Penggayaan tudung adalah mengikut citarasa masing-masing dan ianya berpandukan kepada niat mereka tersendiri. Seperti lazim kita tahu, tudung itu tujuan utamanya untuk menutup aurat.
Jadi bagaimana dengan isu penggayaan tudung yang menyerupai rambut? Adakah ianya dianggap satu cara yang melampau bagi seorang hijabi?
Bergaya dengan hijab ikut dengan niat
Sumber dari Canva
Tren gaya hijab yang mempunyai unsur yang unik dan ada yang menyerupai rambut telah menapak lama di dunia fesyen tempatan. Bahkan, ramai juga yang menggayakan pelbagai jenis gaya mengikut citarasa mereka.
Ramai yang memberikan pandangan yang berbeza jika melihat seseorang yang menggayakan tudung seakan rambut. Ada juga yang mengeluarkan pendapat bahawa itu adalah haram bagi wanita oleh kerana ia boleh menimbulkan fitnah.
Perkara ini telah di bincangkan melalui laman e-Sumber Maklumat Fatwa Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang menjelaskan hukum bagi seorang wanita yang menyambung rambut atau memakai rambut palsu untuk berhias. Penggunaan rambut atau sesuatu yang menyerupai rambut di kepala adalah diharamkan oleh Allah SWT.
Ads
Ianya tidak kira mengikut kehendak wanita itu atau dilakukan oleh orang lain seperti juru andam atau juru solek. Perbuatan ini haram sama sekali kerana ia mengundang unsur-unsur penipuan dan fitnah yang seakan mengubah ciptaan Allah SWT.
Berkongsi oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan makna fesyen yang sebenar bagi umat Islam mengikuti peraturan yang mengikut hukum syarak Islam. Ianya berketepatan dengan niat serta hukum yang betul.
Ads
Umat Islam perlu fahami makna berpakaian adalah menutup badan dengan betul meskipun ingin bergaya. Islam tidaklah menyekat untuk bergaya namun ia perlu mengikut syarat yang tertentu iaitu tidak melebih-lebih.
Telah diriwayatkan daripada Aisyah RA katanya “Sungguhnya Asma’ binti Abu Bakar RA telah masuk kepada Rasulullah SAW dalam keadaan memakai pakaian yang nipis lalu Baginda berpaling daripadanya dan bersabda: Wahai Asma’ sungguhnya perempuan itu apabila telah baligh tidaklah harus bahawa dilihat daripada badannya kecuali ini dan ini dan Baginda mengisyaratkan kepada wajahnya dan dua pergelangan tangannya.”
Tahun baharu 2023, merupakan permulaan yang baik bagi pelakon jelita, Intan Najuwa apabila dia sekeluarga dijemput Allah menunaikan ibadah Umrah di tanah suci Mekah.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Intan sendiri menerusi hantaran InstaStory miliknya pagi tadi, sebaik sahaja dia dan keluarga selamat menjejakkan kaki di bumi anbiya’ Madinah Al-Munawarrah.
Dalam hantaran tersebut dapat dilihat beberapa keping foto memaparkan suasana masjid Nabawi yang begitu indah pada dini hari. Intan turut meletakkan emoji bergenang air mata, mungkin juga Intan berasa sebak sewaktu menyaksikan sendiri panorama indah kota kelahiran Nabi Muhammad S.A.W itu.
Selain itu, Intan turut menyertakan sekeping foto dirinya berada di tengah-tengah Masjid Nabawi lengkap bertelekung, mungkin usai menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid berkenaan.
Pada hantaran terdahulu, Intan mengakui disebalik rasa teruja untuk menjadi tetamu di rumah Allah, dia juga merasa berdebar apabila kali pertama mahu menunaikan ibadah Umrah dan menjejakkan kaki ke tanah suci itu.
“Saya dan keluarga akan berangkat mengerjakan umrah esok (semalam), Minta doakan semoga semua dipermudahkan. Disini kami ingn memohon ampun dan maaf seikhlas hati atas semua salah silap dan halalkan makan minum kami.
“Esok (semalam) adalah harinya, Ya Allah berdebarnya. Setiap kali nak kesana, dia punya berdebar tak tahu nak cakap macam mana. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Malah, pelakon yang berusia 26 tahun itu lagi, meluahkan rasa teruja, berdebar dan tidak sabar untuk menunaikan umrah di Tanah Suci, memandangkan ia satu permulaan yang baik bagi tahun baharu, 2023.
“Saya tak sabar untuk berada di sana. Ia adalah permulaan yang baik untuk tahun 2023. Semoga Allah lindungi kita semua, ampuni kita dengan segala yang kita lakukan sama ada sengaja atau tidak. Semoga kita diberi hidayahnya,” katanya.
“Tak minta banyak, nak minta hati selalu tenang, sentiasa bahagia dengan orang tersayang sampai bila-bila. Orang yang sentiasa hargai kita. Tak nak minta banyak, minta untuk sentiasa dihargai tanoa balasan wang ringgit,” jelasnya.
Hijau dan runcing di bahagian luar, kuning dan lembut di bahagian dalam. Dari keterangan itu sahaja, anda sudah dapat mencium bau buahnya, atau membayangkan rasanya.
Sama ada anda menyukainya atau membencinya, digelar sebagai ‘Raja Buah’ yang tidak dapat dipertikaikan di Asia Tenggara, Durian kini diabadikan dalam bentuk Pesona eksklusif oleh Pandora Malaysia dan Brunei.
Bahagian luar buahnya dilapisi perak sterling, sementara bahagian dalamnya diperbuat dari Pandora Shine. Bentuk hati Pandora Shine kecil terpahat pada kulit bertekstur runcing dan gelaran buah yang dianugerahkan, “King of Fruits” terukir dengan khemat.
Lebih-lebih lagi, pesona berganda itu memberi inspirasi bagaimana buah ini biasanya dibuka ketika makan. Ilham ini mengimbau banyak kenangan manis mengenai perjumpaan keluarga di mana buah durian akan di makan hingga habis seperti istilah last kopek’ tepat sebelum Ramadan di mana pelancaran charm ikonik ini di butik Pandora Malaysia di Ampang.
Menariknya lagi ikonik charm ‘durian’ ini menurut Datin Sri Zahida Noordin (Pengarah Urusan Pandora Malaysia) di dalam majlis pelancaran 8 April lepas, beliau mengambil masa 11 tahun untuk menghasilkan ikonik charm ini. Di sebabkan permintaan yang ramai dan penjualan Pandora Malaysia menigkat baik, pihak atasan Pandora meluluskan untuk menghasilkan ikonik charm ini di pasaran Malaysia dan Brunei.
Beliau juga berharap ikonik charm ini sebagai buah tangan untuk rakyat Malaysia untuk mereka yang berada di tanah air mahupun di luar negara. Jadikan ikonik charm ini sebagai tanda anda sentiasa mengingati kenangan bersama orang tercinta.
Bagi pengemar aksesori Pandora, pesona ini sangat sesuai untuk semua pencinta durian di luar sana! Anda boleh menambahkan daya tarikan untuk pop yang suka bermain dengan apa sahaja penampilan musim ini atau memakainya sebagai penghargaan atas rasa cinta anda terhadap ‘Durian lovers’.
Koleksi ini akan tersedia di semua butik Pandora di seluruh negara pada 15 April 2021 dan juga merangkumi Koleksi Hari Ibu & Raya untuk perayaan yang akan datang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dilahirkan di Indonesia dalam keluarga yang begitu mementingkan kesihatan dan kecantikan diri terutama menerusi amalan memakan jamu, Pelakon Indonesia yang juga menantu tiri kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin dilihat tidak mahu mempersiakan semua itu untuk diamalkan.
Semua insan bernama wanita tanpa mengira peringkat umur jangan pernah ada rasa takut untuk mencubanya. Malah dengan usahanya kini lahir lah jutawan-jutawan hasil dari menjual jamu. Ohsem bukan!
Memilih untuk mengembangkan sayapnya dalam bidang perniagaan apabila memilih untuk menjual jamu. Tya menepis spetikal orang jual jamu sekarang tidak seperti jual jamu di lorong-lorong kedai. Buktinya dia sudah membantu ramai sahabat-sahabatnya menjadi jutawan.
Baru-baru ini Adeep Nahar GV9 menzahirkan rasa bangga terhadap isterinya bergelar jutawan Jamu Mutyara menerusi Mutyara Home Centre, usaha yang sama sekali tidak dijangka kejayaan isterinya sampai di peringkat ini.
“Terima kasih kepada Tya Arifin, Asyraf Khalid kerana menjadi guru dan sahabat isteri saya.”
Demikian kata penyanyi dan rapper Adeep Nahar GV9 mengenai kejayaan isterinya, Mazlin Merezukhi yang kini bergelar jutawan dengan menjadi stokis jamu Mutyara menerusi Mutyara Home Centre (MHC).
Adeep, 45, atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar berkata, konsep perniagaan MHC yang diperkenalkan oleh pasangan suami isteri Tya Arifin dan Asyraf Khalid itu adalah inisiatif perniagaan alaf baru yang melahirkan ramai ahli perniagaan berjaya selain dijalankan dari rumah dan menggunakan modal rendah.
“Awalnya isteri beritahu mengenai jamu Mutyara. Saya pun tanya perniagaan ini macam mana. Sebelum menjadi pramugari, isteri pernah menjadi kontraktor. Jadi, dia ada asas dalam perniagaan. Saya tak nak halang dia, sebab dia dah biasa bekerja. Malah, dia yakin untuk buat perniagaan ini.
“Selepas tiga tahun, dia beritahu berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Sebagai suami saya bangga dengan usahanya yang bekerja siang dan malam, bertungkus lumus dengan apa yang dibuat. Kepercayaannya terhadap Mutyara, Tya dan Asyraf sangat tinggi.
Mutyara Beauty hadir khas bagi mengubah skeptikal golongan wanita terutamanya yang melihat jamu hanya untuk santapan orang tua semata-mata. Malah. Ia juga dicipta seiring dengan arus pemodenan khusus buat golongan wanita masa kini yang sibuk bekerjaya dan memilih jalan mudah untuk kekal bertenaga serta cantik.
Perniagaan ini yang dahulunya secara kecil-kecilan sambil dibantu suaminya, Ibu kepada si cilik popular, Arif Jiwa Asyraf ini melebarkan sayapnya dengan ada sokongan antara satu sama lain. Begitu juga Adeep Nahar GV9, sentiasa menyokong usaha isterinya walaupun pada awalnya dia juga mempunyai septikal tentang produk yang dijual isterinya.
“Selama tiga tahun saya melihat isteri menjalankan perniagaan ini, dia sangat positif. Daripada nasihat Tya, Asyraf dan gurunya Dr Azizan, mereka semua orang yang sangat positif dalam semua aspek. Saya pun ambil semangat itu,” katanya.
Menurutnya, antara inti kejayaan adalah suami isteri perlu saling menyokong.
“Tidak kiralah dari segi perniagaan apa, walaupun bukan dalam bisnes sama, suami dan isteri perlu saling menjadi tulang belakang. Doa masing-maisng sangat penting. Saya sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan buat isteri,” katanya.
Sementara itu, Mazlin yang sudah tiga tahun berniaga jamu Mutyara berkongsi dia bermula sebagai pengguna dan keberkesanan produk ini, membuat dia berkobar-kobar berkongsi dengan orang ramai dan hasratnya disambut baik oleh pasangan suami isteri ini.
“Kali pertama mencuba produk ini, saya cakap pada suami produk ini ‘sesuatu’. Dia macam terkejut, sebab dia tahu saya seorang yang sangat skeptikal dengan produk. Selepas tiga hari minum, alhamdulillah sakit pinggang yang dialami selama tujuh tahun sebelum itu sembuh serta merta.
“Kebetulan, Tya dan Asyraf mencari stokis. Jadi, saya cakap pada suami nak mencuba. Saya yakinkan suami dan nekad kalau nak menjadi usahawan tak nak biasa-biasa. Saya ambil pakej yang paling tinggi. Sebab, kalau nak buat, kena betul-betul. Mereka adakan sesi perjumpaan dan saya beranikan diri pergi sendiri.
“Ketika itu juga mereka memberikan penghargaan kepada usahawan yang menjual jamu Mutyara. Saya pegang ‘award’ itu dan mula berangan. Ternyata, ada yang boleh berjaya dengan perniagaan ini,” katanya.
Menurutnya, usaha yang dimulakan secara zero dan hasil tunjuk ajar daripada Tya, dia menerusi pasukannya dikenali sebagai Team Chantek dinobatkan sebagai jutawan Mutyara pada Ogos tahun lalu selain sudah mempunyai 2,500 ahli di bawahnya.
“Di Mutyara kami macam keluarga. Budaya yang dibawa Tya dan Asyraf adalah nak membantu orang. Nampak kesungguhan mereka ke arah itu. Tidak wujud jurang antara pengasas dan usahawan. Saya berasa sangat dengan mereka. Jadi, bila dapat persekitaran seperti itu, kita berasa gembira dan ‘enjoy’ dengan apa dibuat.
“Diakui ada masa berlaku turun naik dan jualan kurang, tapi itulah kehidupan. Tapi, apa boleh dikatakan saya gembira bersama mereka. Bukan saja saya, tapi usahawan lain pun merasakan perkara sama. Kami diberikan peluang sama rata,” katanya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.