seminggu. Jangan lupa untuk mengoleskan moisturizer agar kulit tidak menjadi kering.
3. Manfaatkan Air Beras
Jika dilihat petua nenek moyang terdahulu beras merupakan antara method yang sering digunakan untuk merawat kulit wajah. Kerana beras menyimpan ferullic acid dan allantoin yang mampu merawat sekaligus mencerahkan warna kulit.
Justeru, kerana manfaat ini, air beras boleh diggunakan air untuk mendapatkan kembali tona kukit sekata dan menghapuskan masalah kulit berbelang.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menyimpan air basuhan pertama beras dan gunakan air tersebut sebagai pembersih wajah alami. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan air beras setiap hari hingga warna kulit kembali rata.
Mudah sahaja bukan mahu atasi masalah kulit berbelang, yang penting kena rajin berusaha! Barulah dapat miliki kulit sihat halus mulus yang diimpikan. Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Ucap Selamat Tinggal ‘Filter’, Jom Rawat Kulit Dengan 3 Cara Mudah Ni!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tak Pakai Lipstik Pun, Bibir Nampak Kemerahan Dan Sihat! Rupanya Disebabkan 5 Bahan Semula Jadi Ini!

Untuk memiliki bibir yang merah dan lembap pastinya idaman semua wanita. Tidak perlu menggunakan lipstik ataupun produk pelembap bibir, bahan-bahan semulajadi juga turut berfungsi untuk menjadikan bibir anda kemerahan dan lembap seperti memakai lipstik!

Kos yang murah dan tidak susah untuk mencarinya, pilihan bahan semulajadi ini merupakan salah satu kaedah yang boleh anda cuba di rumah untuk memastikan bibir anda sentiasa merah-kemerahan dan lembap sentiasa!
1. Adunan lemon & madu

Kedua-dua bahan ini sudah jelas terbukti untuk memberi kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Bukan hanya dapat menjadikan kulit lebih muda, malah adunan kedua-dua bahan yang kaya dengan Vitamin C ini amat baik untuk menjadikan bibir sihat dan tidak kusam. Caranya:
- Tuang 1/2 jus lemon. Kemudian campurkan bersama dengan madu.
- Kacau sebentar dan tambahkan gliserin pada adunan tadi.
- Gaul lembut dan sapukan pada bibir.
- Biarkan kering selama 10-15 minit. Kemudian, bilas dengan bersih.
2. Menggunakan berus gigi

Ha! Pasti ada diantara anda yang baru sahaja mengetahui tentang cara ini, kan? Apabila menggosok bibir menggunakan berus gigi, ia dapat menghilangkan segala daki dan sel kulit mati yang ada pada bibir. Ia juga dapat meningkatkan kolagen pada bahagian bibir! Ia sekali gus dapat menjadikan bibir merah-kemerahan seperti anda memakai lipstik! Caranya:
- Gosok bibir anda dengan menggunakan berus gigi dengan lembut selama 5 hingga 10 minit.
- Biarkan selama 5 minit. Kemudian bilas sehingga bersih.
3. Gula

Mengapa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli skrub di pasaran? Sedangkan anda sendiri boleh membuat skrub di rumah hanya dengan menggunakan gula! Gula dipercayai mampu mengembalikan keremajaan pada kulit bibir dan menyahkan segala kotoran yang ada pada bibir.
Untuk melakukan cara ini, anda memerlukan gula kasar dan juga jeli petroleum ataupun ‘vaseline’. Caranya:
- Sediakan 1/2 cawan gula dan adunkan bersama 2ml jeli petroleum ataupun ‘vaseline’.
- Campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam gerakan membulat selama 3-4 minit.
- Kemudian biarkan ia kering selama 5 minit dan bilas dengan bersih.
Baca juga: Bibir Lebih Sihat, Kemerahan & Berkilat, Lakukan Teknik ‘Scrub’ Yang Banyak Manfaatnya!
4. Lip gloss semula jadi

Buang ketepi produk lip gloss yang dijual dipasaran. Daripada anda membazir duit dan menggunakan banyak bahan kimia, apa kata anda lakukan sendiri lip gloss dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah. Ia dipercayai dapat memberikan nutrisi pada bibir dan memberikan bibir lebih merah secara semula jadi. Caranya:
- Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan adunan ini pada bibir anda.
- Biarkan selama 10 minit sehingga kering dan bilas dengan bersih.
- Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
5. Minyak zaitun dan minyak kelapa pengganti lipstik

Antara cara lain pula ialah gantikan minyak zaitun atau minyak kelapa kepada lipstik anda untuk seketika. Ia berfungsi untuk menjauhkan bibir anda daripada bahan kimia buat sementara waktu. Caranya:
- Letak sedikit sahaja pada bibir anda dan biarkan ia kering untuk tempoh yang lama.
- Kemudian, jika anda ingin bersolek, cuci dengan bersih menggunakan air suam.
- Selepas itu, anda boleh memulakan proses solekan anda termasuk mengenakan lipstik di bibir anda.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Jangan ‘Skip Breakfast’ Kalau Nak Kurus. Nah, Menarik Bulan Oktober Ada Sarapan Percuma!

Mungkin ramai yang memandang rendah bab sarapan pagi ni dan menganggap ia tidak penting serta tidak perlu diambil. Pelbagai alasan akan diberikan seperti tidak sempat hinggalah ke diet, ini menjadi sebab utama kenapa ramai orang rela tidak sarapan.
Sarapan yang berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah tenaga kepada badan dan otak kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya menjalankan aktiviti seharian” kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.
Terbukti terdapat banyak kebaikan dengan mengambil sarapan. Kanak-kanak dan remaja yang biasa mengambil sarapan pagi lebih cenderung mendapat nutrien mikro dan makro yang lebih baik, mengurangkan kemungkinan untuk mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih tinggi.
Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan pagi berkemungkinan sebanyak 1.34 kali akan mempunyai berat badan berlebihan berbanding mereka yang mengambil sarapan pagi. Sarapan pagi biasanya mempunyai jumlah nutrisi yang lebih baik, termasuk nutrien utama seperti sodium, serat, dan folat yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Sarapan pagi juga mengisi perut anda dan membantu mengelakkan daripada makan berlebihan atau memakan snek kemudiannya.
Wajib tahu bahawa sarapan punya manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan mental anda. Jom mengetahui 9 manfaat bersarapan. Setelah anda tahu manfaat ini, anda yakin tidak mahu mengambil sarapan lagi?
1. Gemuk
Bersarapan sebab gemuk? Hmm, salah besar! Tanpa sarapan, badan semakin gemuk malah obesiti. Sebabnya? Orang yang melewatkan sarapan cenderung mudah rasa lapar sepanjang hari. Ini yang membuat mereka makan lebih banyak dan menjadi gemuk.
2. Bijak
Sarapan meningkatkan kualiti intelektual dan kecerdasan berfikir. Tidak hanya meningkatkan IQ, sarapan juga membantu meningkatkan daya ingatan dan kesihatan mental.
3. Nutrisi
Kajian juga membuktikan bahawa orang yang sarapan secara rutin setiap hari pengambilan nutrisinya lebih baik daripada yang tidak bersarapan. Orang yang jarang sarapan umumnya lebih banyak lemak tapi kurang nutrisi berbanding yang setiap hari bersarapan. Nutrisi yang hilang kerana tidak sarapan diantaranya adalah kalsium, potassium dan serat.
4. Metabolisma
Sarapan juga meningkatkan metabolisma dan membantu proses pembakaran lemak. Jangan panik apabila ada aktiviti penting seperti temu duga kerja atau mesyuarat. Sempatkan diri untuk bersarapan ya kerana sarapan yang baik boleh mengurangkan rasa panik dan cemas.
5. Bertenaga
Menu sarapan yang mengandungi serat dan karbohidrat akan membuat anda lebih bertenaga sehingga tidak cepat penat ketika bekerja seharian.
6. Lebih Sihat
Kelebihan lain, anda akan lebih sihat daripada orang yang jarang sarapan. Kerana sarapan itu penting untuk mengurangkan risiko hipoglisemia, darah rendah, diabetes tahap dua, malah penyakit jantung!
7. Bahagia
Sarapan boleh membantu meningkatkan mood. Anda bakal lebih bahagia bila bersarapan. Tidak percaya? Cubalah..
8. Eratkan Silaturahim
Sarapan juga boleh mendekatkan diri dengan keluarga. Jika sangat sibuk, sarapan boleh jadi waktu kualiti bersama keluarga.
Susu Sumber Nutrisi Lengkap
Walaupun mudah untuk mengabaikan pengambilan sarapan pagi, tetapi ianya penting untuk memulakan hari dengan hidangan yang padat dan penuh dengan nutrisi sebagai keutamaan kita. Malah, sarapan bernutrisi boleh diperolehi dengan mudah dan cepat dengan memadankan sarapan pagi dengan segelas susu.
“Susu adalah salah satu minuman yang mempunyai nutrisi paling lengkap. Ia disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian kita di bawah Piramid Makanan Garis Panduan Diet Malaysia,” kata Ramjeet.
Protein dalam susu berfungsi sebagai blok pembinaan bagi otot, tulang, rambut, dan kuku9 kita, dan ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biologi, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan, dan perlindungan badan kita.
“Setiap gelas 250ml Dutch Lady PureFarm atau susu +Protein bukan hanya membekalkan kalsium tetapi juga protein berkualiti tinggi. Selain itu, nutrien penting lain yang dibekalkan termasuklah vitamin D, A dan B2. Oleh itu, minum segelas susu sewaktu sarapan adalah cara yang paling mudah untuk pengambilan nutrisi yang mencukupi pada waktu pagi,” kata Ramjeet.
Menarik Sarapan Bulan Oktober
Terdapat banyak sebab mengapa sarapan pagi yang sihat harus menjadi rutin harian anda seisi keluarga. Tetapi sekiranya tidak, ada yang akan membantu! Bulan Oktober ialah Bulan Sarapan Dutch Lady dan jenama susu No. 1* ini akan bekerjasama dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan secara percuma! Dapatkan sarapan percuma di stesen-stesen LRT di Lembah Klang mulai 21 hingga 31 Oktober!