Kek dan kuih raya adalah antara makanan ringan yang wajib dihidangkan pada hari raya. Namun, makanan ringan ini sering dielakkan kerana ia sinonim dengan kalori yang tinggi.
Terutama bagi anda yang sedang berdiet, pengambilan makanan bersama diet anda menjadi antara perkara yang perlu diberi perhatian.
Membakar kek rendah kalori sebenarnya tidaklah begitu sukar. Kami telah meringkaskan beberapa resipi kuih diet rendah kalori sesuai untuk menu hari raya dan dihidangkan kepada tetamu.
1.Strawberry Lemon Cake
Bahan-bahan:
250 g strawberi
1 gelas tepung gandum
75 ml yogurt biasa
75 ml susu badam
2 biji putih telur
75 ml jus lemon tulen
2 sudu kecil ekstrak lemon
1 sudu besar minyak kelapa
125 ml madu
¼ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil baking soda
Cara Membuat :
1.Panaskan ketuhar hingga 170°C. Griskan dulang pembakar dengan marjerin dan alas dengan kertas parchment sementara anda menunggu.
2.Letakkan tepung gandum, baking soda, serbuk penaik, dan garam dalam mangkuk
Ads
3.Dalam mangkuk lain, satukan madu, ekstrak lemon, jus lemon, yogurt, putih telur dan susu badam dengan pengisar.
4.Masukkan bancuhan tepung kacau dan ratakan.
5.Campurkan minyak kelapa ke dalam adunan, kemudian kacau lagi sehingga sekata
6.Tuang adunan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. Taburkan strawberi di atas dan kemudian tekan perlahan ke dalam adunan.
7.Masak dalam ketuhar selama kira-kira setengah jam.
8.Lemon Strawberry Tart sedia untuk dihidangkan
Ads
2.Muffin Pisang
Bahan-bahan:
80 gram pisang
50 gr oat segera
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil minyak masak
1 – 2 sachet pemanis
Cara Membuat :
1.Tumbuk pisang menggunakan garpu sampai halus
2.Pukul putih telur dan pemanis dengan mixer sehingga larut dan sedikit berbuih.
3.Tanpa mematikan pengadun, masukkan oat gulung dan soda penaik secara beransur-ansur
Ads
4.Akhir sekali, campurkan pisang raja ke dalam adunan dan masukkan minyak
5.Gaul dengan pengadun sehingga sekata.
6.Tuang ke dalam cawan muffin
7.Kukus atau masukkan ke dalam ketuhar untuk bekas muffin dan bakar selama kira-kira setengah jam
Ini adalah siri kek diet rendah kalori yang boleh disediakan sebelum hari raya. Ciptaan kek diet sihat ini boleh dihidangkan kepada rakan atau keluarga yang berkunjung ke rumah anda tau. Saya harap ia boleh menjadi inspirasi anda, ok!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hari ini di mana-mana sahaja semua orang memperkatakan tentang kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan topik ‘panas’ hari ini berkaitan dengan harga minyak yang naik mencanak-canak.
Warga maya mula memperkatakan beban yang perlu ditanggung terutama mereka yang berniaga apabila harga minyak naik. Harga baharu minyak masak bagi lima kilogram dijual pada harga RM42.50 selepas kerajaan tidak meneruskan subsidi bagi minyak botol satu, dua, tiga dan lima kilogram.
Memandangkan harga minyak masak telah meningkat lebih daripada 43%, maka kita sudah patut mengurangkan penggunaan minyak masak dalam menggoreng. Antara alternatif yang praktikal adalah dengan menggunakan penggoreng elektronik @ air fryer.
Sebelum anda berhajat untuk membeli satu, jom baca ulasan yang saya pernah kongsikan dulu.
Ramai yang sukakan makanan yang bergoreng disebabkan teksturnya yang ranggup dan rasanya yang sedap. Umum maklum yang makanan digoreng ini tinggi kandungan lemak yang mana dikaitkan (walaupun tidak konklusif) dengan penyakit terutamanya berkaitan jantung dan keradangan.
Maka, antara inovasi yang telah dicipta bagi memenuhi keperluan yang sama namun lebih sihat (dalam konteks menggoreng bahan masakan yang sama) adalah dengan menggunakan peralatan memasak seperti air fryer.
Air fryer merupakan convection oven bersaiz kecil yang direka khas untuk mendapatkan kesan menggoreng tanpa perlu menenggelamkan masakan dalam minyak mengoreng yang banyak. Bergantung kepada selera masing-masing, masakan hanya perlu direnjis atau diselaput nipis dengan minyak untuk mendapatkan kesan gorengan yang diinginkan. Dan ini dapat mengurangkan penggunaan minyak masak sehingga 70-80%.
BAGAIMANA AIR FRYER BERFUNGSI?
Air fryer mempunyai kipas yang berfungsi mengitarkan udara panas pada kelajuan yang tinggi dalam ruang memasak yang disediakan. Udara panas yang boleh mencapai suhu setinggi 250 degree Celcius (bergantung kepada model) akan membenarkan kesan gorengan berlaku pada permukaan makanan dengan cepat dan sekata.
Suhu yang tinggi mencetuskan tindakbalas Maillard pada permukaan masakan lalu memberikan warna, bau, rasa dan tekstur masakan yang ranggup di luar dan lembab di dalam.
Tindakbalas Maillard berlaku pada suhu 200 degree Celcius dalam air fryer (140-165 degree Celcius dalam proses menggoreng biasa). Bergantung kepada kuantiti masakan dan kawalan suhu, air fryer dapat mengurangkan masa memasak sehingga 20% dibandingkan penggunaan ketuhar biasa.
Selain daripada menggoreng, air fryer juga digunakan untuk memanggang, membakar (biskut dan kek) dan juga boleh mendapatkan hasil telur rebus tanpa menggunakan air! (boleh lihat di ruangan komen antara hasilnya).
Terdapat pelbagai jenama, model dan jenis air fryer yang berada di pasaran. Pemilihan adalah bergantung kepada kegunaan, saiz dan kapasiti, penggunaan elektrik, rekabentuk, kualiti, jenama dan semestinya kemampuan masing-masing. Maka, boleh pilih yang mana bersesuaian dengan tujuan penggunaan anda.
ANTARA KEBAIKAN AIR FRYER:
*Tanpa minyak tambahan/ sangat kurang penggunaan minyak menggoreng
*Masa memasak dapat dipendekkan
*Pelbagai guna (mini oven)
*Mudah digunakan (digital vs analog)
*Mudah dibersihkan jika dibandingkan oven
*Kurang berbau masakan
*Kurang haba panas jika dibandingkan oven biasa
*Tiada percikan minyak/ terkena minyak panas
*Kanak-kanak juga boleh menggunakannya dengan mudah apabila dilatih dengan betul
ADAKAH MEMASAK DENGAN AIR FRYER LEBIH SIHAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KAEDAH MEMASAK YANG LAIN?
Bergantung kepada jenis masakan dan bahan masakan. Sememangnya memanggang dan membakar adalah lebih sihat hasil masakannya daripada menggoreng. Dan masakan daripada bahan terproses seperti sosej, nugget, daging burger dan sebagainya juga tidak sihat jika dibandingkan dengan bahan segar seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya. Ingat, air fryer ialah peralatan memasak. Bukannya ‘magic pan’ yang boleh mengubah komposisi masakan!
BENARKAH MEMASAK DENGAN AIR FRYER BOLEH MENGHASILKAN BAHAN KIMIA PUNCA KANSER?
Bergantung kepada suhu dan bahan masakan. Suhu dalam air fryer yang tinggi mampu menghasilkan bahan kimia punca kanser (kasinogen) seperti acrylamide, polycyclic aromatic hydrocarbons dan heterocyclic amines.
Namun bahan-bahan kimia ini BUKAN dihasilkan dalam air fryer saja. Mereka juga terhasil daripada proses memasak dengan kaedah menggoreng, memanggang dan membakar tradisional juga. Contoh acrylamide terhasil daripada tindakbalas komponen dalam masakan yang mengandungi gula (boleh jadi gula tambahan atau semulajadi) dan asid amino (asparagine dan glutamine).
Sebenarnya pembentukan bahan kimia punca kanser dalam masakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, namun ianya boleh dikurangkan dengan MENGAWAL suhu memasak dalam air fryer.
Kajian menunjukkan semakin gelap warna masakan yang dipanggang, dibakar atau digoreng, semakin tinggi kandungan bahan kimia acrylamide. Maka, pastikan masakan sebegini masak cuma cukup-cukup saja (kekuningan) dan elakkan terlebih masak.
Seperti yang selalu dipesan, bersederhanalah dalam apa juga jenis makanan yang kita ambil. Neutralkan kesan risiko pelbagai jenis penyakit daripada pemakanan sebegini dengan pengambilan sayuran hijau yang kaya dengan fitokimia yang mana bersifat antioksida, antiradang, antikanser dan sebagainya. Semoga bermanfaat.
Siapa tidak kenal dengan pelakon cilik Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra disapa Aqish. Kini, keadaan kesihatannya menimbulkan pertanyaan ramai apabila perkongsian di Instagramnya menggunakan hashtag #fightcancer. Aqish sebelum ini dilaporkan menghidap masalah jantung.
Gambar dan status yang dikongsi di akaun Instagramnya.
“Dia telah menjalani rawatannya petang ini. Alhamdulillah Puteri semakin pulih.”
Status tersebut dipercayai dikongsi oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang mengatakan keadaan anaknya semakin baik.
Norashikin mengesahkan anaknya yang merupakan Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Asian TV itu menghidap kanser namun tidak menyatakan secara terperinci mengenai jenis barah yang menyerang anak kesayangannya itu.
Kami di Hijabista mendoakan agar Aqish cepat sembuh dan dapat terus aktif seperti biasa bagi mewarnai dunia seni tanah air. Ternyata Aqish sangat kuat menghadapi dugaannya ini. Jangan pernah mengalah wahai Aqish!
Jika melhat penampilan Rozita Che Wan atau Che Ta yang kekal cantik dan langsing ramai yang inigin tahu apa caranya. Walaupun usianya sudah mencecah 45 tahun, tetapi pelakon yang juga merupakan ibu kepada tiga cahayamata ini tak pernah nampak tak cantik. Selain dari minum air masak selepas sejam makan, apa agaknya rahsia Che Ta mengekalkan kejelitaan, kesihatan serta kebahagiaan setelah hampir empat tahun berumah tangga.
Menurut Che Ta, dia memang menjaga kecantikannya walaupun ketika di dalam rumah. Dia tidak mahu hanya cantik ketika di luar sahaja, tetapi mahu suaminya tetap memanggil dirinya seperti bidadari sebaik bangun dari tidur.
Bukan itu sahaja, sejak dulu dia memang sudah terbiasa menjaga kecantikan dengan penampilan menarik. Jadi tidak ada masalah untuknya kekal menarik walau dalam apa juga situasi.
Tida dinafikan dia antara artis yang rajin berselfie tidak kira walau di mana berada. Malah jika bercuti dalam atau luar negara, kita akan disajikan dengan OOTD yang berlainan setiap hari.
Menurut Che Ta, dia mengambil masa sehari suntuk untuk mem’packing’ baju jika mahu bercuti. Sebagai ibu dia bukan hanya menyiapkan untuk dirinya seorang, tetapi juga untuk anak-anaknya termasuk yang dewasa.
Walaupun sibuk dengan aktiviti, pelakon bermata cantik ini sesekali tidak melupakan tanggungjawab sebagai ibu. Dia akan pastikan dapat meluangkan masa bersama mereka untuk bercerita dengan anak-anak.
Pelakon tinggi lampai ini juga tidak memikirkan untuk menimang cahayamata lain setakat ini dan cukup hanya tiga orang. Ini kerana dia akan lebih fokus dan ada masa melihat tumbesaran masing-masing.
Menurutnya ketika mereka besar inilah masa sesuai menjadi kawan untuk anak-anaknya. Ini kerana jika sudah berkahwin nanti pasti mereka hanya akan bercerita soal apa sahaja dengan pasangan masing-masing
Jika bercerita soal Che Ta pasti tidak akan lari dari topik mengenai anak bongsunya Aaisyah Dhia Ranaa yang bukan saja comel tetapi juga petah bercakap. Malah Aaisyah sering jadi perhatian netizen kerana gemar sekali meniru aksi orang dewasa terutama ibunya sendiri dalam soal bermekap dan melawa.
Mengakui dia jarang berkongsi video melakukan aktiviti bersama Aaisyah tetapi tidak bermakna dia tidak meluangkan masa dengan anak bongsunya itu. Tetapi menurut Che Ta dia tak sempat nak merakam aktiviti kerana ketika bersama, dia tidak memegang telefon disebabkan mahu memberi perhatian dan fokus pada Aaisyah.
Che Ta juga turut membiasakan anaknya itu bergaul dengan orang ramai termasuk rakan-rakan Che Ta sendiri. Ini menyebabkan Aaisyah tidak takut dengan orang dan dia juga turut memberi pendedahan dan peluang kepada Aaisyah untuk bereksplorasi dengan persekitarannya.
Menurut Che Ta lagi walaupun begitu, dia tetap mengutamakan soal agama apabila memanggil ustazah untuk datang mengajar mengaji. Aaisyah juga menurutnya telah dihantar ke sekolah tadika bahasa Mandarin dan kini selain bahasa Melayu dan Inggeris, anaknya juga sibuk bercakap bahasa Cina.
Bertemu ketika pelancaran produk kecantikan Nell Aesthetica, Che Ta mengakui agak cerewet dengan pemilihan produk untuk menjadi dutanya. Mengambil masa agak lama sebelum mengambil keputusan untuk bersetuju bergelar duta produk ini selama setahun.
Dia turut melahirkan rasa bersyukur kerana kerjaya seninya tetap aktif dan terbaru turut dilantik menjadi Ikon Kedah. Dia diantik bersama Janna Nick dan akan turun ke Kedah dalam mempromosikan negeri itu hanya tiga kali setahun. Selain itu Che Ta juga turut bekerjasama dengan satu pemaju perumahan.
Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun...