Ingin lari daripada kebiasaan, pereka duo terkenal Rizman Ruzaini memilih untuk merayakan sambutan ulang tahun kedua jenama tudung mereka iaitu RR Mono Scarves yang dibuat secara berperingkat. Sambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini ‘all out’!
Rizman, 39, atau nama sebenarnya Rizman Nordin berkata, antara yang menarik perhatian adalah pembukaan ‘pop-up store’ jenama RR yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur. “Bulan ini adalah ulang tahun kedua untuk RR Mono Scarves daripada Rizman Ruzaini.
Seperti tahun lalu, kami adakan sambutan secara besar-besar bagi meraikan pencinta skaf kami. Cuma, kali ini kami akan buat lain sedikit iaitu secara berperingkat. Peringkat pertama, kami buat ‘pop-up’ di KL East Mall yang mana kami akan melancarkan tudung terbaharu iaitu RR Geometrik.
“Kemudian kami juga akan menjalankan beberapa aktiviti termasuk diskaun khas untuk semua skaf dan baju yang boleh dipadankan dengan skaf itu. “Acara kemuncak pula adalah sambutan ulang tahun skaf Rizman Ruzaini pada 29 Julai ini.
IKLAN
Kami menjemput mereka yang sudah memiliki RR Mono Scarves dan istimewa untuk 200 yang pertama akan dapat tudung edisi khas Rizman Ruzaini secara percuma. Mereka hanya perlu pakai RR Mono Scarves ke acara tersebut” katanya.
Sambutan baik pembeli setia
Menurut Ruzaini pula, pihaknya berasa sangat gembira kerana jenama RR ini mendapat sokongan daripada peminat skaf. “Sambutan baik diberikan kepada jenama kami membuatkan kami jadi lebih seronok. Kami di Rizman Ruzaini memang sangat mementingkan kualiti.
IKLAN
Disebabkan itu, kebanyakan pembeli terus setia dengan jenama ini. “Selain itu, kami sangat aktif mengeluarkan skaf dan boleh dikatakan, setiap bulan ada keluaran baharu. Apa yang kami lakukan ini supaya pelanggan dapat mengumpul pelbagai jenis skaf keluaran kami,” katanya.
Mengulas mengenai persaingan daripada jenama tudung lain, Ruzaini berkata RR Mono Scarves mempunyai pengikut tersendiri. “Untuk persaingan, kalau di Malaysia ini adalah sihat sebab tiada berlawan antara satu sama lain. Saya fikir, jenama kami ada pengikut yang sangat kuat dan apa yang kami hasilkan ini adalah khas untuk mereka.
IKLAN
“Memang kami mengharapkan sokongan berterusan daripada pembeli. Kalau diikutkan skaf ini hanya dipasarkan secara dalam talian dan tidak lama lagi akan dijual di butik kami seluruh Malaysia. Hujung tahun ini kami akan buka sekali gus di lima tempat. Jadi, pembeli boleh lihat dan rasai secara dekat kualitinya.,” katanya.
Acara sambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves di KL East Mall turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada dua penyanyi terkenal tanah air iaitu Ziana Zain dan Ernie Zakri.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mempunyai rambut yang lebat dan tebal sudah tentu menjadi idaman segelintir dari kita. Ada juga yang masih lagi ikhtiar mencari solusi untuk melebatkan rambut dengan kadar yang cepat.
Mesti ramai daripada anda yang sudah cuba bermacam-macam cara seperti sapu minyak atau tonik rambut dan sebagainya. Rata-rata mungkin lambat untuk dilihat keberkesanannya. Mungkin anda boleh cuba carrot?
Tahukah anda lobak merah mempunyai banyak vitamin yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan. Sudah tentu ramai yang tahu lobak merah kaya dengan vitamin C, B, A, E, K, dan juga mineral seperti magnesium, potassium, fosforus, dan bahan antioksidan seperti beta-carotene.
Menurut blushin.com, kandungan vitamin dan mineral yang terkandung dalam lobak merah bukan sahaja membantu kulit malah ia juga membantu kesihatan rambut anda! Ada beberapa cara untuk anda gunakan lobak merah untuk kesihatan rambut yang cantik.
Jus lobak merah
Ada beberapa langkah mudah untuk anda gunakan cara ini. Anda hanya perlukan beberapa bahan dan alatan antaranya seperti jus lobak merah (sudah di-blend) dan sikat rambut.
Tuangkan jus lobak merah ke dalam botol penyembur yang kosong.
2. Sembur jus lobak pada akar rambut dan biarkan ia selama 15 hingga 20 minit.
3. Gunakan syampu dan perapi selepas 20 minit jus lobak di kepala anda.
4. Selepas keringkan rambut anda, sudah pasti anda akan rasakan perbezaannya di mana rambut menjadi lebih lembut, ringan, dan berkilat.
1. Campuran jus lobak merah, yogurt, dan pisang
Campuran pisang, lobak merah, dan yogurt boleh bantu proses pertumbuhan rambut. Ia juga boleh memberikan kesan berkilat dan lembut pada tekstur rambut anda.
2. Jus lobak merah, jus bawang besar, minyak zaitun, dan jus lemon
Penggunaan minyak zaiton dan jus lobak merah boleh juga memberikan manfaat untuk pertumbuhan rambut serta menjadi perapi asli rambut anda. Cara ini juga boleh mengelakkan dari keguguran rambut. Kandungan vitamin C dalam buah lemon juga boleh memberikan booster kolagen dan merangsang pertumbuhan rambut anda.
Kandungan vitamin, mineral, dan asid amino yang kaya dalam just lobak merah dan avokado dan membantu menyegarkan kulit kepala serta memberi booster kepada pertumbuhan rambut juga. Madu boleh memberikan kelembapan pada rambut dan membuatkan folikel rambut menjadi kuat. Oleh itu, ia merupakan perapi rambut semula jadi yang sangat bagus.
Orang ramai digalakkan tidak lagi berjabat tangan sebaliknya disarankan ‘salam siku’ untuk mengelakkan penyebaran kuman berikutan kes jangkitan koronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat di seluruh dunia.
Lapan negara telah mula mengaplikasikan salam siku ini iaitu China, Perancis, Australia, Brazil, Jerman,WHO, Romania dan Emiriah Arab Bersatu.
Cara baharu untuk menyapa antara sama lain itu mula menjadi ikutan selepas insiden Canselor Jerman, Angela Merkel menghulur tangan untuk bersalaman ditolak oleh Menteri Dalam Negeri, Horst Seehofer ketika kejadian pada Isnin lalu.
Bagi sesetengah pihak, ia mungkin kelihatan seperti satu tindakan biadab, namun Merkel berpendapat ia adalah perkara betul yang perlu dibuat.
Ketika berjabat tangan, individu memindahkan dua kali ganda jumlah bakteria berbanding ‘fist pump’ atau ‘high-five’.
“Kajian mendapati kita membawa 3,200 bakteria daripada 150 jenis spesies berbeza pada tangan kita dan secara purata kita akan bersalaman sebanyak 15,000 kali sepanjang hidup,” kata Pengarah Pendidikan Perubatan di Anglia Ruskin University di United Kingdom (UK), Nicky Milner.
Di Itali, Menteri Kesihatan, Olivier Veran juga menasihatkan orang ramai supaya tidak berpeluk atau bercium sebagai langkah membendung penularan wabak tersebut.
Sementara itu, Pengarah Penyakit Pandemik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Sylvie Brand cuba menyokong ‘salam siku’ menerusi Twitter ketika beliau mengulas tentang cara menyapa yang selamat.
Salam siku atau elbow bump mula diguna pakai oleh rakyat Liberia ketika serangan wabak Ebola selepas doktor mendakwa 80 peratus daripada selesema, demam dan jangkitan pernafasan disebarkan melalui tangan.
Sumber kredit: Sinar Harian dan Agensi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan ini yang bertukar menjadi satu penderitaan. Namun, sampai bila kita mahu untuk memendam dan tidak mahu rasa bahagia dalam kehidupan yang singkat ini?
Jom kita bersama menelaah perkongsian yang dibuat oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fazilah Kamsah tentang bagaimana seseorang itu boleh menukarkan ‘penderitaan’ kepada ‘kebahagiaan’.
Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menukilkan satu bebenang (thread) di Twitter mengenai tip bagi anda yang ingin menukarkan ‘derita’ kepada ‘bahagia’ dalam kehidupan. Ini adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan:-
1. Tukar rutin harian anda
Menurut beliau, anda cuba mulakan hari pada seawal 4.30 pagi. Ketika itu, kita sedang bersendiri dan tiada apa gangguan yang akan mengacau. Jadi disarankan untuk dekatkan diri beribadat dan lakukan aktiviti yang produktif seperti bersenam atau menambah ilmu (penyelidikan dan sebagainya).
2. Hidup dengan cara minimalis
Cuba perhatikan sekeliling rumah anda–jika kelihatan terlalu banyak benda itu tandanya anda perlu untuk mula mengemas! Kadangkala, persekitaran yang terlalu ‘sesak’ akan membuatkan anda rasa terlalu ‘sesak’ sehinggakan tiada ruang untuk bernafas. Ambil plastik dan asingkan barang yang tidak perlu!
3. Lakukan pemeriksaan kesihatan
Ramai yang alpa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan sering mengambil endah tentangnya. Anda boleh cuba amalkan untuk lakukan setiap 3-6 bulan sekali. Ini boleh membantu anda untuk perhatikan keseimbangan diet dan menambah apa yang berkurang.
4. Cari ‘true calling’ dalam hidup
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘true calling‘? Ianya bermaksud anda perlu mencari satu objektif atau goal dalam kehidupan. Sesuatu yang membuat anda berinspirasi dan ingin kecapi. Itulah satu semangat yang bakal menguatkan diri anda untuk jadi lebih konsisten dalam kehidupan!
5. Jaga kesihatan mental
Kesihatan mental perlulah dijaga sebaik mana anda menjaga kesihatan fizikal. Mental ini penting kerana ia banyak mempengaruhi cara kita berfikir dan interaksi bersama sesuatu perkara. Jadi elakkan untuk terlalu overthinkingdan gunakan minda untuk berfikir tentang sesuatu yang lebih indah.
6. Perbaharui kehidupan sosial
Cuba dekatkan diri anda dengan circle atau kumpulan kawan yang lebih cenderung membuat anda rasa selesa dan stress-free! Susah juga jika anda cuba untuk fit-in meski pun mereka layan anda ala kadar. Ingat…anda adalah berharga dari mereka yang toksik!
Adakalanya kita tidak perasan suasana atau tempat kerja itu sendiri akan membuatkan diri ini pada tahap yang sama. Jika anda berfikir sebegitu–ubah pekerjaan dan mula mencari sesuatu yang lebih menjaminkan masa depan anda!