Setiap kali tiba tahun baru, pasti anda juga mempunyai azam baru untuk dicapai sepanjang tahun ini. Hijabista yakin anda pasti meletakkan misi untuk menguruskan badan di dalam azam anda kan? Rasanya setiap tahun mempunyai azam yang sama tetapi tak pernah menjadi. Asyik gagal sahaja!
Nah, jangan risau. Apa kata tahun ini anda bersungguh-sungguh untuk mencapai misi yang satu ini. Menguruskan badan atau menurunkan berat badan tidak bermakna anda tidak perlu makan seharian.
Anda cuma perlu mengawal pola pemakanan dan mengambil pemakanan yang tepat. Mungkin sebelum ini anda telah menggunakan teknik diet yang salah hinggakan badan langsung tidak kurus.
Ads
Sebaiknya, ambil makanan yang seimbang dan bernutrisi. Hindari 5 makanan ini kalau anda mahu mencapai misi kurus 2018.
Coklat
Coklat sebenarnya mengandungi banyak gula tetapi anda perlu tahu bahawa semakin gelap warna coklat, ia semakin baik untuk tubuh kita. Sekiranya anda sedang diet, ambil dark chocolate kerana ia mengandungi nutrisi yang menjadi sumber antioksidan pada tubuh.
Ads
Gula-Gula
Warna dan rasa manis gula-gula memang menggoda! Tetapi anda harus hindarinya kerana kandungannya lebih teruk daripada coklat.
Ads
Minuman Berkarbonat
Tahukah anda bahawa minuman berkarbonat mengandungi kalori setinggi 139 hingga 141. malah tiada sebarang nutrisi terkandung dalam minuman ini selain daripada gula. Malah, ia mampu meningkatkan risiko serangan jantung, tekanan darah tinggi serta diabetes.
Kuih-muih memang sedap dimakan tetapi ia mempunyai gula yang sangat tinggi dan tidak sesuai dimakan jika anda mahu menurunkan berat badan. Lebih baik anda makan biskut yang mengandungi gandum atau oat.
Jus Bergula
Jus buah yang dibuat sendiri di rumah lebih banyak mengandungi nutrisi, vitamin, mineral dan serat daripada jus yang dibeli di kedai. Jadi, jika anda buat jus di rumah, jangan tambah sebarang gula.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam berita tentang tiga beranak yang menaiki sebuah kereta dipercayai terbabas sebelum terjunam ke sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, ditemukan lemas begitu meruntun jiwa.
Mangsa ialah Masyitoh Ibrahim, 37, yang juga guru agama di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selarong, bersama dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5.
Kereta jenis Proton Persona yang dinaiki tiga beranak itu ditarik keluar dari dasar sungai pada kedalaman hampir lima meter, dengan bantuan kren sebelum mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan seakan-akan saling berpelukan.
Biasa dengar orang mati lemas bila kereta terbabas ke dalam sungai/tasik? Anda tahu tak hampir mustahil untuk anda buka pintu kereta bila kereta baru tenggelam masuk air?
Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.
Bila dalam keadaan cemas macamni, instinct pertama anda mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!
Bila kereta anda sedang dalam keadaan dimasuki air, pressure air daripada luar menyebabkan anda tidak boleh buka pintu kereta.
Air masuk = pressure in
Buka pintu = pressure out
1. Lari ke tempat duduk belakang
2. Percahkan cermin pintu kereta
3. Keluar melalui tingkap pintu kereta
Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.
Sekiranya anda tak ada glass breaker, anda boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.
Sebab kalau anda tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan anda sudah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk anda berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih-lebih lagi dalam keadaan cemas.
Sama juga kalau anda nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar baling batu pun boleh pecah cermin itu. Lagi senang penumpang nak keluar.
Anda perlu tahu bahawa windshield glass ini memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ini pula, sekali pecah hancur berderai.
Sebut sahaja aplikasi Tiktok, pasti ramai yang teruja dan memberi pelbagai reaksi terutamanya golongan muda. Sekarang ini, TikTok telah menjadi platform untuk melakukan pelbagai ‘trend’ ataupun ‘content’ tarian, fesyen, hiburan dan juga mukbang.
Sedang anda ‘scroll’ Tiktok, pasti akan terjumpa dengan beberapa jenis influencer berasal dari luar negara yang gemar untuk makan makanan yang unik dan pelik. Dalam kebingungan melihat video tersebut pasti anda pernah tertanya-tanya adakah ia halal di makan dalam aspek agama Islam kan?
Seperti yang tular baru-baru ini apabila ada seorang ‘pak arab’ yang dilihat makan siput babi atau escargot dan telah menimbulkan tanda tanya ramai. Sehingga ada yang meminta pandangan dan pencerahan daripada Ahli Dewan Negara, yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Twitter.
Sebelum membahas lebih lanjut, mari kita fahami dahulu definasi siput babi. Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Di Malaysia, masyarakat menggelarnya siput babi, dalam Bahasa Perancis ia digelar Escargot dan dalam bahasa arab dikenali sebagai Halazun.
Kebiasaannya, masakan ini sering dihidangkan di restoran Perancis sebagai pembuka selera dan biasanya dimasak dalam sos mentega yang kaya dan berbau bawang putih.
Menurut Pejabat Mufti Persekutuan, siput babi merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang, siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cengkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira.
Siput sedut atau nama saintifiknya pula ialah Cerithidea obtuse; salah satu spesies siput air dari kelas gastropoda yang termasuk dalam famili Potamididae. Siput sedut adalah antara haiwan yang hidup di kawasan hutan bakau (mangrove ecosystem) dan ianya halal untuk dimakan sepertimana yang diriwayatkan dalam surah al-Maidah ayat 96:
هو الطهور ماؤه الحل ميتته
Maksudnya : “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”
Riwayat Abu Daud (83), al-Tirmizi (69) dan al-Nasaie (59)
Imam al-Nawawi juga telah menyatakan bahawa pendapat yang paling sahih menurut mazhab Syafie bagi mana-mana hidupan air yang tidak menyerupai ikan ialah semuanya halal dimakan tanpa perlu disembelih. Ia adalah sebagaimana yang telah dinaskan oleh Imam Syafie di dalam al-Umm dan Mukhtasar al-Muzani. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/31-32 dan al-Mu’tamad di al-Fiqh al-Syafie, 2/548)
Sepertimana yang dinyatakan (di atas), siput terbahagi kepada dua iaitu siput darat dan siput akuatik. Siput akuatik iaitu siput sedut halal untuk dimakan tapi bagaimana pula dengan siput babi atau Escargot ini? Untuk pengetahuan anda, para ulama sendiri mempunyai dua pandangan yang berbeza.
Pendapat yang pertama ialah siput darat HARAM dimakan kerana ia termasuk dalam kategori serangga atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti lalat, semut, cicak dan seumpamanya.
Pengharamannya adalah disebabkan oleh ia dianggap jijik (kotor) dan tabiat semulajadi manusia menjauhinya. (Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 4/2793) Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa:
Maksudnya : “Menurut mazhab kami (Syafie) ia adalah haram (dimakan). Ini juga adalah merupakan pendapat Abu Hanifah, Ahmad dan Daud.” (al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/16)
Pengharaman ini adalah selari sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya :“dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”
(Surah al-A`raf : 157)
Tambahan itu, Ibn Hazm al-Zahiri juga ada menyebutkan di dalam kitabnya bahawa TIDAK HALAL untuk makan siput daratan dan juga apa sahaja haiwan yang tergolong sebagai hasyarat (iaitu serangga atau haiwan kecil yang melata) seperti cicak, kumbang, semut, lebah, lalat dan lain-lain yang termasuk dalam kategorinya kerana haiwan-haiwan tersebut tidak boleh disembelih.
Hal ini kerana sembelihan hanya berlaku pada leher atau dada (haiwan tersebut) sahaja. Adapun mana-mana haiwan yang tidak boleh disembelih, maka tiada jalan atau cara untuk memakannya. Oleh itu, ia adalah haram (dimakan) kerana terdapatnya halangan untuk memakannya (tidak boleh disembelih) kecuali bangkai yang tidak perlu kepada sembelihan. (al-Muhalla, 6/77)
Pendapat kedua daripada Imam Malik seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi; menyatakan bahawa semua hasyarat atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti siput daratan adalah halal dimakan. Terdapat riwayat daripada al-Talib bin Tha‘labah al-Tamimi R.A, beliau berkata:
صحِبْتُ النَّبيَّ صلّى اللهُ عليه وسلَّم فلم أسمَعْ لحشَرةِ الأرضِ تحريمًا
Maksudnya:“Aku telah bersahabat dengan Nabi SAW dan tidak mendengar mengenai pengharaman hasyarat (serangga dan haiwan kecil yang melata).
Tambahan lagi, Imam Malik pernah ditanya berkenaan sejenis haiwan yang disebut sebagai siput (halazun) yang terdapat di padang pasir dan melekat di pokok-pokok. Adakah ia boleh dimakan? Beliau menjawab dengan berpendapat bahawa hukumnya adalah seperti belalang.
Sekiranya ia masih hidup, kemudian ia dimatikan dengan cara direbus atau dipanggang, maka tidak mengapa memakannya. Sekiranya ia telah mati (yakni mati dengan sendirinya), maka ia tidak boleh dimakan — kerana dianggap menjadi bangkai
Selain itu juga, Abu al-Walid al-Baji turut menyebutkan:
Maksudnya:“Hukum siput adalah sebagaimana hukum belalang. Imam Malik berkata: ‘Sembelihannya adalah dengan cara merebusnya atau mencucuknya dengan duri atau jarum sehingga ia mati disebabkan perkara tersebut, sambil disebutkan nama Allah — yakni basmalah — seperti mana disebutkan juga basmalah ketika mencabut kepala belalang.
Sebagai kesimpulan, Hijabista cenderung untuk mengikuti pendapat Mazhab Syafie serta majoriti ulama termasuklah padangan daripada Dr. Zulkifli sendiri bahawa escargot ini haram dimakan kerana ia bukan haiwan yang disembelih dan jika ia mati, ia tergolong sebagai bangkai. Sebagaimana jumhur ulama yang menganggap ia sebagai jijik dan kotor, kita haruslah menjauhi perkara-perkara tersebut. Wallahua’alam.
Hidup tidak selalunya indah. Ada masanya, anda pasti akan alami ‘bad day’ hingga merosakkan mood anda sampai ke malam. Bawa bertenang hijabi, ingatlah perasaan amarah itu merupakan sifat syaitan. Sebaiknya, hindari sifat buruk ini.
Sekiranya anda mengalami ‘bad day’, cuba baca 6 kata-kata positif ini. Pasti anda akan kembali bersemangat! Jangan lupa sebarkan kepada kawan-kawan di media sosial supaya semua menjadi positif. Singkirkan aura negatif!
Ya, menjadi positif itu tidak semestinya berpura-pura bahawa semuanya baik. Tetapi sebenarnya ia melihat sesuatu perkara dari sudut yang baik. Pasti ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi kan?
Sebaik-baiknya, jangan biarkan situasai yang buruk itu menguasai diri anda. Daripada bersifat negatif, lebih baik anda kuat dan berfikiran positif. Memang susah tetapi individu yang hebat pasti mampu melakukannya!
Sayangi diri anda dahulu kerana ia merupakan perkara yang utama untuk kekal positif. Kecantikan datang daripada dalam dan luar. Kedua-duanya haruslah seiring.
Tidak dapat dinafikan, kata-kata ini memang tepat sekali! Sekiranya anda berfikiran positif, pasti akan ada perkara yang baik muncul. Jadi, jangan sesekali berfikiran negatif okay!
Pastikan anda berkawan dengan sahabat yang baik dan positif kerana ia akan buat anda lebih bersemangat dan memberi tenaga yang positif.
Setiap pagi selepas bangun tidur, anda mempunyai dua pilihan sama ada mahu menjadi seorang yang positif atau negatif, optimis atau pesimis. Pilihlah untuk menjadi positif dan optimis. Ia akan menceriakan hari anda. Percayalah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.