Siapa yang biasa dengan hijab jenama Ariani pasti akan mengenali pemilik wajah jelita ini. Datin Farah Haryani Muhammad Philip, 38 tahun yang juga merupakan pemilik jenama hijab Ariani yang terkenal di Malaysia ini memang seorang yang begitu murah dengan senyuman.
Malah kelembutan suara dengan kejelitaan wajahnya membuatkan mata tidak puas memandang. Ketika ditanya rahsia atau petua menjaga kecantikan, beliau tersenyum memberitahu hasil amalan pilates yang dilakukannya.
Menurut Datin Farah kerjanya yang memerlukan dia sentiasa berdiri dan bergerak ke sana ke mari menyebabkan beliau perlu sentiasa cergas dan aktif.
Bukan itu sahaja, malah fizikal juga penting dalam memastikan perjalanan kerja berjalan lancar. Jadi beliau lebih senang memilih amalan pilates yang sudah diamalkan lima tahun lalu.
“Saya sudah amalkan lima tahun lalu untuk memastikan kekal sihat dan bertenaga. Saya akan peruntukan selama 1 jam dengan memanggil guru bertauliah datang ke rumah. Selain itu saya juga turut menjaga pemakanan,” ujar Datin Farah, isteri kesayangan Bos Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, ketika ditemubual oleh team Hijabista dalam satu majlis rasmi.
Ads
Beritahu Datin Farah, beliau juga pernah mengalami pertambahan berat badan sebelum ini. Salah satu tanda kenaikan berat badan adalah jika melihat pada bahagian perut.
“Jika rasa badan dah naik biasanya saya akan kurangkan pengambilan makanan. Saya akan skip makan malam tetapi tidak untuk sarapan pagi. Saya memang gemarkan sarapan nasi lemak atau roti canai.
Ads
“Cuma kalau rasa badan dah naik saya akan kurangkan kuantiti pengambilannnya. Kita memang perlu makan untuk mendapat energi dalam menghadapi rutin seharian yang sibuk,” tambah Datin Farah yang mempunyai empat orang cahaya mata berumur antara 5 tahun hingga 15 tahun.
“Saya rajin buat skrub untuk penjagaan wajah. Dan satu lagi bagi memastikan mental dan fizikal terjaga adalah dengan memastikan mendapat tidur yang secukupnya. Saya memang akan tidur tepat pada masanya agar bila bangun pagi keesokan harinya kekal segar dan bertenaga.
“Dan satu lagi saya juga kalau stress saya suka buat kek. Rasa lebih tenang dapat melihat hasil kek yang dibuat dari air tangan kita,” katanya lagi yang juga seorang guru Bahasa Inggeris selama 5 tahun sebelum berhenti untuk membantu menguruskan perniagaan suami, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel.
Keinginan untuk memiliki bibir yang munggil dan lembap adalah satu benda yang sukar untuk kita miliki. Setiap hari, bibir tampak kering dan kusam sahaja.
Penjagaan bibir seperti scrub sudah menjadi rutin kecantikan yang sudah lama diamalkan. Namun…ada yang terlalu melakukannya sehingga menyebabkan iritasi dan semakin rosak!
Menjadi satu rutin kecantikan yang lazim dilakukan, scrub bibir tidak lagi dipandang remeh orang ramai. Banyak juga produk scrub bibir yang sesuai mengikut sensitiviti lain-lain individu.
Ramai juga yang menyedari kepentingan menjaga kesihatan dan kecantikan bibir. Tetapi ada juga yang terlebih melakukannya serta ada kesalahan jua dalam menjaga bibir.
Penjagaan bibir adalah penting tetapi anda tidak perlu lakukannya setiap hari. Kalau anda yang suka untuk lakukan scrub setiap hari, ingatlah bibir anda akan cepat rosak.
Lapisan kulit bibir adalah nipis dan tidak setiap hari kulit mati akan muncul pada permukaan bibir anda. Kalau anda lakukannya pada setiap hari, ia akan menipiskan dan melukakan bibir anda!
Melakukan scrub pada bibir kering akan merosakkan lagi bibir anda. Ia bukan menanggalkan kulit mati pada saat ini, tapi akan melukakan lagi bibir anda!
Sebelum mula scrub, seeloknya anda oleskan sedikir pelembap bibir supaya permukaan bibir akan menjadi lebih lembap. Biarkan seketika dan kini anda boleh mula untuk scrub bibir anda!
Pada asasnya, memang tujuan anda scrub bibir untuk menanggalkan kulit mati. Tapi itu bukanlah alasan untuk anda lakukannya secara kasar!
Lakukan dengan kasar akan membuatkan lagi bibir anda menjadi nipis dan sensitif. Tidak perlu tonyoh tapi hanya lakukannya dengan lembut sahaja.
Bila bibir yang sudah kering selepas di scrub, anda perlu oleskan sedikit pelembap bibir. Kenapa? Bibir perlukan perlindungan juga, jadi anda harus menghunakan pelembap bibir yang ada SPF bagi menghindari pigmentasi.
Melayari hashtag jenama #AXISY di aplikasi TikTok, melihat grid ulasan video daripada K-Beauty TikTokkers, mempamerkan topeng mugwort dan faedah penjelasannya, dan memuji betapa hebatnya ia untuk kulit berjerawat dan berminyak.
Jenama Axis-Y secara organik telah mencapai 80 juta tontonan di TikTok walaupun hanya mempunyai 13K pengikut dan jenama itu dengan pantas menarik perhatian hangat di kalangan pengaruh kecantikan produk K-Beauty.
Menurut ulasan TikTokers, masker wajah mugwort mempunyai tiga faedah utama yang akan membaiki masalah wajah anda khususnya:
Cara menggunakannya juga mudah, sapukan jumlah yang mencukupi pada muka yang bersih. Kemudian sekatakan masker di wajah, mengelakkan kawasan mata dan mulut. Akhir sekali, biarkan topeng kering selama kira-kira 15 minit dan kemudian bilas.
Petua pakar: Gunakan masker ini sebagai topeng wajah, 3 kali seminggu dalam tempoh dua minggu untuk melihat bagaimana ia mengubah maskne dan kulit yang tertekan.
Wangian
Mempunyai bau herba semulajadi mugwort dan kurang wangian. Rasa segar seperti sayur-sayuran berakar segar.
Tekstur
Masker wajah ini mempunyai tekstur tanah liat yang lembut dan berkrim yang lembap dan tidak kering sama sekali. Masker mempunyai “ketegangan” licin yang membantu ia merebak ke muka seperti mentega tanpa sebarang titisan. Kacang azuki yang tidak kasar apabila mengelupas. Masker ini kering seperti topeng tanah liat biasa tetapi jangan biarkan lebih daripada 15 minit, ia mungkin membuatkan kulit anda terasa tegang.
Masker ini dengan mudah membersihkan minyak dan kotoran dari kulit anda dan bintik hitam yang dilonggarkan dari liang semua dinyahkan. Terima kasih topeng tanah liat Mugwort AXIS-Y! Perhatikan, bagaimanapun, ia memberi kesan kepada bintik hitam yang diletakkan lebih dekat ke permukaan kulit. Mulakan hidung dan dagu mahupun di hidung, ia akan hilang dengan ketara selepas dua minggu penggunaan masker ini.
Petua Pakar: Untuk penyingkiran bintik hitam yang lebih teliti, gosok hidung anda dengan tuala selepas mencuci masker muka. Ini membantu bintik hitam longgar keluar dengan lebih mudah.
Wow! Topeng mugwort mempunyai kesan menenangkan yang luar biasa pada kulit yang meradang berkat 61% ekstrak mugwort Korea yang tinggi dan bahan anti-radang terutamanya. Kesan yang menenangkan dapat dilihat pada penggunaan pertama yang terasa seperti kelegaan segar minty yang sejuk pada kulit. Walau bagaimanapun, hanya selepas penggunaan 2 minggu, anda akan dapati pengurangan drastik dalam kemerahan kulit yang radang.
Petua Pakar: Sejukkan topeng di dalam peti sejuk untuk sesi penjagaan diri yang lebih menyegarkan.
Masker ini adalah magis rawatan jerawat yang sangat baik. Selepas 2 minggu penggunakan masker ini, anda yang terdedah kepada jerawat beransur pulih dan menjadi kurang meradang. Ini kerana bahan-bahan topeng digabungkan dengan baik dengan tanah liat menghilangkan kekotoran manakala ekstrak botani menenangkan dan menyuburkan penghalang kulit untuk memerangi jerawat.
Petua Pakar: Walaupun masker ini merawat jerawat dengan hebat, ia sebenarnya tidak menghalangnya. Walau bagaimanapun! Masker ini berfungsi dengan baik sebagai rawatan tempat untuk jerawat individu walaupun sila lakukan tampalan ujian terlebih dahulu untuk memeriksa sama ada kulit anda sesuai dengan masker wajah ini.
Topeng mugwort AXIS-Y adalah produk penjagaan kulit yang layak menjadi kegemaran pengemar kecantikan. Dirumus daripada senarai bahan-bahan berfaedah terpilih, ia melakukan kerja yang hebat dalam menjernihkan dan menyuburkan kulit, mengurangkan keradangan dan merawat semua jerawat. Terdapat peningkatan yang jelas dalam kesihatan kulit daripada hanya beberapa aplikasi masker wajah ini.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melihat karakter personaliti ini yang juga seorang ahli perniagaan berjaya, ramai mengandaikan pasti dirinya mempunyai ramai teman rapat. Namun sebenarnya bagi Ketua Eksekutif (CEO) Aidijuma Colours Group, Datin Norjuma Habib Mohamed hanya mempunyai lima orang sahabat karib yang paling penting dalam hidupnya dikenali sejak zaman universiti lagi.
“Saya kenal mereka ini, sejak tahun 2001 lagi. Jadi bila kita sudah membina satu persahabatan yang kukuh, adakah kita masih perlu untuk beritahu tentang masalah kita pada seluruh dunia jika kita boleh selesaikannya sendiri melalui ikatan persahabatan ini (merujuk kawan-kawan baiknya).
“Selain itu, saya juga sangat rapat dengan adik perempuan saya,” tambahnya yang memberitahu turut memberitahu ahli keluarga juga menjadi penyokong kuat dalam apa juga yang dilakukan termasuk berdepan pelbagai kontroversi.
Tidak dinafikan, bukan senang untuk berjaya dan memastikan perniagaan yang dibina kekal utuh dalam pasaran. Jika tidak kena gaya memang boleh gulung tikar gara-gara pelbagai tekanan dan cabaran yang perlu dihadapi. Begitu juga situasi yang dihadapi oleh Datin Norjuma sepanjang enam tahun mengusahakan bisnes menjual tudung bawal.
Sepanjang tempoh itu tidak dinafikan pelbagai dugaan dihadapi dan paling viral hingga mencetus kontroversi tahun lalu berhubung kejadian dikatakan pernah menampar seorang pekerjanya.
Namun menurut wanita yang dikenali sebagai seorang yang komited dengan kerja ini berkata tidak adil baginya untuk membuat kenyataan sebelah pihak, sebaliknya pihak yang menuduh juga perlu membuat kenyataan.
Bagi Datin Norjuma dalam perniagaan, ada dua perkara paling penting iaitu kewangan dan budaya kerja. Dan ada masanya perkara kecil diperbesarkan dan semestinya mempunyai motif tersendiri.
“Bukan untuk saya menjawab. Menjadi jujur ada risikonya. Untuk menentusahkan benar atau tidak peristiwa itu, adakah saya yang perlu menjawab atau mereka yang membuat tudung itu perlu menjawab?
“Jadi bagi saya tidak adil untuk saya menjawab perkara itu berikutan ia memerukan jawapan dari kedua-dua pihak dan orang yang bertanggungjawab menyebarkan cerita berkenaan,” jelasnya ketika ditemui sempena Meet & Greet dan juga jamuan Aidilfiti bagi Aidijuma.
“Kalau ditanya saya, tak adil sebab saya akan cakap sudah tentu tak (tidak berlaku). Saya sangat tahu perkara itu tidak berlaku.
“Selalu saya sebut perkara ini. Kalau media sosial itu mengeluarkan cerita (khabar angin), kenapa tidak media sosial berkenaan menentusahkan cerita itu.
“Saya juga mahu menjawab persoalan media yang mengatakan saya lari dari masalah, tidak menjawab atau tidak layan dan itu saya tegaskan ia tidak benar.
“Saya juga tidak lari dari menjawab segala persoalan dan saya telah lakukan bahagian saya,” tambahnya lagi yang mengambil masa setahun bagi mengenal pasti perkara berkenaan sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Datin Norjuma juga dalam majlis itu turut menjelaskan kehidupan peribadinya sangat memuaskan dan tidak perlu ditunjukkan pada orang lain.
“Kehidupan saya sebenarnya cukup ringkas dan melakukan apa yang perlu sahaja. Saya tiada media sosial. Bagi saya tak perlu pun dan saya ok saja. Malah bagi saya tiada akaun media sosial itu adalah satu kelebihan.
“Saya tidak berminat beritahu orang asing apa yang saya buat. Hari ini saya pakai kasut harga berapa, esok harga berada dan lusa saya tak pakai kasut. Saya syukur dengan kehidupan saya hari ini. Tidak perlu berselfie di dinding media sosial untuk tunjuk pada semua orang,” tambahnya yang memberitahu akaun di media sosial adalah semata-mata bagi mempromosikan jenama produknya.
Bercerita mengenai perkembangan bisnes yang beroperasi secara online, Aidijuma memberitahu akan mengembangkan perniagaan di luar negara antaranya di United Kingdom dan Jakarta.
Bukan itu sahaja, malah beliau juga sendiri akan mencuba bidang baru iaitu business development bagi membukikan kemampuan Aidijuma dalam bidang diceburi.
Biarpun pernah dilabel menjual tudung lapuk dan produk kampung, namun beliau tiada masalah berkenaan hal itu dan yang pasti Aidijuma mampu menjadi pencetus industri.