Setiap wanita impikan mata yang galak. Salah satu cara untuk memiliki mata yang galak adalah dengan memiliki bulu mata yang panjang dan lebat. Jadi, antara kaedah lain untuk memilikinya adalah dengan memakai maskara dan bulu mata palsu.
Tentunya anda tidak rajin untuk memakai bulu mata palsu setiap hari. Seiring dengan teknologi moden, terdapat cara baru untuk memiliki mata yang galak iaitu dengan melakukan eyelash extensions. Jika dilihat, kebanyakan hijabi turut melakukan eyelash extensions dan ia seakan sudah menjadi trend masa kini.
Tunggu dulu! Sebelum anda lakukan eyelash extensions, anda perlu tahu hukum dari sudut agama. Seorang wanita bernama Nurul Elya Mua telah berkongsi pendapat dan pandangannya tentang perkara ini. Posting ini telah mendapat lebih 10 ribu perkongsian oleh para pengikut di Facebook.
Melalui postingnya di akaun Facebook, kalau nak cantik pun perlulah berpada-pada. Jangan halalkan benda yang haram. Menuruntnya, extension itu menggunakan bulu nylon (plastik) yang tidak menyerap air. Jadi, ia akan buat wuduk serta mandi hadas anda tidak sah. MasyaAllah, begitu beratnya perkara ini tetapi dianggap ringan oleh anda di luar sana.
Jom kita baca perkongsian Nurul Elya Mua dan semoga ia bermanfaat untuk hijabi di luar sana. Ingat, boleh nak cantik tetapi perlu utamakan agama dahulu.
Posting balas kenapa saya mengatakan EYELASH EXTENSIONS adalah HARAM.
Yang selalu bubuh kat pengantin tu pun haram, walaupun ianya boleh tanggal boleh cuci boleh bersuci. Ini melekat 1-3 bulan kat mata.
NAH ni gambar zoom lagi supaya jelas. Hasil dan kesan ke atas bulu mata asal dan kenapa ianya menjadi bahan asing (kalis air) yang coated bulu mata asal.
YA ianya hanya sebahagian bulu ja. Ala hujung ja pun. Nak tanya hampa, kalau hujung tu jadi punca wuduk dan mandi hadas korang tu TAK SAH! APA CITA?
Ohoi 2-3 bulan duk atas mata siang malam pagi petang oi. Bukan kata sebulan 2 minggu sekali pun. Sanggup ka hampa?
Yang mana kita dalam keadaan suci pon banyak lagi dosa-dosa lain yang tak tertanggung oi. Yang tinggal hanya SOLAT untuk kita sucikan diri. Tup tup eh TAK SAH WUDUK korang.
Konon laaa korang pakai la kannn. Extension ni guna bulu nylon tau (plastik) means tak dissolve – pastu tengah pakai, korang mati. Yang tukang bagi mandi ni tak tahu pasal benda ni. Yela macam asli kan melekat sehelai-sehelai. Tup tup terus kena tanam. Duk laaa kat mata korang tu. Ngeri.
SANGGUP? Barang yang digunakan memang halal sebab tak ada bahan terlarang. Tapi cara penggunaan tu yang tak betul. Lya akan tagging kawan-kawan FB Lya yang fasih dalam agama untuk bagi ulasan hal ini.
S/N- hakak bukan maksum tak pernah buat salah. Tapi issue berhadas dan bersuci ini adalah besar.
Wanita memang cukup obsess jika mendengar cara untuk menurunkan berat badan. Tetapi dalam masa sama otak sudah berfikir susah utuk kurangkan berat badan hingga menyebabkan kita jadi stres. Pelbagai cara telah dilakukan dan hasil timbangan, dietitian Ini nasihat kalau nak turunkan berat badan buat cara realistik dan berterusan bukan paksaan.
Tiada semangat atau hilang keyakinan diri bila berat badan naik? Maka sebab itulah kita tidak boleh hanya berpeluh tubuh sahaja. Usaha perlu dilakukan bagi mendapatkan berat badan yang ideal.
Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi diet itu sendiri adalah amalan pemakanan, oleh itu pastikan anda amalkannya setiap masa, setiap hari. Apabila berat badan naik tanpa dapat dikawal, sudah tentu seseorang itu akan berasa kurang selesa.
Stamina pun semakin berkurang dan paling ditakuti apabila berat badan sudah berlebihan, penyakit pun mudah ‘mendekati.’ Bagi mereka yang ingin dan dalam usaha untuk menurunkan berat badan, ini perkongsian yang boleh dijadikan panduan.
LIMA Kebenaran Pahit Dalam Menurunkan Berat Badan Dan Mengubah Gaya Hidup
1. Anda tidak akan dapat mengubah hidup anda dalam sekelip mata atau beberapa minggu. Logiknya, ia perlukan try and error dan sabar dalam mendapatkan tabiat pemakanan atau gaya hidup yang baru.
.
2. Bersenam dan berdiet secara ektrem tidak akan mengubah hidup anda selamanya. Ia hanya sementara. Pilih senaman yang berintensiti rendah, sederhana dan tinggi secara bergilir-gilir serta pemakanan yang simple tapi lengkap.
3. Mengubah gaya hidup bermula dari tidur yang cukup dan persediaan rapi, bukan hentam kromo setiap hari. Anda akan mendapati, amat susah mengubah gaya hidup sekarang jika selalu tidak cukup tidur malam kerana manusia lebih rasional bila cukup tidur ( 6-8 jam). Persediaan awal amat penting untuk hari esok.
4. Ubat kurus atau fat burner bukan penyelesaian. Ia hanya satu method yang memberi kesan 1% dalam proses menurunkan berat badan. 99% lagi adalah pemakanan, senaman dan gaya hidup termasuk tidur yang cukup, stress yang dikawal dengan baik dan hidrasi badan yang bagus.
5. Rehat yang cukup adalah salah satu strategi menurunkan berat badan. Berehat selepas 2-3 hari bersenam kerana keseimbangan hidup sangat penting. Masa dengan diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan sangat penting juga. Create a balance life, man!
Tiada kehidupan manusia yang sempurna. Terimalah hakikat itu. Anda hanya perlu lebih bersabar dan buat benda yang betul. Setiap hari cari perkara yang boleh anda tingkatkan dalam hidup dari mana-mana aspek kehidupan. Seimbangkan untuk diri sendiri, masa untuk keluarga, agama, kerja, sosial, dan kesihatan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Mengaplikasikan solekan setiap pagi sebelum keluar bekerja adalah proses yang sangat teliti dan memakan masa. Nasib begitu usah risau kerana terdapat helah tertentu yang boleh membantu anda mengurangkan masa. Bukan itu sahaja, ia juga dapat menjimatkan wang yang dibelanjakan.
Berikut ialah 12 trik solekan paling penting dan pantas untuk hijabi.
1. Sapukan eyeliner cecair pada pensil
Sekiranya anda menghadapi masalah melukis garis lurus dengan eyeliner cair, apa kata gunakan pensil untuk membuat garis besar. Pelapik cecair akan duduk tepat pada kulit, dan ia juga menjadikan perkara lebih mudah apabila membetulkan apa-apa kesilapan yang dibuat.
2. Maskara akan nampak lebih menarik dengan serbuk ‘powder’
Ini helah mudah akan menggunakan maskara. Caranya ialah dengan menggunakan berus untuk meletakkan serbuk pada bulu mata, dan kemudian hanya gunakan maskara tersebut. Ini akan menjadikan bulu mata anda kelihatan lebih penuh dan tebal.
3. Gunakan maskara jika tidak mempunyai eyeliner
Terima kasih kepada ramuan dan konsistensi yang sama, maskara boleh digunakan sebagai eyeliner. Anda hanya perlu berus dengan solekan tipis.
4. Bagaimana untuk menarik mata kucing(cat eyes) yang sempurna:
5. Berus bibir selepas memberus gigi
Perlahan gosokkan bibir anda dengan berus gigi yang kering. Ia akan membantu menyahkan kulit mati dan membuat bibir anda licin. Ia juga akan meningkatkan aliran darah ke bibir yang membolehkan bibir membengkak. Trik ini akan menjadikan bibir lebih lembut, penuh dan lebih sensual.
6. Mencairkan semula maskara yang telah keras dengan air panas
Tambah beberapa titik air masak ke maskara, tutup dan goncangkannya.
7. Gunakan lipstik anda sebagai ‘rouge’
Anda boleh menggunakan gincu sebagai pengganti hebat untuk pemerah pipi. Sapukan sedikit pada pipi, oleskan dan ratakan ke dalam kulit dengan hujung jari.
8. Putihkan gigi dengan serbuk gigi
Gunakan serbuk gigi untuk beberapa kali seminggu. Ia adalah produk yang murah, tetapi berkesan terima kasih kepada kalsium karbonat yang terkandung di dalam serbuk itu. Tetapi berhati-hati, dan pastikan anda berunding dengan doktor gigi sebelum menggunakannya. Ini kerana serbuk gigi boleh merosakkan enamel gigi jika digunakan secara tidak betul.
9. Gunakan span wajah untuk menggosok wajah
Apabila membersihkan muka dengan apa-apa jenis ‘remover’ solekan, gunakan span kosmetik khas. Kojac span atau alga adalah pilihan yang terbaik di sini, kerana ia dengan mudah mengosongkan kulit dan membersihkan liang-liang.
10. Cuba gunakan maskara anda secara menegak
Mengaliskan maskara kepada kedua-dua kelopak mata atas dan bawah adalah amalan yang sering diabaikan, tetapi ini adalah petua yang menarik: memegang berus secara menegak. Ini sangat mudah, tetapi mungkin salah satu helah terbaik yang boleh anda gunakan.
11. Penyataan mitos: memotong bulu mata tidak berfungsi
Satu “helah” tambahan yang popular di web memotong bulu mata anda seharusnya menjadikannya lebih tebal dan memberi mereka jumlah lebih banyak. Walau bagaimanapun, ia tidak benar. Malah, bulu mata mengambil masa kira-kira 1-2 bulan untuk tumbuh semula dan dipulihkan selepas dipotong, sementara keratan dipotong kasar dan tidak lentik. Jadi berhati-hatilah, dan jangan lakukan di rumah.
12. Bagaimana untuk mengembangkan kening tebal secara semulajadi
Minyak kelapa akan membantu anda mengembangkan kening tebal. Ia mengandungi vitamin E dan besi dan juga boleh menjadikan kening anda lebih gelap. Untuk hasil yang terbaik, campurkan 1 bahagian minyak kelapa dengan 1 minyak kastor bahagian. Urutkan dengan lembut kening dengan jari anda. Biarkan selama 20-30 minit, dan basuh dengan air suam. Ulangi trik ini setiap hari selama 2-3 minggu, dan anda akan melihat hasilnya.
Jadikan 12 trik ini rutin harian kita supaya kita pun mampu cantik seperti jelitawan Che Tha dan Kris Dayanti.
Anak-anak merupakan harta yang sangat berharga dan harus dibentuk sebaik mungkin agar menjadi individu yang berguna pada masa depan. Walaupun terkadang penat menguruskan, namun begitulah amanah yang diutuskan oleh-Nya kepada ibubapa.
Begitulah jua yang dilakukan oleh angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar yang tidak kenal erti penat untuk menjaga keenam-enam orang anaknya. Malahan, dia juga menjadi sumber inspirasi ramai dalam mendidik anak-anak.
Dalam fasa anak-anak membesar, mereka menjadi semakin lasak dan memerlukan perhatian lebih daripada ibu-bapa. Itulah yang terjadi dalam video TikTok Dr Sheikh Muszaphar Shukor ketika dia sedang menyuap anaknya.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat dua orang anaknya yang tidak duduk diam. Apa yang mencuit hati adalah mereka sampai memanjat bapa mereka dari belakang dan juga tepi.
Walaupun keadaan ketika itu ‘kecoh’, Dr. Sheikh Muszaphar dilihat tenang dan sabar melayan karenah anak-anaknya itu.
“..Ada jual ubat sabar tak?”
Video yang tular di laman TikTok tersebut telah mendapat lebih 59.6K kesukaan. Meninjau di ruangan komen TikTok tersebut, rata-rata netizen memuji kesabaran Dr Sheikh Muszaphar dalam melayan anak-anaknya.
“Bagus seorg bapa mcm ni melayan kerenah anak….”
“ni posting benda sebenar di alam reality sebagai parent. Tak semua bapa boleh sabar begini…”
“penyabar nye la hai…moga Allah memberkati hidup mu dan keluarga…”
Sekadar info, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mohd Yunos telah mendirikan rumahtangga 12 tahun yang lalu. Rumahtangga mereka diserikan dengan kehadiran enam orang cahaya mata iaitu Bella, Tasha, Adam, Noah, Eusoff dan Emelia yang sering menjadi tatapan di media sosial milik Dr Sheikh mahupun Dr Halina.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...