Bintang filem Jai Ho, Sana Khan merupakan aktres Bollywood terkenal yang sering membintangi filem serta menjadi model iklan.
Namun, pada tahun 2020 dia meninggalkan dunia hiburan untuk berhijrah (berhijab).
Genap sebulan berhijrah, Sana Khan bertemu jodoh dengan seorang ustaz dikenali sebagai Mufti Anas pada 20 November 2020.
Perkahwinan mereka tidak didedahkan kepada umum sehinggalah Sana Khan memuat naik potret mereka ke Instagram.
Kehidupan aktres jelita berusia 36 tahun kelahiran Mumbai, India ini berubah secara total. Kini Sana Khan dikenali dengan nama Saiyad Sana Khan.
Ads
Sana Khan begitu komited dengan keputusannya untuk berhijrah dan tidak lagi aktif dalam dunia hiburan.
Penampilannya turut berubah di mana dia sering mengenakan tudung dan abaya longgar serta labuh.
Biarpun berhijab dan bertudung labuh namun Sana Khan sering tampil dengan gaya modest and fashionable!
Ads
Sana Khan tidak menafikan kehidupannya dilimpahi populariti sepanjang bergelar artis. Namun, dia sedar bahawa tujuannya hidup di bumi adalah untuk mengikut perintah Pencipta.
Sana Khan juga sering memuat naik hantaran berbentuk Islamik ke media sosial.
Sana Khan kini bergelar usahawan fesyen dan pemilik jenama fesyen Muslimah iaitu Haya by Sana Khan di bandar Surat. Selain butik, Sana Khan turut memiliki pusat rawatannya sendiri iaitu Face Spa by Sana Khan.
Sana Khan dan suami juga aktif melakukan aktiviti sosial ‘Hayat Welfare Foundation’ yang diasaskan oleh mereka.
Biarpun telah berhijab, Sana Khan tetap mendapat sokongan daripada para sahabat dan para peminatnya. Sana Khan dianggap selamanya ‘bintang’ di hati mereka.
Kredit Foto: Instagram Sana Khan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memang mendebarkan! Itulah perasaan yang dirasai penulis sewaktu menonton tayangan perdana filem Scream semalam. Setiap detik membuatkan penonton tak senang duduk kerana aksinya yang padu dan membuatkan rasa nak menjerit selalu. Seram!
Langsung tidak membosankan, anda tidak akan berasa ketinggalan walaupun anda tidak pernah tengok francais filem ini sebelumnya.
Dua puluh lima tahun selepas Billy Loomis dan Stu Macher mengganas bandar Woodsboro, pelajar sekolah menengah Tara Carpenter berada di rumah sendirian apabila Ghostface menceroboh masuk dan menyerangnya.
Kini diburu pembunuh baru yang bertopengkan Ghostface, penonton pastinya tertanya-tanya siapakah pembunuh kejam di dalam kisah ini dan apa motif disebaliknya.
Ditayangkan di seluruh pawagam bermula hari ini, filem ini semestinya untuk anda yang meminati genre thriller. Tak rugi ditonton, anda bolehlah mengajak sama rakan-rakan untuk menonton sekali pada hujung minggu ini. Selamat menonton!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahun ini ramai juga di kalangan selebriti yang pertama kali merayakan Syawal sebagai pasangan suami isteri. Selain Shila Amzah, Mawar Rashid, Izara Aishah, Yuna juga antara selebriti yang pertama kali beraya bersama suami. Namun cerita raya Yuna agak berbeza kerana dia dan suami menyambutnya di Lapangan Terbang Narita Jepun tanpa lemang, ketupat dan rendang sebaliknya hanya menghirup kopi Starbucks.
Menurut Yuna, dia dan suaminya Adam Shinclair terpaksa menyambut raya di lapangan terbang berkenaan kerana menunggu pesawat transit ke Kuala Lumpur dari Los Angeles.
Namun itu tidak mematahkan semangat untuk menyambut Syawal kerana suami tersayang ada di sisi. Ketika mereka berdua sampai di lapangan terbang itu, Malaysia sudahpun menyambut hari raya.
“Rasa cemburu pula pula lihat foto-foto di instagram yang kebanayakan sudah muat turut foto Syawal bersama keluarga,” ujar penyanyi bersuara unik ini ketika ditemui selepas pelancaran filem pendek Wanita Besi di Golden Screen Cinema (GSC), Mid Valley, Kuala Lumpur semalam.
“Walau bagaimanapun saya tidaklah rasa sunyi kerana suami ada di sisi. Biarpun tiba lewat di tanah air, tetapi saya dan suami masih sempat meraikan lebaran kali ini bersama keluarga kedua-dua belah pihak pada hari raya kedua. Malah sempat mengambil gambar bersama-sama seperti orang lain
“Kami beraya dulu bersama keluarga mentua di Shah Alam sebelum pulang ke kampung saya di Batu Gajah dan Sayong Perak selama dua hari. Adam juga sangat excited beraya di kampung saya kerana ini adalah pertama kali balik ke sana.
“Biarpun percutian singkat, namun kami masih sempat meluangkan masa bercuti bersama keluarga Adam pula di Pulau Langkawi,” ujarnya sambil memberitahu kehidupannya kini lebih bermakna dan tidak lagi bersendirian di rantau orang.
“Saya tidak lagi bersendirian kerana Adam sentiasa ada di sisi menemani tatkala berjauhan dengan keluarga tercinta.
“Buat masa ini saya selesa dengan kehidupan berdua bersama Adam. Bagaimanapun saya tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
“Saya tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata. Ini kerana kesibukan dalam menguruskan kerjaya membuatkan saya inigin fokus kepada karier muzik terlebih dahulu. Jika diberikan rezeki untuk hamil dalam masa terdekat pasti saya menerimanya dengan gembira,” ulasnya ketika ditanya mengenai kehadiran anak setelah berkahwin awal Januari lalu.
Menurut Yuna dia juga seperti wanita lain yang sudah berumah tangga pastinya mempunyai impian bergelar ibu.
Buat masa ini Yuna mengakui dia kini sibuk dengan pembikinan album baharu yang dijangka menemui peminatnya akhir tahun ini. Selain turut memenuhi undangan persembahan di sana.
Beliau yang juga turut dipilih menjadi Duta Jenama syampu Pantene itu turut dilabel sebagai #wanitabesi dalam drama pendek berkenaan yang turut memperlihatkan sisi kehidupan Yuna sejak kecil sebelum berjaya seperti hari ini.
Menurut Yuna lagi, ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini, ada juga di kalangan korporat yang mahu menukar imej dirinya jika mahu bergelar ‘international artist’ perlu menanggalkan hijab. Dan inilah menurutnya yang mahu dipaparkan dalam filem pendek Wanita Besi berkenaan
“Kekuatan dalam itu penting dalam menentukan apa yang kita mahu. Saya mahu jadi diri sendiri dalam versi tersendiri yang lebih bagus dan bukan menjadi seperti yang orang lain mahukan. Saya gembira menjadi sebahagian dari watak melalui filem pendek ini.
“Bagi saya pendekatan yang digunakan oleh Pantene ini sangat bagus kerana bercerita mengenai keyakinan diri dalam kalangan wanita di Malaysia yang kita tahu ramai berusaha ke arah itu.
“Ada sahaja benda yang tidak kena seperti merasakan diri tidak cantik, kurang keyakinan diri, tetapi melalui Wanita Besi menunjukkan kita juga boleh berjaya dan jadi apa sahaja yang kita mahukan, jadi cantik luar dan dalam,” tambahnya bercerita mengenai kempen Wanita Besi yang dibawakan oleh Pantene ini.
Yuna juga turut memberitahu ikon fesyen Vivy Yusof turut dianggap sebagai Wanita Besi dalam industri ini kerana beliau dilihat seorang yang sangat bijak, business minded, seorang yang kerja kuat dan kini sedang mengandung anak ketiganya.
Selain itu Yuna turut memberitahu buat masa ini belum ada niat untuk membuka semula perniagaan yang telah ditutup sebelum ini kerana mahu memberi fokus kepada bidang muzik.
Namun menurutnya jika ada rezeki, mungkin dia akan mencuba semula dalam bidang bisnes tetapi perlu lebih fokus sepenuhnya.
Pernah popular dengan lagu Be Mine suatu ketika dahulu, Tasha Manshahar yang kini sudah bergelar seorang isteri dan ibu telah selamat menimang cahaya mata keduanya baru-baru ini.
Selepas genap tujuh hari kelahirannya, Tasha telah mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul buat anak lelaki keduanya itu.
Menurut Tasha, majlis itu dibuat secara kecil-kecilan dan ringkas namun sangat bermakna buat dirinya dan keluarga.
Di samping itu, Tasha juga telah mengumumkan nama anaknya pada khalayak iaitu Matten Rizqi bin Fahrur Raqib.
Alhamdulillah, di hari ke-7 kelahiran putera kedua kami, dapat kami adakan majlis aqiqah dan cukur jambul dihadiri hanya keluarga terdekat siang tadi. Majlis serba ringkas tapi sangat bermakna Alhamdulillah.
Introducing adik Muammar yang kami namakan…
Mateen Rizqi bin Fahrur Raqib. 👶🏻
Semoga Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi membesar sihat, soleh, cintakan ilmu, baik budi pekerti, menjadi insan yang bermanfaat kepada ummah. Aamiin 🤍
Terdahulu, Tasha telah melahirkan Mateen Rizqi pada 15 November yang lalu di Andorra Women and Children Hospital, Seri Kembangan.
Buat pengetahuan semua, Tasha telah mendirikan rumah tangga bersama Raqib pada 8 September 2018 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muammar Rafiqi pada 21 Jun 2019.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Diet OMAD Hazwani Helmi pernah melibatkan hanya 600 hingga 900 kalori sehari. Penyanyi itu sendiri mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru cara ekstrem tersebut.