Setiap orang ada cerita hijrahnya yang tersendiri. Jika Farah Lee mengambil kesempatan sempena hijrah yang lalu dengan melanjutkan pelajaran di United Kingdom sambil membawa anaknya. Lain pula ceritanya bagi pelakon dan juga usahawan Yatt Hamzah. Bagi Yatt pula hijrah dilakukan apabila mahu let go koleksi kasut tumit tinggi yang menjadi kesayangannya selama ini.
Yatt juga dalam tulisannya di instagram berkata kasut inilah yang menjadi kegilaannya suatu ketika dulu. Semua koleksi ini masih elok dalam jagaan dan simpanannya.
Tambahnya ini adalah sebahagian dari usaha Hijrah dirinya sempena Awal Muharam tempohari. Dia reda untuk mengorbankan koleksi kesayangannya (kasut) yang masih elok dan ada antaranya berharga ratusan ringgit.
Menurut Yatt juga kalau dulu setiap kali keluar memang wajib memakai kasut tumit tinggi 4 inci ini dan kini segalanya tidak lagi. Dia lebih berminat menggayakan kasut tumit getah yang tidak sampai dua inci.
Melalui perkongsian itu, dia mengakui sukar untuk hijrah kerana melepaskan apa yang kita sayang tetapi ALLAH janji akan gantikan dengan yang paling baik buat kita.
Dilihat di laman instagramnya Yatt juga kini telah mengubah penampilan diri yang memenuhi gaya Muslimah sejati. Dia yang juga ibu kepada tiga cahayamata lebih senang menggayakan hijab labuh dengan dress serta jubah dan sekali sekali berbaju kurung mengikut majlis dihadiri.
Selama ini kita melihat lambakan produk tiruan produk lokal yang membanjiri pasaran. Antara jenama yang sering dijadikan bahan ciplak adalah Naelofar Hijab dan juga jenama dUCk Group serta FashionValet. Sejajar dengan itu, usahawan mewakili produk berkenaan, Neelofa dan Vivy Yusof mahu kerajaan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi membendung barangan ciplak dan tiruan berleluasa ketika ini.
Neelofa ketika hadir di Menara Ilham bagi mewakili usahawan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini, pengasas jenama Naelofar Hijab itu berkata, penguatkuasaan haruslah bersifat menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi yang terlibat.
“Terdapat banyak sangat sasaran pendua yang disediakan di luar sana tapi tidak ada outcome kualiti. Jadi perjumpaan hari ini saya banyak kongsikan daripada perspektif perniagaan saya dan masalah dalaman dalam Naelofar Hijab.
“Sebagai contoh produk tiruan yang kita hadapi. Kami pernah bekerjasama dengan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Kastam tapi kosnya sangat tinggi bagi kita untuk terus mengatasinya jadi saya mencadangkan kepada majlis mungkin bila kita buat laporan mereka boleh bekerjasama dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk tutup semua akaun ke atas mereka yang jual barangan tiruan,” katanya.
Neelofa juga mahu kerajaan mempermudahkan proses pinjaman perniagaan dengan menyediakan proses dokumentasi dan informasi yang secukupnya di bawah satu bumbung.
“Saya berharap apa yang mereka struktur semula nanti akan menyenangkan dan membolehkan ramai usahawan Malaysia meneroka pasaran lebih luas dan boleh pergi ke peringkat global dengan lebih senang sebab sebelum ini keadaannya sangat teruk. Kita tidak tahu di mana usaha seterusnya dan apa yang perlu dilakukan seterusnya kerana tidak ada panduan daripada agensi-agensi ini. Jadi saya berharap selepas ini semuanya akan jadi lebih baik dan lebih mudah bagi kami,” katanya.
Sementara itu, pengasas FashionValet and dUCK Group, Datin Vivy Sofinas Yusof atau Vivy Yusof berkata, pihaknya juga berdepan masalah barangan tiruan terutama dari Vietnam dan China.
Justeru, beliau mahu agensi penguat kuasa terutama kastam mencari jalan penyelesaian bagi membendung perkara itu kerana barangan tiruan dan ciplak itu boleh memberi kesan kepada perniagaan tempatan untuk berkembang dengan baik.
SUMBER: BERNAMA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai di kalangan selebriti/personaliti berhijab yang kini semakin terbuka untuk mengambil anak popular. Hal ini adalah disebabkan beberapa faktor dan salah satunya kesukaran untuk hamil. Selain Fynn Jamal, terbaru adalah Abby Abadi yang mengambil seorang anak angkat lelaki.
Baru beberapa hari kehadiran anak ini sudah menambah cahaya kegembiraan buat mereka sekeluarga. Abby meletakkan nama bayi lelaki mereka Muhammad Daiyan Fayyadh. Muhammad membawa maksud Yang Terpuji, Dirahmati, Daiyan pula bermakna Hakim, Pelindung, Penjaga dan Fayyadh pula maksudnya Murah Hati.
Dalam status terbarunya di laman instagram, selebriti yang sudah berhijrah mencari redha Allah (merujuk penerangan di laman instagramnya), Abby turut dihujani dengan pertanyaan serta pertolongan untuk mendapatkan anak juga.
Namun menurut Abby dirinya bukan agen sebaliknya turut mencari seperti orang lain juga. Cuma kebetulan urusannya dipermudahkan dan menjadi rezeki apabila Allah menghantar terus kepadanya bayi ini.
Dalam pada itu, Abby turut memahami wankita yang mempunyai keinginan sama sepertinya. Namun masih belum dikurniakan rezeki, tidak mampu melahirkan, asyik mengalami keguguran, mempunyai pelbagai penyakit serta halangan lain.
Malah Abby turut menceritakan pengalamannya bersama suami, Jai yang mana sejak tigak tahun kebelakangan ini, dia sudah dua kali mengandung tetapi tidak sampai rezeki itu. Yang pertama disebabkan gugur ketika berada di Madinah dan kedua pada usia kandungan enam bulan. Bayi dikandung meninggal dalam perut dan kehilangan cukup dirasai walaupun sudah hampir setahun berlalu.
Walaupun diduga ujian dari Allah (untuk hamil), namun Abby tidak pernah putus asa dan sentiasa berharap. Namun belum ada rezekinya, apatah lagi menurutnya usia juga sudah menghampiri 40-an. Ditambah pula dengan penyakit darah tinggi dialami menyebabkan peluang untuk hamil lagi agak terbatas.
Dia tetap yakin cuma perlu jaga lebih pada kesihatannya, Dan dia sebenarnya bersyukur kerana rezeki menimang cahaya mata ‘baby’ Daiyan ini hadir dulu. Malah keinginan untuk mencari anak angkat ini adalah disebabkan setiap hari dimomokkan dengan cerita pembuangan bayi di sana sini hingga menimbulkan rasa sedih padanya.
Abby membayangkan betapa kesukaran orang lain untuk mendapatkan anak, tetapi ada insan yang sanggup membuang bayi tidak berdosa ini tanpa belas kasihan. Faktor itu jugalah menyebabkan dia menulis di laman instagramnya mencari bayi dua hari lepas dan bersyukur diberikan rezeki oleh Allah.
Jika dilihat, masyarakat Jepun kelihatan lebih sihat dan kuat walaupun sudah berusia. Berbeza sungguh dengan masyarakat di Malaysia yang rata-rata mempunyai masalah tulang seiring dengan peningkatan usia.
Nak tahu apa rahsia mereka memiliki tulang yang kuat dan sihat? Ini 6 kaedah peraturan Jepun yang diamalkan.
Seperti yang kita semua tahu, tulang belakang yang melengkung boleh mengundang pelbagai masalah organ dalaman. Amat penting untuk mengawal postur badan anda sepanjang hari dan juga pada waktu malam. Dengan mengekalkan kelurusan tulang belakang, anda akan menjadi lebih tinggi sebanyak 2 cm (0.80 inci) dan mempunyai kesan yang baik pada organ-organ pencernaan dan sistem peredaran darah.
Orang Jepun percaya bahawa leher scoliosis merupakan salah satu petunjuk utama jangka hayat seseorang itu pendek. Lebih sukar untuk mengawal kedudukan kepala pada waktu malam. Disebabkan itu, kaedah ini mengesyorkan anda untuk memiliki bantal pepejal atau roller dan letakkan vertebra ke-3 dan ke-4 pada leher. Pada mulanya, roller akan menyebabkan ketidakselesaan. Anda boleh membungkusnya dalam beberapa lapisan kain dan kemudian keluarkannya satu demi satu.
• Baring lurus di atas permukaan yang keras.
• Regangkan tangan.
• Letakkan sol anda di atas lantai.
• Regangkan bahagian kiri serta tangan kiri anda tanpa keluarkannya dari lantai. Ulangi perlakuan yang sama untuk tangan kanan. Ulang selama 2 minit.
• Letakkan tangan di bawah leher, silangkan dalam 3 dan 4 vertebra. Bawa kaki bersama-sama dan buka sedikit kaki anda ke sisi. Pindahkan kaki anda ke kiri dan ke kanan agar bergetar. Ulang selama 2 minit.
• Baring di atas permukaan yang keras dan rata.
• Letakkan roller padat di bawah leher anda.
• Naikkan kaki dan lengan, bengkokkan siku dan lutut dan berehat sebanyak mungkin.
• Goyang tangan dan kaki. Ulangi latihan ini selama 1-3 minit.
Kedudukan permulaan: Baring pada permukaan yang keras dan rata dan letakkan roller padat di bawah leher. Bengkokkan lutut tanpa keluarkannya daripada lantai dan gerakkan kaki anda bersama-sama. Ulangi latihan 10 kali.
Kedudukan permulaan: Duduk bersila dan pegang kaki anda. Pastikan anda berada dalam kedudukan yang relaks. Ulangi setiap senaman sebanyak 10 kali. Selepas setiap latihan, lakukan perkara ini: Letakkan tangan anda di hadapan, selari dengan lantai. Bengkokkan kepada anda ke kiri dan lihat ke belakang. Lakukan perkara yang sama pada sebelah kanan anda.
Katsuzo Nishi yakin bahawa semua yang kita perlukan untuk menjadi sihat sudah ada dalam diri masing-masing. Anda cuma perlu berhenti menjadi seorang yang pemalas dan amalkan kaedah ini!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di