Sana Khan, yang telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lebih setahun, baru-baru ini Sana Khan dikurniakan anak kedua yang dilahirkan pada 5 Januari 2025.
Suami Sana Khan yang merupakan seorang ulama terkenal iaitu Mufti Anas Saiyad turut menyambut kelahiran anak kedua mereka dengan gembira.
Klip ‘comel’ itu menampilkan pelbagai elemen seperti belon, istana, payung terjun, pita dan pelbagai barangan hiasan lain dalam rona biru dan putih, serta bunyi latar belakang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
“Kami sangat gembira untuk berkongsi berita gembira kelahiran putera kecil kami! Abang Tariq Jamil, dengan penuh kegembiraan menyambut kelahiran adik lelakinya!” tulis Sana Khan.
Ads
Pohon Doa
Menggelar diri mereka sebagai ‘ibu bapa bangga’, tambah Sana dalam video itu.
Kredit Foto:
“Berkatilah kami untuk membesarkannya dengan kebaikan dan kebenaran, dan jadikanlah dia salah seorang hamba-Mu yang beriman,” tambahnya.
Sementara itu, Sana Khan turut meluahkan rasa gembiranya dalam kapsyen foto tersebut.
Ads
Selepas muat naik itu, ramai rakan menitipkan ucapan tahniah kepada Sana Khan dan suami.
Untuk info, nama Sana Khan mula mendapat perhatian dan kemasyhuran setelah berjaya bergelar Naib Juara dalam rancangan Salman Khan iaitu Bigg Boss 6.
Pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera akhirnya selamat melahirkan bayi perempuannya 22 Ogos lalu. Menjalani fasa baru sebagai seorang ibu memberi pengalaman cukup berbeza buat pelakon ini. Ternyata kehadiran bayi perempuan yang lahir sebulan lebih awal ini membuatkan Ummi Nazeera tidak cukup tidur rehat kerana terpaksa berjaga sepanjang malam. Ummi yang memuat naik status terbarunya itu turut memberitahu masanya kini difokuskan pada si kecil yang baru berusia beberapa hari ini.
Pelakon Bisik Pada Langit ini juga tidak berkesempatan untuk membalas semua mesej kerana tidak punya rehat mencukupi. Malah dia juga memberitahu kini sedang dalam proses membiasakan diri dengan situasi yang dihadapinya sekarang.
Bayinya yang telah diberi nama Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari juga menggunakan tanda palang #Baby AA ini begitu terserlah kecomelannya. Sebaik lahir ke dunia, ucapan tahniah turut diberikan buat si kecil ini.
Dan sebagai ibu Ummi turut mendoakan semoga Allah melindungi anak yang baru dilahirkan ini. Dia melahirkan bayi perempuannya ini menerusi pembedahan Csect dengan kandungan baru mencecah usia 34 minggu di Hospital Serdang.
Namun segalanya berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan Allah. Ummi dan suami, Mohd. Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, 31, itu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 23 Julai lalu.
Pada hari ke 17 Ramadan kita menerima khabar dukacita apabila Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.
Dalam laporan Bernama, khabar dukacita itu disahkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.
Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di bulan penuh mulla, bulan Ramadan dan pada hari sangat istimewa kerana hari diturunkan Al-Quran, bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.
Rata-rata rakyat jelata mengucapkan takziah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah dan salah seorang adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga merupakan anak jati kelahiran negeri Pahang.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Dalam status dimuat turun di laman Instagramya, Siti memberitahu kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah merupakan berita sedih buat seluruh rakyat Pahang dan juga rakyat Malaysia termasuk dirinya sendiri.
Menurutnya Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah seorang yang tekenal berjiwa rakyat, mudah didampingi dan disenangi ramai.
Siti juga turut mengimbas kenangannya yang berpeluang membuat persembahan di hadapan Almarhum Tuanku sejak dirinya bersekolah rendah dan kemudiannnya menjadi artis. Kenangan yang banyak ini sangat bermakna buat Siti dan akan diingati sampai bila-bila.
Assalamualaikum dan Salam Ramadan,
Berita kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Hj Ahmad Shah, merupakan berita sedih buat seluruh rakyat Pahang dan juga rakyat Malaysia termasuk saya sendiri.
Seorang Sultan yang terkenal berjiwa rakyat, mudah didampingi dan disenangi ramai.
Sebagai rakyat Pahang yang berpeluang membuat persembahan di hadapan Almarhum Tuanku sejak saya bersekolah rendah dan seterusnya menjadi artis, banyak kenangan yang bermakna dan akan saya ingati sampai bila-bila.
Patik dan suami mengucapkan dan menyembah salam takziah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong,KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong , seluruh kerabat dan keluarga DiRaja Pahang di atas kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Hj Ahmad Shah AlMusta’in Billah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum dan digolongkan dalam kalangan para solehin. Al-Fatihah.
Posting yang dimuat turun ini turut mendapat respon dari rakan artis dari seberang serta netizen yang turut menzahirkan salam takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang.
Selepas Rozita Che Wan, kini pelakon jelita Izara Aishah pula mengikut jejak langkah sama, apabila memaklumkan kepada umum bahawa dirinya bakal melancarkan pengeluaran hijab di bawah jenama miliknya sendiri.
Perkhabaran gembira buat kaum hawa itu dimaklumkan sendiri oleh empunya badan, menerusi satu muatnaik video di laman Tik Tok miliknya baru-baru ini.
Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi sebuah hantaran video pendek memaparkan izara yang sedang melakukan tutorial tudung jenis Shawl, sebelum memaklumkan berita gembira itu.
Ini instant hijab from my own brand, coming this Ramadhan. Nak tunjuk tutorial? Hehe.” Tulis Izara Aishah ringkas pada ruangan kapsyen hantaran video tersebut.
Pengumuman berkenaan sekaligus membuatkan para peminat teruja untuk membeli tudung berkenaan sambil berharap agar aktress itu menjualnya dengan harga ‘marhaen’ dan mampu milik apabila ianya dilancarkan kelak.
Hijabista mendapati perkongsian Izara itu berjaya meraih perhatian ramai dengan ribuan tanda suka ditinggalkan pada hantaran berkenaan yang pada awalnya bertujuan memberi tutorial pemakaian tudung gaya Izara.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan yang sewajarnya. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan warganet sebaik menerima berita gembira itu.