Orang kulit berminyak sentiasa membuat tanggapan sendiri yang mereka tidak boleh menggunakan face oil sebagai rejimen kecantikan mereka. Sis, boleh sahaja guna tapi mengikut kesesuaian produk dan jenis minyak itu!

Artikel berkaitan: Air Mawar, Air Ajaib Untuk Kecantikan Dari Kulit Wajah Hingga Kulit Kepala

Belum Cuba Tidak Tahu Keberkesanannya Sis!

Dilaporkan oleh Alodokterface oil ini banyak manfaat buat mereka yang kulit berminyak. Ia digunakan untuk membersihkan dan merawat kulit wajah dengan memperbaiki struktur lapisan kulit yang telah rosak.

Kulit juga mendapat nutrisi dan juga kelembapan yang terjamin dari kegunaan minyak ini. Tapi anda perlu tahu apakah face oil itu selamat digunakan pada muka atau tidak.

Ini kerana kebanyakan minyak muka ini perlu anda pertimbangkan dari segi nisbah asid oleik dan asid linoleik. Oleh kerana kadar asid oleik yang tinggi boleh membentuk tekstur yang lebih tebal, ia tidakmampu menyerap ke dalam kulit malah boleh menyumbatkan pori-pori dan menimbulkan bintik hitam serta jerawat.

IKLAN

Tetapi minyak yang mempunyai kandungan asid linoleik yang tinggi lebih mudah diserap dan tidak akan menyumbatkan pori-pori di muka. Jadi macam mana nak pilih minyak yang sesuai serta noncomedogenic?

Ini adalah beberapa jenis minyak muka yang sesuai buat anda yang ingin mencuba teknik ini!

Sumber dari Canva

#1 Minyak Jojoba

Berasal dari pokok Jojoba atau Simmondsia Chinensis. Ia merupakan sejenis minyak yang mampu mengimbangkan pengeluaran sebum di muka. Kemampuannya juga boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka atau lapisan kulit yang rosak. Anti-radang dan antibakteria membuatkannya sebagai penghalang pertumbuhan jerawat.

#2 Minyak biji anggur

Terdapat kajian menyatakan minyak biji anggur kaya dengan vitamin E di mana ia boleh melindungi kulit daripada terdedah dengan radikal bebas dan cahaya matahari. Selain itu, minyak jenis ini bersifat antimikrob. Ia juga dapat melawan jangkitan kuman yang boleh menyebabkan bisul dan jerawat pada muka.

IKLAN

#3 Minyak bunga matahari

Minyak dari bunga matahari juga sangat bagus untuk kegunaan kulit muka. Ia mampu menyembuhkan kesan terbakar yang ringan, mengurangkan masalah kulit kering, serta menguatkan dan membaiki lapisan kulit.

#4 Minyak rosehip

Kaya dengan kandungan provitamin A dan atioksidan, minyak rosehip boleh melindungi kulit daripada kesan keradangan, kerosakan sel, penuaan pramatang, serta mengurangkan risiko kanser kulit akibat radikal bebas yang mempunyai tekanan oksidatif dan sinaran UV.

#5 Minyak Marula

Tidak sahaja memberikan kelembapan pada kulit, minyak Marula boleh menyihatkan kulit serta membaiki sel kulit yang rosak dan cegah penuaan pramatang. Manfaat ini datang dari kandungan vitamin C, vitamin E, serta antioksidan yang di milikinya. Tekstur yang ringan dan lembut cepat sahaja boleh meresap ke dalam kulit dan tidak menyumbat pori-pori kulit.

IKLAN

Artikel berkaitan: 3 Produk Untuk Satu Rejim Kecantikan. Kawal Wajah Berminyak & Sensitif Dengan Langkah Mudah Ini

Jadi anda boleh sahaja menggunakan teknik membasuh muka dengan face oil atau urut muka dengan minyak yang bersesuaian. Nak cantik haruslah kena usaha dan lebih peka! Selamat mencuba!

Sumber: Alodokter

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI