Ramai di kalangan selebriti/personaliti berhijab yang kini semakin terbuka untuk mengambil anak popular. Hal ini adalah disebabkan beberapa faktor dan salah satunya kesukaran untuk hamil. Selain Fynn Jamal, terbaru adalah Abby Abadi yang mengambil seorang anak angkat lelaki.
Baru beberapa hari kehadiran anak ini sudah menambah cahaya kegembiraan buat mereka sekeluarga. Abby meletakkan nama bayi lelaki mereka Muhammad Daiyan Fayyadh. Muhammad membawa maksud Yang Terpuji, Dirahmati, Daiyan pula bermakna Hakim, Pelindung, Penjaga dan Fayyadh pula maksudnya Murah Hati.
Dalam status terbarunya di laman instagram, selebriti yang sudah berhijrah mencari redha Allah (merujuk penerangan di laman instagramnya), Abby turut dihujani dengan pertanyaan serta pertolongan untuk mendapatkan anak juga.
Namun menurut Abby dirinya bukan agen sebaliknya turut mencari seperti orang lain juga. Cuma kebetulan urusannya dipermudahkan dan menjadi rezeki apabila Allah menghantar terus kepadanya bayi ini.
PERNAH ALAMI KEGUGURAN & ANAK MENINGGAL DALAM PERUT
Dalam pada itu, Abby turut memahami wankita yang mempunyai keinginan sama sepertinya. Namun masih belum dikurniakan rezeki, tidak mampu melahirkan, asyik mengalami keguguran, mempunyai pelbagai penyakit serta halangan lain.
Malah Abby turut menceritakan pengalamannya bersama suami, Jai yang mana sejak tigak tahun kebelakangan ini, dia sudah dua kali mengandung tetapi tidak sampai rezeki itu. Yang pertama disebabkan gugur ketika berada di Madinah dan kedua pada usia kandungan enam bulan. Bayi dikandung meninggal dalam perut dan kehilangan cukup dirasai walaupun sudah hampir setahun berlalu.
Walaupun diduga ujian dari Allah (untuk hamil), namun Abby tidak pernah putus asa dan sentiasa berharap. Namun belum ada rezekinya, apatah lagi menurutnya usia juga sudah menghampiri 40-an. Ditambah pula dengan penyakit darah tinggi dialami menyebabkan peluang untuk hamil lagi agak terbatas.
Dia tetap yakin cuma perlu jaga lebih pada kesihatannya, Dan dia sebenarnya bersyukur kerana rezeki menimang cahaya mata ‘baby’ Daiyan ini hadir dulu. Malah keinginan untuk mencari anak angkat ini adalah disebabkan setiap hari dimomokkan dengan cerita pembuangan bayi di sana sini hingga menimbulkan rasa sedih padanya.
Ads
Abby membayangkan betapa kesukaran orang lain untuk mendapatkan anak, tetapi ada insan yang sanggup membuang bayi tidak berdosa ini tanpa belas kasihan. Faktor itu jugalah menyebabkan dia menulis di laman instagramnya mencari bayi dua hari lepas dan bersyukur diberikan rezeki oleh Allah.
Pasti sis semua ada seorang kawan yang suka akan terhadap warna ungu! Bukan sahaja beg tangan, malah, phone case, bekas hand sanitizer, dompet dan kalau boleh semua barang peribadi dan aksesori mereka akan berwarna atau berunsurkan warna ungu.
Belum lagi anda tanya mereka mengenai warna kegemaran, sudah tentu ramai penggemar warna ungu akan bersorak dan berani untuk menyatakan rasa cinta kepada warna ungu. Jadi ada apa dengan warna ungu? Mereka ini obses atau apa?
Hakikat kepada penggemar warna ungu, mereka tampak sangat bangga dengan warna kegemaran mereka. Tiada apa yang boleh mereka sembunyikan tentang rasa cinta terhadap warna ungu kerana pasti setiap barang peribadi mereka ada ‘terselit’ warna ungu.
Sebenarnya ada maksud tersirat melalui warna ungu yang membuatkan ia unik dan menjadi satu warna yang sangat ‘kuat’. Warna ungu juga di kaitkan dengan pelbagai makna termasuklah kebijaksanaan, kreativiti, kuasa, cita-cita, dan kemewahan. Ia juga boleh di kaitkan dengan makna magis, kemewahan, keamanan, kebangaan, dan kemerdekaan. Mengikut segi psikologi warna pula, warna ungu menunjukkan bahawa ia dapat manipulasi emosi dan tingkah laku.
Menurut VeryWellmind, warna ungu juga sering di kaitkan dengan warna elit kerana pengeluarannya sangat sedikit dan juga susah di dapati di pasaran buat seketika waktu dahulu. Jadi ia di anggap sebagai warna elit kerana kebanyakan golongan bangsawan sahaja yang memiliki warna ungu dalam pakaian atau barang peribadi mereka.
Pada sekitar 1200 SM, Bandar Tirus (di sepanjang pantai Phoenicia purba) mula menghasilkan pewarna ungu dengan menhancurkan cangkerang siput laut yang kecil. Ungu Tyrian adalah warna yang terhasil dan menjadi begitu terkenal sehingga di sebut dalam ‘Illiad’ karya Homer dan ‘Aeneid‘ karya Virgil. Alexander the Great dan raja-raja Mesir juga memakai pakaian berwarna ungu Tyrian.
Warna ungu juga menurut tag, merupakan satu warna yang paling kuat dalam spektrum warna. Dalam bentuk cahaya, kelihatan kuat gelombang warna tersebut. Semakin kecil panjang gelombang, semakin kuat ia terjelas. Panjang gelombang warna ungu adalah sebanyak 400 nanometer yang menjadikannya warna terkecil tetapi paling kuat antara semua warna. Ini mungkin dapat di jelaskan mengapa ungu sering di kaitkan dengan magis atau ajaib.
Bagi mereka yang menggemari warna ungu, mereka sering di kaitkan dengan orang yang sangat unik, bijak, dan misteri. Sering kali mereka juga menjadi orang sangat posesif! Jadi jika sis mempunyai kawan yang gemar warna ungu, sudah tentu mereka akan bangga dengan fakta mengenai warna ungu ini.
Pelakon popular, Mawar Rashid memang dikenali sebagai seorang dramatis yang berbakat besar. Baru berusia 23 tahun, Mawar kini sedang mengecapi puncak kejayaan dalam karier lakonannya. Lebih menarik lagi, beliau juga sudah bergelar seorang isteri kepada suami tercinta iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob ataupun lebih mesra dipanggil Raf.
Ternyata Mawar dilihat pandai membahagikan masa di antara tugas sebagai seorang isteri dengan kerjayanya sebagai pelakon. Selain itu, hubungan akrab dengan ibu tercinta iaitu Datin Marinee turut menawan hati peminatnya. Mawar yang ditemui pada pelancaran produk Nurish Organik baru-baru ini yang menampilkan dirinya sebagai duta produk menjelaskan semua detik-detik bersama Mummy adalah waktu yang paling indah dalam hidupnya.
“Kalau nak diikutkan Mawar ini anak ketujuh, anak yang paling bongsu. Jadi dari Mawar baby sampai sekarang Mawar sentiasa berkepit dengan Mummy. Pergi mana-mana mesti Mummy akan bawa anak bongsu dia ini. Mummy Mawar ini adalah seorang yang caring, lembut yang kalau kita tengok dia pun kita tahu dia akan sentiasa berkorban apa sahaja untuk anak-anak dia.
Jadi bagi Mawar, lebih-lebih lagi bila Mawar dah kahwin sekarang, masa Mawar bersama Mummy tak sama seperti dulu jadi sebab itulah Mummy akan sentiasa appreciate waktu-waktu Mawar bersama Mummy.”
“Bagi Mawar, macam mana Mawar layan Mummy Mawar, macam itulah juga Mawar akan layan ibu mentua Mawar dan ini adalah kali pertama Mawar beraya sebagai seorang isteri, beraya bersama keluarga baru dan ianya merupakan satu pengalaman yang sangat indah dan tak akan dilupakan. Lebih-lebih lagi apabila waktu pagi raya saat Mawar menyiapkan segala kelengkapan suami.”
“Pada pendapat Mawar, alhamdulillah Mawar bahagia dengan kehidupan Mawar. Mawar ingin buat yang terbaik bagi orang sekeliling, suami, pekerjaan dan untuk diri Mawar sendiri. Jadi bagi Mawar, dalam kehidupan ini hari-hari kita belajar dan sampai bila-bila pun kita akan belajar cara untuk ambil hati orang dan bagaimana mahu berikan yang terbaik dalam pekerjaan kita. Jadi, apa-apa pun Mawar cukup bersyukur dan Mawar harapkan semua sokongan peminat-peminat Mawar diluar sana untuk support kerjaya Mawar, apa-apa sahaja yang Mawar lakukan dan terima kasih kerana menyokong Mawar.”
Salah satu langkah kecantikan yang mujarab dan diperakui pakar adalag pengelupasan. Cara yang lebih mudah untuk kulit kembali bersinar dan mulus kembali.
Terdapat dua jenis utama pengelupasan gosok dan kupas. Anggaplah yang pertama sebagai penggilap sel kering dan kusam yang terbentuk di lapisan atas kulit anda. Pengelupasan fizikal secara berkala membantu mendorong pergantian selular yang membantu mengurangkan penampilan tidak sekata atau tanda gelap.
Pengelupasan kulit juga mempunyai faedah tambahan iaitu mengubah pH anda dan meningkatkan produksi kolagen. Lapisan segar kulit anda lebih mudah diterima dan ia membantu memberi makan vitamin, antioksidan dan bahan yang menenangkan.
Jadi yang mana yang harus anda pilih? Sebahagiannya bergantung pada pilihan peribadi, tetapi ternyata formulasi tertentu lebih sesuai untuk bahagian tubuh anda yang tertentu. Pakar menguraikan arahan pengelupasan dari kepala hingga kaki, untuk mencapai kulit yang paling mulus.
Sesekali, bagus untuk merawat akar rambut dan kulit kepala agar kepala sentiasa segar. Fikirkan mengelupas kulit kepala sebagai merawatnya dengan syampu yang betul. Mengelupas kulit kepala dapat membantu menghilangkan deposit sebum, kotoran dan sisa produk dari rambut. Cara ini akan membersihkan folikel rambut dan batang rambut dari penumpukan lilin. Amalan ini sangat berguna bagi sesiapa yang menghadapi kulit kepala yang kering dan gatal. Masukkan langkah ini ke dalam rutin anda tidak lebih dari sekali seminggu. Pakar mengesyorkan formula dengan asid salisilik.
Di kalangan ahli dermatologi, terdapat perdebatan mengenai sama ada anda harus melakukan pengelupasan fizikal atau kimia. Nasihat pakar, berekspirimentasi dan lihat mana yang paling sesuai untuk jenis kulit individu anda. Pastikan tidak berlebihan dan menjengkelkan wajah. Pengelupasan kimia yang mengandungi kepekatan pelbagai asid rendah.
PRODUK CADANGAN PAKAR: Gallinée Face Mask & Scrub
NOTA: Elakkan produk yang dibuat dengan kulit kacang atau partikel yang dapat meninggalkan luka mikro. Sentiasa gunakan skrub pada kulit yang lembap dan gunakan produk dengan ringan menggunakan gerakan bulat.
Bibir sendiri tidak perlu kaedah ini secara berkala. Oleh itu, lumurkan bibir dengan campuran minyak zaitun atau minyak kelapa dan gula, bilas kemudian sapukan dengan balsem kegemaran anda. Anda boleh menggunakan semula skrub wajah anda dan menggunakan sebilangan kecil pada bibir. Pastikan formula cukup lembut untuk mengelakkan kulit koyak.
Salah satu keadaan kulit yang paling biasa adalah Keratosis Pilaris, yang sering disebut sebagai “kulit ayam.” Ia sama sekali tidak berbahaya, tetapi juga mengecewakan untuk terus terkawal. Pakar menyatakan bahawa lebam kecil ini disebabkan oleh pori-pori yang tersumbat di folikel rambut dan paling kerap terjadi pada lengan atas. Walaupun anda mungkin tergoda untuk menggunakan skrub, ini adalah satu keadaan di mana pengelupasan fizikal tidak berkesan. Anda memerlukan gabungan asid hidroksi alfa dan beta.
PRODUK CADANGAN PAKAR: Dr. Dennis Gross Peel + Protect Skincare Kit
Kulit badan lebih tebal daripada kulit wajah, jadi formulasi yang lebih kuat dibersihkan untuk digunakan di punggung dan dada anda. Menggosok dengan skrub fizikal yang kasar dengan rawatan asid glikolat akan menjadikan kulit kelihatan sekata dan licin. Kaedah lain Body Polish mengandungi kedua-dua komponen, skrub akan membantu menghilangkan kulit kering, sementara asid glikolat akan membantu menghilangkan tanda-tanda gelap. Mengelupas kulit lembap dua hingga tiga kali seminggu semasa dan sapukan pelembap apabila anda selesai mandi. Dan jika anda menghadapi jerawat badan yang ada, ada rutin tersendiri untuk atasinya.
Sekiranya anda memilih untuk mencukur atau menggunting kawasan kelangkang anda, anda mungkin biasa dengan penampilan rambut yang menjengkelkan dan kadang-kadang menyakitkan. Untuk mengatasi ini, ambil pendekatan pencegahan dengan pengelupasan. Pakar mengesyorkan agar selalu menggunakan krim pencukur atau minyak untuk membantu menghidrat kulit, dan melembapkan. Cari produk yang mengandungi ekstrak teh hijau, asid hyaluronik dan asid lemak penting (seperti asid linoleat dan linolenik). Pastikan bahawa anda kerap membuang sel kulit berlebihan dengan skrub. Anda perlu mengelupas untuk memecah sebum. Sebum adalah bahan berminyak yang dihasilkan oleh tubuh untuk melincirkan kulit dan rambut, tetapi juga boleh menyebabkan rambut terperangkap. Dan jika anda berakhir dengan satu atau dua ingrown yang tersasar? Sapukan antibiotik topikal dan biarkan sembuh.
Untuk kaki yang licin, anda biasanya dapat menghilangkannya dengan hanya melembapkannya tepat selepas anda mandi. Sekiranya anda mempunyai tompok kering atau kulit yang mengelupas, lengkapkan rutin mandi dengan rawatan asid alfa hidroksi sesekali. Gunakan krim yang direka khusus untuk memperlambat pertumbuhan rambut dan mengurangkan frekuensi pencukuran. Gabungan ekstrak kulit pohon willow dan AHA memberikan jumlah permukaan yang sempurna.
Bahagian bawah kaki anda boleh mengeras akibat bersenam, memakai kasut tinggi, atau hanya berjalan-jalan. Kalus berkembang dari tekanan mekanikal yang berterusan atau geseran pada permukaan kulit. Bila-bila masa kulit anda menggosok kasut anda atau menumbuk kaki lima, mungkin akan mendapat sekurang-kurangnya beberapa daripadanya. Nasib baik, mengelupas kaki sangat mudah, hanya dengan batu apung, boleh menghaluskan kulit kaki.
PRODUK CADANGAN PAKAR: Starskin foot leg treatment
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gaya tudung yang salah boleh menyebabkan aurat tidak tertutup sempurna. Ketahui 5 kesilapan hijabi perlu elak agar penampilan kekal sopan dan patuh syariat.