Masihkah Hijabi ingat, sewaktu bersekolah dahulu antara perkara paling mengujakan adalah apabila ternampak lori berwarna hijau muda jenama Milo memasuki perkarangan sekolah pada hari sukan sekolah.
Apabila guru memanggil barisan kelas masing-masing beratur untuk mengambil air milo lori berkenaan pastinya rasa gembira, tak sabar dan teruja untuk menikmati Air Milo lori ini.
Malah, ada yang sanggup beratur hingga dua tiga kali untuk menikmati air Milo ini sehingga puas. Ini kerana rasa air Milo lori ini begitu umphhh.. Dan berbeza dengan air Milo kotak, atau air Milo yang dibuat dirumah ataupun dibeli di kedai. Justeru, Hijabista berkongsikan resipi membuat Milo lori di rumah!
Ini Rupanya ‘Rahsia’ Dalam Secawan Milo Lori
Untuk pengetahuan hijabi, sebenarnya resipi untuk membuat air Milo adalah lebih kurang sama sahaja cuma yang membuatkanya lebih sedap adalah cara bancuhan yang berbeza.
Perkara ini, dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Syahrin Yen Zaini yang berkongsikan cara abang lori membancuh air milo.
Bagaimanapun, resepi air Milo lori yang dikongsikan ini adalah bagi porsi dan bancuhan berskala besar.
Cara Bancuh Air Milo Lori Macam Zaman Sekolah
Ads
Bahan-bahan:
8 tin susu pekat
8 tin susu cair
4 liter air panas
4 paket Milo(1 kg), total 4 kg
Ads
Ketulan Ais
Cara Penyediaan:
• Masukkan susu cair dan susu pekat dalam bekas. Hmm, mungkinkah susu cair dan susu pekat cap junjung rahsianya membuatkan milo lori begitu sedap dan digemari?
• Masukkan milo.
• Masukkan air panas, dan kacau sehingga rata dan sebati.
Ads
• Tuang bancuhan milo tadi dalam bekas berisi ais.
Jadi kalau Hijabi mahu membancuh air Milo lori ini di rumah, boleh lah membuat kira-kira terlebih dahulu untuk mengurangkan atau melebihkan bahan yang digunakan.
Sebagai peringatan, resipi bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi masih mengekalkan kelazatan Milo umphhh tersebut.
Sekarang dah boleh lah sis ubati kerinduan zaman persekolahan anda dengan menikmati Milo lejen ni di rumah. Mudah sahaja kan nak buat Air Milo lori ni? Selamat mencuba!
Sumber : Dailymakan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat yang sempurna apabila anda kyusuk beribadah. Salah Satunya Pilihan Sejadah yang tepat. Sejadah merupakan alas solat agar ibadah anda lebih selesa dan terhindar dari najis yang ada di atas lantai. Pelbagai corak dan warna sejadah yang menarik di pasaran dengan bahannya yang cukup beragam yang boleh membuat anda lebih selesa dalam beribadah.
Jika anda berminat membeli sejadah baru atau mencari sejadah untuk hadiah, ini antara tip cara memilihnya dan rekomendasi sejadah pilihan terbaik untuk keselesaan beribadah
Ada beberapa perkara yang harus anda perhatikan saat memilih sejadah, seperti corak, warna, bahan, serta ukurannya. Hijabista akan menjelaskannya dalam poin-poin di bawah ini agar terasa selesa untuk solat dengan sejadah pilihan yang tepat.
Anda akan menemukan pelbagai warna dan corak sejadah yang dijual, ada yang polos, bercorak batik, model tenun, serta corak-corak Islamik. Pilihan sejadah dengan warna gelap, seperti hitam dan coklat, banyak menjadi pilihan kerana tidak cepat kotor. Jika anda menginginkan sejadah yang lebih berwarna, tersedia ada seperti warna hijau, biru, pink, merah, atau campuran warna-warna tersebut.
Tidak salah dalam memilih warna dan corak sejadah, sesuaikan sahaja dengan kesukaan anda. Memilih warna yang sesuai kesukaan anda akan membuat lebih bersemangat ketika beribadah. Namun, jangan sampai gabungan warna dan coraknya membuat ibadah dan orang di sekitar anda jadi tidak khusyuk.
Jika ingin membeli sejadah untuk anak, dapatkan sejadah dengan warna-warna yang cerah. Hal ini tidak menjadi masalah karena dapat mendorong si kecil lebih bersemangat untuk beribadah.
Di antara banyaknya bahan sejadah, pilihlah yang paling selesa untuk beribadah. Bahan paling umum adalah baldu atau velvet yang akan terasa halus dan tidak licin. Bagi anak-anak, tersedia juga sejadah dengan bahan bulu boneka yang sangat lembut untuk kulit anak-anak.
Sejadah dengan bahan ilustrasi akan terasa gembira ketika digunakan untuk solat. Materialnya ringan dan dapat dibawa ke mana sahaja. Jika ingin membawa sejadah untuk travelling, pilih bahan PVC atau bahan waterproof . Agar boleh menggunakannya saat menjelajah ke mana jua untuk melapisi permukaan yang kotor. Bahan ini juga sangat ringan untuk anda ketika perjalanan.
Kualiti jahitan sejadah juga tidak boleh dilupakan. Jangan sampai ada benang-benang yang terurai kerana dapat tersangkut sehingga mengganggu kekhusyukan ketika beribadah.
Pilihlah sejadah dengan kualiti jahitan yang rapi, terutama ketika anda membeli sejadah dengan hiasan rumbai. Jika membeli secara online, baca ulasan terlebih dahulu dari pembeli tentang kualitinya. Sejadah yang berkualiti akan membuat anda beribadah dengan lebih khusyuk.
Ukuran sejadah juga perlu diperhatikan agar ibadah anda dan orang di sekitar tidak terganggu. Biasanya, sejadah memiliki ukuran lebar sekitar 54-70 cm dengan panjang sekitar 110 cm. Pemilihan ukuran yang sesuai membuat ibadah lebih selesa kerana seluruh tubuh anda tidak menyentuh lantai.
Sejadah untuk anak-anak memiliki ukuran yang lebih kecil, sekitar 60 cm x 35 cm. Namun, perhatikan juga tinggi si kecil agar ketika sujud tetap berada di dalam area sejadah. Bila si kecil lebih tinggi daripada anak seusianya, berikanlah sejadah dengan ukuran yang lebih luas agar lebih selesa dalam beribadah.
Kebersihan sejadah harus tetap diperhatikan agar kulit tetap baik dan bebas debu. Sejadah yang sudah lama tidak dicuci akan menjadi bau sehingga solat anda terganggu. Cuci sejadah dengan detergen untuk menghilangkan kotorannya. Namun, hindari menjemur sejadah di bawah sinar matahari secara langsung agar warna dan kualiti bahannya tetap terjaga.
Meski begitu, harap diingat bahawa tidak semua bahan sejadah dapat dicuci sendiri. Ada beberapa bahan yang cukup dilap dengan kain basah, lalu diangin-anginkan saja agar kering. Gunakan larutan pembersih dari baking soda untuk menghilangkan kotoran dan bau pada bahan yang tidak boleh dicuci.
Vacuum cleaner boleh menjadi solusi praktikal ketika anda ingin membersihkan sejadah. Jangan lupa untuk selalu membaca petunjuk cara penjagaan sejadah yang anda beli. Petunjuk tersebut biasanya ada pada bungkusan atau label produk. Dengan demikian, kualiti bahannya akan tetap terjaga dengan baik.
Setiap manusia punyai masa silam dan zaman jahil masing-masing yang tidak perlu diwar-warkan kepada umum kerana ia seolah membuka pekung didada dan mencanang aib yang telah Allah tutup rapi demi menjaga air muka umatnya.
Begitu juga dengan apa yang dialami seorang hijabi dari negara jiran, Indonesia yang dikenali sebagai ‘Mondy Tatto’ apabila dia yang dahulunya gemar mencacah tatu kekal pada setiap bahagian tubuhnya termasuk wajah, akhirnya menerima hidayah untuk kembali ke pangkal jalan.
Perubahan drastik dari segi penampilan Mondy yang kini terlihat begitu sopan, lengkap bertudung labuh telah berjaya menarik perhatian dan menjadi buah mulut warganet dari Indonesia hingga ke Malaysia.
Perkara berkenaan mulai tular di laman Tik Tok milik Mondy sendiri apabila dia memuatnaik video dirinya, yang cantik berpakaian labuh longgar, patuh syariah lengkap bertudung labuh diiringi oleh beberapa rakan yang lain di sebuah lokasi.
Dalam video berkenaan, turut kelihatan sosok yang tidak asing lagi iaitu pendakwah bebas popular dari Malaysia, ustaz Ebit Lew yang turut berada di lokasi sama.
Hijabista difahamkan bahawa Ustaz Ebit merupakan antara figura yang bertanggungjawab diatas penghijrahan gadis tatu, Mondy hingga mencetuskan pelbagai respon dan maklumbalas dari orang ramai.
Menjengah ke ruangan komen, Hijabista mendapati bahawa, kebanyakan netizen membanjiri ruangan komen pada hantaran berkenaan dengan menzahirkan rasa syukur dan gembira terhadap perubahan positif kearah lebih baik yang dilakukan Mondy terhadap penampilannya sebelum ini.
Selain itu, ramai dikalangan wargamaya turut mendoakan agar segala urusan Mondy dipermudahkan oleh Allah dan semoga dirinya terus kuat dan istiqamah menutup aurat dan meneruskan penghijrahanya ke arah yang lebih baik.
Amalan menabung perlu diterapkan dalam minda masyarakat yang masih kurang melaksanakan perancangan kewangan dengan baik. Mungkin bagi sesetengah orang agak sukar menabung kerana terlalu boros berbelanja.
Walau bagaimanapun amalan menabung ini amat penting kerana ia menjadi jaminan untuk masa depan. Kesedaran untuk menambung perlu ditanam dalam diri sejak masih kecil lagi.
CARA MENABUNG ORANG BOROS
Cara menabung yang dikongsikan wanita ini paling mmudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu menyimpan wang mengikut tarikh hari bulan.
Menyimpan ikut tarikh hari bulan
1 hb RM1
2 hb RM2
3 hb RM3
4 hb RM4 dan begitulah seterusnya sampai hujung bulan
30 hb RM30
31 hb RM31
Dan ulang teknik yang sama untuk bulan-bulan seterusnya. Yang penting ikut tarikh hari bulan. Jadi kalau genap 12 bulan= setahun, kita akan dapat jumlah terkumpul RM5767.00
Ini cara paling menarik yang semua orang boleh buat. Cara ini sangat berkesan pada orang yang boros berbelanja.
Boleh pakai cara ini bagi:
1. Anda yang mahu deposit kereta atau beli barang kesukaan diri.
2. Anda yang mahu berkahwin (boleh tambah untuk majlis atau wang hantaran)
3. Anda yang mahu lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya.
4. Anda yang mahu ubahsuai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain.
Ini tabung untuk memberi ganjaran kepada diri. Jadi pakailah untuk apa yang dihajati. Paling penting sekali, bulan-bulan jangan lupa bagi mak ayah duit belanja. Jangan lupa bersedekah dengan adik beradik dan keluarga. Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang Allah bagi walaupun sekecil-kecil nilainya.
Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2021. Jom menabung!
HIJABISTA: Amat penting untuk kita menabung kerana ia sebagai bekalan masa hadapan. Jangan boros ketika berbelanja sebaliknya beli hanya yang perlu sahaja.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.