Ramadan hampir menjelang tidak lama lagi. Selain memperbanyak amal dan ibadah, Ramadan juga sinonim dengan bazar yang menjual pelbagai jenis juadah berbuka puasa. Pastinya akan rambang mata untuk memilih pelbagai aneka kuih sebagai juadah berbuka puasa!
Pelbagai aneka kuih yang sentiasa ada seperti kuih seri muka, kuih cara, buah melaka, kuih puteri mandi dan banyak lagi. Tetapi, di antara kuih yang menjadi kegemaran Hijabista adalah kuih bingka atau bengkang tepung beras.
Kalau hijabi nak tahu, kuih ini adalah kuih tradisional yang sering menjadi idaman ramai, terutama sekali buat penggemar sajian lama macam penulis! Pada zaman dahulu, proses untuk membuat kuih bingka ini mengambil masa yang agak lama kerana terpaksa membakarnya menggunakan sabut kelapa.
Namun pada zaman serba teknologi ini, kuih bingka boleh siap dalam masa setengah jam sahaja! Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati dan yang paling menarik, hanya memerlukan hanya lima bahan sahaja! Tak perlu dah beli di bazar Ramadan nanti, buat sahaja dirumah dengan resepi yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook ini.
IKLAN
Resepi bingka tepung beras versi ‘Air Fryer’
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3 1/2 cawan santan (saya guna 1 kotak santan kara untuk jadikan 3 1/2 santan+campur air)
1/2 cawan gula pasir (saya guna gula perang)
1/2 sudu kecil garam
Cara Penyediaan:
Campur semua bahan dan masak atas api sampai likat. Sambil itu kacau-kacau dengan menggunakan api yang perlahan.
Kemudian, untuk persediaan, sapu loyang dengan minyak atau mentega. Seletah itu, tuang adunan dalam loyang.
Bakar guna air fryer dan tetapkan suhu kepada 180 selama 30 minit.
IKLAN
4. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Mudah saja kan? Dah ada ‘air fyer’ semua benda jadi mudah. Paling penting, biarkan betul-betul sejuk dahulu baru potong. Peh, kelazatan yang dirasai pastinya mempunyai keistimewaan yang tiada tandingan! Kalau hijabi suka bingka pandan, hanya tambahkan daun pandan ke dalam resepi. Jom cuba sekarang!
Pernah tak hijabi alami keracunan makanan (Food Poisoning) meskipun masakan tersebut merupakan air tangan ibu atau air tangan sendiri yang dimasak di rumah.
Tentu rasa pelik dan tak munasabah kan? Kerana tujuan kita memilih untuk memasak sendiri adalah demi menjamin kebersihan dan keselamatan makanan itu.
Tapi macam mana boleh kena keracunan makanan, mustahil makanan di rumah sendiri pun tak bersih. Ini penjelasan daripada pengamal perubatan tersohor, Dr Malar tentang bagaimana perkara ini terjadi dan cara untuk mengatasinya.
Keracunan Makanan Berpunca Dari Proses Nyahbeku Makanan Yang Salah
Menurut Dr Malar, punca kebanyakkan individu dijangkiti keracunan makanan meski menyediakan makanan berkenaan di rumah, adalah kerana melakukan proses nyahbeku (defrost) bahan mentah seperti ayam atau daging dengan cara salah.
Perkara berkenaan, dikongsikan sendiri oleh Dr. Malar dalam satu hantaran video, menerusi laman TikTok miliknya, malah sebelum ini juga beliau sering berkongsi tips kesihatan sehingga menjadi tular dan terkemuka.
Tambahnya, ramai yang gemar meletakkan bahan mentah di dalam sinki atau di bawah air mengalir terlalu lama, tanpa mengetahui kesannya kepada makanan yang dinyahbeku itu, hingga menjadi punca keracunan makanan.
“Daging atau ayam yang lembut apabila berada di luar dalam suhu bilik terutamanya lebih dari 4 jam ia boleh menyebabkan keracunan makanan.
“Ini kerana ayam (bahan mentah) itu menjadi tempat bagi kuman dan bakteria membiak di situ.
“Kuman yang sering membiak pada bahan tersebut adalah seperti Salmonella, Staphylococcus, Ecoli dan sebagainya,” kata Dr Malar menerusi hantaran video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok.
Justeru, tidak hairanlah jika suami, anak atau anda sendiri cirit-birit sedangkan hanya memakan makanan yang disediakan di rumah, bukan makan atau membelinya di luar.
Malah, meskipun makanan itu sudah dimasak sepenuhnya pada suhu 100 darjah celcius sekalipun, tetapi tidak semua kuman berjaya diusir dan mati pada suhu tersebut.
Cara Nyahbeku Bahan Mentah Dengan Betul Dan Selamat!
Sehubungan itu, untuk mengatasi masalah ini, berikut merupakan beberapa tip dan perkongsian Dr Malar tentang cara melaksanakan proses nyahbeku bahan mentah yang betul, agar dapat dimasak dengan mudah dan selamat untuk dimakan.
Cara pertama, Gunakan Microwave dengan masukkan bahan mentah dan tekan pada butang menyahbeku atau ‘defrost’.
Cara Kedua, pindahkan ayam dari bahagian beku ke bahagian tidak beku (chiller), semalam sebelum atau 12 jam sebelum dimasak.
Cara Ketiga, letakkan bahan mentah dibawah air yang mengalir bersama sedikit garam dan cuka bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan jangkitan kuman.
Walaupun sudah beberapa hari berlalu, majlis perkahwinan penyanyi rap MK K-Clique dengan isterinya Siti Hajaar terus mendapat perhatian sehingga hari ini dan menjadi bualan ramai di media sosial.
Seorang jurusolek mendedahkan penyanyi rap MK K-Clique meminta isterinya Siti Hajaar Syeikh Nordin melabuhkan tudung sebelum mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, Selangor Sabtu lalu.
Dalam pada itu, jurusolek itu turut menyifatkan Siti Hajaar seorang wanita bahagia yang mempunyai lelaki yang sesuai untuk pasangan hidupnya.
Video berdurasi 49 saat itu memaparkan transformasi solekan sebelum dan selepas Siti Hajaar dalam persalinan serba putih oleh pereka fesyen popular Rizman Ruzaini.
Di ruangan jawapan, rata-rata hanya meninggalkan komen dan turut memuji keperibadian dan perwatakan Siti Hajaar yang menyifatkan dirinya sebagai seorang wanita terpelajar.
Isteri MK K-Clique Merupakan Anak Tiri Noniswara
Dalam pada itu, Pelakon Datin Seri Noniswara melahirkan rasa gembira pada majlis perkahwinan anak tirinya Siti Hajaar Syeikh Nordin, yang bergelar isteri kepada penyanyi rap popular MK, Jumaat lalu.
Noniswara, 44, turut mengucapkan tahniah kepada suami tercinta, Datuk Seri Dr. Syeikh Nordin Sheikh Ahmad, memberi salam kepada menantu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Menjadi seorang usahawan bukanlah satu benda yang mudah, ianya sukar dari apa yang kita bayangkan. Masyarakat juga punyai tanggapan mereka yang boleh mematahkan semangat seseorang, tetapi tidak buat seorang graduan yang kni berniaga takoyaki meski pun di cemuh oleh pelanggannya sendiri.
Perkongsian kisah ini oleh graduan yang bernama Nazirah, 24, tular di laman sosialnya apabila dia di persoalkan oleh seorang ‘pak cik’ mengenai masa depannya. Ramai yang turut memberikan kata-kata semangat untuk dia kekal kuat menghadapi dugaan.
Melalui perkongsian Nazirah, kejadian itu telah terjadi pada 5 Ogos lalu, namun, ia tetap segar di ingatannya apabila kata-kata yang di keluarkan oleh ‘pak cik’ tersebut. Nazirah yang baru sahaja menamatkan sesi latihan industri sudah mula bergiat meniaga Takoyaki sepenuh masa.
Melalui temubual Nazirah bersama mStar, dia di datangi oleh seorang pak cik untuk membeli makanan yang di buatnya. Dalam pada masa yang sama, pak cik itu mula untuk bersembang dengan dia seperti pelanggan yang lain, tetapi perbualan mereka membuatkan Nazirah rasa tidak selesa.
“Ada seorang pak cik ini datang untuk beli takoyaki yang saya jual. Pada awalnya, kami borak topik biasa sahaja,
“Selepas itu, dia mula tanya hasil jualan harian saya, ada tak dapat dalam anggaran RM100 mahupun sehingga RM200?
“Saya teragak-agak nak jawab sebab tak selesa bila orang luar tanya jualan. Saya cuma mengiyakan sahaja dengan cakap Alhamdulillah boleh dapat,” katanya lagi.
Pak cik itu mula membawa perbualan mereka kepada arah pendapatan dan hasil jualan perniagaan Nazirah yang sudah semestinya menjadi satu maklumat sulit buat setiap peniaga. Walaupun begitu, Nazirah tetap cekalkan hatinya untuk teruskan perbualan tersebut sebagai cabaran dalam kehidupannya.
Perbualan mereka bukan sahaja mengenai perniagaan dia, malah pak cik itu mula bertanyakan tentang status pendidikannya. Nazirah yang sudah mula berniaga Takoyaki sejak Mac 2021 itu telah membuatkan pak cik tersebut terkejut selepas dengarinya.
“Pak cik itu ada tanya saya sekolah sampai tahap mana? Saya cakap yang saya pelajar ijazah. Dia macam terkejut juga dengan apa saya beritahu,
“Kemudian dia mula tanya lepas ini saya nak buat apa dengan ijazah itu? Tak kerja ke atau buat apa-apa yang menggunakan kelulusan saya. Saya pun beritahu yang ketika itu saya baru sahaja habis praktikal. Konvo pun belum lagi,
Nazirah yang juga di kenali sebagai Ira turut menjelaskan bahawa dia sudah faham perbualan pak cik itu sebenarnya ingin tahu kenapa dia berniaga pada seawal umur yang muda. Dia juga menyatakan tidak menjadi masalah kerana dia merupakan graduan bidang Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia (UUM), di Sintok, Kedah.
“Sebenarnya saya dah faham maksud pertanyaan dia. Tapi saya malas nak cakap lebih jadi saya ‘tamatkan’ perbualan itu dengan beritahu saya bakal mencari kerja selepas ini. Tak jadi masalah pun,
“Bukan apa, saya terkesan dengan soalan pak cik itu sebab sebelum ini dah beberapa orang yang tanya soalan yang sama seperti ini. Jadi bila terjadi lagi sekali, saya pun cuba untuk luahkan melalui video.” ujarnya.
Ira yang menetap dan berniaga di Felda Keratong 3, Bandar Tun Razak, Pahang telah biasa menerima soalan dari pelanggannya yang berbaur seperti itu. Kecewa? Sudah pasti tapi itu bukan alasannya untuk teruskan kerjaya yang dia sudah usahakan.
Meninjau di ruang komen juga dapat di lihat ramai yang berkongsi pengalaman mereka yang sama serta ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat Nazirah. Mungkin di pandang rendah, tetapi tetap bangkit dengan kejayaan.
“Tunjuk kak dekat dia yang akak boleh berjaya, kita tahu mana tahap kita, moga dipermudahkan segala urusan kak.
“Its ok sis…biasalah orang tua…iya kan sahaja…lagi cepat dia balik rumah.
“Sama lah…kerja sahaja apa yang ada dulu…yang pasti, jangan takut untuk mencuba. InsyaAllah suatu hari nanti ada rezeki lebih baik.
“Rezeki masing-masing kan awak. InsyaAllah ada rezeki akan datang nanti. Moga dapat kerja yang lagi baik.” begitulah coretan dari warganet buat Nazirah.
Kisah Nazirah ini telah di dengari dan dapat tontonan sebanyak 400,000 jumlah penonton di TikTok. Apa yang boleh kita ambil iktibar adalah untuk teruskan kehidupan meski pun ada cemuhan atau kata-kata yang boleh mengguris hati, pastikan anda tabah dan tetap berlayar untuk capai kejayaan.
Sejak kes ini tular di media sosial, ramai yang mula membuka mata melihat ketabahan seorang Puteri Sarah demi membesarkan kedua cahaya mata yang masih kecil tanpa kehadiran sosok yang dipanggil sebagai suami, ekoran suami yang sedang asyik dibuat cinta bersama wanita lain.