Sebelum ini pasangan anak jutawan SM Faliq dan Chryseis Tan memilih mengenakan songkat untuk majlis resepsi mereka. Dan minggu lalu juga menyaksikan pasangan doktor, Dr Puteri Julia Nabilah dan Dr Dziya Faqhran turut menyarung persalinan songket untuk majlis resespsi. Dr Julia merupakan anak sulung kepada pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil. Majlis yang diadakan di sebuah hotel ini menyaksikan pasangan sama cantik sama padan begitu bergaya dengan busana klasik songket sungguh memikat.
Penampilan Dr Julia memang begitu menarik perhatian dengan busana songket rona kuning di raja ini hasil rekaan pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini. Istimewanya busana ini turut diperindahkan dan dimewahkan dengan perincian taburan manik di bahagian cape.
Begitu juga pasangannya, Dr Dzhiya yang lengkap berbaju Melayu dari fabrik sama serta tanjak dan selitan keris di pinggang.
Majlis resepsi kali ini adalah bagi meraikan tetamu kenamaan serta rakan-rakan artis yang turut hadir memeriahkan lagi suasana malam itu.
Sebelum itu, pasangan ini selamat diijab kabulkan dengan berwalikan sendiri adik Dr Puteri Julia, Megat Jufri yang turut menyempurnakan majlis akad nikah berkenaan.
Ramai gadis menginginkan kulit yang cerah dan sempurna, dan tidak ada kekurangan krim dan losen pencerah kulit di pasaran. Memandangkan penggunaan kosmetik berasaskan bahan kimia untuk tempoh yang lama boleh membahayakan kulit, anda perlu mengetahui petua ini rahsia selebriti untuk cerahkan kulit dalam satu malam.
Tetapi, anda harus sedar bahawa anda tidak boleh berubah daripada berkulit gelap kepada kelihatan cerah, seperti yang digambarkan dalam beberapa iklan untuk krim keadilan. Anda boleh kembali kepada warna kulit semula jadi anda, yang cenderung menjadi gelap dari semasa ke semasa disebabkan oleh faktor seperti habuk, pencemaran dan sebagainya.
Trend kecantikan terkini yang terkenal di kalangan selebriti adalah ‘skin flash’ yang hanya perlu lakukan seminggu sekali. Menurut perkongsian Dr. Lim atau lebih dikenali di media sosial Dr_ingky, teknik berkesan hanya satu malam dan apa yang anda perlukan ialah proses pengelupasan. Jom ikuti langkah ini:
Fungsi Vaseline atau face oil untuk mengunci kelembapan dalam kulit anda, tanpa cairkan vitamin C anda. Jika kulit wajah merengsa tidak tahan dengan keaktifan vitamin C, anda boleh menggantikan tranxenamic serum arbutin serum.
Walaubagaimanapun untuk hijabi yang mempunyai masalah kulit wajah seperti berminyak dan berjerawat, anda disarankan untuk tidak mencuba dahulu teknik mencerahkan kulit ini. Ada lebih baik selesaikan dahulu masalah kulit yang anda hadapi. Selamat mencuba!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: DR_ingky
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cuaca di negara kita ini memang tidak menentu. Sekejap panas, sekejap hujan. Bila panas, anda akan terasa bahangnya hingga anda mengambil keputusan untuk mandi. Tetapi sebelum anda mandi, sebenarnya ada beberapa waktu anda tidak dibenarkan mandi kerana ia ada kaitan dengan kesihatan.
Antara waktu anda dilarang mandi adalah:
30 minit selepas solat Asar merupakan waktu di mana darah anda ketika itu sedang panas. Jika anda mandi, ia akan menyebabkan badan menjadi penat untuk melakukan sebarang pekerjaan.
Jantung anda selepas Maghrib akan mula lemah untuk melakukan pekerjaan. Kajian menunjukkan bahawa jika anda mandi selepas Maghrib, ia akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan menyebabkan paru-paru berair.
Selepas solat Isyak, jantung akan berhenti bekerja dan akan berehat. Jika anda mandi pada waktu itu, ia akan menyebabkan kerosakan jantung kerana dimasuki air.
Sebaiknya, mandi satu jam selepas jam 12.00 malam iaitu antara jam 2.00 hingga 3.00 pagi. Ia akan memberi tenaga pada badan seperti bateri lemah yang telah dicas semula.
Walaupun berada di luar negara, namun tidak membataskan anak Melayu yang merantau mencari rezeki di sana untuk membanggakan nama Malaysia. Seperti kisah wanita ini, Dr Eliesmaziah Alias, 45 tahun yang boleh tersenyum bangga kerana mampu mencipta nama di bumi asing, iaitu United Kingdom, (UK) apabila tudung rekaannya menjadi pilihan untuk dipakai polis wanita di negara berkenaan.
Menurut Dr Eliesmaziah atau lebih mesra dipanggil Dr Elies, idea untuk mencipta hijab yang digunakan polis wanita UK bermula ketika beliau bertemu berjumpa beberapa polis dalam satu pameran di UK.
“Ketika itu saya lihat uniform mereka dan beritahu material begini tak sesuai untuk anggota polis. Lalu saya berbincang dengan mereka dan dari situ bermulalah perbincangan seterusnya dengan pihak atasan.
“Ternyata tudung sukan jenama MoreSlim rekaan saya digunakan untuk polis wanita Muslim mereka yang biasa tetapi mereka meminta saya membantu untuk design hijab yg sesuai untuk polis wanita Muslim unit taktikal.
“Design saya juga banyak kali digunakan sebagai experiments antara pihak polis UK. Yang ini tudung lain dan sangat istimewa. Dan saya juga benar-benar berharap dapat membantu polis, askar dan anggota keselamatan lain di Malaysia pula satu hari nanti,” ujarnya ketika dihubungi secara dalam talian.
Beliau dan keluarga yang kini sudah 30 tahun berhijrah ke UK dan tinggal di Manchester. Menceritakan detik penghijrahannya di sana, Dr Elies berkata bermula sebaik tamat peperiksaan SPM dan mengambil A Level di sana.
“Pada asalnya saya ke UK setelah peperiksaan SPM untuk mengambil A level seterusnya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Tetapi kemudiannya berpindah ke Mechanical Engineering sebelum meneruskan pula pengajian dalam MSc dalam bidang Medical Engineering.
“Setelah keputusan cemerlang, saya kemudiannya ditaja oleh kerajaan UK dan beberapa small companies untuk membuat PhD Biomaterial and Biomedical Engineering. Project student saya juga telah mendapat anugerah di Institute of Mechanical Engineering.
“Kemudian saya menjadi ResearchScientist di universiti dan bekerja dengan pakar bedah untuk mencipta alatan bagi pembedahan dan material untuk ditanam dalam tubuh manusia. Projek terakhir saya sebelum berhenti merupakan develop a sensor untuk detect penyakit jantung,” tambahnya yang kini senang dengan tuganya sebagai founder/owner Instant Hijabs UK selain menguruskan hal keluarga.
Menurutnya juga walaupun sudah lama tinggal di sana namun tiada kekangan dalam berhijab dan hidup sebagai wanita Muslim di rantau orang.
Malah menurutnya apa yang penning adalah pembawaan diri. Baginya Muslimah yang cerdik dan berpendirian adalah lebih dihormati.
“Saya dah tinggal di luar negara nak dekat 30 tahun. Sepanjang saya tinggal di sini, belajar di kolej, universiti dan bekerja di universiti, belum pernah lagi saya bertemu dengan soal diskriminasi pelajar kerana mereka bertudung.
“Seseorang pelajar itu akan berjaya sekiranya mereka menunjukkan prestasi pembelajaran yang baik, mengambil bahagian dalam sistem pendidikan dengan aktif (bukan hanya duduk diam. Ini kerana pakai tudung tak semestinya jadi tunggul kayu tak bercakap kalau cikgu tanya soalan). Ramai pelajar cemerlang yang terdiri dari mereka yang menutup aurat dengan betul.
“Saya juga sering mengetuai meeting bersama syarikat-syarikat dan penyelidik-penyelidik, dengan orang putih sekeliling dan saya seorang wanita Muslim bertudung di hadapan. Tiada masalah dan paling penting kita berilmu,” cerita Dr Elias lagi yang juga bergelar isteri kepada seorang doktor perubatan dan mempunyai tiga cahaya mata.
Beliau yang berasal dari Melaka ini juga turut menjelaskan mula belajar menjahit dalam bilik jahit sebagai kerja sambilan.
“Saya peniaga kecil, atau orang panggil start-up. Saya bermula tanpa bantuan dari mana-mana agensi setahun yang lalu. Mula belajar jahit di bilik jahit sendiri dan hanya saya buat sebagai part time.
“Bermula dari situ saya mula terfikir untuk mengisi career break saya. Jadi atas kapasiti yang agak terbatas saya telah mengeluarkan dalam 1000-2000 helai tudung. Tetapi sekarang saya telah mendapat jalan, lebih banyak dalam production disebabkan banyak permintaan. Alhamdulillah saya bersyukur atas rezeki kurniaan Allah ini,” tambahnya lagi yang memberitahu syarikatnya juga telah menerima anugerah baru-baru ini.
“Baru-baru ini syarikat saya telah mendapat shortlisted as one of the finalist for start-upbusiness of the year, di majlis prestijious Islam Channel Business awards 2019 yang telah berlansung di London.
“Saya sangat-sangat bersyukur dalam banyak start-up business di UK ini kami terpilih dan dalam majlis tersebut kami merupanya satu sahaja syarikat Melayu yang memasuki peringkat akhir,” jelasnya yang hanya menjalankan bisnes secara online.
Dan dalam masa sama juga turut menawarkan khidmat penghantaran percuma sekitar UK. Kebanyakan pembeli hijab keluaran syarikatnya adalah dari UK, Eropah dan juga Australia.
Sebagai orang baru yang berjinak-jinak dalam bisnes hijab ini Dr Elies turut memberi pesanan cukup berguna.
“Sebagai seorang saintist dalam bidang biomaterial, saya memang berhasrat memberi khidmat saya kepada Muslimah dengan ciptaan yang berkualiti, yang dikaji dan sesuai untuk keselesaan.
“Saya juga amat berharap agar komuniti kita menghormati hak cipta dan penat lelah orang lain. Pengalaman saya pertama kali memasarkan produk ke Malaysia, saya berasa sungguh kecewa apabila mandapat tahu beberapa peniaga yang tidak beretika meniru hasil cipta orang lain tanpa segan silu.
“Perkara ini tidak ada di barat. Untuk menjadi masyarakat yang maju dan mempunyai daya saing dan inovasi, kita sebagai masyarakat sepatutnya membidas perkara ini dan tidak menyokong mereka. Dan amatlah malang sekali, mereka menganiaya peniaga dari kalangan seagama mereka,” tegasnya yang mahu menjadi seorang Muslimah yang pandai dalam menilai.
“Saya ingin Muslimah jadi pandai dalam menilai. Jangan jadi hamba fesyen. Kadang-kadang cantik tidak semestinya sesuai. Kenali kualiti bukan benda yg menjadi ikutan. Sayangi dan hormati diri sendiri dan jadilah seorang yang kuat.
“Motto hidup saya adalah selalu memberikan segala yang terbaik dalam segala pekerjaan kita. Saya ada anak semasa belajar, tapi kita kena kuat hadapi segalanya,” ujarnya lagi yang juga merupakan mantan Pengetua Sekolah Komuniti Malaysia Manchester.
Tudung MoreSlim yang boleh dibeli menerusi laman web www.instanthijabs.co.uk itu dilancarkan di London pada April 2018. Ataupun boleh melayari laman facebook Page MoreSlim Malaysia bagi yang berminat untuk mendapatkan sport hijab ini.