Lemon memang kita ketahui banyak manfaat dan khasiatnya. Bukan hanya sebagai penyedap rasa malah bagus juga untuk detoks. Namun bagaimana pula dengan kulit lemon? Takkan nak makan pulakkan?
Eh, sebenarnya kulit lemon juga boleh dimakan sis! Tak sangka pula. Selepas mengikuti perkongsian oleh Wan Mahani Abdul Latif ini di Facebook, rupanya kulit lemon ini sangat sedap untuk dimakan dan dijadikan kudapan. Jom kita cuba!
Ini cara-caranya :
Ads
Macam sedaplah pulak tengok sis ni makan. Kecur air liur dibuatnya. Buat kudapan waktu menonton TV mesti best ni! Balik kerja ni bolehlah terus cari lemon.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Ads
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Bukan mudah menjadi seorang perempuan. Bahagian luar dan dalam kena jaga. Kecantikan, kesihatan dan juga harga diri. Hijabi Fatin Syazwani berkongsi pengalamannya dalam entri Instagram, setia dengan produk tempatan dan tetap istiqomah demi memulihkan kulit muka yang breakout.
Pencarian dan percubaan demi percubaan, Fatin berhabis hampir ribuan ringgit untuk pulihkan kulit. Ikuti pengalaman Fatin dan penemuan produk yang berjaya memulihkan kulitnya.
Muka menjadi licin sehingga jerawat susah nak tumbuh diakui oleh Fatin sendiri hasil menggunakan produk tempatan.
Jenama produk tidak berapa terkenal tetapi hasilnya muka Fatin glowing sehingga Fatin setia menggunakannya selama 5 tahun.
Ketika ini muka tidak memberi kesan apa-apa jadi Fatin tetap teruskan menggunakan produk tempatan.
Muka mula tumbuh bintik-bintik. Apabila Fatin sedar rupanya dia tinggalkan rutin memakai krim malam. Tak sangka produk tempatan ini kalau tinggalkan satu langkah boleh naik bintik-bintik merah.
Walaupun sudah recover tidak sepenuhnya tetapi kesannya tetap ada. Hati mula panas, boleh jadi stress nak ambil gambar sendiri.
Fatin seorang yang berani mencuba, pengaruh sekeliling juga membuat Fatin berjinak dengan produk baru. Bukan tidak yakin dengan kecantikan sendiri tetapi dia jenis yang suka menggunakan solekan walaupun keluar santai.
Rupa-rupanya hasil menggunakan produk baru hanya bertahan selama 5 bulan. Fatin dapati mukanya breakout dan terpaksa menggunakan solekan tebal.
Tempoh 6 bulan setia dengan produk ini , Fatin mula sedar rupanya kulit mukanya tidak lagi sesuai dan tidak dapat kenali punca sebenar breakout. Malas mencari punca sebenar breakout tetapi Fatin usaha untuk memulihkan kulit mukanya.
Tular dengan produk drugstore, Fatin juga cuba mencari produk yang sesuai. Tetapi bukan semua produk drugstore yang sesuai dengan kulit muka Fatin. Muka kelihatan bertambah teruk kerana kulit muka Fatin yang putih mudah kelihatan bintik-bintik merah.
Bila terkenang balik dan sambil belek gambar lama, rasa rindu dengan kulit muka sebelum ni.
Setelah ribuan ringgit habis, Fatin bertemu dengan produk drugstore yang mengembalikan kulit wajah Fatin seperti dahulu. Tiada lagi kesan breakout, terkini dalam bulan Ogos Fatin memuat naik IG story hasil dari 10 produk ini.
SUMBER: IG @ftynjml
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Urusan ajal, maut dan jodoh itu adalah urusan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan menentukan, begitu juga jodoh pelakon drama popular, Saharul Ridzwan yang bertemu jodoh dengan isterinya sekarang, Deena Emir dan kini bahagia dikurniakan seorang cahayamata. Bercerita pengalaman rayanya, Shaharul yang memuat naik status di laman sosial instagram berkata dia kini merupakan ‘Abang Long’ kepada empat adik beradik perempuannya yang cantik dan jadi tumpuan netizen.
Sebaik memuat turun foto bersama keluarga sebelah isterinya itu, ramai yang turut mengusik pelakon ini dengan memberitahu diri mereka boleh dijadikan calon menantu.
Menurutnya, bapa mertuanya kurang sihat tetapi masih lagi kuat untuk melakukan pelbagai kerja. Dia turut merasa kagum dengan keduanya yang dipanggil Abah dan Umi dalam membesarkan lima anak perempuan sekaligus.
Dua daripadanya sudah berkahwin (termasuk isterinya) dan tanggungjawab itu beralih kepada suami masing-masing.
Sebelum ini Saharul memang menyimpan impian mahu menjadi ‘abang’ dan seorang ketua keluarga dan kini hajatnya telah ditunaikan.
Oleh kerana dia dan isterinya masing-masing anak sulung, jadi menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga mereka adik-beradik yang masih belum berkahwin.
Dia turut berpesan pada isterinya itu agar berpegang pada konsep tanggungjawab dan insya-Allah Tuhan akan bantu mereka kelak.
Ternyata niatnya untuk memikul tanggungjawab berkenaan juga turut mendapat respon positi dari netizen. Ramai memuji caranya itu yang dilihat sebagai satu amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
@nora_hamzah83 menyentuh hati.Inilah pemikiran2 yang baik terhadap setiap ketentuan Allah..pemikiran2 yang matang dan sentiasa menjaga baik hubungan serta memikirkan tanggungjawap dan amanah. Semoga @saharulridzwan sekeluarga sentiasa dalam Rahmat dan kasih sayang Allah.
@aliaasofea_ Bukan senang nak pikul tanggungjawab sebagai anak sulung. Besar tanggungjawab. Semoga keluarga dirahmati Allah swt. Selamat hari raya
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok tentang seorang anak muda bernama Wan Othman Wan Mohd Nor Hasyim, gigih membanting tulang empat kerat bekerja sebagai pemungut sampah, Alam Flora di usia menginjak 20-an.
Meskipun terpaksa bergelumang dengan bau busuk sampah sarap dan memerah keringat di bawah panas terik mentari setiap hari. Pemuda yang mesra di sapa sebagai Wan ini, mengakui bahawa dia tidak kisah asalkan kebajikan ibu serta adik-adiknya terbela.
Perkara berkenaan dikongsikan wan sendiri menerusi akaun TikTok miliknya mengenai rutinnya dirinya yang bekerja sebagai pemungut sampah.
Selain itu, Wan juga sering berkongsikan momen-momen penuh bermakna ketika dia dapat meluangkan masa bersama keluarga. Namun dia tidak menyangka muatnaik video atas dasar suka-suka itu telah berjaya meruntun hati wargamaya tatkala menyaksikan ketekunan serta kegigihan dia mencari sesuap nasi.
“Di sebalik kerja keras, ada anak laki-laki yang kuat demi menggantikan tanggungjawab seorang ayah. Demi melihat adik-adik membesar dengan penuh kasih sayang,” tulisnya menerusi hantaran video berkenaan.
Dalam hantaran video itu, dapat disaksikan Wan yang membawa adik-adik serta ibunya menikmati ayam goreng di sebuah restoran makanan segera serta mencipt momen-momen indah bersama dengan berjalan-jalan.
Menurut Wan, dia sudah mula membanting tulang mencari rezeki seawal usia 14 tahun lagi. Malah, dia nekad untuk menghentikan pengajian di sekolah demi membantu ibunya.
Susulan tidak mempunyai sebarang sijil mahupun pendidikan. Wan akui agak sukar baginya untuk memperoleh pekerjaan yang baik. Justeru, kini sudah hampir dua tahun dia menabur khidmat bakti kepada masyarakat, bekerja sebagai pemungut sampah dengan syarikat Alam Flora di bandaraya Kuantan, Pahang.
“Sebenarnya sejak usia 14 tahun lagi saya sudah mula bekerja, iaitu sebaik sahaja habis tingkatan dua. Apa yang mendorong untuk saya bekerja adalah kerana mahu membantu ibu.
“Bapa saya masih ada namun saya kurang selesa untuk berkongsi mengenainya. Memadai saya katakan, saya ambil keputusan untuk bekerja kerana mahu membantu ibu yang bekerja sebagai pengasuh.
“Ketika saya suarakan hasrat untuk berhenti sekolah, ibu macam keberatan. Ibu mana yang mahu anaknya tak berpendidikan tinggi.
“Tapi akhirnya ibu akur dengan keputusan saya. Biarlah saya yang bekerja kerana saya anak lelaki sulung. Masih ada tiga adik di bawah tanggungan saya,” ujarnya.
Jelas Wan lagi, dia tidak pernah menyangka bahawa perkongsian video yang dilakukan atas dasar suka-suka dan sekadar berkongsi tentang kisah hidupnya akan menjadi tular.
“Saya hanya sekadar berkongsi rutin kerja dan kisah saya di TikTok. Mudah-mudahan dapat dijadikan inspirasi buat mereka di luar sana.
“Usahlah memilih pekerjaan. Berat macam mana pun pekerjaan itu, bekerjalah asalkan ada hasil dan halal,” akhirinya.
Untuk rekod, hantaran video berkenaan kini telah meraih lebih 620,000 jumlah tontonan di TikTok sejak ia dimuatnaik. Dalam masa sama, Wan turut menzahirkan rasa terharu terhadap komen-komen murni yang ditinggalkan netizen berhubung tanggungjawabnya sebagai seorang abang.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.