Bagi seorang wanita, memilih calon suami perlulah berhati-hati. Jangan kerana terdesak melihat rakan-rakan sudah mendirikan rumah tangga maka sesiapa sahaja jejaka yang datang melamar terus sahaja terima.

Sebagai seorang wanita, kita berhak untuk cerewet memilih calon suami. Ini kerana suamilah yang akan memimpin kita bukan sahaja di dunia tetapi juga ke akhirat.

Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melalui entri di Facebooknya memberi pesanan buat wanita yang ingin mencari calon suami.


Sedikit pesanan untuk wanita di luar yang sebelum berkahwin. Anda bukan sahaja sedang mencari seorang suami tetapi anda juga sedang memilih bakal ayah kepada anak-anak anda!‬

Bila Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam kata kahwini seseorang kerana agamanya, ianya juga meliputi akhlak!‬


5 CIRI SUAMI PILIHAN MENGIKUT ISLAM

IKLAN

Bagi seorang wanita solehah , mencari calon suami tentunya memerlukan banyak pertimbangan dan tapisan sesuai dengan kehendak Islam . Di sini ada beberapa ciri – ciri yang diperlukan mengikut turutan kepentingannya . Antaranya:

PASTIKAN CALON ITU SEORANG MUSLIM SEJATI
Konteks muslim di sini ialah berilmu, beriman dan beramal soleh serta menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumah tangganya dari api neraka . Sekiranya calon itu bukan Muslim, pastikan dia memeluk Islam kerana sayangkan Allah dan Rasulullah bukan kerana sayangkan kekasihnya semata-mata.

Allah berfirman : ”Wahai orang – orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.”
( Al – Tahrim 66 : 06 )

SIKAP CALON SUAMI TERHADAP KELUARGANYA TERUTAMA IBU BAPANYA
Rasulullah SAW bersabda : “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”
( Sahih Sunan al – Tirmizi , no : 1899 )

IKLAN

Calon suami yang baik tidak akan menderhakai ibu bapanya kerana anda serta memainkan peranannya di pertengahan diantara ibu bapanya dan anda .
Sabda Rasulullah : “Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya ( ibu ).”
( Sahih Sunan al – Nasa ‘ e no : 3104 )

Seorang lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keperihatinan besar kemungkinan akan melayan isterinya dengan penuh keperihatinan juga dan begitulah sebaliknya .

CIRI KEMPIMPINAN
Firman Allah yang bermaksud : “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” ( al – Nisa 4 : 36 )
Berikan calon suami satu senario, perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan, perhatikan bagaimana dia menyelesaikan. Berikan dia satu perancangan, perhatikan bagaimana dia mengaturnya . Berikan dia satu amanah, perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya .

IKLAN

KEWANGAN
Sabda Rasulullah SAW : “Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri – isteri kalian … mereka memiliki hak di atas kamu , iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.”
( Sahih Muslim , no : 2137 )

Suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri . Suami tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan .

AKHLAKNYA
Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia ( sikap santun ) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya . “
( Sahih Muslim no : 2594 )

Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tegang, tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak yang perlu diperhatikan .

Sumber kredit: Firdaus Wong Wai Hung dan Calon suami yang dicintai calon isteri

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI