Pencuci mulut hidangan pelengkap berbuka puasa bersama keluarga, lari dari kebiasaan resepi hebat ini boleh dibuat menjelang hari raya. Penggemar puding roti jangan lepaskan peluang meikmati ‘puding roti kayangan’, Nampak pun dah menyelerakan.

Resepi pudding roti kayangan ini berbeza dengan pudding roti yang sedia ada. Bahan utamanya roti anda boleh ‘up satu level’ dengan tukar menggunakan roti coklat berkismis. Nah hijabista kongsi resepinya ‘Puding Roti Kayangan’, boleh lah hidangkan untuk si dia nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Step By Step Buat Roti Kukus Sangkaya Ala Boat Noodle, Yang Baru Belajar Masak Boleh Cuba

Bahan Puding Roti:

IKLAN
  • 2 kotak susu coklat
  • 2 biji telur
  • 1 bungkus roti coklat kismis

Bahan Sos:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu tepung kastard
  • 5 sudu gula

Cara-cara:

IKLAN

  1. Lapik dulang dengan kertas penaik
  2. Penyekkan roti di dalam dulang
  3. Pukul 2 biji telur bersama 2 kotak susu coklat hingga sebati
  4. Tuang diatas roti, biarkan terendam dan kembang seketika
  5. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit
  6. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk

Cara buat Sos:

IKLAN
  1. Campurkan susu cair, air (tin susu), 1/2 sudu tepung jagung, 1 sudu tepung kastard dan 5 sudu gula.
  2. Masak dengan api perlahan, kacau sehingga pekat dan kental.
  3. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk.
  4. Potong roti dan hidangkan bersama sos berkrim Selamat mencuba!

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Kredit: Munirah Jasamai

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI